click 4 money

Tuesday, March 30, 2010

Remy, Rozita tolak gosip

zubir@bharian.com.my


















GANDINGAN nama dua R - Rozita Che Wan, 37, dan Remy Ishak, 27, ini mempunyai aura yang sangat kuat dan tersendiri.

Rozita, sekalipun bukan lagi dalam usia 20-an dan agak berusia, namun dia masih ‘bergetah’. Status ibu tunggal menjadikan dia kegilaan ramai lelaki, selain buruan penerbit drama dan filem.

Remy pula, biarpun usia lakonan baru setahun jagung, drama Nur Kasih mampu mengubah nasibnya. Daripada seorang pemuda kampung, kini dia dilabel lelaki Melayu terakhir dalam industri filem. Baru putus cinta dan kini solo, menjadikan nama Remy terus hangat diperkatakan dan ramai yang ingin tahu siapa pengganti kekasihnya. Rozita dan Remy pertama kali digandingkan dalam fotografi bersama B*Pop apabila mereka belum pernah muncul berdua di mana-mana media cetak sebelum ini. Pun begitu, mereka pernah digandingkan menerusi drama siaran RTM, Cinta 3 Teruna suatu ketika dulu, namun selepas lebih dua tahun tidak bertentang mata, akhirnya sesi fotografi sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, menemukan pasangan ini!

Rozita mengakui, dia jarang menerima pelawaan apabila diminta bergandingan dengan mana-mana artis lelaki kerana lebih gemar bergambar solo atau sekurang-kurangnya berpasangan dengan adiknya, Ayu Raudhah. Tapi, sebaik saja dimaklumkan menerusi SMS, Rozita akan digandingkan dengan finalis Pelakon TV Lelaki Popular, Remy, dia terus membalas: “I like...”

Lebih menarik, pada hari fotografi berlangsung, kebetulan genap usia Rozita berganjak 37 tahun tanggal 9 Mac lalu.

Itu cerita Rozita. Bagi Remy pula, dia tidak pernah bertanya siapa yang bakal digandingkan dengannya, namun sebaik saja dimaklumkan akan berpasangan dengan Rozita, tiga hari sebelum fotografi, aktor berkulit sawo matang ini mengakui, dia tak lena tidur malam! Ternyata, Remy dan Rozita tidak kekok apabila diminta memberikan pose romantik di depan kamera. Yang jelas, kedua-duanya teruja apabila bertemu satu sama lain!
Kesempatan itu digunakan Remy untuk meraikan hari jadi Rozita sambil dikelilingi petugas Habib. Rozita yang juga Top 5 ABPBH 2009 kategori Pelakon TV Wanita Popular mengambil peluang berbelanja sakan di Habib apabila dua bentuk cincin berlian koleksi terbaru Habib menjadi pilihannya.

“Setiap kali hari jadi, saya memang gemar berbelanja, beli hadiah untuk diri sendiri. Namun, ulang tahun kali ini saya sangat teruja apabila Habib dan Remy buat kejutan untuk saya,” katanya.

Hadiah hari jadi daripada orang istimewa?

“Setakat dapat bunga pemberian peminat tu memanglah banyak, tapi kalau kategori hadiah istimewa pemberian seseorang, memang tak pernah ada. Kekasih pun tak jumpa-jumpa lagi sampai hari ini,” jelasnya lagi.

Apa pendapat Rozita mengenai Remy?

“Saya suka dengan personaliti Remy. Terus-terang, saya memang susah nak bergambar dengan lelaki. Saya very reserved. Tapi, untuk mempromosikan ABPBH 2009, saya rela langgar ‘pantang’,” katanya dalam nada gurauan.

Akui Rozita, gosip cintanya dengan seorang pemain bola sepak terkenal, sudah lama berkubur apabila menyifatkan hubungan mereka sekadar teman rapat semata-mata.

Namun, ada dakwaan, Rozita sering ‘bergayut’ di telefon berjam-jam dengan bintang sukan berkenaan, justeru masih ingin menafikan tidak wujud perasaan cinta?

“Saya akui perkara itu, saya gemar bercakap lama di telefon, kami susah nak jumpa, tapi itu tidak bermakna kami bercinta. Keluar dating berdua, tak pernah, tengok wayang jauh sekali, sekadar keluar makan beramai-ramai itu, pernahlah,” kata Rozita berterus-terang.

'Saya tak mahu ada kekasih'

Bagaimana pula dengan gosip terbaru yang mendakwa Rozita menjalin hubungan dengan seorang kerabat dari sebuah negeri berpengaruh? Khabarnya Rozita dan kerabat berkenaan pernah dilihat hadir bersama dalam satu majlis keramaian. Apa komen anda?

“Ada orang tengah yang memperkenalkan kami. Seperti biasa, saya tak boleh memberikan sebarang komitmen buat masa ini. Kami hanya berkawan, sekadar bertanya khabar menerusi telefon, tapi nak jumpa memang susah. Sebenarnya saya tak mahu ada kekasih. Saya ingin bebas, apa yang kita buat, tak perlu report duty. Lagipun belum pernah ada lelaki yang benar-benar buat saya gembira kecuali bekas suami. Justeru, lebih baik saya hidup sendiri,” tegas Rozita.

Terdengar desas-desus Rozita ingin memberikan titik noktah pada kerjaya lakonannya penghujung tahun ini dan bermula tahun depan dia akan mengusahakan perniagaan. Keputusan itu dibuat apabila dia dilaporkan tidak sanggup lagi berdepan dengan tohmahan dan gosip liar terhadapnya.

“Sekuat-kuat kita berdepan dengan pelbagai dugaan, tapi apabila sudah keterlaluan, saya tak sanggup lagi. Lagipun usia saya semakin meningkat, sudah sampai masanya saya mengundur diri. Justeru, sekiranya tiada aral, bermula tahun depan saya akan memulakan perniagaan bulu mata berjenama sendiri dan perniagaan lain yang dapat menampung masa depan. Saya akan selesaikan dulu kerja yang tertanggung,” kata Rozita yang mengakui jadual penggambarannya padat sehingga 20 Jun depan.

Rozita yang juga pelanggan tetap Habib, tidak mempunyai masalah memperagakan apa saja barang kemas yang diingininya pada hari itu termasuk tiara Laut Selatan. Jumlah keseluruhan koleksi Habib yang diperagakan Rozita mencecah hampir RM2 juta.

'Saya dan Tiz tak bercinta!'

Remy semakin panas kebelakangan ini apabila dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan aktres remaja, Tiz Zaqyah yang pernah bersamanya menjayakan Nur Kasih. Lebih menggemparkan apabila dia dituduh sebagai penyebab atau orang ketiga sehingga rumah tangga aktres terkenal, Maya Karin dan suaminya bergolak.

“Saya dan Tiz tak ada hubungan istimewa, hanya kenalan sebagai rakan artis apabila kami pernah berlakon di bawah produksi sama ketika menjayakan Nur Kasih. Begitu juga dengan Maya, selepas bergandingan menerusi teater Natrah dan filem Cun, kebetulan rumah tangganya bergolak. Justeru, tidak semena-mena saya terkena tempiasnya. Maka ada pihak yang menuduh saya sebagai orang ketiga.

“Saya sering mencari keserasian apabila bekerja, justeru saya akan selalu dilihat dengan aktres yang digandingkan. Tapi, keakraban yang wujud antara kami tidak lebih atas landasan kerja, jauh sekali mengambil kesempatan. Bagi saya, apa saja tuduhan yang dilemparkan, adalah ujian mental yang harus saya hadapi. Saya harap janganlah terus berprasangka buruk terhadap saya,” kata Remy tenang.

Namun, Remy mengakui pernah keluar berdua dengan Tiz, mereka berborak dua, tiga jam, tapi tidak bermaksud kedua-duanya sudah melewati fasa percintaan.

Remy juga dikatakan mempunyai ‘sindrom’ sukar menjawab panggilan telefon dan membalas kiriman SMS. Tabiat lamanya itu sampai sekarang dikatakan masih belum berubah sehingga mendatangkan kemarahan banyak pihak termasuk produser dan pihak wartawan.

“Saya tidak menafikan perkara itu, tapi apabila bekerja saya tak suka diganggu sehinggakan ibu sendiri pernah merungut apabila dia gagal menghubungi saya. Saya akui, dalam tuntutan kerja seperti saya, komunikasi amat penting. Tapi jadual kerja saya back to back, rezeki tak pernah putus, justeru saya harus memberikan tumpuan.

“Kini, saya sudah menemui jalan penyelesaiannya apabila kerjaya seni diurus Satu Entertainment, syarikat yang sama menguruskan kerjaya Maya. Insya-Allah selepas ini isu lama tak akan berulang lagi. Kepada pihak industri termasuk produser dan wakil media yang sukar menghubungi saya sebelum ini, saya mohon maaf. Saya tak pernah terlintas nak bangga diri apabila dilabel sudah popular,” katanya lagi.

Apabila melihat Rozita bergaya sakan dengan koleksi Seribu Bintang, Remy juga tidak mahu ketinggalan apabila dia mengenakan brooch berlian pasthy daripada koleksi Aura Habib, selain cincin nilam biru dan cincin garnet daripada koleksi lelaki Habib apabila jumlah keseluruhan yang diperagakan mencecah hampir RM100,000.

'Saya bukan artis terlampau'

BAGI Remy Ishak, sikapnya yang lebih suka berdiam diri apabila dikaitkan dengan kisah kontroversi dalam dunia hiburan, itu adalah yang terbaik buatnya daripada terus menjawab dan melayan laporan tidak benar. Terpulang apa kesimpulan yang mahu dibuat, namun baginya semua telahan negatif itu sebagai satu hal yang tidak memberatkan kotak fikirannya.

"Jika yang diperkatakan itu tidak benar, rasanya tidak perlu saya bersuara dan memberi penjelasan. Semua itu cuma akan membuat orang akan terus tertanya. Lagi bercakap, lagi besar akan jadi sesuatu isu itu. Saya hanya mahu hidup seperti manusia biasa lain yang ada ruang privasi sendiri. Cuma itu... terlalu banyak diperkatakan mengenai saya, pernah saya tertanya sendiri apa lagi selepas ini? Saya tidak mampu memberi jawapan kepada setiap persoalan orang, jadi biarlah apa pun yang nak diperkatakan. Mungkin sudah tertulis saya sering menjadi mangsa keadaan," bicara Remy pada pertemuan lewat malam usai sesi tayangan perdana Evolusi KL Drift 2, baru-baru ini.

Jelas Remy, tuduhan mendakwa dia sebagai jejaka playboy selain dikaitkan menjadi punca kepada pergolakan kepada rumah tangga Maya Karin terlalu berat untuk diterima. Bantah anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka ini, atas alasan apa dia dikaitkan semua perkara itu? Sedangkan dia cuma ingin mengekalkan hubungan baik dengan aktres yang didampingi menerusi filem Anak Halal, Cun dan teater muzikal, Natrah.

"Apa motif mereka berkata-kata begitu? Tetapi itulah mulut orang. Semakin berjaya seseorang itu, pasti ada yang cuba menjatuhkan. Mungkin kerana ingin melihat saya jatuh, maka timbul semua kontroversi itu. Apakah kerana saya masih sendiri, semua yang tidak baik dikaitkan dengan saya. Bingung juga saya kerana apabila mempunyai kekasih, saya dikatakan sebagai kaki pukul pula," katanya bingung.

Akui Remy, dek kontroversi itu telefon bimbitnya dibanjiri panggilan media namun terpaksa diketepikan. Bukan mahu mengelak atau menolak publisiti, namun Remy memilih untuk memberi sepenuh perhatian kepada karier lakonan yang menjadi periuk nasinya. Kata Remy, kebelakangan ini jadual kerjanya terlalu padat membuatkan dirinya dalam situasi tertekan memenuhi semua permintaan media.

Terus diburu kesibukan di lokasi drama bersiri 26 episod, Arjuna untuk slot Aksi siaran TV3, Remy berkata, dia masih memerlukan platform untuk menggilap kemampuannya sekali gus muncul sebagai antara barisan aktor terbaik negara.

"Saya tidak mahu tamak. Cukup memberi tumpuan kepada satu penggambaran dalam satu tempoh masa. Tubuh saya tidak mampu lagi menerima tekanan. Ditambah dengan jadual yang bercanggah dengan beberapa acara dan siri promosi, saya cuba membahagikan masa untuk tidak mengecewakan permintaan ramai," kata finalis Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 ini.

Nasihat Remy kepada penggemar yang bakal menyaksikan lakonannya dalam Evolusi KL Drift 2, jangan berharap sesuatu yang luar biasa pada persembahannya untuk filem yang diarahkan pengarah muda, Syamsul Yusof itu. Remy akur masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki malah dia sendiri tidak berpuas hati dengan apa diberikan untuk filem berkenaan.

