click 4 money

Thursday, April 29, 2010

Mia meragam ditengking Lisa

Oleh Hartati Hassan Basri

GARA-GARA ditengking Lisa Surihani, penggambaran drama bersiri Adamaya di kondominium Villa Wangsamas, Wangsa Maju, baru-baru ini berdepan sedikit masalah apabila pelakon cilik, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 4, bertukar 'mood' menjadi meragam.
Ini menyebabkan babak 'close-up' membabitkan Mia yang memegang watak Armani, membuka laci terpaksa diulang berkali-kali. Anak bongsu daripada empat beradik itu nampak begitu berhati-hati, mungkin bimbang kalau-kalau dia 'dimarahi' lagi. Ayah Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, 35, yang menemaninya sepanjang penggambaran, cuba membantu menenangkan Mia tetapi tidak berjaya. Lalu, Lisa yang memegang watak Maya, jadi serba salah dan cuba mengambil hatinya dengan bergurau senda. Selepas Lisa membawa Mia pergi ke kedai membeli coklat, barulah Mia berani dekat semula dengan Lisa.


Dalam babak sebelum itu, Armani sedang bermain dalam bilik ibunya. Dia kemudian terjumpa gambar Maya bersama lelaki lain ketika menyelongkar laci ibunya. Tiba-tiba Maya masuk dan terus marah apabila melihat Armani memegang gambarnya bersama kekasihnya, Dani (Faizal Yusup).


"Apa ni? Kenapa sepah-sepah, nak kena ya?" tengking Maya kepada Armani. Lisa akui serba salah melakonkan babak itu kerana tidak sampai hati memarahi budak sekecil Mia. Bagaimanapun, kerana tuntutan wataknya dalam Adamaya, Lisa cuba melaksanakannya sebaik mungkin.


"Pada mulanya memang kekok tapi apabila didesak pengarah, saya buat juga. Tapi ia ambil masa sedikit. Harap-harap lakonan saya menjadi. "Walaupun ini lakonan pertama Mia, dia boleh berlakon kerana banyak menjayakan iklan. Dia tak ada masalah memahami apa yang dikehendaki pengarah kerana dia bijak dan cepat tangkap. Cuma apabila kena marah, dia rasa terkejut," kata Lisa.


Pengarahnya, Hashim Rejab, 35, berkata, beliau pernah bekerja dengan pelakon kanak-kanak sebelum ini dan sudah bersedia berhadapan sebarang kemungkinan. Hashim sedar bukan mudah bagi pelakon kecil memberi komitmen berbanding pelakon dewasa.


Katanya, penggambaran membabitkan Mia sudah dilakukan sejak dua minggu sebelumnya dan tiada masalah. Bagaimanapun, katanya, apabila ada babak membabitkan emosi, mereka berdepan masalah.


"Sebenarnya saya agak kecewa juga kerana babak itu tidak dapat dilakukan seperti yang saya bayangkan. Ia tidak sampai mengikut apa yang saya kehendaki tetapi saya kena berpuas hati kerana tidak mahu jejaskan tempoh penggambaran.


"Babak ini sangat penting untuk mengembangkan jalan cerita. Selepas ini, Armani mula menjauhkan diri daripada ibunya. Ini membuatkan konflik dalam keluarga Adam dan Maya bertambah buruk," katanya.

Kata Hashim, hakikatnya Maya bukan marahkan Armani kerana masuk ke biliknya dan menyelongkar barang peribadinya tetapi dia lebih takut jika suaminya terjumpa gambar dia dengan lelaki lain.


"Dalam drama ini, Maya menjalin hubungan sulit dengan kekasih lamanya, Dani. Apabila anaknya menemui gambarnya bersama Dani, Maya takut Armani akan bocorkan rahsia," katanya.


Drama bersiri yang kini ke udara setiap Selasa hingga Khamis menerusi slot Akasia di TV3, mengisahkan Adam lakonan Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein dan Maya (Lisa) yang dijodohkan ibu bapa mereka tanpa cinta. Adam bekerja sebagai penulis majalah pelancongan dan suka mengembara manakala Maya, pelajar tahun dua di universiti. Maya sebenarnya ada kekasih pilihannya, Dani (Faizal).


Apabila berkahwin, Maya tidak membenarkan Adam menyentuhnya hinggalah berlaku satu insiden sehingga Maya mengandung. Mereka dikurniakan anak perempuan, Armani. Pada waktu sama, Dani terus memburu cinta Maya. Dia sering mengekori Maya dan mendesaknya meninggalkan Adam. Walaupun Maya sayangkan suami dan anak, pada waktu sama dia keliru dengan cintanya kepada Dani yang dianggap cinta pertama. Babak pada hari itu hanya membabitkan Lisa, Sein dan Mia di rumah dan ia dijangka disiarkan hari ini, Khamis. Selain babak Armani dimarahi ibunya, ada juga babak Adam masuk ke bilik ketika Maya sedang marahkan Armani. Adam menegur sikap Maya dan Armani terus berlari memeluk kaki ayahnya

Babak lain termasuk Adam balik dari kerja dan masuk bilik dan mendapati Maya sedang tidur. Dia menguncup pipi isterinya itu dan kemudian bersolat. Seterusnya Adam pergi ke bilik Armani dan menidurkan anaknya sambil membaca buku. Satu lagi babak ketika Maya tidur, Adam terjaga lalu melihat Maya sedang berjalan lalu mendukung Maya kembali ke katil. Memang Adam sudah biasa dengan masalah Maya 'berjalan dalam tidur'. Kata Hashim, penggambaran yang diadakan sejak 13 Mac lalu berjalan lancar dan setiap hari dapat menyiapkan sekitar 12 babak. Walaupun menggantikan tempat pengarah asal, Feroz Kadir sejak episod tujuh, Hashim mengakui tidak menghadapi masalah.


