click 4 money

Saturday, May 29, 2010

Rozita Izlyn tukar karier

SS rasa generasi sebelum ini mesti kenal dengan penyanyi Rozita Izlyn. Walaupun orangnya kurang popular, lagunya Dunia Kita Berbeza terus melekat di hati SS sampai sekarang. Suaranya sedap dan lantang ketika menyanyikan lagu itu buatkan hati terbuai bila mendengarnya. Wah, layan perasaan pula SS.
Boleh dikatakan lagu-lagu yang dihasilkan pada zaman itu sedap-sedap belaka dan cepat menangkap di hati. Bukan macam lagu-lagu artis sekarang, apabila dengar sekali saja dah jemu nak mengulanginya. Namun SS suka juga layan lagu Shahir AF8, Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang konsepnya ala-ala rock dulu-dulu.


Berbalik pada tujuan sebenar, seingat SS Rozita hanya muncul dengan beberapa album sebelum mendiamkan diri daripada dunia seni. Persaingan hebat dalam nyanyian menyaksikan dia terpaksa beri laluan kepada muka baru. Namun Rozita dikhabarkan masih menyanyi dalam majlis-majlis tertentu. Tambah pula dia ada kualiti sebagai penghibur kerana boleh sampaikan pelbagai jenis lagu. Dengarnya selepas berkahwin Rozita lebih banyak tumpukan perhatian kepada rumahtangga dan anak-anak. Bagaimanapun, satu sumber menyampaikan cerita melihat Rozita hadir ke bengkel penulisan skrip yang diadakan di Finas. Bengkel anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) ini bermula pada Isnin dan berakhir semalam. Bengkel ini bukan dibuat secara percuma dan Rozita sanggup keluarkan wang untuk mendapat ilmu. Sumber yang juga peminat Rozita ini kata, dia lihat Rozita gigih mendengar dan belajar ilmu diperturunkan pengarah jemputan. Nampak jelas penyanyi berasal dari Shah Alam ini mahu menimba ilmu dalam lakonan dan mungkin akan mengembangkan bakat sebagai penulis skrip pula. SS ambil kesempatan ucapkan selamat berjaya buat Rozita dan pelajar-pelajar yang mengikuti bengkel itu. Harap-harap nanti mereka dapat hasilkan skrip yang baik dan membuka minda penontonnya, bukannya balik-balik cerita yang sama saja. Daripada SS tengok drama yang jalan ceritanya lebih kurang saja, baiklah layan perlawanan bola sepak.

Farid berkongsi jayakan Kongsi

Oleh Hartati Hassan Basri

KALAU filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan, Farid Kamil Zahari, 29, membolot semua daripada pengarahan, pelakon utama dan juga skrip, berbeza dengan filem kedua, Kongsi, yang rela berkongsi dengan banyak pihak.
Kali ini Farid hanya fokus sebagai pengarah manakala watak utama diserahkan kepada Shaheizy Sam dan skrip pula ditulis adiknya, Fadzil Bahri Zahari, 25. Filem terbitan MIG Productions Sdn Bhd ini mempertaruhkan kos RM 1.8 juta untuk menghasilkan filem aksi hebat.


Kata Farid, ikut perancangan awal memang dia sendiri mahu membawa watak Tumulak tetapi mengubah fikiran apabila berlaku perubahan skrip. Perubahan itu juga katanya, tiada kena mengena dengan desakan produser supaya memberi sepenuh tumpuan kepada pengarahan.


“Selepas perbincangan bersama, saya fikir lebih baik beri kepada orang lain dan sepakat menyerahkan watak itu kepada Shaheizy Sam. Ia tiada kaitan dengan saya dipaksa untuk tidak berlakon. Kalau dinasihatkan tidak berlakon memang ada tetapi itu masa V3 dulu.


“Saya juga bangga kerana skrip ditulis adik saya dipilih MIG. Nama-nama watak yang agak pelik seperti Tumulak dan Kimpedu dalam filem ini juga diberi penulisnya dan ia adalah nama samaran,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Kongsi, baru-baru ini.


Kata Farid, banyak perkara dipelajarinya daripada pembikinan V3 dan kejayaannya mencatat kutipan box-office RM4 juta apabila ditayangkan kepada umum pada 11 Mac lalu cukup membanggakannya sebagai pengarah baru.


“Saya harap kerjasama dengan Sam yang mencatat kejayaan hebat melalui filem Adnan Sempit dengan kutipan RM7.3 juta, memberi kejayaan lebih besar kepada filem ini.


“Saya juga bangga kerana produser MIG, David Teo berani melabur RM1.8 juta bagi menghasilkan karya setanding filem aksi luar negara. David juga bersedia mengorbankan kereta mewah Nissan NSX 180 untuk diletupkan.


“Kongsi turut memaparkan aksi berani seperti sukan Muay Thai, drift, letupan, aksi kejar mengejar yang digarap dan disampaikan secara komedi,” katanya yang turut dibantu Ismail Hasim dan Shahizan Sahip sebagai Penolong Pengarah 1 dan 2.


Kongsi yang memulakan penggambaran 29 Mei ini (esok), turut dijayakan Fizo Omar sebagai ASP Shariff, Norliana Samsudin (Detektif Maya), Azad Jazmin (Mikail), Putri Mardiana (Yati), Fida (Maria), Zul Handy Black (Kimpedu), Shafie Jaafar (Tok Malik), Pooniah (Victor) dan Chew Kin Wah (Jimmy).


Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas. Mengenai genre aksi untuk filem kedua, Farid yang baru saja menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Layar (kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, semua itu atas kehendak produksi yang menetapkan pengkhususan tertentu untuk pengarah di bawah Skim 10 Pengarah Muda MIG. Katanya, ada pengarah khusus untuk karya seram dan ada pula karya komedi.


“Kalau diberi pilihan, saya ingin menjadi pengarah serba boleh yang menghasilkan pelbagai genre tetapi buat masa ini saya diberi pengkhususan begitu. Selain aksi, saya minat buat filem cinta,” katanya.


Mengenai pemilihan Sam, kata Farid ia atas perbincangan bersama dengan produser dan mengakui watak Tumulak memerlukan pelakon berkarektor dan yakin Sam mampu memberi warna kepada watak itu. Katanya, kejayaan Adnan Sempit juga diharap memberi tuah kepadanya tetapi watak Sam kali ini jauh berbeza dengan Adnan. Pemilihan Fizo pula kerana dirasakan paling layak dan sesuai dengan ketinggian Sam kerana mereka akan bertemu dalam satu babak yang cukup genting.


“Saya juga paparkan aksi rempit tetapi tahap keganasannya dikurangkan. Saya sudah mendapat penerangan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai garis panduan yang dibolehkan supaya tidak berhadapan masalah nanti.



“Saya juga gembira kerana berjaya melamar pelakon popular India, Pooniah untuk memegang watak ketua gangster India kerana jadual waktunya yang begitu ketat dengan banyak tawaran berlakon,” katanya.

Temu jodoh?

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my






Selepas menjanda selama dua tahun, Nora Danish mula mencari keserasian dengan Pelakon TV Lelaki Popular, Remy Ishak


SELEPAS mencipta keserasian tersendiri dengan gandingan pelakon wanita seperti Rita Rudaini, Rozita Che Wan, Ummi Nazeera termasuk bersama Tiz Zaqyah dalam drama Nur Kasih, Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, Remy Ishak kini buat pertama kalinya 'bertemu jodoh' dengan hot mama, Nora Danish.

Drama epik fantasi, Arjuna terbitan KRU Studios yang bersiaran di TV3 (slot Aksi) mulai 31 Mei ini menjadi percubaan sulung Remy dan Nora di kaca TV. Lalu demi mengalu-alukan kehadiran drama arahan Elmi Khalim yang disiarkan setiap Isnin jam 9 malam itu, mereka disatukan dalam fotografi bersama Hip lewat petang baru-baru ini.

Nora hadir awal seperti waktu yang ditetapkan. Itupun, selepas sepanjang hari ibu tunggal kepada Putera Raiqal Ramli (Qaqal) ini perlu bergegas dari satu lokasi berlainan demi komitmen yang sudah diatur. Malah selepas fotografi yang berakhir menjelang jam 10 malam itu, Nora harus kembali ke lokasi penggambaran drama Tiga Serumah musim kedua terbitan MIG bagi siaran Astro Warna.

Remy Ishak pula tersangkut dalam kesesakan jalan raya selepas balik dari gimnasium. Mahu atau tidak, Nora yang sudah kepenatan terpaksa menunggu hampir sejam sebelum Remy tiba di Balai Berita. Tanpa membuang masa, selepas saja siap, fotografi di antara mereka diteruskan. Jelas keserasian terpancar di antara mereka.

Apa tidaknya selama tiga bulan mereka berkampung di lokasi penggambaran drama ini di sekitar Lembah Pangsun, Kuala Lumpur, Hulu Langat, Kemensah, Pulau Indah dan Hulu Yam. Cuma di minit awal saja Remy kelihatan kekok sedangkan Nora sudah bersemangat memberikan pose menarik.

Barangkali malu kerana selepas tamat penggambaran drama ini, hanya sesi fotografi ini yang kembali menemukan mereka. Dalam malu tapi ada mahu sebenarnya. Tiada masalah sebenarnya menggandingkan mereka kerana kedua-duanya bijak bergaya di depan kamera. Nora juga bijak mengawal keadaan dengan mengusik Remy sambil disambut hilai tawa masing-masing.
“Sejujurnya kami tak mengambil masa yang lama di lokasi penggambaran untuk serasi. Nora okey orangnya. Pendek kata, kami macam sudah lama kenal. Memang kami banyak bersama kerana wataknya sebagai Cempaka dan saya sebagai Arjuna memerlukan kami mengembara bersama-sama dengan rombongan lain,” katanya sambil mengakui dirinya sangat pemalu dengan wanita seraya memuji Nora Danish.

Biarpun pertama kali bekerjasama menerusi drama hasil tulisan skrip Fairul Nizam Abas dan Yuzaidania A Shukor, Remy memberitahu dia sangat menyenangi pelakon berwajah comel itu. Biarpun melalui kesulitan seperti penghasilan skrip yang dihasilkan secara berterusan dan jadual penggambaran yang tidak menentu, mereka saling membantu.