Info Rozita

NAMA PENUH: Rozita Che Wan
ASAL: Alor Setar, Kedah
TARIKH LAHIR: 9 Mac 1973
KELUARGA: Anak kedua daripada tujuh beradik
DRAMA: Sesuci Cinta Sofia, Jelatang, Susuk 2, Diari Ramadan Raffique, Ayyad, Kiah Perkasam dan Cikgu Kemisah Kirby
FILEM: Sepi, Sifu & Tonga, Misteri Balan Balan The Movie, Adik Manja Returns dan 4 Madu
KOMERSIAL: Egyption Potion dan L'oreal
DUTA: Rorine dan Avon Jewelleries

Info Remy

NAMA PENUH: Mohammad Zalimei Ishak
ASAL: Masjid Tanah, Melaka
TARIKH LAHIR: 11 April 1982
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
DRAMA: Sindarela, Awan Dania, Obsesi, Jalan Pintas Ke Neraka, Iktikaf, Nur Kasih dan Arjuna
FILEM: Anak Halal, Duhai Si Pari-Pari, Hooperz, Cun, Evolusi KL Drift 2, Akuarium Cinta dan Nur Kasih The Movie
TEATER: Natrah
KOMERSIAL: Kopi Radix dan 5M - Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pelancongan Kuala Lumpur

zul huzaimy dah cerai

Rumahtangga Zul Huzaimy Hancur Kerana Cinta Facebook?



Dunia sekarang makin aneh jadinya. Kerana cinta yang tidak tahu hujung pangkal, apa yang di'miliki hilang begitu sahaja.

Ini kisah Zul Huzaimy sebagaimana yang di'ceritakan melalui sebuah forum hiburan hari ini. Jadikan teladan & sempadan.

Al-kisahnya Zul Huziamy mula menyertai Facebook kerana ingin mendekati peminat & mengenali mereka dengan lebih rapat.

Namun satu tragedi cinta berlaku selepas Zul Huzaimy berkenalan dengan sorang gadis yang menggunakan nama Aleesya Sofea dalam Facebook tersebut.

Dek kerana terpikat akan rupa paras melalui gambar Facebook sahaja, Zul Huzaimy sudah jatuh hati & sanggup bergayut berjam-jam melalui telefon setiap hari.

Gadis Facebook ini mendakwa yang beliau merupakan seorang doktor bertugas shift yang ada kaitan dengan kerabat Johor. Masih, mempunyai masa untuk melayan Facebook 24 jam.

Lebih menambahkan sadis, mereka berdua ini tidak pernah berjumpa namun Zul Huzaimy di'katakan tidak teragak-agak melepaskan lafaz cerai kepada isteri kerana mahu mulakan hidup baru dengan gadis Facebook tersebut.

Isteri Zul Huzaimy tanpa berlengah cuba mencari siapa gerangan sebenar gadis 'fantasi' yang telah meruntuhkan rumahtangga beliau. Hasil kerjasama rakan-rakan, satu nama timbul dalam database sebuah syarikat telekomunikasi.

Gadis Facebook idaman Zul Huzaimy itu rupa-rupanya bernama Azlina Jahagir Khan yang sekarang ini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Sedih bukan?

Gadis Facebook ini juga tanpa segan silu meminjam gambar anak Zul Huzaimy, Awal Haziq untuk di'letakkan dalam profile Facebook beliau.

Berita terbaru yang di'terima menyatakan isteir Zul Huzaimy telah membuat satu laporan polis berkenaan kelakuan bekas suami yang suka merosakkan & mencuri harta benda milik beliau.

Berita kehancuran rumahtangga Zul Huzaimy ini bakal di'kutip krew Terjah!, Fuhh!, Melodi & apa-apa rancangan yang seangkatan dengan'nya tidak lama lagi.

Kita tunggu sahaja apa jawapan dari mulut si empunya badan & lebih menarik jika mereka boleh jejak gadis Facebook ini sendiri.

Cinta dulu-dulu ku

KEMANISAN zaman percintaan yang berakhir ke jenjang pelamin sudah menjadi lumrah bagi pasangan masa kini, tetapi berbeza dengan aktres Umie Aida, 37, yang hanya dibuai perasaan cinta dengan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, selepas berkahwin.

BAHAGIA...pengantin bersama anak lelaki mereka yang meningkat remaja.
BAHAGIA...pengantin bersama anak lelaki mereka yang meningkat remaja.
sebelum - selepas
DIRAIKAN....Umie dan Khairuddin dengan persalinan serba merah ketika majlis persandingan dihadiri lebih 1,000 tetamu di Hotel One World, Ahad lalu. RAI...antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis persandingan Umie dan Khairuddin. RESTU...Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah memulakan acara tepung tawar kepada kedua mempelai. KASIH...ciuman Khairuddin buat isteri tersayang. CINTA SELEPAS KAHWIN...Umie dan Khairuddin pada upacara memotong kek.


DIRAIKAN....Umie dan Khairuddin dengan persalinan serba merah ketika majlis persandingan dihadiri lebih 1,000 tetamu di Hotel One World, Ahad lalu.

Ternyata Umie yang digelar kakaknya, Erma Fatima sebagai 'anak dara tua', akhirnya bertemu jodoh dengan Khairuddin yang berbeza usia 10 tahun tanpa melalui zaman percintaan sebelum diijabkabulkan.

Sebaliknya, Umie dan Khairuddin yang sama-sama anak ketiga dalam keluarga, menikmati kemanisan bercinta seperti 'orang dulu-dulu'. Mereka selamat dinikahkan di Tanah Suci Makkah, tepat jam 1.20 pagi (waktu tempatan) pada 14 Mac lalu. Dengan sekali lafaz, Umie yang menerima mas kahwin RM1,709 atau 1,818.18 Riyal bersama sebentuk cincin berlian, sah menjadi suri Khairuddin, sekali gus bergelar Datin Paduka.

Tepat dua minggu kemudian, pasangan ini diraikan pula dalam majlis meriah di Hotel One World, Bandar Utama dihadiri lebih 1,000 tetamu termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang membuka tirai majlis tepung tawar dengan diakhiri ibu Umie dan Khairuddin, Asmah Ali serta Balkhis Ahmad.

Umie atau nama sebenarnya, Umi Khalsum Rahmad Ali akui kini cukup bahagia mengecapi alam percintaan selepas nikah. Katanya, perasaan bahagia itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan pelakon Embun itu bersyukur dipertemukan jodoh dengan Khairuddin.

"Beberapa hari menjelang pernikahan, saya mengalami kecelaruan emosi hingga hampir-hampir membatalkan rancangan pernikahan. Bagaimanapun, sebaik tiba di Tanah Suci, pintu hati saya dibukakan Allah S.W.T untuk menerima cinta Abang (panggilan manjanya) dengan sepenuh hati.

"Pada mulanya saya takut tidak mempunyai perasaan pada Abang tapi ternyata saya manusia normal yang ada perasaan. Saya rasa kini seperti manusia berbeza dan mula belajar mengenali Abang dengan seikhlas hati.

"Kami sekarang mula menyulam percintaan dan kini seperti sepasang kekasih yang tidak boleh berenggang, kami sentiasa ingin berkepit. Apabila berdua-duaan, kami terasa bahagia.

"Itulah menariknya bercinta selepas kahwin hingga tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Ia tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Benarlah kata orang tua-tua, bercinta selepas kahwin memang manis," katanya ketika ditemui selepas selesai majlis persandingannya, kelmarin.

Pelakon kelahiran 18 Januari 1963 ini berkata, dia belum berkesempatan memasak untuk suami, tetapi hanya menyediakan sarapan sebelum suaminya melangkah ke pejabat.

"Saya sempat sediakan roti sardin dan sup untuk sarapan, tetapi masak makan tengah hari atau malam belum lagi kerana Abang tak benarkan masak. Apabila pulang dari pejabat jam 7 malam, Abang lebih suka membawa saya keluar makan malam," katanya.

Mengenai bulan madu, kata Khairuddin, kemungkinan mereka akan ke London bulan depan selama dua minggu kerana dia ada urusan di sana kemudian akan diteruskan ke Switzerland.

Soal cahaya mata mereka hanya berserah kepada Tuhan. Umie ketika ini mempunyai dua anak angkat lelaki, Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd Zulhilmy, 15, begitu juga Khairuddin dengan dua anak lelaki, Mohd Shafiq, 19, dan Mohd Shahir, 16, hasil perkahwinan sebelumnya.

Kalau ada rezeki, pastinya mereka inginkan kehadiran anak perempuan sebagai menyerikan lagi ikatan suci yang terjalin. Umie juga berehat buat sementara waktu daripada berlakon dan belum ada rancangan untuk kembali ke lokasi dalam waktu terdekat ini.

Pada majlis persandingannya yang turut dihadiri rakan artis terutama pelakon dan produser, Umie anggun dengan dua persalinan mewah rekaan Jovian Mandagie yang bertindak selaku perancang majlis perkahwinan mereka.

Untuk majlis persandingan, Umie memilih konsep tradisional dengan kebaya labuh merah dari gabungan renda Perancis dan sutera Itali bersama songket yang dihiasi kristal swarovski, zirkonia, labuci dan manik kaca manakala suaminya segak dengan baju Melayu sedondon.

Bagi acara memotong kek, Umie anggun dengan gaun putih yang diilhamkan daripada cerita dongeng Cinderella atas permintaan Umie.

kata Jovian, gaun putih itu istimewa kerana diperbuat daripada 4,000 kuntum bunga buatan tangan daripada tujuh gulung kain sifon itu dan ia memakan masa selama tiga bulan untuk menyudahkannya.

"Kebaya merah pula memakan masa sebulan setengah untuk disiapkan dan ia kombinasi Melayu tradisional dan potongan Indonesia daripada kain renda Perancis, sutera Itali dan songket. Songketnya istimewa kerana direka khas diilhamkan ukiran Melayu lama," katanya.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada artis baru, Farhan dengan dua lagu, Tak Ingin Sendiri dan Misty, Ziana Zain (Syurga Di Hati Kita) dan Salamiah Hassan dengan dua lagu Inggeris, The Look of Love dan Love Will Keep Us Together

Saturday, March 20, 2010

Nabil akui tak puas hati

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
rajamawar@bharian.com.my

Lu Fikirlah Sendiri De Movie lebih mantap jika jalan cerita diperkemas


JUDUL: Lu Fikirlah Sendiri De Movie
GENRE: Komedi Romantik.
PRODUKSI: SDAF Pictures Sdn Bhd.
PENERBIT: Aminah Rhapor.
PENGARAH: Aminah Rhapor.
PELAKON: Nabil, Puteri Sarah Liyana, Mila, Meet Uncle Hussein, Tasha AF, Zizan Raja Lawak, Umi Nazeera, Zaibo, Faizal Tahir, Aziz M Osman, Amy Search, Harun Salim Bachik, Liza Othman, Vanidah Imran dan Hisham Ahmad Tajuddin.
SINEMATOGRAFER: Raja Mukhriz.
MULA TAYANG: 11 Februari 2010.


SESUAI untuk penonton yang inginkan hiburan ringan dan santai, filem Lu Fikirlah Sendiri De Movie arahan Aminah Rhapor akan membuai seribu satu perasaan - ketawa, menangis dan sakit hati

Filem pertama terbitan SDAF Pictures Sdn Bhd itu akan menemui penonton di pawagam bermula 11 Februari ini. Ia menggandingkan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, Ahmad Nabil Ahmad bersama Puteri Sarah Liyana. Turut membintangi filem ini, juara Akademi Fantasia 5, Mila, Meet Uncle Hussein, Tasha AF, Zizan Raja Lawak, Umi Nazeera, Zaibo, Faizal Tahir, Aziz M Osman, Amy Search, Harun Salim Bachik, Liza Othman, Vanidah Imran dan Hisham Ahmad Tajuddin.

Lu Fikirlah Sendiri De Movie diambil dari slogan `trademark' yang sering dilaung-laungkan Nabil hingga menjadi ikutan ramai - Lu Fikirlah Sendiri. Sudah tentu jalan ceritanya bersangkut paut dengan Nabil. Ya, memang kisah hidup Nabil sebelum bergelar juara Raja Lawak musim kedua difilemkan. Pengarah dan penerbit memilih Nabil kerana tertarik bakat luar biasanya. Ketika itu, Nabil baru saja keluar dari gelanggang Raja Lawak kira-kira dua tahun lalu.

Dari seorang penjual ayam, mat despatch, mekanik di sebuah bengkel motosikal dan peniaga kuetiau goreng di pasar malam, semuanya dipaparkan dalam Lu Fikirlah Sendiri De Movie. Namun, jalan ceritanya diperindahkan lagi dengan kisah cinta yang menggeletek hati.