Hashim menggantikan tempat Feroz kerana pengarah itu ada komitmen lain tetapi khidmatnya diperlukan untuk drama itu walaupun hanya sehingga episod enam. Bagaimanapun, Feroz lebih dulu menyiapkan rangka penggambaran untuk memudahkan penggantinya mengambil alih. Kalau ada masalah, Hashim akan menghubungi Feroz untuk bertanya lebih lanjut.


Kata Hashim, itu bukan kali pertama dia mengambil alih tugas mengarah di tengah jalan. Malah, ada pengalaman lebih hebat apabila menyambung kerja pengarah yang meninggalkan kerja separuh jalan. Drama lain arahan Hashim bertajuk Mama Murai untuk siaran Astro.

BORAK LOKASI
DRAMA: ADAMAYA
TERBITAN: MIG PRODUCTION SDN BHD
PENERBIT : DAVID TEO
PENGARAH : HASHIM REJAB
PENASIHAT PENGARAH : FEROZ KADER
PENYELARAS PRODUKSI : TEAM MIG
KONTI: MOHD HAFIZ ABDUL RAJAK
PENGARAH FOTOGRAFI : MOHD JUFRI AYOB
PENGARAH SENI : SUHAIDY AZRUL ABD JABBAR (CHOMEL)
AUDIO/BOOM : MOHD SANY ABU SAMAH
JURULAMPU : MAT FAZLI KAMARUDIN
ADUNAN MUZIK : MIG SOUND FACTORY
PENYUNTING : MIG SOUND FACTORY
MEKAP : KELANA TUAH (NANA), SITI FARALEZA RAMLI(DIELA)
PROPMASTER : INDRA HISHAM
PROPMAN : MOHAMED ALI
WARDROBE : YUNNI TOMMY
JURU GEGAS : ZAIDY MANSOR
HANDY : MOHD RIZAL MOHD YUSOF
KATERING : LEMON KATERING
SIARAN: AKASIA (TV3) SETIAP ISNIN HINGGA KHAMIS, JAM 6.30 PETANG

Beraksi sejak usia 2 tahun


MUNGKIN ada yang kenal wajah comel ini kerana dia sering muncul di TV menjayakan iklan. Antaranya, dia menjadi anak Zahnita dalam iklan susu Sustagen, kanak-kanak berbasikal dalam iklan Astro Beyond, begitu juga Softlan, Celcom dan TM.

Selepas menghiasi iklan komersial sejak usia dua tahun, kini Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 4, mencuba pula bidang lakonan menerusi drama bersiri Adamaya sebagai anak Lisa Surihani dan Sein Ruffedge.


Kata ayahnya, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, 35, pembabitan Mia dalam iklan secara kebetulan selepas menghiasi majalah Pa & Ma, dua tahun lalu. "Selama ini saya lebih tumpukan kepada iklan tetapi ada jiran saya cadangkan Mia menjalani uji bakat untuk berlakon Adamaya. Saya pun cuba pergi uji bakat dan Mia berjaya walaupun pada mulanya mereka mencari kanak-kanak lelaki.


"Mia juga mula ke lokasi drama selepas pulang dari sekolah jam 12 tengah hari dan saya temankannya sepanjang penggambaran. Banyak juga babak membabitkan Mia iaitu dari episod 10 hinggalah habis. Penggambaran pula sejak dua minggu lalu," katanya.


Muhammad Ridhuan yang menjalankan perniagaan sendiri berkata, walaupun ini lakonan pertama Mia untuk drama, dia tidak banyak menghadapi masalah kerana sudah biasa berhadapan kamera. "Cuma hari ini Mia trauma apabila 'dimarahi' Lisa. Puas juga saya pujuk Mia. Selepas dipujuk dan Lisa membawanya jalan-jalan, lama-lama dia berani semula mendekati Lisa.


"Mungkin dia terkejut kerana tidak sangka ditengking begitu tetapi dia bukanlah anak manja yang tidak pernah dimarahi. Saya sendiri memang tegas mendidik anak-anak terutama kalau mereka nakal. Mia juga tidak terkecuali walaupun dia anak bongsu," katanya.


Antara iklan yang bakal dijayakan Mia selepas ini ialah Colgate yang dihasilkan sempena Hari Ibu pada Mei ini selain Sunsweet.

Suruh kawan goda suami

SEADANYA, kalau boleh biarlah si suami selalu menjadi hak kita seorang. Makan minumnya biarlah kita yang jaga. Begitu juga dengan tidur baringnya, biarlah kita yang melayannya. Tak sanggup SS nak berkongsi kasih dengan sesiapa.

Kawan SS, si Tipah Lentik tu bukan saja tak sanggup berkongsi suami, malah kawan hendak pinjam baju pun, dia tak bagi. Sanggup dia bertengkar dengan kawan baiknya itu. Tetapi cerita yang baru SS dengar ini membuatkan SS terlopong sekejap. Hendak percaya ke tidak. Bagaimanapun, melihatkan senario hari ini di mana wang beraja di mata dan di hati, apa pun boleh terjadi. Memang SS terkejut yang amat sangat selepas mendengar cerita yang pelik tetapi benar ini. Ke manakah perginya akal orang sekarang? Rakan SS ini bukanlah orang yang sempurna sangat. Dia juga manusia biasa yang kerap kali melakukan kesilapan tetapi dia memang tak boleh terima dengan apa yang dia nampak depan matanya. Pasangan suami isteri ini baru berkahwin di mana si isteri, seorang artis. Si suami pula orang biasa saja. Orang kata darah manis baru bergelar pengantin, jadi ke mana pergi mesti berdua termasuklah ke pusat karaoke. Memang tidak salah kita ke pusat karaoke kerana rakan SS pun ramai ke sana untuk melapangkan fikiran yang kusut. Sekarang pun dah banyak pusat karaoke dibuka untuk keluarga. Ada juga pusat karaoke yang menyediakan ruang untuk mengadakan majlis hari jadi dan sebagainya.