“Nora sangat memberi dan secara tidak langsung memudahkan bahagian kerja kami. Tapi sayangnya tak banyak babak berdua yang menyerlahkan metafora cinta. Lagipun drama ini tidak terlalu menekankan sangat sisi cinta, sebaliknya lebih terarah kepada adegan pertarungan dan dendam kesumat,” katanya yang akan memulakan penggambaran filem Nur Kasih mulai bulan depan.

Ditanya lanjut mengenai drama ini, Remy menjelaskan sebagai pelakon dia sudah memberikan 100 peratus komitmen. Malah demi watak Arjuna, si lelaki idaman ramai ini terpaksa menggelapkan kulitnya.

“Watak ini sangat mencabar fizikal dan mental saya. Watak ini lari daripada kebiasaan watak lelaki romantik yang pernah saya bawakan sebelum ini. Arjuna lebih lasak. Ia lebih daripada realisme dan bersifat komikal. Ia satu anjakan baru untuk kerjaya seni saya. Saya juga perlu ‘berkampung’ di dalam hutan dan tepi laut demi menjayakan watak ini,” katanya.

'Saya tengah cari yang sesuai'

MENGALIH bicara kepada Nora yang sinonim dengan watak Puteri ini, dia menyifatkan rezeki tanpa henti yang diterimanya sebagai rezeki anaknya yang kini berusia setahun empat bulan. Malah hasratnya untuk menjadi pengacara juga termakbul selepas diberi peluang mengacarakan Bolly 10 di Astro B4U dan kini I-Glam di TV9.

Impiannya untuk berlakon di samping hero pilihan turut menjadi kenyataan. Bayangkan setiap kali dia ‘mengidam’ untuk berlakon dengan pelakon lelaki yang diingini, semuanya dipermudahkan apabila dia disatukan dengan Farid Kamil menerusi filem Cuti-Cuti Cinta. Begitu juga kisahnya dengan Remy Ishak.

“Beruntung rasanya sebab apabila ada saja impian untuk berlakon dengan seseorang pelakon, akhirnya ia dimakbulkan. Ada saja tawaran berlakon yang kunjung tiba dengan hero yang saya ingin berkolaborasi. Umum juga tahu Remy sendiri antara hero hangat yang terus meningkat naik. Sepanjang berlakon dengannya, dia sangat menyokong, sama-sama memberi tunjuk ajar dan memberi semangat,” kata Nora yang sudah dua tahun hidup sebagai ibu tunggal.

Diusik pertanyaan tidakkah timbul istilah cinta lokasi antaranya dengan Remy, Nora pantas memintas, dalam kamus hidupnya tiada istilah itu. Malah, kalau disingkap lelaki pilihannya (bekas suami) sebelum ini bukan orang seni. Dia dan Remy serta pelakon lain seperti adik-beradik ketika di lokasi.

Seperti memahami kehendak Hip, Nora pantas membaca bayangan maksud sebenar usikan itu. Akui Nora, dia masih belum bertemu pengganti. Setakat berkawan-kawan itu memang ada. Cumanya, dia tidak mahu terlalu tergesa-gesa memikirkan soal cinta dan membiarkan ia hadir tanpa paksaan.

“Apa yang terjadi dalam fasa kehidupan saya sebelum ini (berpisah dengan bekas suami) tidak sesekali menyekat keinginan saya untuk berkahwin lagi. Istilah serik tak pernah wujud. Saya tidak boleh terus prejudis menilai lelaki sama. Boleh kata saya tengah mencari yang sesuai,” katanya yang terus pulih semangat biarpun diari hidupnya pernah tercalar dengan episod perceraian.

Mengulas lanjut mengenai drama Arjuna, Nora berkata, drama aksi sebegitu bukan yang pertama dilakonkannya. Terdahulu, dia pernah berlakon Pendekar Lima di TV9 beberapa tahun dulu. Untuk watak Cempaka yang dipegangnya, Nora sebenarnya menyerlahkan sisi kental dalam dirinya biarpun pelakon ini sering dianggap sebagai pelakon comel yang lemah-lembut.

“Saya melakukan aksi stunt sendiri dan selebihnya dilakukan pelagak aksi profesional. Watak Cempaka pada mulanya digambarkan sebagai seorang yang lembut. Tak silap saya dalam episode 12 ke atas, Cempaka dianugerahkan kuasa bersilat daripada datuknya, Pendita Dzukarnain. Sebelum bermula penggambaran, kami sebagai pelakon menerima latihan selama dua bulan.

“Watak agresif seperti inilah yang saya dambakan. Biarpun orang nampak saya macam lembut, saya seperti mencabar diri untuk menerima watak lasak. Saya sukakan babak bertarung dan aksi. Kalau dapat watak macam Charlie’s Angel pun saya bersyukur,” katanya yang sedang menanti tayangan dua buah filem, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan Cuti Cuti Cinta.

Sebelum berakhir, Nora sempat ditanya mengenai rutin kehidupannya sekarang. Sekalipun sibuk bekerja, Nora tidak sesekali melupakan tanggungjawabnya sebagai ibu.

“Setiap malam, saya akan tidur dengannya. Malah setiap pagi sebelum keluar bekerja, saya masih sempat berjumpa dengannya. Saya pun tak risau sebab ibu dan keluarga mentua saling membantu menjaganya,” katanya sambil menafikan dia bukan artis naungan MIG, cuma sudah beberapa kali rezekinya ditawarkan David Teo dan isterinya, Jane.

Sunday, May 23, 2010

Sebab Mengapa Ziana Zain Gugurkan Thalia Dari Mentor

Pada beberapa minggu lepas Ziana Zain mentor kepada Thalia mengugurkannya kerana pada pendapat Ziana Zain, Thalia belum lagi bersedia, apa yang dimaksudkannya dengan belum bersedia?

Ziana Zain merasakan bahawa Thalia belum cukup matang untuk menjadi seorang penyanyi. Mungkin dari segi disiplin Thalia ni sangat teruk kut, tak bersemangat berlatih. Anak manja laaa katekan.

Lagi satu perangai Thalia ni degil sangat. Tak tahu la degil macam mana, tapi kalau dah di gugurkan dengan mentor sendiri ni memang degil tahap mancapai awan. Sombong sangat kot pandai nyanyi sampai tak mahu ikut telunjuk orang yang lebih berpengalaman.

Kepada semua orang yang ingin berjaya di luar sana tak kira la dalam bidang apa sekali pun, pastikan anda mempunyai semangat dan disiplin. Kalau tak, memang kene tendang dengan bos.

dari blog = http://www.okbeb.com/

Nota kunci Ajai

Oleh MURSHID EUNOS
PROGRAM realiti hari ini lebih cenderung mencungkil bakat nyanyian yang sekadar menambah kuantiti penyanyi namun kualiti ada kalanya menyedihkan.

Mohd Faizal Maas (Ajai) dengan yakin bersuara: “Jika tiada komposer, tiadalah bunyi dan melodi. Kesannya, penyanyi hanya pegang mikrofon tanpa lagu.” Justeru, Ajai bangkit dengan sebuah konsep terbaru program realiti yang mula mengangkat fungsi komposer, penulis lirik dan penerbit album berjudul Keynote yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria bermula 15 Jun ini bagi menyemarakkan lagi industri muzik Malaysia.


Projek komposer terkenal ini adalah inisiatif bersama seorang lagi sahabat baiknya, Erwan Azizi yang menyelongkar penceritaan sebenar bagaimana sesebuah lagu boleh terungkai sebelum ia dilagukan penyanyi.


Menurut Ajai yang sebelum ini pernah terbabit dalam Akademi Fantasia dan Mentor, kini tiba masanya Malaysia melahirkan nafas baru dalam lapangan penciptaan melodi dan penerbitan album berbanding terus memberi fokus mencari penyanyi semata-mata.


“Tiada gunanya jika kita mempunyai ramai artis tapi pencipta lagu kurang. Maka berpusu-pusu penyanyi yang berebut mendapatkan lagu daripada komposer dengan harga yang ada kalanya melangkaui kemampuan mereka.

“Justeru, Keynote akan menyelongkar lebih ramai tenaga muda yang punya kredibiliti dalam penulisan lirik serta pengubahan melodi.


“Kami mencari 12 peserta melalui siri uji bakat dan mereka bakal ditempatkan di sebuah banglo untuk sesi pengajian yang dipimpin mereka yang berpengalaman seperti Ad Samad, Aidit Alfian, Ramli MS dan beberapa yang lain.


“Mereka kemudian diberi tugasan untuk menyiapkan sebuah lagu yang dipilih berdasarkan genre setiap artis yang terbabit berdasarkan undian.


“Justeru, mereka perlu berdepan pelbagai cabaran mengenal pasti kekuatan vokal artis, bekerjasama dengan penulis lirik, proses latihan nyanyian hinggalah ke fasa penerbitan album.


“Apa yang perlu mereka lakukan bukan sembarangan, sebaliknya ia pendedahan berguna baik kepada peserta mahupun penonton,” katanya.


Menggalas tanggungjawab sebagai dekan program realiti ini, Ajai berdepan cabaran besar, terutama konsep ini yang pertama di dunia.


“Saya berusaha tonjolkan proses pembikinan sesebuah karya itu dengan gambaran lebih serius, dekat dan jelas. Mungkin ada pihak menganggap tugasan seorang komposer sesuatu yang sukar dan merumitkan, sedangkan kerjaya penggiat muzik adalah seharian yang penuh warna-warni.

“Saya teringin melihat lebih ramai komposer baru yang boleh menyumbangkan karya berkualiti. Saya percaya ramai sebenarnya anak muda yang punya dinamik dalam penyusunan muzik di luar sana, namun mereka tiada ruang. Jadi ini satu laluan mudah kepada mereka.


“Yang penting sekali, saya ingin buktikan kepada masyarakat yang lapangan muzik bukan satu bidang yang tidak punya masa depan kerana saya sendiri hidup menyara keluarga dengan menghasilkan lagu. Kita belajar muzik sejak sekolah rendah lagi, namun tidak semua yang nampak kepentingan bidang ini,” katanya.