Seakan bernada tidak puas hati dengan hasil garapan filem itu, Nabil menganggap apa yang dihasilkan tidak sampai, malah jalan ceritanya longgar dan dilakukan tanpa penelitian. Banyak babak melompat dan tidak difahami apa tujuannya, selain kelibat kumpulan indie popular, Meet Uncle Hussein (MUH) yang sentiasa memegang `gitar tong' menimbulkan kekeliruan dan pertanyaan ramai pihak.


Sehingga Nabil ke tandas pun, MUH sentiasa mengekorinya dengan membawa gitar tong. Apa relevannya? Tidak dinafikan, Lu Fikirlah Sendiri De Movie mahu diolah dalam bentuk muzikal apabila lagu-lagu baru nyanyian MUH sering mengiringi latar belakang cerita, tetapi adakah perlu MUH dijadikan seperti `pari-pari' yang sentiasa mengekori Nabil? Cukuplah sekadar lagu-lagu MUH diperdengarkan, mereka tak perlu muncul sana-sini.


Bagaimanapun, sedikit kekurangan tidak mengusutkan keseluruhan jalan cerita. Lu Fikirlah Sendiri De Movie tetap filem yang bagus dan seronok ditonton, selain banyak babak yang ditampilkan mencuit perasaan cuma garapannya perlu diperkemaskan lagi. Cuma, ia memang sesuai dengan judulnya untuk menyuruh penonton fikirlah sendiri apa maksud yang ingin disampaikan menerusi ceritanya.


Lakonan Nabil biarpun ketika itu baru beberapa bulan keluar gelanggang Raja Lawak tidak menghampakan. Nabil mampu menghayati watak sedih dengan baik, menitis air mata menyaksikan babak pergaduhan dengan abangnya yang juga penagih dadah. Nabil ketika itu tertekan apabila dibuang kerja, motosikal pula dicuri oleh abangnya sendiri, selain melihat bapa yang terlantar sakit dan keluarga bergantung hidup dengannya. Mungkin lain daripada filem-filem Nabil sebelum ini, Lu Fikirlah Sendiri De Movie menyaksikan Nabil mengalirkan airmata mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya.


Mila memegang watak Aishah, adik kepada Nabil. Biarpun hanya berlakon enam babak, lakonan pertama Mila di layar perak tidak mengecewakan. Mila mampu mempamerkan kesedihan apabila mengenangkan kesusahan pada keluarga. Hingga mahu menukar kasut sekolah yang koyak rabak pun tidak mampu dan bergantung harapan pada Nabil yang kerap bertukar kerja.


Puteri Sarah memegang watak Natasha, seorang anak hartawan yang cantik, menyombong, berlagak dan masih belajar di universiti. Natasha dan Nabil tidak boleh bersua muka, mereka pasti bergaduh besar. Nabil tidak suka gadis yang berlagak dan menggunakan kekayaan untuk kepentingan diri sendiri.


Dan kejadian mereka bergaduh hingga ada adegan Natasha membaling kasut pada Nabil pastinya akan membuatkan penonton tergelak besar.

Nabil dan Natasha dipertemukan rakan lama Nabil, Zizan Raja Lawak yang belajar universiti yang sama dengan Natasha. Sikap poyo Nabil yang selamba mengutuk Natasha membuatkan gadis itu sakit hati dan berdendam dengannya. Bagaimanapun, perasaan benci akhirnya bertukar menjadi sayang. Cuma penulis tidak faham kenapa mesti ada babak Nabil memegang gitar tong ketika duduk dibuaian di rumah Natasha? Gitar tong seolah-olah tidak dapat dipisahkan dengan filem ini. Secara keseluruhan, Lu Fikirlah Sendiri De Movie buat penonton terfikir-fikir!


Sinopsis: Lu Fikirlah Sendiri


Mengisahkan impian, cita-cita dan cinta. Nabil (Nabil) dan Natasha (Puteri Sarah) adalah dua garisan yang tidak mungkin bertemu dan melayakkan mereka bercinta. Seorang anak hartawan, seorang lagi pekerja biasa yang menanggung keluarga. Mereka mempunyai pandangan hidup berbeza, seorang pelajar universiti, seorang lagi jejaka yang suka bertukar-tukar kerja.


Pada pertemuan pertama, Nabil dan Natasha sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh disebabkan prinsip hidup masing-masing. Pergaduhan berterusan apabila Natasha sering memburu Nabil kerana merasakan dirinya dihina. Nabil pula sedaya upaya mengelak pertemuan. Walaupun sebenarnya cinta berputik di hati, tetapi mereka cuba menafikan. Akhirnya benci menjadi rindu. Mereka takut menzahirkan perasaan, tetapi sebenarnya mereka saling terpikat

Saya teraniaya!

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

PERSENGKETAAN antara pelakon dan pelawak, Ahmad Nabil Ahmad dengan SDAF Pictures Sdn Bhd yang menerbitkan filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM) semakin parah apabila syarikat penerbitan filem itu bertindak mahu menyaman juara Raja Lawak itu dengan tuntutan sebanyak RM2 juta, selain memintanya mengembalikan wang lakonan yang diberikan sebanyak RM30,000.


Nabil diberikan masa selama 14 hari dari tarikh notis saman dikeluarkan dan dihantar ke kediamannya di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 24 Februari lalu. SDAF Pictures Sdn Bhd menerusi syarikat Tetuan Hing & Alvin Advocates & Solicitors membuat tuntutan berikutan Nabil didakwa melanggar kontrak, mengeluarkan komen negatif sehingga menjatuhkan reputasi syarikat, selain gagal menghadiri promosi filem LPSdM. B*Pop berkongsi luahan rasa hati Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 itu.


B*POP: Khabarnya Nabil sudah mendapat surat saman, minggu lalu?

NABIL:
Saya dengar desas-desus akan disaman tetapi saya masih belum terima apa-apa surat dari peguam SDAF Pictures Sdn Bhd sehingga hari ini (Khamis lalu).

B*POP: Tahu tak Nabil akan disaman RM2 juta dan diminta mengembalikan wang lakonan diberikan sebanyak RM30,000?

NABIL:
Saya hanya tahu menerusi wartawan dan akhbar.

B*POP: SDAF Pictures mendakwa Nabil tidak ikhlas meminta maaf, komen sikit?


NABIL:
Saya sudah meminta maaf seperti diminta, saya masih menyimpan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak SDAF Pictures yang meminta saya membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya sudah melakukannya, saya tampil dengan permohonan maaf dalam dua akhbar, Berita Minggu dan Mingguan Malaysia serta program Galaksi terbitan TV9. Tidak cukup lagikah? Saya pelik bagaimana mereka boleh mempertikai permohonan maaf saya, bagaimana mereka menilai kata maaf itu ikhlas atau sebaliknya? Saya nak tanya adakah mudah untuk sesiapa nak buat permohonan maaf secara terbuka seperti saya dan ia disiarkan dalam akhbar dan TV? Saya pasti ramai yang tidak akan berbuat demikian, tetapi saya sebaliknya akur dengan kehendak mereka. Apa lagi yang nak dipertikaikan?


B*POP: Apa perasaan Nabil sekarang?


NABIL:
Susah nak cakap, seribu satu rasa. Mereka saman saya atas dasar apa? Salah ke saya memberikan pendapat secara peribadi. Pandangan saya tidak menjejaskan filem LPSdM pun, filem itu masih mengaut keuntungan. Kutipannya hampir mencecah RM2.2 juta. Atas dasar apa mereka nak saman saya?


Kalau alasan mereka sebab nak ajar saya dan beri pengajaran kepada artis lain, tetapi kenapa sebagai pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM, pengarah dan penerbitnya, Aminah Rahpor tidak saman pelajarnya yang gagal supaya boleh dijadikan pengajaran untuk pelajar lain berusaha untuk lulus? Itu contoh saya. Saya hanya bercakap benar, adakah ia satu kesalahan?

B*POP: Kesal apa yang berlaku?

NABIL:
Cukup kesal. Sudahlah mereka menggunakan tagline saya - Lu Fikirlah Sendiri tanpa membayar sesen pun, tetapi saya tidak pernah berkira. Saya percaya penonton ke pawagam sebab mahu menonton lakonan saya, Mila, Puteri Sarah Liyana, Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir, Zizan dan lain-lain, bukan kerana pengarahnya, Aminah Rhapor. Mereka sudah mendapat keuntungan daripada filem berkenaan, saya tak fikir hanya sedikit kenyataan saya yang meluahkan pandangan secara peribadi boleh menjatuhkan filem berkenaan. Kalau saya tahu tidak boleh bercakap jujur dalam industri ini, saya tidak akan pilih kerjaya sebagai anak seni. Kenapa saya tidak boleh bercakap jujur?

B*POP: Kenapa tidak baca kontrak terlebih dulu?

NABIL:
Agak malang buat saya kerana saya tidak pandai membaca kontrak. Saya tak pernah belajar selama ini. Saya tak tahu dalam kontrak tidak membenarkan saya bercakap jujur. Tapi saya sedih, ada yang sanggup ambil kesempatan terhadap saya. Sudahlah menggunakan tagline saya tanpa bayar, memerah tenaga keringat saya berlakon dan mereka dapat keuntungan, tetapi akhirnya saya disaman. Umpamanya, buat baik dibalas....

B*POP: Apa yang berlaku umpama menabur pasir dalam periuk nasi Nabil, betul?

NABIL:
Ya, apa yang berlaku hari ini, sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasi saya. Saya percaya ada produser dan pengarah tentu sudah takut mahu mengambil saya berlakon tetapi rezeki Tuhan kita tidak tahu. Saya percaya, jika kita benar, jika kita jujur, Tuhan akan tunjukkan jalan. Saya yakin berada di pihak yang benar.

B*POP: Bagaimana saman RM2 juta itu, nak bayar ke?

NABIL:
Daripada membayar RM2 juta pada mereka, lebih baik saya sedekah pada anak-anak yatim atau rumah orang tua. Buat apa saya bayar pada mereka yang mengambil kesempatan pada saya? Saya nak tegaskan, saya - Ahmad Nabil Ahmad, rakyat Malaysia, berhak untuk bersuara, berhak untuk membela diri. Saya bukan hamba abdi, jadi saya akan membela dan mempertahankan diri saya.

B*POP: Tentu ada yang terbuku dalam perasaan?

NABIL:
Selama ini, saya hanya memendam perasaan, saya hanya mengeluarkan kenyataan menyatakan pendirian saya, tetapi orang di luar tidak tahu apa yang mereka lakukan pada saya. Biarlah saya jelaskan apa yang terbuku di hati, mereka pernah mengeluarkan kenyataan sudah berbincang dengan saya tidak membenarkan saya membawa kekasih, Irma Hasmie untuk sebarang acara promosi. Saya nak tanya, bila masa mereka berbincang dengan saya, mereka penipu! Saya malu gara-gara kenyataan itu, saya seolah-olah tidak 'faham bahasa', tak boleh membezakan acara membabitkan kerja atau peribadi. Saya tak pernah mempertikaikannya, saya hairan kenapa mereka boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak benar? Saya tak minta mereka mohon maaf atas kenyataan bohong itu, malah saya lupakan saja perkara itu walaupun muka saya tebal, Irma malu dan tersinggung dengan kenyataan itu.

SDAF Pictures Sdn Bhd juga masih berhutang dengan saya RM6,000, tetapi saya tak pernah kecoh. Saya tak pernah hebohkan dalam akhbar atau TV, saya boleh melakukannya jika saya mahu, tapi biarlah... Saya ni seorang yang naif, saya membenarkan mereka gunakan tagline saya secara percuma, tetapi akhirnya memakan diri, saya teraniaya.

Mereka ambil kesempatan secukup-cukupnya pada saya, bekas mat despatch yang tidak tahu apa-apa ini. Saya tahu saya tidak belajar tinggi tetapi janganlah pijak saya. Saya tiada duit sebanyak RM2 juta, dalam akuan saya hanya ada sedikit simpanan. Saya fikir mereka ingat saya berduit agaknya sebab itulah minta wang RM30,000 dipulangkan, lebih teruk tuntutan mereka RM2 juta. Sekali pun berduit, saya akan sedekah duit saya pada anak-anak yatim dan rumah orang tua, saya takkan bayar pada mereka. Hati dan jiwa saya lebih tenang.

B*POP: Kenapa tidak cuba mencari jalan penyelesaian atau berbincang secara baik dengan mereka?

NABIL:
Saya cuba menghubungi kakitangan SDAF Pictures selepas mendengar kekecohan kes saman ini, tetapi mereka tak angkat telefon. Aminah mendakwa saya bercakap kasar dengannya, tetapi bila masa saya berkesempatan bercakap dengannya. Saya ada menghubunginya, tetapi panggilan saya tidak dijawab. Selepas apa yang berlaku, saya tiada hati lagi nak bercakap dengan mereka

'Saya tak pernah ditaja Datuk'


Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


pix_gal0
RENUNGAN mata bundarnya sungguh tajam. Malah, tidak keterlaluan dikatakan banyak hati lelaki cair melihatnya. Namun, ia tidak sesekali dijadikan aset buat Nur Heliza Helmi atau Heliza, 24, mengumpan lelaki berpoket tebal untuk hidup dengan limpahan emas permata.