Bagaimanapun, cara artis itu dan suaminya menghiburkan hati di pusat karaoke itu amat berlainan dan istimewa sedikit daripada biasa. Mereka bukan pergi berdua tetapi artis itu turut mengajak beberapa rakan wanitanya sekali. Itu tak mengapa lagi kerana kata orang, 'the more the merrier'. Cuma yang peliknya, artis itu dengan tidak semena-mena meminta seorang kawannya melayan suaminya di depan matanya. Tak tahulah SS dia ikut mazhab mana. Maksud SS, dia minta kawan-kawannya senggol-sengolan, malah bercumbu dengan suaminya itu! Mulanya kawan itu segan-segan hendak menggatal dengan suami kawan sendiri tapi selepas artis itu sendiri beriya-iya sangat beri galakan, mereka pun apa lagi, joget sakanlah. Orang dah bagi lampu hijau, apa lagi kan? Tak tahulah pulak SS apa reaksi suami artis itu, sukalah agaknya kerana lelaki mana yang sanggup tolak 'rezeki'.


SS harap artis itu sedar apa yang dilakukannya. Kalau memang niat dia mahu suaminya terhibur malam itu, takkan tak ada cara lain. Buatlah kejutan beli kek 20 tingkat ke atau tabur selori bunga ros dalam bilik karaoke itu atau kalau tidak, hadiahkan jam tangan paling mahal di dunia. Entah apa muslihat dia sanggup buat begitu. Dunia, dunia

Monday, April 26, 2010

Alkisah... Kristal huru-hara?



Oleh Raja Nurfatimah Mawar

LEPAS satu, satu kumpulan rock berpecah. Entah kenapa mereka tak boleh bertahan lama, Raja pun tak faham. Ada saja masalah mereka ini. Ia bukan lagi sesuatu yang mengejutkan, sudah kerap sangat berlaku sejak dulu. Jarang ada kumpulan rock yang dapat bertahan berdekad lamanya. Bergaduh, berantakan sesama sendiri dan tiada disiplin antara puncanya.


Terbaru, Raja dengar kumpulan Kristal pula huru-hara selepas vokalisnya, Razlan dengan Nur Sheila Hashim mendirikan rumah tangga tidak lama dulu. Takkan disebabkan Razlan berkahwin, populariti Kristal menjunam kot! Tapi Raja dengar bukan itu puncanya, tetapi anggota lain khabarnya `berbulu' dengan perangai isteri Razlan, yang dikatakan lebih sudu daripada kuah. Eh! betul ke ni?

Raja diberitahu oleh sumber terdekat dengan kumpulan ini, banyak aktiviti Kristal tersekat di-sebabkan isteri Razlan suka kawal segala-galanya atau mungkin nak jadi 'queen control'. Apabila sudah macam itu, faham-faham sajalah. Itu tak boleh, ini tak boleh. Lambat laun, orang lain naik meluat kerana banyak aktiviti tidak berjalan dengan baik, ada saja masalah timbul. Perkara ini yang menjadikan Kristal menjadi celaru. Seorang anggotanya dikatakan sudah menarik diri dari kumpulan ini. Tapi itu cerita yang Raja dengar sebelah pihak, tak pasti sejauh mana kesahihan cerita di sebelah pihak lagi.

Khabarnya, Kristal sudah merancang untuk cari pengganti Razlan. Calonnya ialah finalis program realiti TV. Kalau Raja sebut namanya, mungkin ramai yang kenal. Maklumlah artis realitinya dikenali ramai. Manakala Razlan khabarnya akan diketengahkan sebagai penyanyi solo. Tapi boleh ke? Khabarnya, jadi masalah sekarang ialah kontrak Kristal dengan syarikat rakaman, membuatkan mereka tidak boleh buat apa-apa hingga tamat kontrak.

Raja dengar anggota Kristal yang lain sudah lama memendam rasa sejak Razlan belum berkahwin lain. Ketika itu, ke hulu hilir, Razlan asyik membawa bakal isterinya itu, sampai pergi show pun nak bawa juga. Soal pandangan orang terhadap mereka, itu yang ditakutkan. Tapi tak apalah, Razlan pun sudah berkahwin sekarang.

Kalau fotografi majalah tak usah nak cakaplah, bakal isteri Razlan itu me-ngalahkan artis. Soal itu, memang tak boleh salahlah Razlan, itu mungkin permintaan wartawan, tapi kena berpada-pada.
Orang lain ada kekasih juga, tapi taklah sampai nak tunjuk sana, sini. Apabila sudah kahwin, lagilah teruk keadaannya, sentiasa tak boleh berenggang. Kan susah jika ada show di luar Kuala Lumpur, dulu bilik boleh berkongsi, kini Razlan kena ada bilik sendiri sebab bawa isteri. Lainlah kalau Razlan tak kisah untuk membayar sendiri bilik untuk bersama isterinya.

Macam manapun, di-sebabkan Kristal bergerak secara berkumpulan untuk cari makan dalam bidang muzik, eloklah perkara ini diselesaikan secara elok. Sayang kalau sudah lama bersusah payah, tetapi akhirnya berpecah begitu saja hanya disebabkan hal-hal peribadi ini. Sepatutnya, masing-masing bersikap profesional, tidak campur aduk dengan perkara peribadi. Tengok kumpulan rock otai seperti Wings dan Search yang masing-masing sudah berkeluarga dan beranak pinak, tetapi semuanya profesional. Tidak ada pun si isteri atau anak mencampuri kerja suami. Si suami pula tidak membawa masalah peribadi atau keluarga dalam kerjaya mereka.

