click 4 money

Sunday, December 27, 2009

Daphne Iking Dipikat, Tokoh Korporat Didakwa



DAPHNE IKINGwah! panas, Gossip Daphne Iking yang terbaru betul-betul bakal mengegarkan dunia Gosip tanah air. Suami Daphne Iking telah mengheret seorang tokoh korporat Choy Kin Ming ke Makamah diatas dakwaan Choy Kin Ming menghasut Daphne Iking meninggalkan suaminya.

di bawah Seksyen 498, Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.

Sebelum pembicaraan bermula, keadaan menjadi "panas" apabila peguam-peguam dari dua pihak tersebut bertelagah mengenai satu permohonan pembicaraan tersebut. Pada satu peringkat, mereka bertikam lidah.

Ketua peguam pembela Choy, Jagjit Singh memohon penangguhan dibuat dengan alasan dia sedang pulih daripada penyakit jantung baru-baru ini.

Dengan itu, dia memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji dokumen-dokumen tersebut yang diterimanya secara berperingkat-peringkat.

Jagjit mengemukakan sijil-sijil perubatan kepada mahkamah untuk membuktikan dia kurang sihat untuk meneruskan pembicaraan.

Jagjit memberitahu mahkamah bahawa dokumen-dokumen yang diterimanya terdiri daripada sijil perkahwinan, salinan paspot, emel dan invois-invois.

"Set terbaru dihantar kepada kami semalam (19 Ogos) tetapi saya belum melihatnya sehingga sebentar tadi. Saya perlukan lebih banyak masa untuk mengkajinya," tambahnya.

Wong Khian Kheong yang mewakili suami selebriti itu pula memimpin pasukan pendakwaan. Wong pernah mewakili Abdul Razak Baginda dalam pembicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Wong memohon pembicaraan diteruskan dan memberitahu mahkamah dia telah mencadangkan kepada Jagjit untuk mengadakan 'cross examination' (pemeriksaan bersilang) pada akhir Oktober.

Katanya, ini bagi memberikan Jagjit masa untuk berehat dan bersedia untuk dakwaan tersebut.

"Ini adalah satu kes keadilan dan perlu disegerakan untuk kepentingan umum dan mangsa. Saya mencadangkan semua pihak berkompromi dalam soal itu. Tiada prasangka terhadap tertuduh," kata Wong.

Menjawab satu soalan majistret, Puspha yang juga peguam Daphne Iking berkata dia akan menfailkan satu permohonan rasmi untuk mencabar saman tersebut dan keperlembagaan Seksyen 498.

"Ia sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan dalam masyarakat. Ia adalah satu penghinaan kepada wanita yang mana golongan wanita boleh senang dipikat dan bodoh untuk dipikat," katanya.

Mohd. Faizi menangguhkan kes tersebut ke hari ini dan berkata dia akan mengendalikan permohonan Pushpa apabila permohonan rasminya dikemukakan kepada mahkamah.

Jagjit, tambah Mohd. Faizi, boleh 'cross-examine' pada bulan Oktober jika dia tidak berasa sihat hari ini.

Daphne Iking berkahwin pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan, Isobel yang kini berusia 21 bulan. Iking ialah penyampai televisyen, pengacara dan dua jenama produk.

- Kami berharap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan betul, agak kelakar juga kes ini kan?. Macam kes cinta tiga segi pun ada.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com