Gosip bakal berkahwin dengan seorang lelaki berpangkat Datuk dan menjadi isteri ketiga menjadi tamparan hebat buatnya. Apatah lagi ketika ini, anak kelahiran Terengganu itu baru saja menubuhkan syarikat produksi sendiri, Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP) untuk terus bernafas dalam dunia seni suara.

Tak lekang melemparkan senyuman, Heliza akui: "Saya bersyukur jika ada yang menaja saya, tetapi masalahnya tiada (berseloroh). Saya pun tak tahu daripada mana cerita mengatakan saya ditaja seorang Datuk dan sedang melakukan persiapan berkahwin dengan Datuk berkenaan boleh timbul. Memang saya sibuk tetapi bukanlah melakukan persiapan kahwin seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya saya sibuk dengan pelancaran lagu single saya. "Saya terkejut apabila membaca satu ruang forum dalam internet mengatakan gosip seorang penyanyi dan pelakon bermata galak sedang melakukan persiapan perkahwinan pertengahan tahun ini adalah diri saya. Mulanya, saya gelisah juga, bimbang keluarga mendapat malu tetapi apa nak ditakutkan jika diri tidak bersalah. Nak sedapkan hati, saya anggap gosip adalah asam garam dalam dunia artis.

"Saya juga terkedu apabila ada yang menyampaikan cerita pada saya seorang isteri ahli kelab peminat pernah menghubungi stesen radio HotFM mengatakan suaminya bermain cinta sehingga jarang pulang ke rumah. Artis berkenaan digambarkan bermata galak dan tinggal di Sabah, jadi siapa lagi, tentu ramai yang menganggap diri saya. Saya nak menafikan cerita itu, saya tak kenal ahli kelab peminat yang dimaksudkan.

"Tidak dinafikan, saya ada kelab peminat sendiri tetapi ia hanya aktif di Kuala Lumpur, tak sampailah ke Sabah. Jadi macam mana si pemanggil mengatakan suaminya jarang pulang ke rumah sedangkan saya berada di Sabah, lagi pun saya tiada masa dengan aktiviti lain, dunia saya hanya belajar saja.

"Ketika ini, saya sibuk dengan persiapan peperiksaan tahun terakhir, saya akan menghabiskan pengajian Mei ini. Jadi, rasanya inilah masa yang sesuai untuk saya merangka strategi dengan menubuhkan HHP. Sekurang-kurangnya selepas menghabiskan pengajian sudah ada kerja menanti saya. Bagaimanapun, saya belum memikirkan lagi untuk menyambung pengajian selepas ini, mungkin saya berehat dulu dan menumpukan perhatian pada bidang seni."
Heliza juga berkata, sehingga hari ini, pintu hatinya belum terbuka mahu bercinta, malah belum ada lelaki yang benar-benar boleh menakluk hatinya. Mungkin ada yang tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya.

"Percaya atau tidak terserahlah, tetapi empunya diri yang bernama Heliza ini sukar nak jatuh cinta. Bukan tiada yang cuba mendekati, tetapi hati saya belum terbuka nak menerima sesiapa. Mungkin kesibukan dengan jadual pelajaran, di samping jika bercuti, ada saja aktiviti nyannyian yang diaturkan membuatkan saya tiada masa nak fikir soal peribadi.

"Saya gembira hidup seperti ini, belum masanya saya bercinta lagi. Saya nak berjaya dalam pelajaran dan kerjaya terlebih dulu. Tanggungjawab terhadap keluarga lebih penting daripada segala-galanya. Saya mahu membahagiakan keluarga dan memberi limpahan kemewahan hidup pada mereka. Jadi soal lain biarlah ditolak ketepi dulu," katanya yang baru saja melancarkan HHP dan single terbarunya berjudul Panggil Namaku ciptaan Shafi Vocal Studio dan lirik ilhamnya sendiri.

Heliza berkata, HHP ditubuhkan bersama rakan kongsinya, Datuk Captain Gulzar Mohamad dan isteri, Toh Puan Atiah Alias Mohamed sejak dua tahun lalu. Toh Puan Atiah adalah peminat Heliza ketika Akademi Fantasia 5 lagi.

"Saya bersyukur Toh Puan Atiah dan suami berminat melabur dalam HHP dan menjadi rakan kongsi syarikat, sekali gus menjadikannya sebagai anak syarikat Inai Kiara Sdn Bhd. Saya dan keluarga adalah pemegang saham sebanyak 50 peratus dalam syarikat ini.

"Selain lagu single Panggil Namaku menjadi produk pertama HHP, saya juga merancang membuka pusat tuisyen di bawah HHP dan buat lagu berkonsepkan pendidikan bila menamatkan pengajian nanti. Bagaimanapun, HHP juga menguruskan events dan apa saja acara hiburan. Kami akan menerbitkan Konsert Datuk Ahmad Nawab bersama artis yang juga anak didiknya seperti Uji Rashid dan Hail Amir di Istana Budaya pada Oktober nanti. HHP selaku penerbit konsert ini.

"Masih lagi dalam perancangan awal, sepuluh artis veteran yang juga anak didik Ahmad Nawab sudah disenaraikan dan saya akan buat penampilan khas dalam konsert ini dengan menyampaikan dua lagu," katanya penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan & Sains (Biologi & Kimia), Universiti Malaysia Sabah.

Info Heliza

NAMA: Nur Heliza Helmi
TARIKH LAHIR: 3 Februari 1986
USIA: 24 tahun
ASAL: Kuala Terengganu
KERJAYA: Pelajar, penyanyi, pengacara dan pelakon
HOBI: Menyanyi dan membeli-belah
PENDIDIKAN: Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains, Universiti Malaysia Sabah
PENCAPAIAN: Tempat keempat AF5
DRAMA: Doa Ibu
FILEM: Syurga Cinta
SINGLE: Warna Sendu, Selalu Ada (featuring Aiman) dan Doa Dalam Lagu (duet dengan Mawi) & Panggil Namaku

Apa Ceritanya: 'Jodoh saya, Zamarul masih teguh'

Oleh Zubir Mohd Yunus

PELAKON popular, Diana Rafar, 28, mengakui rumah tangganya bersama suami, Zamarul Hisham, 39, yang juga aktor terkenal tidak pernah bergolak gara-gara penyebaran gambar suaminya bersama seorang artis kontroversi menerusi telefon bimbit selebriti berkenaan, sebaliknya beliau kesal dan mempersoalkan apa motif sebenar artis itu memuat turun gambar dia bersama suaminya.


“Eloklah ditanya kepada artis kontroversi itu sendiri apa motif sebenar dia memuat turun gambarnya bersama suami saya ke dalam telefon bimbitnya. Apabila tersebar gosip seumpamanya di B*Pop Ahad lalu, artis kontroversi itu banyak kali mengirimkan SMS kepada saya memohon maaf sekiranya dia mengganggu perasaan saya.

“Namun, saya malas nak melayan SMS itu kerana bagi saya sedikit pun tidak pernah menyimpan perasaan marah, dendam atau sakit hati terhadap artis berkenaan. Isu gambar itu sebenarnya tidak pernah menggugat keharmonian rumah tangga saya bersama suami, malah beranggapan perkara ini terlalu remeh. Saya juga keberatan melayan pertanyaan banyak pihak kerana ia hanya membuang masa saja. “Tambahan pula rumah tangga kami kekal bahagia sekali pun diuji dengan perkara seumpama ini. Yang penting, hubungan saya dan Zamarul berjalan seperti biasa, namun saya malas nak menyebut nama artis kontroversi itu kerana Zamarul dan artis berkenaan masih berlakon sama menerusi drama Atilia. Saya tak mahu Zamarul hilang fokus terhadap lakonannya,” kata Diana yang ditemubual menerusi telefon, Isnin lalu.

Terdahulu, pada ruangan pojok, Teropong dalam B*Pop terbitan 7 Mac lalu dengan judul ‘Rumah tangga Diana Rafar, Zamarul bergolak?’, melaporkan pasangan Diana dan Zamarul baru-baru ini dikatakan diuji badai perkahwinan apabila beberapa rakan artis berjaya melihat foto Zamarul bersama seorang artis kontroversi menerusi telefon artis berkenaan, sekali gus menjadi punca Zamarul naik angin seterusnya memarahi artis itu di lokasi penggambaran.

Difahamkan, gambar itu sekadar props drama lakonan mereka, namun artis berkenaan memuat turun gambarnya bersama Zamarul ke dalam telefon bimbitnya selepas memperoleh daripada krew produksi. Mengenali Zamarul, dia memang tak suka bergambar dengan artis perempuan kecuali untuk tujuan kerja, justeru apabila dia dimaklumkan gambarnya dimuat turun dalam telefon bimbit artis berkenaan, dia memang bengang `tahap dewa', lagipun foto itu dimuat turun tanpa kebenarannya!

Pada masa sama, beberapa rakan artis lain turut bertanyakan hal berkenaan kepada Diana, namun Diana tidak melenting kerana amat memahami kerjaya suaminya itu yang sentiasa berpasangan dengan ramai artis cantik dalam setiap drama lakonannya.
“Zamarul sering berpasangan dengan ramai artis cantik. Saya memang amat memahami perkara itu. Justeru, tidak pernah timbul isu saya cemburu apabila melihat gambar Zamarul bersama artis lain,” kata Diana lagi.

Diana dan Zamarul mendirikan perkahwinan pada 16 Mei tahun lalu. Sepanjang perkahwinan, rumah tangga mereka tidak pernah berdepan sebarang masalah termasuk kewujudan orang ketiga. Justeru, apabila tersebar gambar Zamarul bersama artis kontroversi itu, bagi Diana, isu berkenaan tidak wajar dikaitkan dengan dirinya kerana ia hanya membabitkan perbalahan suaminya bersama artis kontroversi itu . Perkara ini berlaku kira-kira dua minggu lalu.

'Sedikit pun saya tak cemburu'

“Saya tak marah sikit pun, tapi saya sakit hati apabila ada pihak yang menuduh saya marah gara-gara penyebaran gambar itu! Apabila saya memaklumkan kepada Zamarul, saya melihat gambarnya bersama artis kontroversi itu dalam telefon, pada awalnya dia pelik dan terkejut. Zamarul menafikan, dia pernah bergambar bersama artis kontroversi itu di dalam telefon bimbit artis berkenaan.

“Semasa kejadian, kononnya Zamarul memarahi artis kontroversi itu di lokasi penggambaran, saya tak tahu apa-apa cerita. Saya hanya terima panggilan telefon daripada seseorang yang berada di lokasi, memaklumkan Zamarul sedang naik angin dan memarahi artis kontroversi itu. Zamarul mempersoalkan, kenapa artis itu sanggup ambil gambar props mereka dan memuat turun ke dalam telefon bimbitnya sehingga orang lain boleh melihatnya?

“Tidak lama kemudian, artis kontroversi itu ada mengirimkan SMS kepada saya. Katanya, ‘Apa you buat sis, sampai I and your husband bergaduh besar dekat set?’ Saya pula timbul rasa pelik dan musykil, kenapa saya harus dipersalahkan? Apa kena mengena dengan saya, sedangkan gambar itu foto dia bersama Zamarul?

“Namun, sebelum artis berkenaan mengirimkan SMS, dia ada telefon saya. Katanya kalau dia ada menyinggung perasaan saya, dia minta maaf. Kemudian dia bertanya lagi, sama ada saya cemburu ke dia ambil gambar bersama Zamarul? Saya hanya ketawa besar dan memberitahunya, sedikit pun saya tak cemburu,” katanya lagi.

Suami pujuk jangan risau

Daripada sumber di lokasi penggambaran drama Atilia, Diana memaklumkan dia diberitahu bahawa Zamarul mengamuk besar dengan artis kontroversi itu di lokasi! Sebaik mendapat maklumat itu, Diana terus mengirimkan SMS kepada Zamarul bertanya kenapa perlu ada pergaduhan, tapi tiada balasan.

Namun, apabila Diana dapat bercakap dengan Zamarul, suaminya mengakui memang ada berlaku sedikit perbalahan antara dia dan artis kontroversi itu. Pun begitu, Zamarul minta Diana jangan risau kerana semua perkara sudah selesai. Tapi, Diana masih ingin mengetahui apa punca sebenar Zamarul sangat marah dengan artis berkenaan.

Diana memberitahu, Zamarul menjelaskan, dia ada prinsip, kenapa artis kontroversi itu memuat turun gambar mereka ke dalam telefon bimbit tanpa keizinannya, sekali gus dapat dilihat oleh masyarakat termasuk isterinya?

“Zamarul memberitahu saya, artis kontroversi itu tidak menghormati prinsip dirinya. Itu saja yang Zamarul ceritakan kepada saya, selebihnya sumber di lokasi Atilia yang banyak bercerita kepada saya,” jelas Diana lagi.