Setiap peserta bergantung kepada penilaian penonton yang menjadi pengundi apabila mekanisme 100 peratus undian diserap setiap minggu.


Lagu ciptaan mereka dinyanyikan oleh artis yang terpilih sebelum dinilai oleh pengkritik tetapnya iaitu M Nasir dan Ramli MS.


Tidak hanya itu, Keynote yang diterbitkan E&A Production dan bakal menemui penonton sebanyak 13 episod ini turut mengundang sesiapa saja yang punya kebolehan dalam bidang penciptaan.


“Unsur drama penting bagi memancing minat penonton untuk terus mengikuti program. Berbeza untuk Keynote, drama yang akan ditampilkan bukan sesuatu yang dirancang, sebaliknya elemen sebenar ini mula kelihatan apabila mereka terpaksa berdepan artis dalam proses perbincangan, memujuk artis menyampaikan lagu mereka dan bagaimana bekerjasama dengan penulis lirik dalam menghasilkan karya berkualiti,” katanya.


Sesi uji bakat bermula hari ini di Wisma Bentley, Mutiara Damansara dari jam 11 pagi hingga 6 petang. Pada 27 Mei ini pula diadakan di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya sebelum terbang ke Institut Seni Sabah pada 5 Jun depan.

S di hati Rozita

Oleh MURSHID EUNOS


LALUANNYA lurus sehingga deras mengecapi erti sebenar seorang selebriti. Bermula dengan drama Cinta Terhalang empat tahun lalu, nama Rozita Che Wan mudah memancing penerbit untuk tampil di layar lebar seperti Gentayangan, Kantoi, Jangan Tegur, Sifu & Tongga dan Sepi.

Mana tidaknya, munculnya dengan nawaitu memperkenalkan bakat yang ada tetapi dipalit virus kontroversi bertubi-tubi. Khabar yang pernah berbisik di telinganya, Rozita hanya popular pada gaya dan kisah peribadi, bukan bakat.


Malah ada juga yang berani menyelar ibu tunggal ini sebagai bahan tajaan golongan VIP lantaran kehidupannya yang kelihatan mewah.


Bagaimanapun sampuk Rozita: “Ini adalah pintu yang saya pilih tanpa paksaan sesiapa. Malah saya menganggap segala persepsi ini timbul kerana status saya yang hidup sendirian.


“Namun kenapa jika timbul isu lelaki yang cuba menghampiri saya, tidak pula mereka yang dipersalahkan dan mengapa mesti saya juga yang menanggung beban? Itu yang buat saya penat dan muak,” katanya.

Seakan-akan menjadi stigma janda dipandang serong, walhal gelaran itu datang daripada takdir hidup. Baginya, ibu tunggal wajar dihormati kerana memikul tanggungjawab berat, bukan dikeji. Kanvas hidupnya bukan hanya di depan kamera dan bersolek glamor, sebaliknya seluruh jiwanya diserahkan buat dua buah hatinya — Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12.


Namun terlintas satu persoalan, apakah itu alasan sebenar pengunduran Rozita daripada dunia lakonan? Rupa-rupanya muncul pula satu berita yang mengatakan aktres ini bakal melambaikan selamat tinggal kepada status solonya. Rozita sudah menemui pengganti cinta hatinya.


Tersenyum seketika sebelum mengatur kata, Rozita mula mencari kekuatan sebelum memulakan bicara meskipun dalam benak fikirannya, bagaimana rahsia yang disimpan kemas dalam diari hidupnya boleh terbongkar secepat ini. Dia mencari keselesaan, ternyata aktres yang punya pesona tersendiri ini bersedia berkongsi saat gembiranya.


Dengan membahasakan lelaki yang berjaya berpaut di pangkal hatinya sebagai ‘S’, Rozita jelas meniti hari-hari bahagia dengan si bujang itu yang kini berkhidmat dalam lapangan perbankan di Kota Singa.


“Benar saya sekarang mempunyai seorang teman istimewa. Namun biar ia menjadi rahsia kami dulu kerana segala-galanya masih dalam perbincangan.


“Dia sangat penyayang dan memahami kerjaya saya selain menerima saya dan anak seadanya. Setakat ini saya benar-benar selesa dengan kehadirannya.


“Saya mengenali S sejak empat tahun lalu, namun kami mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada terus memahat cinta kerana pada masa itu saya sibuk memberi tumpuan pada kerjaya lakonan yang baru bermula.

“Malah dia juga ketika itu baru saja berpindah kerja ke Singapura. Justeru, kesibukan masing-masing membataskan keintiman kami untuk terus bermadu kasih.


“Bagaimanapun, jodoh tidak ke mana. Awal tahun ini kami kembali rapat kerana masing-masing sudah puas memacu kerjaya dan mula mencari konklusi kehidupan. Walaupun hampir empat tahun kami putus, dia sentiasa mengikuti perkembangan kerjaya saya melalui akhbar dan majalah.


“Entah apa yang menggerakkan hatinya, dia menghubungi saya semula untuk kembali bersama,” katanya yang mengakui lelaki pilihannya itu pemalu dan pendiam.


Kelakarnya, Rozita berjiran dengan S selama ini di kawasan perumahan Subang Jaya, Selangor, namun masing-masing tidak pernah berkesempatan bertembung disebabkan waktu kerja yang berlainan.


Meskipun belum berpeluang bertemu keluarga pihak lelaki, namun bagi keluarga bintang ini, S lelaki yang mampu memimpin Rozita ke fasa lebih baik.


Menolak dakwaan kononnya dirinya bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung Disember depan, Rozita menyifatkan segala perancangan dan tarikh perkahwinan tidak hanya terletak di tangannya.


“Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai tarikh perkahwinan kerana setakat ini saya tidak berani memberi sebarang jawapan. Saya tidak tahu bagaimana isu saya akan berkahwin pada Disember depan boleh timbul, sedangkan saya tidak pernah berbincang mengenainya.


“Saya rasa adalah lebih baik jika pihak lelaki menjawab soalan itu memandangkan mereka lebih tahu akan tanggungjawab menyunting hati wanita.


“Sebenarnya saya rasa janggal apabila memikirkan soal kahwin ini kerana sudah tujuh tahun saya selesa sendirian membesarkan anak. Segala suka duka saya telan sendiri tanpa suara seorang lelaki di sisi.


“Mungkin saya terbiasa sibuk dengan rutin harian sebagai ibu tunggal, maka apabila wujudnya insan bergelar kekasih seperti sekarang, timbul juga rasa kejanggalan itu. Namun saya bahagia menikmatinya.


“Hubungan kami juga tidak sama seperti orang lain memandangkan jarak yang memisahkan. Dia sibuk di Singapura dan saya pula penuh dengan jadual lakonan, justeru sukar juga kami mencari masa yang terluang untuk bertemu. Bayangkan, kami baru dua kali bertemu sejak awal tahun lalu.


“Namun saya rasa ia lebih baik dan berkesan kerana takut juga bosan kalau selalu sangat berjumpa,” katanya yang sedia berpindah ke Singapura jika ditemukan jodoh nanti.


Sekali lagi, Rozita menidakkan kenyataan yang kononnya dia berhasrat untuk bersara daripada dunia glamor kerana ingin berkahwin, sebaliknya cinta yang datang ini terlanjur melengkapkan lagi niatnya. Tambahnya, selepas ini dia boleh memberi tumpuan penuh kepada keluarga.


“Saya berhenti berlakon tidak kerana soal hati ini, namun memang saya merindui zaman membesarkan anak dengan tangan sendiri.


“Pernah sekali pada sambutan Hari Ibu yang lalu, anak sulung saya hanya meninggalkan pesanan nota yang menyatakan dia sayangkan saya walaupun saya tiada masa untuknya. Saya tersentuh membacanya kerana sedar kesibukan saya selama ini.


“Justeru, saya ingin semula kembali seperti dulu dengan berfokus pada perniagaan sendiri kemudian hari. Mungkin ini akan lebih memberi kebahagiaan kepada saya selain kegembiraan kerana dipertemukan dengan lelaki yang sangat menyayangi saya.


“Alhamdulillah selepas ini tiada lagi tebaran kontroversi kepada diri saya seperti mana yang saya lalui setiap hari sebelum ini,” katanya yang menyimpan hasrat menunaikan umrah sekali lagi pada Ramadan ini

Melodi cinta Rossa

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN

EPISOD suram hidup Rossa beransur reda. Tiada lagi tangisan kerana dia kini rancak menyulam buih-buih cinta dengan teman baru yang jauh lebih memahami. Memilih usahawan yang masih solo sebagai peneman jiwa, Rossa tampak sungguh bahagia.

pix_middle

Betapa indahnya fasa baru hidup penyanyi genit ini selepas melalui detik menyedihkan apabila rumah tangga yang dibina bersama gitaris Padi, Yoyo atau Surendro Prsetyo berakhir 14 Julai lalu.


Dalam pertemuan dengannya di Hotel Ritz Carlton, Jalan Bukit Bintang, sempena Konsert Melodi Cinta Rossa di sini, pemilik nama sebenar Sri Rosa Roslaina Handiyani ini bersemangat bercerita mengenai persiapan konsert mega sulungnya.


“Konsert ini bukan showcase biasa, tetapi ia bakal memberi momentum besar dalam karier nyanyian saya. Sebelum ini saya sering menjayakan persembahan di Malaysia, tetapi ini kali pertama konsert berskala besar.


“Saya kini rancak melakukan persiapan terakhir dengan band bagi memastikan Melodi Cinta Rossa berjalan lancar seperti direncanakan. Banyak kejutan yang akan saya lakukan, malah saya akan menggayakan lima pasang baju rekaan pereka terkenal dan kosnya mencecah RM100,000.