Mungkin Razlan hendak berjuang secara solo. Tapi bukan mudah. Razlan kena ingat berapa ramai rockers yang tampil secara solo akhirnya tidak sampai ke mana pun.

Alkisah... Kisah Achik dan wartawan


Oleh Raja Nurfatimah Mawar
Achik


Achik

SEBENARNYA memang RAJA terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan-rakan mengenai berita Achik Spin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Rasanya belum terlambat Raja dan rakan-rakan di Bintang Popular mengucapkan takziah pada isteri dan keluarga arwah.

Setiap minggu ada saja beri­ta kematian yang kita dengar sejak akhir-akhir ini. Daripada Yanie Mentor, Din Beramboi dan minggu lalu, Achik pula menyusul. Begitu juga dengan penyanyi era 60-an, Jaafar O serta bekas pelakon dan dramatis terkenal, Zainurdin Ismail yang juga bapa kepada personaliti TV, Dang Suria, ma­sing-masing meninggal dunia pada Khamis lalu

Itulah yang dinamakan hidup dan mati ini, semuanya ketentuan Tuhan. Sampai masa kita juga akan menyusul. Raja nak ceritakan sedikit kisah arwah Achik pada pembaca. Kisah ini diceritakan seorang teman di Berita Harian. Dia memang terkejut dan meni­tiskan air mata apabila mendapat tahu Achik sudah tiada.

Kisahnya berlaku lima tahun dulu. Ketika itu, arwah ke Balai Berita untuk menjayakan satu sesi fotografi bersama seorang teman wartawan. Ketika itu, arwah datang dengan fesyen rambut berwarna perang. Sebagai orang Islam, teman Raja ini rasa menjadi tanggungjawabnya menegur arwah. Lagi pula ketika itu sedang heboh kisah pembunuhan seorang gadis yang mati dalam keadaan aib dengan rambut berwarna dan kuku bercat.

Khabarnya ketika itu, orang kampung heboh mengatakan roh si gadis merayau-rayau meminta warna rambut dan kukunya dibuang. Raja tidak pasti kebenaran cerita itu. Betul atau tidak, waullahualam...

Itu versi cerita orang kampung, kita tak tahu sejauh mana kebenarannya. Bagi Raja, baik atau buruk cerita orang yang sudah mati ini, tidak elok untuk diperbesar-besarkan.
Jadi, teman Raja ini berkhutbah panjang dengan arwah, tak elok rambut diwarnakan, apatah lagi warnanya perang macam bulu jagung, dia pula lelaki. Ambil air sembahyang pun mungkin tak sah dan kita pun tak tahu bila ajal nak menjemput. Arwah mendengar saja, tak langsung membantah.

Tidak lama selepas itu, arwah datang lagi ke Berita Harian, kali ini rambutnya dihitamkan se­mula. Terkejut juga teman Raja, tak sangka arwah ni mende­ngar kata. Kalau artis lain mungkin apa yang dikatakan teman Raja itu, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sejak itu, arwah tak pernah lagi mewarnakan rambutnya. Dan kini, arwah sudah tiada, itulah kata teman Raja, kita tahu tarikh kita dilahir­kan, tetapi kita tak tahu bila tarikh kita mati kan... Al-Fatihah buat arwah Achik, semoga rohnya dicucuri rahmat.

RAJA: Teringat serangkap lirik lagu nyanyian Herman Tino yang dalam maksudnya iaitu, tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri, derma bukan tontonan, lakukan dalam sepi

Farid Kamil, Diana Danielle sah pasangan kekasih!

Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my


Pengarah, pelakon letak tangan di bahu aktres remaja bertemu janji sehari selepas ABPBH 2009

APALAH nak jadi dengan sikap dan nilai moral segelintir artis yang semakin merudum sejak kebelakangan ini. Selain disabitkan dengan pelbagai kesalahan jenayah, golongan selebriti ini kerap menyalahkan media massa apabila pekung mereka dibongkar

Apabila sudah tak tahu di mana nak sembunyikan muka, mereka terus menuduh wartawan tidak beretika. Pada hal perbuatan negatif diri sendiri yang mengundang aib! Namun, dalam perkembangan lain, Zubir tertarik dengan laporan akhbar baru-baru ini yang mengatakan juara One In A Million musim kedua (OIAM2), Norayu Damit atau Ayu yang sebelum ini menghilangkan diri hampir 10 bulan, tiba-tiba muncul menjayakan konsert amal Kau Di Hatiku anjuran Adibah Noor Entertainment, dikatakan sanggup melarikan diri sambil berkaki ayam apabila menyedari wartawan sudah sedia menunggu di belakang pentas untuk menemubualnya!

Sebelum ini tersebar desas-desus, kononnya Ayu bernikah dengan seorang duda beranak dua dari Sauk, Kuala Kangsar, Perak. Khabarnya suami Ayu berumur lingkungan awal 20-an dan pernah bekerja di Bangi, Selangor. Namun, yang menjadi persoalannya, kenapa majlis pernikahan Ayu dibuat secara tertutup walhal dia penyanyi yang agak popular? Kini, khabarnya Ayu sudah pun bergelar seorang ibu.

Justeru, mungkin Ayu lari kerana tak mahu bertemu wartawan yang pasti mengajukan persoalan itu kepadanya. Tapi, apabila melarikan diri, jelas menampakkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

Berterus-teranglah Ayu kerana ada kalanya kebenaran memang pahit untuk ditelan. Sebenarnya, Zubir sendiri sudah melalui pengalaman artis melarikan diri daripada wartawan atau main ‘kejar-kejar’ dengan pihak media. Harap-harap Zubir tak perlu mengejar Ayu di belakang pentas Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) apabila dia dilaporkan akan muncul membuat persembahan 2 Mei ini.
Terlanjur jauh bercerita hari ini, Zubir sebenarnya ingin berkongsi khabar gembira mengenai pasangan artis popular yang sedang garing dan ranum di pasaran ketika ini - Farid Kamil dan Diana Danielle yang dicanang sedang menyemai benih cinta.