Diana juga mengakui, hubungannya dengan artis kontroversi itu sebelum ini baik, tambahan pula dia sering membeli pelbagai produk kecantikan di spa milik Diana iaitu Dlugeno Spa di Shah Alam, Selangor.

Zamarul marah artis itu

SEMENTARA itu, kenyataan Zamarul kepada sebuah tabloid harian Selasa lalu, mengakui dia memarahi artis kontroversi itu kerana memuat turun gambar mereka berdua ketika terbabit dalam penggambaran drama Atilia.

“Rumah tangga saya dengan Diana aman. Kami juga tidak bergaduh atau bergolak seperti yang didakwa. Sebenarnya saya marah artis kontroversi itu kerana dia memuat turun gambar kami berdua di dalam satu forum.

“Prinsip saya, saya memang tidak gemar gambar saya dimuat turun di mana-mana.
“Jadi saya bertemu dengan artis kontroversi itu dan meminta dia untuk tidak lagi memuat turun gambar kami. Masalah saya dengan artis kontroversi selepas itu selesai,” kata Zamarul kepada tabloid berkenaan terbitan 9 Mac lalu

Rumah tangga Diana Rafar, Zamarul bergolak?

Oleh Zubir Mohd Yunus

zubir@bharian.com.my

Gambar aktor popular bersama artis kontroversi dikatakan menjadi punca


KENYATAAN personaliti TV3, Wardina Safiyyah menyarankan artis tidak layak menjadi ikon masyarakat mengundang perasaan amarah kebanyakan penggiat seni tanah air, sekali gus memaksa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terpaksa campur tangan. Zubir sebenarnya amat bersetuju dengan saranan Wardina itu, cuma bukan semua artis tiada moral sehingga tidak layak dijadikan idola di mata peminat.


Ketika berbual dengan Ketua Biro Seniman Muda, Zed Zaidi, pelakon itu berkata pihaknya bukan mengharapkan Wardina menarik balik kenyataan beliau kerana kata-katanya itu ada kebenaran, sebaliknya mengesyorkan Wardina memperbetulkan saranannya. Bukan semua artis rendah akhlak, hanya segelintir saja. Jangan disebabkan nila setitik rosak nama baik keseluruhan dunia artis. Justeru, Zubir harap isu kontroversi Wardina tidak berpanjangan.

Pada masa sama, Zubir mendapat perkhabaran terbaru, kononnya perkahwinan pasangan pelakon popular, Diana Rafar dan Zamarul Hisham dikatakan bergolak gara-gara kemunculan insan ketiga dalam rumah tangga mereka, biar betul? Belum pun reda kisah keretakan rumah tangga aktres terkenal, Maya Karin, kini halwa telinga Zubir disajikan pula dengan kisah yang hampir sama!

Selepas bergelar suami isteri, Diana dan Zamarul dilaporkan hidup dalam suasana penuh kasih sayang, cuma baru-baru ini pasangan berkenaan dikatakan diuji badai perkahwinan apabila beberapa rakan artis berjaya melihat foto Zamarul bersama seorang artis kontroversi menerusi telefon artis berkenaan, sekali gus menjadi punca Zamarul naik angin seterusnya memarahi artis itu di lokasi penggambaran.

Difahamkan, gambar itu sekadar props drama lakonan mereka, namun artis berkenaan memuat turun gambarnya bersama Zamarul ke dalam telefon bimbitnya selepas memperoleh daripada krew produksi. Mengenali Zamarul, dia memang tak suka bergambar dengan artis perempuan kecuali untuk tujuan kerja, justeru apabila dia dimaklumkan gambarnya dimuat turun dalam telefon bimbit artis berkenaan, dia memang bengang ‘tahap dewa’, lagipun foto itu dimuat turun tanpa kebenarannya!

Pada masa sama, beberapa rakan artis lain turut bertanyakan hal berkenaan kepada Diana, namun Diana tidak melenting kerana amat memahami kerjaya suaminya itu yang sentiasa berpasangan dengan ramai artis cantik dalam setiap drama lakonannya.


"Aku tak pasti apa 'motif operandi' artis berkenaan memuat turun gambarnya bersama Zamarul di dalam telefon bimbit sedangkan dia tahu Zamarul sudah beristeri, pastinya akan menjadi buah mulut orang apabila melihat foto berkenaan, silap hari bulan mampu menggugat kerukunan rumah tangga Zamarul dan isteri. Mujurlah, Diana tak cepat melatah.


"Tapi, ada khabar angin memberitahu, punca Zamarul memarahi artis berkenaan di lokasi penggambaran berpunca daripada desakan Diana yang menghasut suaminya bertindak demikian, walhal Diana tak tahu apa-apa cerita pun sehinggalah ada seseorang memaklumkan kepadanya," kata sumber rapat kepada pasangan suami isteri itu.


Bagi Zubir, sebaiknya semua pihak yang terbabit dalam permasalahan ini bermuhasabah diri, jangan fikir seronok semata-mata, sebaliknya mengabaikan perasaan orang lain. Zubir tak mahu dengar cerita rumah tangga Diana dan Zamarul bergelora selepas ini disebabkan sikap kurang matang pihak tertentu. Carilah jalan damai. Zubir akan mendapatkan komen daripada Diana mahupun Zamarul berhubung perkara ini secepat mungkin.

'Memang saya pakai subang FK'

Oleh Zubir Mohd Yunus

Diana Danielle akui Farid Kamil sebagai kawan rapat, bukan kekasih


AKTRES remaja yang masih berstatus pelajar, Diana Danielle, 19, mengakui pernah memakai subang berhuruf simbol ‘FK’ yang membawa maksud Farid Kamil, iaitu merujuk kepada aktor dan pengarah kacak yang ketika ini sering digosipkan menjalin hubungan cinta dengannya.

Meskipun ramai pihak dalam industri dapat menghidu keakraban mereka lebih daripada hubungan sebagai rakan artis, pelakon serta penyanyi kacukan Melayu-Inggeris itu menafikan sedang bercinta dengan Farid. Malah, Farid juga tidak pernah membuat pengakuan secara terbuka mereka adalah pasangan kekasih. “Memang saya pernah mengenakan kedua-dua subang dengan huruf FK iaitu sebelah F dan sebelah lagi K iaitu Farid Kamil. Apa salahnya saya pakai subang berkenaan kerana Farid memang kawan rapat saya ketika ini. Semua orang tahu dan saya tidak pernah menafikan perkara itu.

“Selain Farid, seorang lagi kawan baik saya ialah Nabila Adam, kalau tak pakai subang FK, sekali sekala saya juga mengenakan subang berhuruf NA - Nabila Adam,” kata Diana berterus-terang.

Diana berkata demikian ketika diminta mengulas ruangan pojok, Cerita Artis Kita (CAK) yang disiarkan Selebriti, Metro Ahad terbitan 28 Februari lalu memperkatakan mengenai hubungan cinta yang terjalin antara dirinya dan Farid apabila Diana dilaporkan pernah dilihat mengenakan subang berhuruf FK - sinonim sebagai Farid Kamil.

CAK juga melaporkan, ada sumber mendakwa menjadi saksi kemesraan Diana dan Farid di sebuah restoran popular, baru-baru ini.
Menurut cerita, Diana dan Farid menikmati makan malam di restoran berkenaan bersama beberapa teman. Biarpun rancak berbual antara satu sama lain, Diana dan Farid tidak lepas memandang antara satu sama lain. Gaya mereka tidak ubah seperti pasangan baru bercinta. Farid sangat romantik manakala Diana pula tidak lekang dengan senyuman bahagia.

Bagaimanapun, Diana dan Farid keluar restoran lebih awal daripada rakan mereka yang lain. Kata sumber, mereka beredar dari situ dengan menaiki satu kereta. Hati kecil sumber itu mengatakan ada jalinan perasaan istimewa antara Diana dan Farid, malah mereka bukan kawan biasa, malah mungkin lebih daripada itu.

Akui, Diana, pada hari berkenaan, dia dan Farid baru selesai bermain futsal di Ampang, Selangor dan sebelum pulang, dia mengakui, makan nasi lemak di Taman TAR, Ampang sambil ditemani Farid dan beberapa teman lain. Kejadian itu berlaku hampir sebulan yang lalu.

“Tak dinafikan, memang kami (Diana dan Farid) sedang berbahagia melayari persahabatan ini. Saya juga pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini, antara saya dan Farid, kami memang berkawan rapat. Namun, saya tak berani lagi melabel hubungan kami sudah dalam fasa percintaan kerana saya perlu lebih berhati-hati apabila memikirkan kembali kejadian yang pernah menimba perhubungan saya dengan seseorang sebelum ini.

“Pada malam itu juga, saya dan Farid pulang lebih awal berbanding kawan-kawan lain kerana saya ada kelas keesokan harinya. Saya juga tidak menafikan, saya naik satu kereta dengan Farid, dia yang menghantar saya pulang ke rumah. Saya mana ada lesen memandu untuk bawa kereta sendiri,” kata Diana tanpa berselindung.

Kenapa Diana masih mahu berselindung soal perasaannya terhadap Farid, adakah sengaja mahu meninggalkan tanda tanya?

“Saya tidak pernah berselindung apabila bercakap soal hati dan perasan, sebaliknya saya perlu lebih berhati-hati apabila memberikan kenyataan. Lagipun ini soal hati dan perasaan seseorang. Saya mahupun Farid sekadar menyerahkan persahabatan kami kepada ketentuan kerana sebagai manusia kita hanya merancang yang terbaik, tapi Tuhan menentukan segala-galanya.

“Pun begitu, saya mohon kepada semua peminat termasuk teman wartawan. Saya harap media tidak terus mensensasikan hubungan baik saya bersama Farid. Orang akan muak dan saya risau persahabatan kami terjejas dengan pelbagai spekulasi,” katanya lagi.

Sudah punya pilihan hati

" border="0">


















" border="0">

Tak mahu gosip cinta ganggu kerjaya

HATI mana yang tidak tertawan melihat Diana Amir, orangnya seksi, manja dan boleh membuatkan jiwa lelaki cair. Apabila digandingkan dengan aktor kacak, Farid Kamil, mereka bagaikan serasi. Dari liuk lentok dan lirikan mata, jelas mereka cukup mesra, namun antara mereka tiada hubungan istimewa.

Masing-masing sudah punya pilihan hati. Bagaimanapun, apabila ditanya soal kekasih hati, Diana mahupun Farid bagaikan terkunci mulut. Ya atau tidak, sukar untuk mereka menjelaskan apa tersirat dalam hati. Soal hati tak mudah untuk dikongsi. Sudah terang lagi bersuluh, Farid kini menjalinkan hubungan cinta dengan aktres jelita, Diana Danielle. Sebaliknya, Diana pula terus berteka-teki dengan persoalan hati.

Sambil merenung jauh, Farid akui: "Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali, pengalaman putus cinta dengan Irma Hasmie mengajar saya untuk tidak mendedahkan apa yang tersirat dalam hati. Saya akui hubungan saya dengan Diana semakin rapat, mungkin juga ke arah bercinta. Itu saja yang dapat saya katakan, selebihnya saya serahkan pada takdir.

"Alhamdullilah, saya selesa dengan Diana, tetapi apa yang dapat saya katakan, jika mahu memikat hati Diana, kena pikat hati ibunya dulu (berseloroh). Saya harap peminat dan wartawan faham keadaan saya, bukan saya tidak mahu berkongsi rasa hati tetapi perjalanan kami masih jauh lagi. Saya mahupun Diana mahu menumpukan perhatian pada kerjaya seni dulu, soal hati biarlah menjadi rahsia kami. Apa yang penting, kelahiran `baby' pertama arahan saya, V3: Samseng Jalanan terbitan MIG Production yang menemui penonton di pawagam sejak 11 Mac lalu."

Farid juga berkata, penantian dan penyeksaan selama ini berakhir juga apabila V3: Samseng Jalanan menemui peminat.
Hatinya tidak tenteram hingga tidak mampu melelapkan mata berbulan-bulan lamanya apabila filem itu hampir diharamkan. Semuanya gara-gara beberapa adegan yang dianggap keterlaluan. Dan lebih tertekan apabila pandangan peribadinya mengenai beberapa babak dalam filem Adnan Sempit yang didakwa menciplak filem arahannya itu mencetuskan kontroversi.

Jujurnya, Farid enggan mengulas lagi isu menciplak karyanya itu. Cukuplah permohonan maaf dalam blognya atas keterlanjuran kata-katanya. Tidak terfikir bakal mencetuskan kontroversi dan kemarahan pihak lain, Farid akui itu hanyalah pandangan peribadinya apabila menonton filem Adnan Sempit.