“Biarpun biasa menyanyi di depan penonton, saya tetap gementar untuk menjayakan konsert ini. Bagaimanapun sokongan padu isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku penaung konsert menjadi pemangkin semangat. Jika dia yakin dengan saya, kenapa saya tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri? “Setiap sudut hati saya tidak putus-putus berdoa semoga konsert ini berjalan lancar dan berjaya,” katanya yang mendapat banyak undangan daripada syarikat korporat dan istana, antaranya Perak, Pahang, Kelantan dan tidak terkecuali Brunei Darussalam.


Rossa berkata, konsert ini ditujukan khas buat pencintanya dan boleh dinikmati sesiapa saja kerana tiketnya dijual pada harga berpatutan iaitu RM50, RM100, RM150, RM200, RM250, RM300 dan RM350.


“Persembahan saya diiringi 40 pemuzik yang dipimpin Yovie Widianto. Saya akan menyampaikan 20 lagu yang dipetik dari album pertama hingga terkini, termasuk Ayat Ayat Cinta, Nada Nada Cinta, Atas Nama Cinta, Pudar dan Hey Ladies, malah akan berduet dengan artis jemputan seperti Pasha (Ungu), Aizat dan ST12. Sepanjang dua jam beraksi, lagu akan disampaikan secara penuh dan juga medley.


“Lebih istimewa apabila konsert ini bakal diserikan dengan 50 ahli Permata Seni dan 20 kanak-kanak daripada kumpulan Tunas Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).


“Sebahagian hasil jualan tiket akan diserahkan kepada badan kebajikan kanak-kanak Malaysia,” katanya yang tidak pernah lekang dengan senyuman manis

Helikopter, kejutan dan Fasha

Oleh MURSHID EUNOS

LAMA juga aktres jelita kelahiran Johor Bahru ini mengatur bicara bercerita soal cintanya. Meskipun bertalu-talu spekulasi dan kontroversi datang menghimpit, namun untuk Nur Fasha Sandha Hassan mengaku sesuatu yang belum pasti adalah tidak mungkin walaupun pembayang yang ada di depan mata menceritakan segala-galanya.

BERLEGAR...inilah helikopter yang membawa Rizal bersama temannya ke Pulau Lang Tengah.
BERLEGAR...inilah helikopter yang membawa Rizal bersama temannya ke Pulau Lang Tengah.

FASHA SANDHA...mengakui baik dengan Rizal tetapi sekadar teman saja. FASHA SANDHA...mengakui baik dengan Rizal tetapi sekadar teman saja. BERSAHAJA...aksi Fasha ketika penggambaran drama di Pulau Lang Tengah, Terengganu, hujung minggu lalu. BERSAHAJA...aksi Fasha ketika penggambaran drama di Pulau Lang Tengah, Terengganu, hujung minggu lalu. SAHABAT...Rizal atau Jejai (bertopi putih) bersama Fasha teman ketika membuat kejutan di pulau peranginan itu. SAHABAT...Rizal atau Jejai (bertopi putih) bersama Fasha teman ketika membuat kejutan di pulau peranginan itu.

FASHA SANDHA...mengakui baik dengan Rizal tetapi sekadar teman saja.

Adakah ya atau tidak, jawapannya hanya tersadai tanpa penjelasan. Cerita banyak sudah dijaja, gosip mereka sudah tersebar luas, malah ada yang berani tampil menyatakan mereka memang intim, namun bagi Fasha, ia ringkas dengan senyuman sebagai pengganti jawapan. Pendiriannya masih sama dan tidak pernah berubah, satu penafian yang tiada penghujung.


Bagaimanapun, tengah hari Isnin lalu, lokasi penggambaran drama bersiri terbitan Zeel Productions iaitu Duyung Aridinata di Pulau Lang Tengah, Terengganu yang turut membabitkan aktres terkenal itu 'diceroboh' dengan kehadiran mengejut Jejai lengkap menaiki helikopter peribadinya. Percaya atau tidak, kelibatnya di situ semata-mata mahu memberi kejutan kepada Fasha.


Bagai terang lagi bersuluh, Fasha masih menyifatkan kehadiran Jejai hanya atas landasan persahabatan antara mereka dan tidak pernah lebih daripada itu.


Tegas dalam gerak karakter manja bintang filem Cicakman, Cinta dan Evolusi KL Drift itu, Jejai yang juga ahli perniagaan berjaya berusia 34 tahun itu adalah teman dan kejutan itu tidak membawa erti apa-apa selain mencuri ruang melawatnya di sana yang lebih dua minggu 'berkampung' bagi melangsaikan tanggungjawab terhadap drama bersiri 20 episod itu.

Kesimpulannya, perisai penafian makin longgar, lubuk persembunyian kian terbongkar.


"Saya terkejut dengan kehadiran Jejai ke sini bersama temannya. Misinya ingin mengejutkan saya. Bagaimanapun, saya memandang perancangannya itu sebagai penghargaan buat seorang teman, tidak membawa maksud yang jauh tersasar. Tolong jangan salah anggap kerana itu semua di luar imaginasi saya.


"Lagipun saya masih ada berbaki tiga hari lagi (ketika itu) untuk menyudahkan tanggungjawab saya kepada drama ini. Justeru kehadirannya hanya untuk singgah sebentar dan melihat saya di lokasi.


"Jujurnya, Jejai tidak sesekali mengganggu komitmen kerja saya, apatah lagi meninggalkan beban kepada pihak produksi," katanya yang sempat dihubungi sebaik kelibat helikopter milik Jejai berselisih dengan wakil Selebriti di tengah lautan dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu.


Kotak e-mel Meja Selebriti Metro Ahad bertimbun pesanan daripada pembaca dan peminat aktres berusia 26 tahun itu supaya tidak terus menyembunyikan soal perasaannya.


Ada yang memberi kata semangat dan sokongan untuk jiwa aktres popular ini kental dan tabah, tidak kurang juga yang menyelar supaya Fasha tidak berterusan berlakon di luar kamera.


Kebetulan sehari sebelum insiden kejutan itu, Fasha sempat mencuri masa duduk berbual ditemani pengurusnya di kafe chalet tempat penggambaran drama itu. Sayu hatinya tatkala bertentang mata meluahkan apa yang terpendam di lubuk hati kepada Selebriti.

"Bukan senang menjadi Fasha Sandha. Bukan keinginan saya berlakunya segala cerita itu. Bagai kata bidalan, diluah mati ibu dan ditelan mati bapa. Saya berada di posisi yang sukar menyatakan apa-apa, termasuk soal perasaan, walaupun ia pedih untuk terus disimpan.


"Saya enggan memberi kenyataan atau mengulas lanjut perkara itu kerana sudah-sudahlah dengan segala spekulasi yang timbul membabitkan saya dengan gosip remeh seumpama ini. Saya tidak mahu apa yang akan saya jelaskan disalah tafsir sesetengah pihak kerana terlalu banyak hati yang perlu saya jaga.


"Jejai dan saya masih di fasa mengenali hati budi masing-masing. Beri saya masa sebelum memikirkan soal jodoh. Namun yang boleh saya simpulkan, sebagai teman, Jejai sangat memahami dan sentiasa menyokong kerjaya seni saya.


"Saya merayu, beri saya ruang untuk bangkit semula memperkenalkan apa yang saya ada dan impikan. Saya benar-benar memacak fokus dan semangat untuk berlakon dan mencari duit lebih sepanjang tahun ini. Hormati pendirian saya dan hentikan segala cerita tidak benar ini," katanya seraya sekali lagi menafikan dirinya dilamun cinta.


Pelakon serta kru produksi yang berpeluang melihat babak 'suprise' itu termasuk Zachery Francis, Zain Saidin, pengarahnya, Adam Hamid dan penerbit yang juga Pengarah Urusan Zeel Productions, Fadzil Teh.


Menurut Fadzil yang menyifatkan kejutan itu sesuatu yang bukan baru kerana sebelum ini lokasinya pernah dihadiri Ahli Parlimen, Datuk Bung Mokhtar yang melawat kekasihnya (sebelum berkahwin), pelakon utama drama terbitannya, Suraya iaitu Zizize Ezzette, yang menjadi keutamaannya adalah komitmen setiap pelakon, terutama Fasha yang juga berperanan sebagai teraju utama.


"Kejutan Jejai kepada Fasha tidak mengganggu perjalanan penggambaran. Memang semua kru tertanya-tanya akan bunyi helikopter yang tiba-tiba berlegar-legar di set penggambaran, namun apabila kelibat Jejai kelihatan, saya hanya tersenyum dan Fasha adalah orang paling terkejut.


"Bagaimanapun, saya perlu memuji Fasha kerana dia sangat profesional dan komited terhadap kerjanya. Walaupun kejutan itu berlaku ketika dia dalam karakter drama, ia tidak mengganggu lakonannya dan jadual penggambaran juga tidak terusik. Itu adalah lebih penting berbanding perkara lain," katanya.


Mungkin ada benarnya rayu aktres yang pernah menyandang anugerah Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 dan 2007.


Tiada siapa dapat menyelami perasaannya, malah tidak seorang pun mampu ikut terumbang akan segala gelora yang menghempas dirinya.


Yang menyeramkan, jika terus berdolak-dalih, takut jika peminat muak. Risau ada yang mula menyampah dan menganggap segala luahannya satu propaganda. Ketika itu, menyesal pun tiada guna.


Mungkin selepas ini Fasha mengorek semangat baru dan mengintai masa sesuai untuk tampil meluahkan isi hatinya.

Saya memang memilih

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN dan MURSHID EUNOS

IBARAT melihat diri dalam cermin apabila pelakon ini menterjemahkan nuansa pengalamannya sebagai anak dara tua dalam filem sulung terbitannya, Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami.

pix_middle

Padah mula menimpa

Oleh NAZARALI SAERIL dan FIRDAUS SAHAT

KUALA LUMPUR: Kualiti lakonan tidak seberapa tetapi segelintir pelakon wanita muda generasi baru didakwa tidak malu-malu ‘menjual’ tubuh gebu dan gaya seksi mereka demi meraih populariti serta glamor dalam dunia hiburan.

LANA NORDIN.
LANA NORDIN.

YASMIN KHANIF. YASMIN KHANIF. ADELINE TSEN. ADELINE TSEN.

YASMIN KHANIF.