Namun, sehingga hari ini belum keluar sebarang kenyataan rasmi daripada mereka. Sebenarnya memang tak perlu tunggu mereka mengaku pun. Ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, masing-masing bijak membawa diri. Kedua-duanya tidak duduk rapat, tetapi tidaklah pula berjauhan sangat. Masih boleh berbual sesama sendiri.

Pun begitu, sehari selepas berlangsungnya ABPBH 2009, ada peminat terserempak dengan Farid dan Diana keluar dating di Ampang Point! Apa lagi, perkhabaran gembira itu terus dilaporkan kepada Zubir apabila peminat berkenaan dapat melihat dengan jelas Farid meletakkan tangannya di bahu Diana dan mereka berjalan beriringan penuh romantis umpama pasangan kekasih yang tidak dapat dipisahkan lagi!

Farid dilaporkan mengenakan kemeja, manakala Diana kemeja-T putih dan jeans. Waktu itu sekitar jam 6 petang hingga 7 malam berhampiran sebuah kedai jam di aras paling bawah pusat beli belah berkenaan. Namun, apabila Farid menyedari gelagat mereka diperhatikan, dia pun cepat-cepat melepaskan tangannya daripada bahu Diana! Alahai, malu-malu pula.

Zubir terus mendapatkan komen Diana berhubung perkara itu.
“Memang saya bersama Farid ketika itu. Farid menemani saya beli barang-barang keperluan dapur. Saya tak perlu berselindung apa-apa,” kata Diana berterus-terang.

Namun, sebaik saja ditanya adakah dia dan Farid sedang dilamun cinta, Diana tidak mampu memberikan sebarang jawapan, sebaliknya menyerahkan kepada peminat membuat penilaian. Diana mungkin kehilangan kata-kata apabila diajak berbicara soal hati dan perasaannya terhadap Farid, namun dengan sedikit pengakuan daripadanya, sudah cukup membuktikan memang wujud perasaan cinta antara mereka.

Seperkara lagi, sekiranya perbincangan berjalan lancar, peminat mungkin berpeluang melihat mereka bergandingan sebagai pasangan kekasih menerusi drama bersiri terbaru terbitan Global Station Sdn Bhd milik Datin Zaiton Mohamad Jiwa. Khabarnya judul drama itu Kahwin Lari, oopss!

ZUBIR: Harap dapat bertemu Krisdayanti (KD) pada AIM17, nak dengar sendiri pengakuan mengenai ‘kekasih gelapnya’, Raul Lemos

Diet 3 bulan untuk jadi Saloma


Oleh Hartati Hassan Basri

"SAYA jelmaan Saloma? Itu satu penghargaan yang sangat besar buat saya," kata Liza Hanim yang pernah memegang watak Biduanita Negara Puan Sri Saloma dalam P Ramlee The Musical pada 2007 dan 2008.

Kali pertama menjayakan teater itu, Liza digandingkan dengan Sean Ghazi dan kali kedua pula bersama Musly Ramlee. Bukan itu saja, penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa dariPADA album pertama, Epilog pada 1997 ini pernah menghasilkan album khas tribute buat Saloma, Di Mana Kan Ku Cari Ganti untuk album keduanya pada 1998, Katanya, Saloma ikon yang bukan saja dikenali ketika zamannya malah sehingga hari ini. Bagi Liza, dia sememangnya cukup mengagumi vokal Saloma yang merdu dan tiada siapa yang mampu meniru. Begitu juga penampilan Saloma dengan kebaya ketat menyerlahkan pinggang yang ramping dan gaya tangan terkulai yang menjadi identiti diri.


"Bukan saya saja yang kagum dengan suara dan gaya Saloma tapi saya yakin Saloma begitu dekat dengan semua orang. Suaranya memang unik dan tiada siapa memiliki suara merdu sepertinya. Memang tiada duanya dan Saloma satu dalam sejuta. Mendengar saja lagunya, orang tahu itu adalah Saloma.


"Walaupun pernah merakamkan lagunya dan saya cuba buat sebaik mungkin ia tidak akan sama kerana kemerduan suara Saloma yang tiada pada orang lain," kata Liza kepada Harian Metro.


Saloma atau nama sebenar, Salmah Ismail, dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22 Januari 1935. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya kerana menghidap demam kuning. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang bersebelahan pusara suaminya, Tan Sri P Ramlee yang pergi terlebih dulu pada 29 Mei 1973. Semalam, genaplah 27 tahun pemergian Saloma tetapi lagunya seperti Mengapa Dirindu, Kain Songket, Bunga Tanjung, Hilang Terang Timbul Gelap, Perwira, Tiru Macam Saya, Inang Baru, Bila Larut Malam, Keroncong Singapura, Tiga Abdul, Aci Aci Buka Pintu, Lagu Anak Rantau, Bila Hati Telah Retak, Tari Silat Melayu, Bossanova, Selamat Hari Raya dan Air Mata Di Kuala Lumpur terus segar dalam ingatan peminat.