Minta maaf pada wartawan

"Tidak terdetik di hati mencetuskan kemarahan orang lain, tetapi saya sedar, kejujuran ada kalanya disalah erti. Saya mohon maaf pada wartawan kerana tidak memberi kerjasama, saya tahu ramai yang mencari saya untuk meminta komen berhubung kenyataan saya itu. Saya rasa lebih baik saya mendiamkan diri daripada terus memberi kenyataan, ia boleh mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya akui ada yang menganggap saya tidak mesra media, susah mahu dihubungi dan macam-macam lagi, tapi saya tidak berkecil hati. Bukan saya mahu menjauhkan diri daripada wartawan, tetapi ada kalanya saya terlalu sibuk hingga telefon un terpaksa diketepikan," katanya yang memegang watak Rudy dalam V3: Samseng Jalanan. Selain Farid, filem yang menelan belanja RM1.8 juta itu turut dibintangi Bront Palarae, Aqasha, Radhi OAG, Intan Ladyana, Shaharuddin Thamby, Lisa Surihani, Adam Corrie dan Wan Norazlin.

Akui Farid, walaupun dipotong sebanyak 20 peratus kerana membabitkan adegan mat rempit mengangkat tayar depan dan belakang serta babak mereka meloloskan diri daripada sekatan polis, namun ia tidak mencacatkan keseluruhan jalan ceritanya. Filem itu diluluskan Lembaga Penapisan Filem Malaysia dengan klasifikasi 18PL.

"Sebagai pengarah baru, karya saya masih banyak kelemahan terutama aspek penceritaan dan perkembangan karakter. Bagaimanapun, apa yang saya paparkan adalah luahan hati mat rempit kerana saya adalah bekas mat rempit dan pernah terbabit dalam perlumbaan haram kira-kira 15 tahun lalu. Skrip filem ini saya tulis bersama rakan baik, Soffie G.

"Jika menerusi karya saya dulu, filem Remp-It menunjukkan budaya berbahaya yang dilakukan mat rempit manakala filem V3: Samseng Jalanan pula menjadi penyelesaian pada kisah yang dipaparkan. Buat saya lebih bersemangat menghasilkan filem ini selepas mendapat tahu ibu saya menangis siang dan malam apabila mengenangkan nasib saya yang suka berlumba haram. Saya diberitahu filem ini adalah naskhah terakhir yang memaparkan kisah mat rempit.

"V3: Samseng Jalanan juga menjadi filem pertama dan terakhir saya berlakon dan mengarah kerana saya tak sanggup melaluinya lagi. Saya tak mampu melakukan dua kerja dalam satu masa, lebih lagi jika terbabit dalam filem aksi. Selepas ini, saya akan mengarahkan filem aksi, Kong-Si, karya adik saya, Fadzil. Bagaimanapun, saya tidak akan berlakon dalam filem ini, cukuplah azab saya dulu," katanya.

Mengulas tercalon dalam senarai top 5, kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, Farid bersyukur tidak terlepas daripada senarai lima pelakon popular pilihan peminat.

“Walaupun belum pernah berjaya membolosi anugerah, saya tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya sudah tujuh tahun, saya masih di hati peminat. Kalau menang, ia bonus buat saya sebaliknya kalau tidak berjaya, saya tidak akan berputus asa mencuba lagi,” katanya.

Diana diuji sebagai minah rempit

DIANA Amir mengakui, gara-gara tersebar gambar seksi bersama seorang teman lelaki yang juga teman baiknya di internet, dirinya terus dicop berimej seksi dan suka bersosial, sedangkan dia hanyalah gadis biasa yang ringkas dan suka bergaya sederhana.

Akuinya: "Itu gambar dulu, gambar ketika saya belum bergelar pelakon lagi. Ketika itu masih muda, usia pun belasan tahun lagi Saya letih apabila terus diasak dengan pertanyaan mengenai teman baik saya itu, masih ada yang menganggapnya kekasih saya, sedangkan kami hanya berkawan biasa.

"Bagaimanapun, saya akui sedang mengenali hati budi seseorang, tapi yang pasti bukan lelaki dalam gambar itu. Dia hanyalah pemuda biasa dan tidak terbabit dalam seni. Saya mengenalinya sejak setahun lalu. Dia sebenarnya jiran yang menghuni kawasan perumahan keluarga saya di Johor Bahru."

Gadis kelahiran Birmingham, England itu berkata, dia akui pembabitannya dalam bidang seni belum terlalu menonjol berbanding pelakon baru lain. Ini disebabkan langkahnya sering tergendala kerana masih terikat dengan pengajian bidang Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, tahun lalu.

"Saya baru bernafas dalam dunia filem selepas menghabiskan pengajian pada Ogos tahun lalu. Saya mengambil keputusan berada di bawah pengurusan MIG Production selama lima tahun supaya perjalanan seni saya lebih teratur.

"Alhamdullilah, walaupun mendapat watak kecil sebagai minah rempit dalam V3: Samseng Jalanan, tetapi lakonan saya diuji dalam filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham. Biarpun watak saya kecil dalam V3: Samseng Jalanan, tetapi tetap ada cabarannya. Saya melakonkan watak Noni, kekasih kepada Black lakonan Bront Palarae.

"Cabarannya saya terpaksa melalui dunia rempit, sedangkan saya tidak suka menaiki motosikal. Saya pula berpasangan dengan Bront yang tiada lesen memandu dan tidak mahir bermotosikal. Bagaimanapun, ada masanya saya rasa seronok pula, macam naik `roller coaster', walaupun bahaya.

"Saya terlalu mengagumi dengan Farid dan Bront, mereka meletakkan jiwa dalam dunia rempit. Bila bergandingan dengan pelakon hebat seperti mereka, saya dapat rasakan lakonan saya menjadi mudah walaupun inilah kali pertama saya tampil dalam layar perak.

"Biarpun kali pertama bekerja dengan pengarah muda seperti Farid, saya dapat rasakan Farid mampu mengemudi sesebuah filem dengan baik. Dia seorang yang kreatif, senang didampingi dan sering memberi ruang kepada pelakon baru seperti saya memperbaiki kelemahan dalam lakonan," katanya yang mula menempa nama dalam drama Impian di TV3.

Info Farid

NAMA KOMERSIL: Farid Kamil
USIA: 29 Tahun
TARIKH LAHIR: 5 Mei 1981
ASAL: Alor Star, Kedah
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Seni Layar (Kepujian) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
FILEM: Dayang, Chermin, Remp-It, Main-Main Cinta, Anak Mami Kembali, Lady Boss, Cinta Fotokopi, Potret Mistik, Tangkai Jering, Tujuh Perhentian, Hingga Hujung Nyawa, Kuliah Cinta, Cinta Kolestrol, Anak Halal, Apa Kata Hati, Di Kala Malam Bulan Mengambang, Evolusi KL Drift 1 & 2, I'm Not Single, V3: Samseng Jalanan, Semerah Cinta Stileto, Lagenda Budak Setan & Estet

Info Diana

NAMA PENUH: Nurdiyana Amir Hashim
USIA: 24 Tahun
TARIKH LAHIR: 22 Jun 1986
LAHIR: Birmingham, England
ASAL: Johor Bahru, Johor
KELUARGA: Anak keempat daripada tujuh beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
DRAMA BERSIRI: Impian, Impian 2, Sari Maya, 3 Janda, Jalan Pinang Sebatang & Adamaya
TELEMOVIE: Aloy dan Lu'Lu
FILEM: V3: Samseng Jalanan & Aku Masih Dara
PROGRAM: Life Can't Wait (TV8) & Seindah Sunsilk (TV3)

Wednesday, March 17, 2010

Sama cantik, sama padan

pix_gal0
Tiz Zaqyah dan Gambit bagai pinang dibelah dua, apatah lagi bergambar dengan kereta Nissan Grand Livina 1.6L yang menjadi hadiah utama untuk pembaca bertuah

USIA pembabitan seni mereka berbeza namun tahun ini rezeki ternyata berpihak kepada kedua-dua anak seni berbakat ini. Buat kali pertama nama Tiz Zaqyah dan Gambit Saifullah tersangkut dalam pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 yang sedang rancak dengan jelajah promosi mereka di empat lokasi.

Gambit tersenarai dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular selepas hampir lima tahun berada dalam bidang seni. Sementara Tiz pula, baru tiga tahun bertapak dalam liga seni, namun hanya tahun lalu namanya mula menjadi sebutan gara-gara watak Nur Amina yang dipegangnya dalam drama Nur Kasih. Penangan watak itu melayakkan namanya dalam dua kategori, Artis Baru Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular. Satu persamaan yang nyata, populariti Tiz dan Gambit bukan naik mendadak seperti sesetengah artis program realiti. Cuma diharapkan populariti yang diraih mereka akan terus berpanjangan sekali gus memastikan hayat seni mereka terus relevan untuk tempoh yang panjang.

Buat pembaca setia Hip mereka setuju digandingkan dalam satu fotografi ketika majlis penyerahan dua kereta sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) untuk ABPBH 2009 baru-baru ini. Bukan kali pertama digandingkan kerana sebelum ini mereka pernah disatukan untuk sebuah majalah hiburan.

Ternyata mereka masih kekok dan agak malu saat pertemuan itu bertamu. Tetapi tak mengapa, sikap profesional mengatasi segala-galanya. Kereta Nissan Grand Livina 1.6L yang ditaja ETCM turut menjadi saksi deruan adrenalin mereka yang bertiup kencang.

Bersama Hip, kita kongsi isi hati mereka terhadap kerjaya seni yang terus berkembang pesat. Tanpa prejudis, mereka tidak menafikan betapa ABPBH 2009 menjelang 4 April depan terus mengukuhkan label bakat mereka. Hip dahulukan Gambit kerana drama Siong lakonannya di TV3 dan TV9 sedang rancak disiarkan dalam slot Lagenda.
“Drama Siong sedikit sebanyak memberi ruang untuk penggemar seni menyedari bakat saya yang selama ini seperti tenggelam timbul. Saya tak kisah untuk menyesuaikan perhatian masyarakat terhadap saya. Lagi pun saya bukan baru dalam bidang ini.

“Saya juga mula sedar reaksi peminat terhadap kehadiran saya. Tahun ini seperti tahun saya membuat kemunculan kembali kerana tahun lalu saya banyak memberi perhatian menerbit dalam produksi syarikat saya Eightball Production Sdn Bhd.

“Insya-Allah tahun ini saya mahu terus memperbanyakkan profil lakonan saya dalam filem dan telefilem. Drama mungkin saya akan kurangkan kerana dalam tahun ini saya juga mahu aktif menerbit kembali program berbentuk majalah,” katanya yang sudah berlakon filem Susuk, Cinta, Rasukan Ablasa dan menanti tayangan Misteri Jalan Lama.

Jejaka berdarah campuran Bugis dan Jawa ini juga bergelar model komersial yang mempunyai ketinggian 180 sentimeter. Bersesuaian dengan pos Gambit di atas kereta, secara kebetulan juga Gambit berkongsi minat yang sama mengumpul beberapa buah koleksi kereta yang boleh dikelaskan sebagai mewah.

“Sekarang ini saya memiliki tiga buah kereta iaitu Mercedez, Perdana Twin Turbo dan kereta sport MR2. Saya memang jenis yang gilakan kereta. Mungkin kalau jadi saya akan menjual kereta Perdana itu. Mungkin juga minat saya dengan kereta bercambah sebab saya mengambil pengajian Kejuruteraan Automatif dan Mekanikal,” katanya yang menanam cita-cita suatu hari nanti untuk menjadi pelumba kereta secara profesional.

Dalam perkembangan lain, Gambit kini sedang dalam proses untuk mengesahkan dirinya berlakon filem. Kesibukannya merencana perihal seni, membuatkan lelaki berusia 25 tahun ini melupakan seketika soal bercinta. Insya-Allah, Gambit yang akan melaram rekaan Lord’s Tailor pada malam kemuncak nanti akan cuba melapangkan masanya untuk mengikuti siri jelajah ABPBH 2009.

Mahu bercuti ke luar negara

SEMENTARA itu, Tiz Zaqyah yang genap 22 tahun pada 25 Oktober ini akan cuba sedaya mungkin untuk mengikuti siri jelajah ABPBH pada tahun ini. Buat si pertama kali sepertinya, dia juga mahu merasai nikmat keseronokan bertemu peminat di lokasi terpilih.

Malah, selepas melalui fasa kesibukan dengan rutin hariannya sebagai pelakon, Tiz juga merancang untuk bercuti sekitar April nanti. Menurut Tiz, dia mungkin akan mempertimbangkan untuk bercuti dengan keluarganya atau barangkali dengan temannya.

“Saya baru saja selesai menjalani penggambaran drama Asmaradana untuk slot Samarinda TV3. Drama itu arahan Feroz Khan dan saya memegang watak Azizah. Selain itu, ia turut dibintangi Iqram Dinzly, Shaheizy Sam, Norish Karman dan Mustapha Kamal.