Hakikat ini turut diakui Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim yang merumuskan kelompok artis wanita generasi baru ini hanya menjadikan dunia hiburan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan populariti selain kehidupan mewah.

“Pada pendapat saya, bagi golongan ini dalam hati mereka hanya 60 peratus mahu menyertai dunia hiburan manakala 40 peratus lagi hanya ingin popular dan kehidupan mewah.


“Daripada segi lakonan memang teruk, apatah lagi hanya berlakon dalam satu dua drama atau filem, tapi mereka popular kerana kesediaan mendedahkan ‘aset’ tidak kira di mana, termasuk ketika menghadiri majlis kecil,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat London.

Pemantauan Metro Ahad di beberapa laman sembang, forum dan blog hiburan tempatan yang popular di Internet pula mendapati di sebalik populariti diinginkan, padah menimpa kelompok artis ini apabila peminat yang meluat mula melontarkan kata-kata keji terhadap mereka.

Antara yang menjadi sasaran ialah Lana Nordin yang dilabelkan sebagai Pamela Anderson Malaysia manakala Yasmin Khanif digelar ‘jalang’ berdasarkan filem lakonannya yang menggunakan gelaran itu sebagai judul. Turut menjadi mangsa ialah Adeline Tsen yang kini popular melalui drama muzikal Hotel Mania.

Apa komen ketiga-tiga artis ini? Ikuti penjelasan dan luahan hati mereka terhadap segala dakwaan yang dilemparkan:


LANA NORDIN, 31:

(Pelakon Gol & Gincu, Remp-it dan Gentayangan)



“RAMAI mengaitkan cara pemakaian saya seharian dengan dunia lakonan. Saya tidak nafikan saya agak seksi dengan pakaian santai ketika di luar set penggambaran, namun ia hanya untuk keselesaan diri.

Saya tidak berniat mencetuskan kontroversi. Di set penggambaran saya pelakon, tetapi di luar saya orang biasa. Jadi, saya bebas menentukan penampilan diri asalkan tidak terlalu menjolok mata.

Kerana itu saya beranggapan tidak timbul soal saya ‘jual’ tubuh dengan berpakaian seksi semata-mata untuk popular. Jika bercerita mengenai adegan ‘panas’ dalam filem dan drama, ia dilakukan untuk menjiwai watak semata-mata.

Tidak kira watak apa sekalipun, sebagai pelakon saya perlu melakukan yang terbaik. Apa yang saya lakukan hanya untuk memenuhi tuntutan kerja.

Dalam filem Remp-it misalnya, saya memegang watak tambahan sebabak saja dan watak itu memperlihatkan adegan panas saya membuka tuala mandi untuk adegan ranjang. Mungkin penonton beranggapan saya berbogel dan mencetuskan kontroversi.

Hakikatnya tidak. Ketika menanggalkan tuala mandi, saya masih memakai baju dan seluar. Namun kepakaran jurukamera dan teknik penggambaran digunakan membuat babak itu kelihatan realistik.

Bagi mereka yang tidak memahami dunia lakonan dan teknik di sebalik tabir, memang mudah menuduh serta membuat andaian saya hanya menjual tubuh dengan pelbagai adegan panas.

Bagi saya, tidak kira besar atau kecil, yang penting watak itu diingati. Yang penting saya sedar dan tahu apa yang saya lakukan walaupun pada mata kasar penonton lakonan saya kelihatan ‘panas’.

Dalam filem Gentayangan pula, saya turut melakonkan beberapa watak panas kerana membabitkan adegan seks. Meskipun ia belum ditayangkan, saya ingin menjelaskan bahawa adegan panas itu hasil ‘camera trick’.

Jadi, saya berpendapat mereka yang berkata mengenai itu tidak faham dunia lakonan. Kita bukan di Hollywood. Jadi, sensitiviti masyarakat masih dipelihara. Apapun, mulut orang kita tidak boleh tutup. Walaupun pelbagai komen dan andaian diberi, saya tahu apa yang saya lakukan.”


YASMIN KHANIF, 22:

(Pelakon Jalang, Aalia, Rafael, Kasut Emas)



“FILEM Jalang memberi impak besar kepada saya. Lagipun, ia lakonan pertama saya dalam dunia seni dan filem itu menjadi isu hangat satu masa dulu.

Ramai mengaitkan saya ‘menjual’ tubuh menerusi filem itu disebabkan beberapa adegan ‘panas’ dan watak saya yang menggoda.

Saya pelakon baru dan masih mentah. Saya hanya melakonkan watak diberi dan mengikut arahan pengarah sebagaimana dalam skrip. Tidak pernah terbayang ia bakal mencetuskan kontroversi.

Kalau watak itu diberi kepada orang lain, pasti mereka juga menerimanya kerana ia peluang untuk bergelar pelakon dan mencari rezeki dalam dunia seni.

Bagaimanapun, jangan tuduh saya jalang kerana filem lakonan saya. Saya hanya ‘jalang’ di dalam filem tetapi tidak di luar. Yang pasti, watak itu memberi impak kepada penonton meskipun mereka memandang negatif kepada saya.

Saya sedar ramai beranggapan saya tidak berbakat dalam lakonan. Malah, tidak kurang juga menganggap saya ‘menjual’ tubuh sebagai batu loncatan untuk mengejar populariti.

Namun, jujur saya katakan saya tidak berpuas hati dengan lakonan dalam filem itu. Tetapi, ia mengajar saya banyak perkara mengenai dunia lakonan.

Walaupun ‘jalang’ mendapat kritikan hebat, watak yang saya bawa boleh dikira berkesan. Sekurang-kurangnya usaha menyampaikan nasihat dan mendidik penonton berjaya.

Saya tidak nafikan kecantikan seseorang pelakon menjadi kelebihan, namun tidak semua pelakon cantik dan kacak kerana yang lebih penting ialah bakat kami. Jadi, soal ‘jual’ tubuh seharusnya tidak menjadi isu kerana kami hanya melakukan tuntutan kerja.


ADELINE TSEN, 24:

(Pelakon drama Hotel Mania)



“TUBUH badan menarik dan rupa cantik tidak dinafikan adalah pakej bagi artis wanita, khasnya di kalangan generasi baru. Saya tidak nafikan pernah berpakaian seksi tetapi ia bukan untuk menjaja diri disebabkan mahu mengejar populariti, sebaliknya lebih kepada tugasan.

Contohnya, babak saya berpakaian mandi dalam filem Senario: Beach Boys serta sebagai gadis litar dalam Rempit V3 serta beberapa majlis lain. Itu semua untuk memenuhi keperluan skrip dan mengikut jalan cerita.

Walaupun bukan Islam, saya tetap menjaga batas susila kerana keluarga melarang saya melakukan adegan keterlaluan dan mereka awal-awal lagi meminta saya menolak tawaran yang memerlukan saya bergaya terlalu seksi atau melakonkan watak melampau seperti dirogol.

Seksi juga sebenarnya subjektif dan mungkin ada peminat menganggap seseorang artis ‘menjual’ tubuh dengan berpakaian atau beraksi melampau.

Ada juga pihak tertentu mahu saya berpakaian seksi untuk menunjukkan aset yang ada, kononnya ia baik untuk kerjaya, namun saya menolak melakukannya kerana beranggapan ada perkara yang boleh dan tidak untuk dilakukan.

Mungkin ada yang pernah melihat saya bergambar seksi dalam sesi fotografi. Bagaimanapun, saya anggap ia tidak melampau kerana tidak terang-terangan menunjukkan tubuh dan dalam masa sama saya masih menutup bahagian tertentu dengan pakaian.

Selain itu, ia tidak dilakukan setiap masa, sebaliknya hanya sekali-sekala mengikut kesesuaian. Saya tetap percaya bahawa penjagaan tubuh adalah perkara penting tetapi dalam masa sama, bakat juga memberi kita kelebihan utama dalam dunia hiburan tanah air.

Saya sedar, tiada gunanya ‘berperang’ untuk menjual tubuh masing-masing sedangkan lakonan tidak seberapa. Saya masih belajar dan mahu menimba sebanyak mungkin ilmu lakonan kerana serius dalam bidang ini dan tidak mahu berjaya kerana ‘menjual’ tubuh.”

Saturday, May 15, 2010

Faizal menongkah arus

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my


"INILAH hadiah istimewa buat mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan terhadap kerjaya seni saya selama ini. Penghargaan ini harus diberikan agar berterusan - dulu, kini dan selamanya," kata penyanyi Faizal Tahir sebaik saja melancarkan album barunya, Adrenalin.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bencinta itu mengakui kehadiran Adrenalin sungguh bermakna selepas penantian selama dua tahun dan 11 Mei lalu dengan rasminya dilancarkan. Lokasi pelancarannya ialah Hotel Hard Rock, Pulau Pinang (HRHP).


Album yang mempunyai 10 lagu karya Faizal dengan sentuhan istimewa Audi Mok sememangnya cukup istimewa kerana mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri berbanding album sulung Aku.Muzik.Kamu yang dilancarkan pada 2007.


Penyanyi berbintang Scorpio ini sememangnya amat berani seperti kala jengking yang mengganas bukan saja kemantapan setiap kali persembahan, tetapi kemunculan album terbaru hingga mencatat jualan 5,500 unit pada tiga hari pertama jualan.


Bermula dengan Bencinta sebagai single diikuti lagu yang sering menjadi siulan ramai sekarang, Selamat Malam memperlihatkan gabungan Faizal Tahir dan Audi Mok yang dibuktikan melalui kejayaan Bencinta menang tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-24.


Bagi Faizal, Adrenalin memang istimewa kerana mendapat kerjasama yang baik dari Audi Mok dan Pengarah Urusan Monkey Bone, Ahmad Izham Omar.


"Keserasian yang ada memperlihatkan sentuhan Audi Mok berbeza biarpun dinafikan Audi yang mengatakan inspirasi album ini datang daripada saya sendiri. Tapi yang pasti, kami berdua sering berbincang antara satu sama lain dan ironinya kami selesa bekerjasama," katanya.


Penyanyi yang menerima jolokan 'Superman Malaysia' ini turut membawa isteri dan anak bercuti tiga hari dua malam sambil menjadi saksi majlis pelancaran album dan showcase istimewa Faizal.