Saloma juga dikenali dengan lagu duet bersama P Ramlee antaranya Gelora, Malam Ku Bermimpi, Burung Pungguk, Di Mana Suara Burung Kenari, Hancur Badan di Kandung Tanah, Joget Malaysia, Rukun Islam, Seri Bulan, Jikalau Ku Tahu, Bahagia, Saat yang Bahagia, Dalam Air Terbayang Wajah dan Sedangkan Lidah Lagi Tergigit. Mengenai persiapan menjayakan watak Saloma, Liza berkata, dia banyak menonton filem lakonan Saloma terutama ada babak menyanyi bersama P Ramlee. "Sememangnya saya tidak mengenali beliau secara peribadi, hanya melalui filemnya dan cerita daripada orang yang rapat dengan beliau seperti kakaknya, Mariani. Saya difahamkan, Saloma memang mempunyai perwatakan lemah-lembut, apabila bercakap memang manja. "Untuk penampilan pula, saya terpaksa berdiet selama tiga bulan dengan tidak makan nasi. Pakai korset dah semestinya untuk menampakkan pinggang ramping macam kerengga. Itu juga bukan mudah kerana susah hendak bergerak dan bernafas. Apa yang mengagumkan, penampilan begini bukan saja ketika persembahan malah dalam majlis dan kehidupan sehariannya.


"Pengalaman menjayakan teater itu sememangnya cukup berharga dan cabarannya berbeza-beza. Kali pertama ketika digandingkan dengan Sean Ghazi, cabarannya besar kerana itu kali pertama saya menjayakan watak Saloma.


"Apabila pementasan kedua dengan jarak masa setahun, cabarannya tetap hebat kerana gandingan pelakonnya berbeza dan saya perlu menyesuaikan diri dengan pasangan baru, Musly Ramlee pula," jelasnya.


Liza atau nama sebenar, Haliza Hanim Abd Halim, 31, berkata, dalam banyak lagu Saloma yang disukai, dia paling tertarik dengan Air Mata Di Kuala Lumpur. "Tidak tahu mengapa, tetapi lagu itu sangat menyentuh perasaan. Ia seperti ada kesedihan yang teramat sangat yang tidak mampu diucapkan beliau dan meluahkannya melalui lagu itu. Lagu itu juga saya muatkan dalam album Di Mana Kan Ku Cari Ganti dan ia paling susah hendak disampaikan. "Saya tidak tahu cerita sebenar di sebalik lagu itu, tetapi saya difahamkan, lagu itu dicipta P Ramlee tidak lama sebelum meninggal dunia," katanya. Selain Liza, Datuk Sheila Majid juga menghasilkan album Lagenda pada 1989 yang memuatkan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Manusia, Tiru Macam Saya, Jeritan Batin, Getaran Jiwa dan Kisah Rumah Tangga. Malah ramai penyanyi lain merakamkan semula lagu Saloma seperti Bunga Tanjung (Datuk Sharifah Aini), Mengapa Dirindu (Uji Rashid) dan Bossanova (Wann)

'Saya tidak perlu rasa tertekan'

Oleh Norhadiani Baharom

FESTIVAL Muzik Asia Shanghai melambai lagi. Kali ini Malaysia menyandarkan harapan kepada artis muda yang pernah mencipta nama menerusi program Mentor TV3, Nabil Zamanhuri.

pix_middle
sebelum - selepas
NABIL...pastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik dan mendapat cukup rehat. USAHA KERAS...Nabil sedang rancak mempromosikan single terbaru, Halimunan.


NABIL...pastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik dan mendapat cukup rehat.
Menyingkap pencapaian cemerlang penghibur Malaysia di festival itu, tidak hairanlah penyertaan kita digeruni peserta negara luar.


Masakan tidak, hampir 90 peratus penyanyi tempatan yang pernah mengambil bahagian dalam acara berprestij itu, berjaya mengharumkan nama Malaysia.


Mereka termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Anis Suraya, Misha Omar, Deja Moss, Vince, Jacyln Victor dan Shila OIAM.


Lalu harapan yang tinggi diletakkan ke bahu Nabil untuk mengikuti jejak peserta senior lain atau sekurang-kurangnya memberikan saingan hebat.


Nabil yang sedang hangat dengan lagu Dari Jauh, akan berangkat ke Beijing, China pada 28 April hingga 7 Mei ini.


"Kalau boleh tu, memanglah hendak menang tapi saya amat sedar cabarannya tidak semudah itu apatah lagi ia membabitkan ramai peserta handalan dari pelbagai negara di Asia.


"Justeru, saya berasakan tidak perlu tertekan dengan soal menang atau kalah kerana yang penting, saya berazam untuk tonjolkan persembahan yang terbaik.


"Kata orang kalau ditakdirkan tewas sekalipun, saya mahu ia dilakukan secara bermaruah," katanya.

Bezanya dengan penganjuran yang lalu, pertandingan kali ini diadakan di kota Beijing bukan lagi di Shanghai. Bagaimanapun, nama acara berkenaan masih dikekalkan meskipun lokasi sudah bertukar.


Menyedari cuaca di Beijing agak dingin, Nabil sedikit bimbang sekiranya keadaan kesihatannya terjejas akibat perubahan cuaca.


"Paling penting, saya perlu memastikan tahap kesihatan dalam keadaan yang baik dan mendapat cukup rehat. Sebagai persediaan menghadapi pertandingan itu, saya juga mengikuti kelas vokal bimbingan Syafinaz Selamat untuk memantapkan mutu persembahan kelak," katanya.


Pada acara itu nanti, Nabil akan menyampaikan dua lagu iaitu Dari Jauh yang ditulisnya sendiri bersama Lah Ahmad. Juga sebuah lagu berbahasa Inggeris, A Song For You yang pernah dipopularkan Donny Hathaway. Susunan kedua-dua muzik ini akan digubah semula oleh Orkestra RTM.

Penyertaan Nabil pada pertandingan itu disahkan Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chu yang turut diundang ke majlis sesi pradengar single terbarunya daripada Alibi Music Sdn Bhd. Ia diadakan di Red Box, The Gardens Mid Valley, baru-baru ini.