“Penggambaran mengambil durasi masa selama sebulan. Agak pantas juga pembikinannya. Selepas ini, saya nak berehat seketika melepaskan lelah. Selain itu, inilah masa saya untuk memenuhi permintaan rakan media untuk sesi fotografi.

“Saya juga tak mahu melepaskan peluang mengikuti siri jelajah ABPBH 2009. Pengalaman pertama ini saya tak mahu dilepaskan begitu saja. Harap masa dan komitmen seni saya tidak mencemburui hasrat saya untuk memberi sokongan kepada Berita Harian dengan pelaksanaan siri jelajah ini,” katanya yang menafikan gosip cintanya dengan Remy Ishak yang tumbuh melata kebelakangan ini.

Mengenai Gambit, wanita manapun pasti akan bersetuju betapa kacak wajahnya dan Tiz Zaqyah tidak terkecuali. Kata Tiz, dia dan Gambit disifatkan sebagai pelakon generasi baru yang tegar berjuang memastikan posisi dan legasi seni terus-terusan dimanfaatkan untuk kebaikan industri.

“Dia berbakat dan bagus. Kami orang baru dalam dunia seni ini, bersaing secara positif untuk meletakkan nama kami ke tahap yang membanggakan. Dia pun mempunyai peluang yang cerah untuk pergi jauh. Semoga tuah terus mendakap rencana seni kami. Insya-Allah,” katanya yang disokong kelab peminatnya, TZR Fan Club.

Belum memandu

KETIKA ini, Tiz bergerak ke sana ke mari dengan pertolongan keluarga dan kawan kerana belum memiliki kereta. Malah, Tiz sudah mula mempertimbangkan hasrat mengambil lesen kereta. Ditanya mengenai kereta idamannya, Tiz menjelaskan dia mengidam untuk memiliki kereta BMWX6 dan Audi R8.

“Kalau ditanya sekarang, memang dua kereta itu menjadi idaman saya. Tapi tak tahulah kalau lima tahun lagi, mungkin cita rasa saya sudah berubah. Tetapi tak salahkan mengimpikan sesuatu kerana semuanya boleh jadi kenyataan jika diiringi usaha,” ungkapnya sambil tersenyum.

Majlis penyerahan dua kereta tajaan ETCM itu disempurnakan Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng kepada Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB yang juga Penasihat I ABPBH2009, Mahfar Ali di ibu pejabatnya di Jalan Ipoh pada 1 Mac lalu.

Kereta Nissan X-Trail 2.0L bernilai RM130,000 menanti penerima trofi Bintang Paling Popular, manakala Nissan Grand Livina 1.6L berharga RM86,000 diberikan kepada pembaca bertuah pada malam itu nanti. Tajaan ini juga adalah tahun kedua membabitkan ETCM bekerjasama dengan Berita Harian.

Hadir sama, Pengarang Hiburan Berita Harian dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pengelola ABPBH 2009, Hanizam Abdullah dan Pengurus Kanan Penajaan Pemasaran NSTP, Wan Rafilin Wan Mohd Noor. Selain Tiz dan Gambit, lapan finalis ABPBH 2009 iaitu Akim, Isma, Bunkface, Fara Fauzana, Leya dan Zizan Raja Lawak.

PROFIL

  • Tiz Zaqyah

    Usia: 21 tahun (genap 22 tahun pada 25 Oktober ini)
    Status: Bujang
    Kerjaya: Pelakon
    Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    Mula berlakon: 2006
    Drama: Gol & Gincu, Impian Ilyana, Impian Sunsilk & Nur Kasih
    Telefilem: Bernafas Dalam Lumpur, Puaka Topeng Putih & Keabadian Cinta

  • Gambit

    Nama penuh: Gambit Saifullah Roslin
    Umur: 25 tahun
    Tarikh lahir: 21 Julai 1985
    Tempat lahir: Kuala Lumpur
    Filem: Susuk, Cinta, Rasukan Ablasa dan Misteri Jalan Lama.
  • Bersabarlah hadapi dugaan ini

    Oleh Ramlah Zainal, Nurhadiani Baharom dan Wan Asrudi Wan Hasan

    BERITA penahanan anak lelaki Seniwati Azean Irdawaty iaitu pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy bagi membantu siasatan dalam kes dadah yang amat serius, baru-baru ini, benar-benar mengejutkan persada seni tanah air.

    Seniwati Azean, 59, yang baru pulih daripada penyakit barah payudara ternyata menerima satu lagi dugaan terbesar dalam hidupnya apabila anak sulungnya itu ditahan polis.

    Ramai tahu, Benjy, 31, mempunyai makna yang cukup besar dalam hidup Azean dan ia terbukti selepas kelahirannya dulu, Azean pernah merakamkan sebuah lagu khas untuk Benjy dalam album solonya terbitan Datuk Ahmad Nawab.

    Antara lirik lagu sentimental itu berbunyi: "...seluruh hidupku, berbakti hanya untukmu; Oh Benjy, kaulah harapanku..."

    Rap meminta pandangan rakan artis terhadap apa yang menimpa Benjy dan semua turut bersimpati dengan dilema yang ditempuhi Azean ketika ini.


    Datuk Yusuf Haslam

    "SAYA dapat tahu mengenai berita penangkapan Benjy apabila dihubungi Azean kelmarin. Saya berasa amat simpati dengan apa yang menimpa Azean itu.

    Saya juga pernah berhadapan situasi sama apabila anak saya dulu, Syamsul ditahan pihak polis kerana disyaki terbabit dengan dadah. Saya dan isteri juga berhadapan dengan tekanan ketika itu.

    Namun, saya hanya serahkan kes itu kepada polis untuk menyiasatnya dan akhirnya terbukti anak saya tidak bersalah.

    Sebagaimana yang kita tahu, kes dadah itu amat berat dan Benjy juga tidak boleh dijamin keluarganya ketika ini. Justeru, saya nasihatkan Azean supaya serahkan perkara itu kepada polis kerana kes itu masih dalam siasatan mereka. Sebagai ibu, dia juga perlu terus berdoa semoga anaknya itu dilindungi Tuhan dari perkara yang tidak diingini nanti."


    Khaty Fauziah

    "SAYA dapat tahu mengenai kes penangkapan Benjy menerusi SMS daripada Azean sendiri.

    Sepanjang mengenalinya, Azean seorang wanita yang kuat semangat terutama ketika berhadapan dengan penyakitnya itu. Saya tahu Azean seorang yang tabah dan sudah banyak perkara berat dilalui dalam hidupnya. Saya berharap semoga dia akan lebih kuat apabila berhadapan dengan kes siasatan anaknya itu."

    "Maklumlah, saya juga pernah berada di tempatnya dulu apabila anak saya ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan kes dadah. Insya-Allah, berdoalah semoga hanya benda yang baik akan berlaku.

    "Semoga, Azean banyak berdoa pada Tuhan kerana doa seorang ibu sangat mustajab kepada kesejahteraan anak-anaknya. Kita berilah sokongan padu kepada mereka sekeluarga."


    Datuk Sharifah Aini

    "SEBAGAI seorang ibu, saya dapat rasakan apa yang sedang Azean lalui pada waktu ini, memanglah amat menakutkan dan saya bermohon kepada Allah semoga Azean dapat melalui musibah ini dengan penuh keredaan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Azean.

    Beliau perlu menjaga kesihatan beliau sendiri. Saya dengan rendah hati bermohon kepada saudara Islam kita khususnya di dunia Internet agar janganlah menambahkan lagi beban yang telah dilalui ibu dan anak ini. Kita tidak berhak menghukum dan mengejek. Inilah waktu untuk kita semua mempunyai lebih perasaan belas kasihan, apa yang berlaku pada Benjy dan Azean, boleh berlaku kepada sesiapa saja."


    Fauziah Nawi

    "SEBAGAI rakan artis, saya tahu Azean seorang wanita sangat kuat semangat sejak dulu lagi. Memang dia akan menangis apabila berhadapan dengan ujian Tuhan, tetapi selepas itu, dia akan kuat semula meneruskan kehidupan.

    "Semoga Azean tabah berhadapan dengan semua ini. Dulu saya pernah kecewa dengan dunia seni sampai hendak berhenti berlakon, tapi Azean juga yang SMS dan bagi semangat kepada saya. Justeru, saya sangat berharap, Azean lebih tabah untuk berhadapan dengan musibah yang melanda dirinya sendiri. Saya akan beri sokongan moral kepada Azean."


    Rosyam Nor

    "SAYA berharap Kak Yan bawa bertenang dan bersabar berhadapan dengan kes anaknya itu. Carilah peguam yang terbaik untuk menangani kes anaknya itu.

    Sebagai rakan artis, saya cukup simpati dengan apa yang dilaluinya itu. Selain berdepan dengan masalah kesihatan, kini, dia berhadapan dengan kes itu. Banyaklah berserah kepada Allah kerana ini ujian Allah kepada setiap hamba-Nya. Percayalah, semua ada hikmah di sebaliknya."


    Harun Salim Bachik

    "SAYA pernah memaklumkan menerusi sidang media apa saja salah laku golongan artis membabitkan undang-undang, pihak kami tidak ada kuasa untuk campur tangan. Namun dalam kes yang menimpa Benjy, kami amat bersimpati. Sebagai rakan, saya harap keluarga Benjy kena banyak bersabar dan berdoa. Saya masih berharap kejadian yang menimpanya itu adalah satu salah faham. Bagi saya Benjy pemuda yang berbakat. Sayang kalau bakat seninya itu dipersia-siakan akibat masalah ini."


    Datuk Mustapha Maarof

    "INI adalah ujian Tuhan buat Azean sekeluarga. Lumrah kehidupan pelbagai ujian perlu ditempuhi dengan tabah. Seluruh sahabat dalam dunia seni turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Azean. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.

    Cuma saya harap janganlah kita terlalu cepat membuat andaian dan menghukum mereka yang masih dalam siasatan. Selagi tidak terbukti bersalah, kita tidak boleh menghukum seseorang itu."


    Datuk Freddie Fernandez

    "APABILA seseorang artis itu dikaitkan dengan dadah, imej akan tercalar. Namun kita tidak tahu, mungkin penahanan itu adalah bagi membantu siasatan. Saya berharap berita ini tidak benar sama sekali. Saya simpati dengan apa yang menimpa Benjy dan keluarganya. Saya harap keluarga khususnya Azean banyak bersabar dan menjaga kesihatannya."


    Aznil Nawawi

    "DALAM keresahan Kak Yan menjalani ujian terhebat ini, saya harap dia tidak mengabaikan kesihatannya. Sakit Kak Yan tidak boleh ditambah masalah lain kerana dia tidak boleh tertekan. Jangan terlalu risau kerana ini semua masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

    Kebenaran akan tetap berpihak kepada yang benar. Negara kita ada undang-undang, bersalah atau tidak, mahkamah akan buktikan.

    Kepada masyarakat di luar sana, biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan janganlah kita memandang serong atau menghina keluarga kak Yan sebelum Benjy disahkan bersalah."


    Dr Fazley

    "SAYA harap Kak Yan dan keluarganya akan tabah menghadapi ujian Yang Maha Esa.
    Pesan seorang ustaz yang sehingga menjadi pegangan saya sehingga sekarang, Allah tidak akan memberi dugaan yang tak tertanggung oleh hamba-Nya. Maka Kak Yan perlu terus berdoalah agar diberikan ketabahan itu.

    Walaupun ada persepsi masyarakat, Benjy tetap anak kandung Kak Yan dunia dan akhirat. Doa seorang ibu lebih makbul daripada doa orang lain. Saya sentiasa kagum dengan ketabahan Kak Yan menghadapi pelbagai cabaran."

    Bukan mahu tutup gosip

    Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
    wanasr@hmetro.com.my

    KEINTIMAN mereka meninggalkan banyak persoalan. Tidak hairanlah jika ramai menyangka pasangan Eira Syazira, 26, dan aktor berwajah Bollywood, Azad Jasmin John Louis Jefry, 34, sedang bercinta atau sekurang-kurangnya teman tapi mesra.

    pix_middle
    Bagaikan memilih jawapan selamat apabila mereka memaklumkan hubungan yang terjalin sekadar bersahabat. Jika benar mereka bercinta sekalipun ia tidak menjadi kesalahan memandangkan masing-masing tiada komitmen dengan orang lain.

    Mereka mula bergandingan dalam telemovie seperti Dendam Adam, Cinta Balqis, Tanya Sama Hati dan seterusnya filem Ngangkung arahan Ismail Bob Hashim.

    Kata Azad, pemuda berdarah Melayu-Bugis, mereka mula rapat sejak sama-sama terbabit merakamkan lagu tema untuk drama bersiri Cinta Balqis arahan Heikal Hanafiah. Bermula dari situ, hubungan mereka tambah akrab di samping berpeluang bertukar pendapat.

    Ketika ini memang Eira kawan rapat saya. Tidak dinafikan pembabitan dalam bidang yang sama membuatkan kami semakin rapat.