Kegembiraan dan keterujaan Faizal atau nama sebenar, Ahmad Faizal Mohd Tahir jelas terpancar bukan saja dengan kelahiran album penuhnya itu, tetapi melihat sokongan dan kerjasama diberikan HRHP cukup baik sekali.

Bagaimanapun, Faizal menafikan dia dilayan sebagai rockstar. Katanya, dia tidak mudah melatah dan mengatakan dia adalah insan biasa seperti orang lain kerana tiada sebarang gelaran ataupun pangkat diterima, hanya orang yang menganggap dirinya begitu.


"Saya adalah saya seperti semua kenal dulu dan saya hanya memperjuangkan muzik dan bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Kalau diibaratkan sebagai bas, pasti pemandunya diri saya sendiri untuk membawa haluan kerjaya seni.


"Janganlah menganggap saya begitu kerana Faizal Tahir kini semakin matang dan bukannya sama seperti dulu kerana perubahan perlu dilakukan, bukannya sebagai artis 'minus one'. Saya kini semakin teruja dan berani untuk membuat persembahan secara 'live' bersama band sendiri.


"Saya inginkan yang terbaik dan amat mencintai muzik yang dibawa kerana lebih enjoy dan puas. Rasa lebih selesa bawa band sendiri berbanding menyanyi secara minus one. Namun pastinya akan ada isu soal bayaran, namun bagi saya ia bukan masalah kerana penganjur perlu menyediakan peralatan itu.

Sheila berdakwah dalam drama

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my


SEJAK tampil bertudung pada 2007, pelakon yang kini bergelar penerbit drama, Sheila Rusly nampaknya lebih selesa berlakon dalam produksi sendiri.

Kata Sheila yang juga Pengarah Urusan JS Pictures Sdn Bhd, dia boleh membawa apa saja watak dalam drama terbitan sendiri.


"Sebenarnya, sudah acap kali orang bertanya kenapa hanya berlakon drama produksi sendiri, adakah saya hanya syok sendiri. Sebab itu, saya malas menghadiri majlis pelancaran seperti ini kerana perlu menjawab soalan yang sama.


"Sebagai penerbit, saya bebas melakonkan watak diidamkan dalam drama. Malah sayalah yang membuat keputusan untuk watak bertudung yang macam mana. Contohnya saya minta penulis skrip cipta karakter bertudung yang sesuai untuk saya dalam drama terbitan produksi.


"Terus terang, saya tidak percaya apabila kita bertudung, watak yang dilakonkan juga terbatas. Sepatutnya, produksilah yang perlu kreatif untuk mencipta sesuatu watak bagi wanita bertudung seperti saya.


"Contohnya, saya bawa watak bertudung yang jahat dalam drama bersiri Musang Berjanggut. Mungkin produksi lain tidak tahu kreativiti produksi mereka sendiri untuk letak watak wanita bertudung dalam drama," katanya ketika ditemui di majlis ramah mesra pelakon Roh Kembali, baru-baru ini.


Isteri kepada pengarah Azman Yahya atau Jinggo ini berkata, dia juga menerima tawaran daripada produksi lain sebelum ini, tetapi ditolaknya kerana mereka memintanya membuka tudung.


"Saya juga percaya rezeki adalah ketentuan Tuhan. Namun, saya tetap berlakon kerana ia sudah menjadi darah daging sejak dulu.


Saya juga terpaksa terima apa saja cakap-cakap orang kerana ia harga yang perlu dibayar sebagai selebriti. Pada masa sama, saya juga sedar, bukan semua orang sukakan kita," katanya. Sheila yang mula berlakon pada usia 15 tahun menerusi filem Hantu Siang percaya, dia juga boleh berdakwah kepada masyarakat menerusi lakonannya. "Bakat berlakon yang saya ada ini pula adalah anugerah Allah. Saya percaya, berlakon juga satu ibadah jika betul caranya. Justeru, dalam setiap episod drama Roh Kembali, saya selitkan satu surah daripada al-Quran. "Kami merujuk alim ulama untuk buat cerita ini. Pada masa sama, kami juga berbincang dengan penulis skrip supaya tidak bercanggah dengan agama.

"Kami juga hanya tunjukkan sikit-sikit saja hantu dalam cerita ini berbanding cerita seram terbitan produksi lain. Selain itu, kami juga ingin mendidik anak-anak mengenai apa yang benar dan apa yang syirik menerusi cerita ini," katanya. Sheila berkata, JS Pictures ditubuhkan sejak 2005 dan kini bertahan sehingga sekarang menerbitkan telefilem dan drama bersiri untuk slot Lagenda dan terbaru slot Seram. "Selepas Roh Kembali, saya juga akan berlakon dalam telefilem baru terbitan produksi sempena Ramadan, Berdosakah Aku dan program masak Ketuk-Ketuk Ramadan," katanya.


Kata Sheila, Roh Kembali membabitkan kos paling tinggi terbitan produksinya iaitu mencecah RM500,000 setakat ini. Ia juga projek drama terbesar produksinya kerana ingin memastikan karya yang dihasilkan juga bermutu.


"JS Pictures sudah mendapat kepercayaan TV3 dengan produk 'prime time' dan sudah pasti kami ingin mengagumkan mereka dengan produk terbitan kami.


"Biarlah kami melabur lebih sedikit dari segi kamera yang bagus untuk memuaskan hati penonton. Drama ini juga dapat khidmat pengarah fotografi berbanding drama biasa. Produksi kami sanggup bayar lebih untuk dapat hasil yang bagus," katanya. Kata Sheila lagi, dia juga berpuas hati dengan komitmen semua pelakon yang terbabit dalam drama berkenaan. Tambahan pula ini drama berat dan pelakon memerlukan imaginasi dan halusinasi yang berbeza daripada orang normal. Pelakon juga perlu banyak bermain dengan aspek dalaman dan memahami jalan ceritanya.



"Pelakon utama seperti Fizz Fairuz memang banyak berlakon dalam produksi saya.Pelakon lain seperti Zamarul Hisyam dan Lisdawati pula baru kali pertama, tapi masing-masing memberi komitmen seperti diharapkan. Pelakon lain dalam drama ini termasuk Razak Ahmad," katanya.

Ezlynn mula rasa jejak tanah

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my


SUDAH dua bulan langkahnya bagaikan tak jejak ke bumi akibat kecederaan kaki. Keadaan yang aneh itu nyata membuatkan Ezlynn atau nama sebenar, Azlin Ariffin, 29, berasa amat risau.

Apakah dia mampu beraksi selincah dulu, sedangkan elemen itulah yang menjadi ciri khas dalam persembahannya sekali gus membezakan aksi gadis cantik ini berbanding penghibur lain.


Pun begitu, kehadiran Ezlynn memeriahkan Karnival Candat Santai Harian Metro 2010 di Dungun Terengganu, baru-baru ini memberikan sedikit sinar buatnya. Masakan tidak, pembabitan dalam acara itulah menemukan Ezlynn dengan dengan Tukang Urut Tradisional dan Komplementeri Terbaik Asia, Pak Yahya. Pendek kata, kehadiran Ezlynn boleh dianggap sebagai langkah kanan. Kata Ezlynn, inilah kali pertama dia mendapat rawatan urutan kaki selepas dua bulan jatuh tangga menyebabkan kakinya patah. "Sebelum ini saya tidak berani melakukannya kerana bimbang ia tambah memudaratkan. Apatah lagi, bukan senang hendak mencari tukang urut yang pakar berkaitan urat. Tetapi saya ada keyakinan dengan Pak Yahya kerana caranya memeriksa kaki saya dengan memulakan bacaan doa.


"Dia tahu di bahagian mana kaki saya yang terasa sakit. Memang tadi, sewaktu dia memegang kaki saya terasa mahu menjerit kerana terlalu sakit, tetapi terpaksa ditahan kerana ramai tetamu. Alhamdulillah, selepas mendapatkan rawatan mengurut daripada Pak Yahya saya dapat rasakan perubahan.


"Jika sebelum ini saya berjalan bagaikan tidak jejak bumi, sekarang saya berasa lega kerana boleh berjalan dengan normal. Cuma Pak Yahya nasihatkan saya supaya berhati-hati, jangan melompat atau terlalu aktif sewaktu membuat persembahan," katanya. Karnival Candat Santai Harian Metro 2010 yang dilangsungkan pada 30 April dan 1 Mei lalu, bagaikan satu kebetulan apabila pengurusan Mayangsari Resort Hotel Suite yang menaja penginapan Ahli Jawatan Kuasa karnival termasuk artis terbabit, melancarkan spa dinamakan Mayangsari Spa pada 1 Mei.


Pak Yahya atau nama sebenar, Yahaya Mamat, 64, pernah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila memenangi anugerah Best Therapist In Asia Spa Wellness Award, di London pada 2007.


Kehebatannya dalam bidang itu menarik minat pemilik Mayangsari Resort Hotel Suite, Abdul Ba'ith Azman untuk menubuhkan spa bagi memberi perkhidmatan urutan terbaik buat tetamu di hotel berkenaan. Mayangsari Resort Hotel Suite yang beroperasi sejak tiga lalu, nyata menjadi kebanggaan penduduk Dungun atas pencapaian Pak Yahya. Justeru, idea menubuhkan spa ini adalah sebagai satu cara memperkukuhkan nama serta mempopularkan lagi hotel ini selain menyediakan perkhidmatan eksklusif buat tetamu hotel menerusi rawatan urutan daripada tukang urut terbaik Asia iaitu Pak Yahya.


Harga bagi setiap rawatan juga sangat istimewa bermula daripada RM90 hingga RM300 mengikut pakej diambil. Berkonsepkan rumah tradisional Terengganu digabungkan lanskap serta dekorasi bercirikan Bali, Spa Mayang Sari turut menjanjikan keselesaan.