Ong memaklumkan, pemilihan sebagai peserta kali ini disyorkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.


Ia dinilai berdasarkan prestasi Nabil ketika beraksi menerusi musim pertama Mentor selain kemampuannya sewaktu bersaing dalam peringkat akhir World Championships of Performing Arts 2009 (WCOPA).


Menyingkap perkembangan lain, pelajar Ijazah Sarjana Muda Filem dan Animasi Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Cyberjaya yang pernah membintangi beberapa drama antaranya Kamelia Katrina, sedang rancak mempromosikan single terbaru, Halimunan.


Halimunan adalah satu daripada tujuh lagu yang akan dipromosikan Alibi Music sepanjang April dan Mei ini.


Lagu lain adalah Ruang Kedua (duet dengan Marsha dan penyanyi Perancis, Julian Cely), Adinda (Lah Ahmad), AMPM (DyNda) dan Indah (Atilia) Untuk Dia (Sleeq), Penyelamat Cinta (duet Liyana Jasmay dan Aizat) dan Tic Tac Toe (Ezlynn).


"Secara rasminya saya sekarang bernaung di bawah syarikat rakaman Alibi Music. Bagaimanapun, hal pengurusan masih diuruskan syarikat saya sendiri," kata Nabil.


>Profil
NAMA: Nabil Zamanhuri
TARIKH LAHIR: 13 September 1987
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
HOBI: Bermain gitar, piano, melukis, animasi, fotografi
IDOLA: Michael Jackson
TINGGI: 173 sm
BERAT:57 kg
KEJAYAAN: Naib Juara, Mentor TV3
LAGU POPULAR : Hati ini, Hey Emma, dari Jauh
LAKONAN: Seribu Erti, Fara, Kerana Karina, Kamelia & Katrina

Birthday Engku Aleesya..







Petang tadi, Erra and Emran telah mengadakan majlis ulangthn pertama
puteri sulung mrk, Engku Aleesya.

Majlis juga diiringi dgn doa selamat- dorang sefamily akan pi umrah dlm
masa terdkt ni.

Aku upload skit2 je ye.. yg lainnye, korang tunggu kluar paper kang...

Saturday, April 24, 2010

Idam berlakon dengan Azean, Ellie

Oleh Elrafaei Sapi

PENGALAMAN lakonnya baru setahun jagung, tetapi namanya sudah menjadi bualan peminat hiburan. Begitulah aura yang dimiliki bakat baru, Nur Fathia Abdul Latiff atau mesra dipanggil Fathia yang makin mencipta populariti selepas membintangi tiga drama popular sebelum ini.

JELITA...Fathia mahu menonjolkan bakat lakon berbanding paras rupa.
JELITA...Fathia mahu menonjolkan bakat lakon berbanding paras rupa.
sebelum - selepas
IMPIAN...Fathia masih mengejar cita-cita menjadi peguam. BERTUAH...Fathia meraih peluang membintangi filem Hijab arahan Pierre.


IMPIAN...Fathia masih mengejar cita-cita menjadi peguam.
Menerusi Nur Kasih yang pernah ditayangkan di TV3 pada pertengahan tahun lalu, Fathia bergandingan bersama Tiz Zaqyah sebagai rakan karib. Begitu juga, dia berpeluang melakonkan watak model menerusi Dea Sofea manakala menjadi kekasih Ashraff lakonan Fizo Omar dalam drama Bila Musang Berjanggut.


Melihat pada perkembangan tiga drama itu, Fathia berpeluang menunjukkan bakat dalam diri. Dia akui pengalaman yang ditimba suatu yang cukup berharga yang mengajar dirinya memperbaiki kelemahan diri.


"Niat saya berlakon adalah kerana minat yang mendalam. Sejak usia sembilan tahun, saya sebenarnya sudah berminat sertai pelbagai aktiviti seni di sekolah seperti lakonan, nyanyian dan tarian.


"Selalunya kalau ada pertandingan atau persembahan, saya tidak lepaskan peluang untuk turut serta. Dari situ, rakan mula kenal diri saya yang sukakan bidang seni.


"Namun, apabila meneruskan minat ini hingga berlakon drama, saya tidak menyangka minat saya sampai ke tahap ini. Percaya atau tidak, sampaikan hari ini saya tidak rasa saya adalah artis.


"Sejujurnya, saya berlakon bukan kerana mahu kejar glamor, tetapi atas minat yang mendalam. Tidak dinafikan perasaan malu tetap ada sebelum berlakon, tetapi saya berani mencuba," katanya.


Fathia, 22, yang berasal dari Shah Alam, Selangor ini lebih mengharapkan penonton menilai bakat dirinya berbanding faktor kecantikan semata-mata.


Sememangnya Fathia dianggap memiliki pakej sebagai pelakon yang mampu bersandarkan paras rupa untuk menarik perhatian penonton, sebaliknya dia tidak beranggapan sedemikian.

"Secara ikhlas, saya bersyukur dengan anugerah Tuhan pada diri saya tapi saya tidak melihat kecantikan faktor utama saya terbabit dalam bidang ini.


"Saya percaya kecantikan hanya bersifat sementara dan akan hilang suatu hari nanti. Apa yang penting adalah sumbangan individu itu sendiri pada masa depannya.


"Saya fikir kita tidak perlu terlalu berbangga atau berlagak dengan kelebihan fizikal yang ada tetapi di dalam hati, sentiasa mempunyai perasaan ikhlas dan jujur.