    "Pada pandangan saya, dia seorang yang istimewa, malah pelakon yang komited dengan kerja dan cukup profesional melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Dia juga seorang yang mudah dibawa berbincang.

    "Bayangkan, saya pada awalnya kena melakonkan watak perogol dan penjenayah dalam Cinta Balqis. Saya memang teragak-agak untuk melakonkan watak seperti itu, tapi menerusi perbincangan dengan Eira, setiap watak dalam siri itu dapat saya buat dengan lebih lancar.

    "Kami menjadi lebih rapat apabila merakamkan lagu untuk drama. Dia menyanyikan lagu Istana Cinta manakala saya menyanyikan lagu Suara Rindu," katanya.
    Akui Azad, Eira seorang gadis istimewa.

    Begitupun soal perancangan yang lebih serius tidak perlu mereka perkatakan buat waktu ini memandangkan masing-masing perlu menumpukan perhatian kepada kerjaya seni.

    Sebagai pendatang baru dalam lakonan, Azad yang popular dalam siri Mama Murai di Astro juga memerlukan seseorang untuk berkongsi pendapat dan pengalaman.

    Azad dulu pernah menggunakan nama Isaac ketika menyertai pertandingan Audition.

    Pada pertandingan itu, Azad berjaya bertahan hingga ke peringkat separuh akhir.

    Dia kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Adnan Sempit.

    Sementara itu, Eira pula memaklumkan mereka berdua tidak merancang untuk menjaja kisah peribadi, sebaliknya terpulang kepada orang ramai untuk menilai.

    Berkawan rapat dengan Azad juga bukan langkah baginya untuk menutup beberapa gosip negatif yang dilemparkan kepadanya.

    "Saya tidak pernah merancang untuk rapat dengan Azad untuk menutup gosip yang dilemparkan kepada saya seperti perampas suami orang.

    "Saya tak nafikan kami memang rapat sejak akhir-akhir ini. Kebetulan kami selalu berlakon sama. Saya senang bekerja dengan Azad. Soal perasaan usahlah kita perbesarkan," kata Eira.

    Eira bakal membintangi filem Kau Pergi Jua arahan Osman Ali yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi ini. Dia akan melangkah satu fasa baru dalam dunia seni apabila membabitkan diri dalam bidang seni suara.

    Jika tiada aral albumnya di bawah FG Music & Filem (FGM) dijangka berada di pasaran penghujung April atau awal Mei ini.

    Menurutnya antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album itu ialah Istana Cinta ciptaan Taja Meet Uncle Hussain, Sememangnya (Adnan Abu Hasan), Derita Menanggung Rindu (Adam Ahmad) dan dua lagi lagu dalam proses pemilihan.

    "Alhamdulillah saya diberi kepercayaan oleh FGM untuk merakamkan album. Kebanyakan lirik dalam lagu saya dicipta komposer, Habsah Hassan.

    "Saya berasa bertuah kerana diberi peluang untuk merakamkan lagu seterusnya menghasilkan album di bawah syarikat FGM.

    "Justeru, saya dan pihak FGM sentiasa memastikan aspek kualiti lagu sebelum memulakan rakaman.

    "Mengenai lakonan pula saya lebih selektif dengan watak yang diberikan. Bukan hendak cerewet soal watak, tetapi untuk memberi tumpuan kepada nyanyian.

    "Selain itu saya juga sentiasa berusaha memantapkan vokal dengan mengadakan di bawah bimbingan Adnan," kata Eira.

    Seperti Eira, Azad juga berpeluang merakamkan album di bawah syarikat rakaman yang sama. Mereka juga dijangka bergandingan dalam sebuah lagu duet tidak lama lagi.


    PROFIL

    NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira
    NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi
    TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984
    TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
    ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada enam beradik
    KARIER: Pelakon dan penyanyi
    TEATER: Lorong 2/90 dan Bangsawan Lela Manja
    FILEM: Bisikan Remaja, Ngangkung
    DRAMA: Puluhan antaranya Gerak Khas, Sembilu, Ibu Kota Cinta, Kaca, Lesen, Meniti Bara, Senja Kala, Dosa Haniza, Seteguh Kinabalu, Elly, Ku Milikmu, Embun Mutiara & Cinta Balqis.

    NAMA KOMERSIL: Azad Jasmin
    NAMA PENUH: Azad Jasmin John Louis Jefry
    TARIKH LAHIR: 11 Februari 1976
    TEMPAT LAHIR: Negeri Sembilan dan dibesarkan di Pulau Pinang
    ADIK-BERADIK: Anak pertama daripada empat beradik
    KARIER: Pelakon dan penyanyi
    FILEM: Nana Tanjung 2, Sifu & Tongga, Ngangkung
    DRAMA: Puluhan antaranya Anak Mami, Laila Majnun, Sumpah Bunian, Sutera Maya, Cinta Balqis, Adnan Sempit The Series, Mama Murai

    Monday, March 15, 2010

    Impian Nabila tercapai

    Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


    NABILAH (tengah) diapit oleh pemenang tempat kedua, Mohd Safrin (kiri) dan pemenang ketiga BIBH2009, Megat Amirul Khairi.
    NABILAH (tengah) diapit oleh pemenang tempat kedua, Mohd Safrin (kiri) dan pemenang ketiga BIBH2009, Megat Amirul Khairi.
    Pertandingan BIBH2009 di Kemaman dapat sambutan hangat

    MERDU suaranya ketika melontarkan lagu Jerat Percintaan milik penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza menambat hati tiga juri profesional yang mengadili pertandingan Bintang Idola Berita Harian 2009 (BIBH2009) di Mesra Mall, Kemaman, Terengganu, Sabtu lalu.

    Nabilah Mohamad, 21, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang itu berjaya mencuri hati tiga juri yang terdiri daripada Pengarang Bintang Popular yang turut merangkap sebagai Ketua Juri, Akmal Abdullah; penyanyi rock tanah air, Hattan dan penyanyi yang turut dikenali sebagai guru vokal, Hazami. Wanita bertudung itu adalah juara bagi Zon Timur. Kemenangan itu melayakkan Nabilah menjadi artis residen Berita Harian. Dia turut memenangi hadiah wang tunai bernilai RM1,000, barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM10,000, sijil penyertaan dan dua tiket menyaksikan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang pada 4 April nanti di Arena Of Stars Genting Highlands.

    Peserta berasal dari Kuala Terengganu itu tidak menyangka kepulangan ke kampung untuk menguruskan beberapa hal membawa tuah apabila cita-cita untuk bergelar penyanyi hampir pasti menjadi kenyataan.

    "Saya memang sudah lama menyimpan impian menjadi artis, tetapi saya sedar cita-cita itu terlalu tinggi. Tak sangka pula hari ini impian saya menjadi kenyataan.

    "Sebelum ini saya pernah mencuba nasib dalam beberapa pertandingan realiti seperti My Star LG dan Akademi Fantasia tetapi tiada rezeki," katanya yang mula menyertai pertandingan nyanyian sejak usia 16 tahun serta gemar membawakan lagu-lagu Siti Nurhaliza dan Liza Hanim.
    Sementara itu, kesungguhan Mohd Nor Safarin Mansor, 38, menjelajah dari Lumut, Perak ke Terengganu semata-mata untuk menyertai BIBH berbaloi apabila berjaya mengubat kekecewaannya di Village Mall, Sungai Petani, minggu lalu.

    Safarin yang bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertekad mencuba nasib sekali lagi kerana tidak puas hati sekadar melangkah ke peringkat akhir minggu lalu.

    Katanya, atas nasihat rakan-rakan serta keluarga, dia sanggup meredah perjalanan beratus kilometer ditemani sahabatnya untuk mencuba nasib sekali lagi.

    Dia berkata, kesilapan memilih lagu menjadi faktor kegagalannya minggu lalu menyebabkan dia meminta pandangan beberapa rakan lagu sesuai untuk dibawakan minggu ini. Ternyata pilihan lagu Laila Namamu Teratas milik kumpulan Search membawa tuah kepadanya.

    Safarin yang pernah menyertai dan memenangi pelbagai pertandingan nyanyian antaranya Metro Idol 2007, Sinar FM 2007 berkata, ini juga bukan percubaan pertamanya dalam BIBH. Dia pernah mencuba nasib tahun lalu tetapi gagal menembusi ke peringkat akhir.

    Safarin yang mendendangkan lagu milik Anuar Zain, Lelaki Ini ketika di Sungai Petani, minggu lalu berkata, apa yang membuatkan dia berminat menyertai BIBH adalah kerana tiadanya kekangan had umur dikenakan.

    "Tarikan BIBH yang tidak mengenakan sebarang had umur memberi peluang orang yang sudah agak berusia seperti saya menonjolkan bakat kami. Sudah lama saya menyimpan hasrat bergelar penyanyi dan berharap kemenangan ini akan membuka lalu yang mudah untuk saya berjaya dalam karier nyanyian.

    "Idola saya dalam bidang nyanyian adalah Black. Meskipun tanpa rupa paras yang menarik, Black mempunyai ramai peminat dan saya berharap dapat menjadi sepertinya," kata Safarin yang membawa pulang hadiah wang tunai RM700, sijil penyertaan, hamper dan tiket ke malam kemuncak ABPBH.

    Keberanian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, Kuantan, Megat Amirul Khairi Megat Amran membawakan lagu Mungkir Bahagia milik penyanyi Hazami pula turut memikat hati juri. Amirul yang berjaya mendendangkan lagu itu dengan kawalan suara yang baik menjadi satu bonus buatnya.

    Dia menerima wang tunai RM 500, sijil penyertaan, hamper dan juga tiket ABPBH. Bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, Amirul datang dari Kuantan, Pahang ditemani ibu bapanya semata-mata untuk mencuba nasib dalam pertandingan ini.

    "Saya sudah menyanyikan lagu ini sejak dari tingkatan dua lagi. Jadi ia memberi keyakinan untuk membawakan lagu ini. Walaupun melakukan sedikit kesilapan, saya terkejut apabila rezeki berpihak kepada saya," katanya.

    Salah pilih lagu punca gagal

    ANTARA ulasan yang kerap kali keluar dari juri pada pertandingan lebih dua jam itu adalah kesalahan pemilihan lagu oleh kebanyakan peserta.

    Kebanyakan peserta tersalah memilih lagu yang tidak bersesuaian dengan vokal mereka dan akhirnya menyebabkan mereka gagal menduduki sebarang tempat.

    Hattan ketika ditemui berkata, kebanyakan peserta yang berjaya melangkah ke final mempunyai kebolehan menyanyi tetapi rata-rata tersalah membuat pilihan lagu.

    "Saya faham mereka tidak mempunyai sesiapa untuk dijadikan rujukan membuat pilihan lagu, tetapi saya nasihatkan mereka yang ingin menyertai BIBH di lokasi lain supaya memilih lagu yang sesuai untuk pertandingan.

    "Pilih lagu yang mempunyai nada yang tinggi dan rendah. Saya lihat kebanyakan peserta hanya boleh menyanyi untuk karaoke. Kita mahu mencari bakat semula jadi yang tidak klon mana-mana artis," katanya.

    Sementara itu, Hazami pula berkata, dia bangga dapat mendengar bakat memberangsangkan peserta dari pantai timur yang tidak langsung mengecewakan.

    Bagaimanapun, seperti Hattan, Hazami juga mengakui kebanyakan peserta tersilap memilih lagu. Hazami turut menasihatkan peserta supaya tidak menyanyikan lagu juri.

    "Majoriti daripada mereka tersalah membuat pilihan lagu. Kebanyakan finalis mempunyai asas nyanyian yang boleh diperbaiki lagi. Mereka cuma perlu mempunyai penghayatan lirik dan kalau boleh kaji dulu lirik sebelum membuat persembahan," katanya.

    Pada peringkat akhir yang lalu seramai 10 peserta daripada lebih 30 yang menghadiri uji bakat berjaya melangkah ke final. Mereka adalah Mohammad Azfar Shuhaimi, Azreen Mazwan Sapuwan, Mohd Faizul Fadzil, Mohd Nazri Mohd Ashri yang juga peserta cacat penglihatan, Zainul Aliff Zainal Abidin, Amirul Shafiq Sukor dan Noorazmieza Rahimi Jafri.

    Pertandingan peringkat akhir itu turut diserikan dengan persembahan daripada pemenang BIBH musim lalu iaitu Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin yang mendendangkan singlenya berjudul Suara Rindu, Nurul Syazwani Mohd Basri pula menyanyikan lagu Cinta Darimu dan Mohd Zaki Zainal dengan lagu Peri Bintang.

    click2..

    sponsor links

    Fitness pro’s deluxe form kit
    Read this book
    www.fitnessbusinessforms.com

    Fat Loss Action Blueprint
    See To Believe
    www.fatlossactionblueprint.com/

    Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
    Tried And Tested
    www.nailtechsuccess.com