Turut memeriahkan majlis pelancaran spa itu ialah Izwan Pilus, Fazli Zainal, Hairi (Juara Anak Wayang musim pertama) dan Roslan Shah yang turut memeriahkan Karnival Candat Santai Harian Metro 2010. Penyanyi yang mula melonjak naik menerusi lagu Hi Hi Bye Bye mengakui sudah tidak mampu mengekang kesabaran untuk mempromosikan single terbarunya, Tic Tac Toe yang dihasilkan komposer muda berbakat, Noh dari kumpulan Hujan.

Kata Ezlynn, sudah lama dia tidak muncul dengan single baru dan kali terakhir pada 2007 menerusi lagu Jikalau Aku. Ketika itu, penyanyi berwajah cantik ini masih bersama KRU Record. "Tiga tahun tidak muncul dengan sebarang produk, bukan bererti saya lenyap begitu saja. Undangan persembahan masih dipenuhi seperti biasa dan Alhamdulillah rezeki tidak pernah putus.


"Tempoh itu juga saya manfaatkan untuk mencari formula baru dalam nyanyian. Saya akui imej sama ada dari segi muzik mahupun penampilan, tidak boleh diubah terlalu drastik.


"Namun, cukup sekadar saya katakan kemunculan kali ini peminat akan melihat Ezlynn sebagai seorang yang lebih matang," katanya.


Menaruh kepercayaan pada Alibi Music sebagai pihak pengurusan barunya, Ezlynn yang mengikat kontrak selama setahun dengan syarikat berkenaan dijangka muncul dengan dua single tahun ini

Artis miang, gedik terlampau!

BANYAK penyanyi lelaki dan wanita baru muncul sekarang sehinggakan kalau sebut nama mereka, SS belum tentu kenal. Kalau dah pihak media sendiri tak kenal, apatah lagilah dengan peminat di luar sana. Lainlah kalau sebut nama Yuna, satu Malaysia tahu siapa dia. Mungkin kerana persaingan hebat itu menyebabkan ada di antara mereka mencari jalan mudah untuk dikenali, seperti seorang artis wanita ini.
SS dengar dia terlalu terdesak untuk mengecap nikmat glamor sehinggakan sanggup berbuat apa saja asalkan namanya dikenali ramai. Jika dilihat namanya memang hijau sebagai artis kerana hanya menghasilkan single, bukannya album penuh. Kerana itu, dia merancang pelbagai cara termasuk menerusi cara yang kurang bermoral sebagai batu loncatan untuk mencipta publisiti.


Tidak dinafikan, penyanyi baru ini mempunyai pakej juga kerana tarikan yang ada padanya membuatkan ramai lelaki cair. Jadi dia mula masuk jarum dengan mendampingi penyanyi lelaki yang boleh dikatakan ada nama. Tujuannya tak lain tak bukan supaya mereka membantunya agar cepat dikenali dan yang keduanya untuk menimbulkan gosip supaya namanya menjadi sebutan. Kalau setakat nak berkawan tak kisahlah, tapi kalau dah 'mengendeng' dekat badan artis lelaki, apa kes pula? Dalam masa sama, dia juga dikatakan bermata keranjang kerana cepat jatuh cinta dengan artis baru yang kacak. Pantang nampak artis kacak, dia mulalah menunjukkan sikapnya yang menggoda itu. Siapa yang tak lemah kalau perempuan gedik mulakan dulu? Memang kes haru kerana selalunya lelaki yang goda perempuan. Nak buat macam mana kerana zaman dah berubah sekarang. Mungkin juga artis ini merasakan tak salah berbuat demikian asalkan namanya dikenali ramai. Tapi itu bukanlah cara orang yang bertamadun.


Bagaimanapun, SS terkejut apabila diberitahu yang artis itu sebenarnya berstatus isteri orang! Cuma dia sendiri yang enggan mendedahkan perkara sebenar apabila ditanyakan rakan. Agaknya dia bimbang sahamnya jatuh nanti. Yang paling mengerikan, SS mendapat tahu seorang artis lelaki yang rapat dengan artis ini pernah terima mesej berunsur ugutan. Pada SS perkara ini tak sepatutnya berlaku kerana pihak yang mengugut perlulah siasat dulu cerita sebenarnya. Janganlah membuat tuduhan melulu begitu saja kerana SS tak mahu peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam dunia seni tanah air satu ketika dulu berulang kembali.

Penangan Sebelum Akhirat

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

BERLAKON di sisi suami, Fauzi Nawawi, bukanlah asing bagi pelakon Lisdawati. Malah, mereka cukup serasi dan mampu bersikap profesional. Itulah yang akan disaksikan penonton dalam telefilem Sebelum Akhirat di slot Cerekarama TV3, jam 10 malam ini.

Melakonkan watak Norida, gadis kampung yang terpedaya pada kasih Mubarak (Fauzi Nawawi), nyata ia peranan berat. Bukan saja pada dirinya tetapi Fauzi yang mengalami demam panas hingga tidak boleh bangun dan perlu dipapah.


Menurut Lisdawati, suaminya demam sepanjang penggambaran dijalankan. Malah, ketika sibuk di lokasi, anak kedua mereka jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan selama empat hari. Selepas penggambaran tamat, ada lagi kejadian lain.


"Sebaik mengambil bayaran lakonan, Fauzi hanya sempat menggunakan RM300 untuk membeli pakaian kerana wang selebihnya hilang. Tanpa disedari, Fauzi tercicir dompetnya di kedai makan dan kehilangan wang itu mungkin bukan rezeki kami.


"Selalunya, Fauzi akan menyerahkan baki hasil lakonan diterima kepada saya selepas digunakan. Namun, saya anggap apa yang berlaku itu dugaan Tuhan dan pengajaran kepada kami. Sebagai manusia biasa, kami reda dengan apa yang berlaku.


"Secara tidak langsung, ia mengingatkan saya kepada balasan Tuhan. Sekarang ini, apa saja yang dilakukan manusia, balasan diterima secara tunai dan segera tanpa perlu menunggu saat kematian. Jujurnya, kisah dipaparkan telefilem ini sangat menginsafkan," katanya.


Lisdawati berkata ketika berlakon telefilem itu, suaminya turut digigit kala jengking di mata. Ujarnya, ia sangat mencabar tetapi sebagai pelakon dia dan suami berbesar hati menerima watak terbabit kerana kepercayaan orang kepada mereka.


Telefilem Sebelum Akhirat yang menjalani penggambaran pertengahan April lalu mengisahkan Mubarat yang tenat dan menunggu saat kematiannya. Tatkala mendengar bacaan surah Yassin, dia hanya mampu mengalirkan air mata penyesalan.


Dalam hatinya, Mubarak meronta untuk hidup dan sihat seperti sedia kala untuk menebus dosanya. Namun, semua itu mustahil. Justeru, Mubarak terbayang masa lampaunya. Ketika sihat, Mubarak selalu mengabaikan solatnya. Malah, dia juga menjalankan perniagaan haram.

Mubarak bertindak sebagai ceti haram dan mengenakan bunga tinggi kepada peminjamnya. Bahkan, dia juga menyediakan khidmat wanita cantik untuk tokoh korporat. Tidak terkecuali, dia turut menghamilkan wanita dan enggan bertanggungjawab.


Suatu hari, Mubarak berkenalan dengan Norida, gadis sekampung dengannya. Norida tidak mengetahui pekerjaan sebenar Mubarak hinggalah mereka terlanjur. Disebabkan Mubarak tidak mahu bertanggungjawab, Norida balik ke kampung semula.


Apakah yang berlaku kepada Norida seterusnya? Malah, bagaimana pula keadaan hidup Mubarak selepas ibu bapanya mengetahui dia menjalankan perniagaan haram. Adakah Mubarak juga berkesempatan meminta maaf daripada ibu bapanya? Kisah menyayat hati ini adalah karya ditulis Jumal Yunus dan diarahkan Murali Abdullah. Ia diterbitkan Enuja Production Sdn Bhd dan dibintangi pelakon lain seperti Yalal Chin sebagai Yusof, Maimon Talib (Salmah), Ruminah Sidek (Mak Bidan), Hisham Ahmad Tajudin (Rashid), Fadilah Mansor (Jamaliah) dan Dinie Juri (Ustaz Ehsan)

Anuar dapat ganti rugi

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Saya lega akhirnya keputusan ini memihak kepada saya. Terima kasih kepada mahkamah kerana prihatin masalah artis,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini, Anuar Zain.

Dia berkata demikian di luar mahkamah kepada media sejurus berjaya dalam kes samannya terhadap Synchrosound Records Label Music Sdn Bhd bagi menuntut bayaran royalti daripada syarikat rakaman itu di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.


Hakim Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sando Sham Abraham membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dan mendapati syarikat rakaman itu tidak lagi beroperasi dan tiada lagi pekerja.


Bagaimanapun, jumlah ganti rugi pembayaran royalti akan ditaksirkan kemudian oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada satu tarikh yang belum ditetapkan.


Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu diwakili peguam Aizul Rohan Anuar manakala Synchrosound diwakili peguam Max Yong.


Terdahulu, Aizul Rohan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya tidak mempunyai penyata mengenai penjualan album, namun boleh mendapatkannya daripada Universal Music iaitu syarikat rakaman yang menjadi pengedar album Anuar pada 2001 hingga 2006.


Synchrosound memfailkan saman terhadap Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Annuar Zain, 21 April 2006, menuntut ganti rugi atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak rakaman bertarikh 23 Februari 2001.


Dalam pernyataan tuntutannya, Synchrosound mendakwa kontrak rakaman itu bermula dari 23 Februari 2001 hingga 22 Februari 2005 dengan perjanjian Anuar merakamkan satu album setahun yang mengandungi lagu pilihan syarikat rakaman berkenaan.


Syarikat rakaman itu mendakwa Anuar sepatutnya merakamkan empat album untuk keseluruhan tempoh perjanjian itu.

Bagaimanapun, Anuar hanya merakam satu album pada 2001 dan enggan serta gagal merakamkan sebarang album mengandungi lagu yang dipilih syarikat rakaman itu walaupun sudah diminta berbuat demikian.


Plaintif mendakwa Anuar menggunakan pelbagai cara untuk memungkiri perjanjian seperti membuat permintaan tidak munasabah dan gagal atau enggan menghadiri mesyuarat.


Synchrosound juga mendakwa pada 11 September 2004, Anuar menulis surat untuk membatalkan perjanjian berkenaan tanpa alasan.


Anuar dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balasnya menafikan ada peruntukan dalam perjanjian berkenaan supaya beliau merakamkan satu album setahun bermula 2001.

Defendan juga menafikan membuat permintaan yang tidak munasabah sebaliknya menegaskan dia mempunyai sebab munasabah untuk tidak menghadiri pertemuan dengan syarikat rakaman itu.


Anuar yang terkenal dengan lagu Perpisahan dan Ketulusan Hati juga membuat tuntutan balas terhadap Syncrosound yang difailkan pada 20 Jun 2006.


Anuar selaku defendan dalam tuntutan balasnya mendakwa dia menyerahkan notis penamatan kontrak pada 11 September 2004 untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham bahawa perjanjian antara dia dengan Syncrosound (plaintif).


Pada 27 Disember 2007, Mahkamah Tinggi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Synchrosound terhadap Anuar Zain

Tuesday, May 4, 2010

Yuna tak percaya badi

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

JIKA Ahmad Faizal Mohd Tahir, 31, menyifatkan 2009 sebagai tahun paling sukar dalam hidupnya, berbeza dengan Yunalis Zarai (Yuna), 24, kerana itulah tahun yang sangat bermakna kepadanya sebagai bakat baru paling menonjol menerusi lagunya, Dan Sebenarnya.

pix_middle
sebelum - selepas


Masakan tidak, sepanjang tahun lalu, dua kali Faizal dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan lutut kanannya akibat cedera ketika bermain futsal dan jangkitan kuman pada paru paru sehingga dia gagal beraksi peringkat separuh akhir Muzik Muzik 24 hingga tempatnya digantikan Shila One In A Million (OIAM) menyampaikan lagu Bencinta.

Bagaimanapun, untuk final Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24), Faizal tetap mahu beraksi walaupun menahan kesakitan dan bertongkat di pentas mempertaruhkan lagu ciptaannya bersama Audi Mok. Lagu itu menang tempat ketiga di belakang Dan Sebenarnya (kedua) dan juara, Pergi (Aizat).

Naib juara program OIAM itu enggan mengalah dengan keadaan, bangkit dengan azam dan semangat baru dan ternyata di sebalik kesukaran itu, muncul kejayaan yang tidak terduga apabila menang dua anugerah pada Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, bapa kepada tiga cahaya mata itu menjulang anugerah Lagu Rock Terbaik (Bencinta), Album Rock Terbaik (Adrenalin) dan album ini juga menang Album Terbaik menewaskan Album Nasyid Terbaik dan Album Pop Terbaik.
Pada AIM15, Faizal mencatat kejayaan besar menerusi album Aku.Muzik.Kamu apabila menang Album Rock Terbaik, Album Terbaik, Artis Baru Terbaik dan juga Persembahan Vokal Terbaik Di dalam Album (Lelaki). Bagaimanapun, tahun ini Persembahan Vokal dinilai berdasarkan lagu dan ia dimenangi Hazami.

Yuna pula dengan bangganya membawa balik empat anugerah - Artis Baru Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Deeper Conversation), Lagu Pop Terbaik (Dan Sebenarnya) dan lagu itu diangkat Lagu Terbaik menewaskan Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Rock Terbaik dan Lagu Hip Hop Terbaik.

Berkongsi rasa yang begitu teruja dengan kemenangannya itu, Faizal berkata anugerah yang diterimanya itu di luar jangkaan menyebabkan dia gugup ketika
berucap di pentas.

“Untuk kategori Album Rock Terbaik, saya ingat kumpulan Hujan menang. Biarpun tidak mengharapkan kemenangan, sejujurnya apa yang saya dapat malam ini (kelmarin) bonus untuk saya.

“Album Adrenalin dipasarkan dalam bentuk digital penghujung 2009 dan pada
Mac lalu baru dihasilkan dalam bentuk CD. Cuak juga takut orang terlepas pandang
dengan album itu, namun sudah tertulis rezeki saya untuk menang AIM17.

“Dengan kejayaan ini juga memberi tekanan kepada saya untuk menerbitkan
album apa pula selepas ini kerana harapan peminat mesti lagi tinggi. Apapun,
saya serahkan kepada Izham (Ahmad Izham Omar) dan Audi Mok untuk merencanakan
album saya yang seterusnya,” katanya.

Faizal berkata, kejayaan ini bukan usahanya seorang, tetapi dengan sokongan semua pihak. Selain Izham dan Audi Mok, sokongan keluarga, peminat, pihak pengurusan dan media turut menjadi pendorong kejayaannya.

“Mereka pelengkap kepada perjuangan saya di medan seni. Tanpa mereka semua,
saya tidak akan berada di sini. Di mana ada salah dan silap saya, sila betulkan.
2009 tahun yang penuh dugaan dan emosi.

“Sebab itu juga saya namakan album kedua ini, Adrenalih. Kekuatan saya
apabila menempuh dugaan dengan mengatakan, Allah duga kerana hendak bagi
yang lebih baik,” katanya yang membuat persembahan menerusi lagu Selamat
Malam.

Yuna yang semakin matang dan bergaya, bersyukur kerana kali pertama lagunya
dicalonkan dalam AIM17, terus menang. Daripada lima pencalonan, anak tunggal
itu menang empat kategori.

Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dia kecundang
di tangan Datuk Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta) yang masuk kali ini sudah menang 11 kali. Satu rekod yang sukar ditumpaskan mana-mana penyanyi.

“Masih terkejut dengan kemenangan ini, namun bagi saya tarikan lagu Dan
Sebenarnya kerana muziknya yang catchy dan begitu dekat di hati pendengar. Malam ini malam bonus untuk saya kerana tidak sangka dapat sampai empat anugerah.

Untuk Artis Baru Terbaik, saya sasarkan Bunkface,” katanya. Mengulas pertanyaan kemenangan itu mungkin memberi badi kepadanya kerana ada artis yang menang Artis Baru Terbaik, terus sunyi sepi dari persada seni, jelas Yuna dia
tidak percaya kepada itu semua.

“Saya akan terus bekerja keras dengan menghasilkan karya terbaik. Moga Allah
memberikan saya kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia. Saya lihat AIM pentas
terbaik untuk menilai dan menghargai bakat dan usaha penggiat seni suara tanah air.

“Jika mungkin sebelum ini orang masih samar-samar dengan hasil kerja saya, tetapi dengan kemenangan ini mereka semakin yakin dengan saya dan saya pun selesa untuk terus berkarya,” katanya.

Pelajar tahun akhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam
bidang undang-undang ini turut memukau penonton di Dewan Merdeka, PWTC dan
juga penonton di rumah yang menyaksikan siaran langsung menerusi ntv7 dan radio Hot FM, apabila membuat persembahan bersama Aizat diiringi orkestra pimpinan Ramli MS. Yuna menyampaikan Dan Sebenarnya manakala Aizat, Susun Silang Kata.

Yuna kini mempromosikan single ketiganya, Gadis Semasa dan diharap lagu
itu juga berjaya seperti Dan Sebenarnya serta Cinta Sempurna.

Dia juga dalam proses menyiapkan album penuh kerana tidak mahu peminat menunggu terlalu lama.

Pada Julai ini, Yuna akan berangkat ke Amerika Syarikat (AS) sekali lagi untuk mencari syarikat rakaman di sana bagi menerbitkan album Inggerisnya di negara itu.

“Sewaktu ke AS baru-baru in saya sudah pun merakamkan 10 lagu ciptaan sendiri
dan saya ke sana lagi untuk mencari syarikat rakaman yang sudi bekerjasama
dengan saya. Insya-Allah saya akan berada di sana sehingga Ramadan ini,” katanya.

Dalam berkarya, Yuna seorang yang fleksibel dan bersedia mencuba benda baru. Dia juga bersetuju jika anak seni yang menang anugerah meletakkan harga pada karya mereka kerana itu adalah haknya di atas usaha kerasnya itu.

“Jika orang luar menganggap industri seni satu perniagaan, saya juga perlu meletakkan kerjaya saya sebagai perniagaan, berurusan dengan cara yang lebih profesional.

“Alhamdulillah dengan kemenangan ini dan saya akan memberikan yang terbaik untuk peminat,” katanya.

PROFIL:
NAMA: Yunalis Zarai
NAMA KOMERSIAL: Yuna
USIA: 24 tahun
TARIKH LAHIR: 14 November 1986
TEMPAT LAHIR: Alor Star, Kedah
HOBI: Menonton filem
IDOLA: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990)
PENDIDIKAN: Masih menuntut dalam tahun akhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan undang-undang
E-MEL: yunaroomrecords@gmail.com

PROFIL:
Nama: Ahmad Faizal Mohd Tahir
Tarikh Lahir: 6 Oktober 1978
Umur: 32 tahun
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Zodiak: Scorpio
Tinggi: 170 sentimeter
Berat: 65 kilogram
Hobi: Bermain alat muzik , menyanyi Personaliti: Aktif, suka berkawan
Album: 'The Best of One in a Million - Top 3' (2007) dan Aku. Muzik.Kamu (November 2007).
Kerjaya: Penyanyi dan Penulis lagu
Pendidikan: Diploma Sebaran Am Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Poligami tanpa kebenaran


KUALA LUMPUR - Perkahwinan kontroversi aktres Zizie Ezette Abd. Samad dan
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin kembali hangat
semalam apabila mereka didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur
dekat sini atas tuduhan berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran
pendaftar.


Zizie, 32, dan Bung Mokhtar, 51, masing-masing didakwa bagi kedua-dua
pertuduhan tersebut serta dua lagi pertuduhan bersubahat mengaku bersalah
di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.


Zizie didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Keluarga Islam Negeri
Selangor 2003 kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar manakala Bung
Mokhtar pula didakwa mengikut Seksyen 124 enakmen sama kerana berpoligami
tanpa kebenaran.


Pasangan itu kemudian didakwa di bawah Seksyen 134 Enakmen Keluarga Islam
Negeri Selangor 2003 kerana bersubahat dengan pasangan masing-masing.



click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com