"Hakikatnya, akan ada orang lain yang lebih daripada kita. Seperti lakonan, saya tidak terfikir saya sudah cukup bagus

Aksi Hooperz tidaklah menghampakan

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my

ANTARA pelakon yang menjayakan Hooperz
ANTARA pelakon yang menjayakan Hooperz
Filem: Hooperz
Genre: Komedi
Pengarah: Rosihan Zain dan Sheikh Munasar

Pelakon:
Intan Nor Saina, Melissa Maureen Rizal, Nur Zazleen Zulkafli, Juliana Evans, Anita Baharom, Akma, Dawn Jeremiah, Amy Mastura dan Adibah Noor Tarikh Tayangan: 22 April 2010 SUKAR bagi kita untuk menyaksikan filem berkonsepkan sukan di negara ini, ratanya filem yang dihasilkan penerbit tempatan masih menekankan kisah cinta, seram, komedi dan pelbagai lagi. Pada tahun 2005 kita pernah menyaksikan filem Gol & Gincu yang memaparkan mengenai remaja yang gemar bermain sukan futsal.

Selepas itu tidak ada lagi filem bercorak kesukanan biarpun sukan adalah di antara aktiviti yang sangat diminati pelbagai peringkat usia.

Primeworks Studios dan MHz Film mampu meyakinkan kembali bahawa filem bercorak sukan boleh memenangi hati penonton dengan mempertaruhkan filem baru terbitan dua syarikat penerbitan ini berjudul Hooperz.

Hooperz adalah nama sebuah kumpulan bola jaring yang dianggotai oleh remaja kolej yang cantik namun mempunyai konflik di antara mereka.
Sewaktu menyaksikan pratonton Hooperz di Cathay Cineleisure, Damansara, baru-baru ini, pengarahnya, Rosihan Zain berkata, filem berkenaan berkisar mengenai sukan bola jaring yang agak jarang dipaparkan dalam drama atau filem tempatan.

"Pemilihan sukan bola jaring dibuat kerana sukan itu dianggap kurang popular dan lebih tertumpu di kolej saja. Bagaimanapun, kami menggarap setiap watak dengan latar tertentu digabungkan membentuk pasukan bola jaring.

“Setiap jalan cerita kita tidak akan terlepas daripada berdepan dengan konflik, kesedihan, bergaduh sesama sendiri dan persahabatan sepanjang 112 minit filem ini ditayangkan. Begitu juga dengan filem ini yang masih mengangkat kisah remaja yang berhadapan dengan konflik walaupun di dalam satu kumpulan,” katanya.

Selain Rosihan, filem yang turut diarahkan oleh Sheikh Munasar menelan belanja sekitar RM1.5 juta dan menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur sepanjang 21 hari penggambaran.

Filem yang mengisahkan gelagat tujuh gadis yang punya personaliti berbeza namun dihimpunkan dalam sebuah pasukan bola jaringyang dinamakan Hooperz. Filem yang dilakonkan oleh Intan Nor Saina, Melissa Maureen Rizal, Anita Baharom, Juliana Evans, Dawn Jeremiah, Akma, Nur Zazleen Zulkafli, Adibah Nor dan Amy Mastura jelas menarik perhatian memandangkan barisan pelakon yang dipertaruhkan mempunyai karisma tersendiri di dalam bidang lakonan ini.

Biarpun garapan dari babak ke babak kurang memuaskan dan perlahan ditambah dengan kesan khas CGI yang tidak kemas namun pujian boleh diberikan kepada pelakon serta jalan cerita yang asli dan menarik.

Penonton masih boleh tergelak dengan lawak spontan, karektor yang dicipta untuk tujuh watak ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara membuatkan penonton terus leka hingga ke penghabisan cerita.

Setiap karakter yang ditonjolkan setidak-tidaknya berjaya menghiburkan penonton. Malah pelakon undangan yang muncul bagai penampilan khas seperti Rashidi Ishak, Remy Ishak, Mustafa Kamal, Yasmin Yusoff, U-Wei dan beberapa yang lain berjaya menyuntik emosi penonton untuk turut tergelak dan sedih.

Filem komedi yang tetap diselitkan elemen emosi, kekeluargaan, persahabatan dan percintaan ini sesuai dijadikan santapan hujung minggu bagi mereka yang mencari bahan untuk berhibur.

Hooperz antara beberapa filem yang menjalani proses pasca produksi Dolby Mixing di Digital Mix Stage milik Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang.

Sinopsis Hooperz

HOOPERZ mengisahkan kehidupan tujuh remaja yang menganggotai sukan bola jaring untuk pasukan kolej mereka. Mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi masing-masing hinggakan sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. Hooperz dianggotai Atylia yang mempunyai kecacatan lengan tetapi antara pemain yang cekap menjaringkan gol untuk pasukannya.

Ketua pasukan Hooperz, Zulaikha pula sentiasa berusaha untuk menyatukan pemain pasukannya sementara si penjaga gol iaitu Arzwar sering dihantui kelibat anak kecil yang muncul dalam hidupnya. Saidatul, Sue, Nino dan AJ juga mempunyai kisah hidup mereka tersendiri.

Filem ini membawa anda menyelami kesungguhan setiap ahli pasukan Hooperz dalam menghadapi dugaan, kadangkala lucu, untuk mengubah nasib pasukan mereka dan juga masa depan mereka sendiri.

Friday, April 23, 2010

Trauma putus kasih berakhir

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

"MUNGKIN inilah fotografi terakhir dan saya sudah menolak semua tawaran berlakon. Tugas saya sebagai pengacara rancangan Chopp! di TV9 pun sudah ditamatkan kontrak. Saya sudah hantar surat kepada TV9 minta dilepaskan", begitu kata-kata penuh kejutan Sherry Ibrahim yang ditemui, baru-baru ini.

pix_middle
Sherry atau nama sebenar, Syarizad Ibrahim, 27, bukanlah merajuk atau kecewa dengan industri hiburan tanah air, tetapi dia terpaksa beralih arah untuk mencari kehidupan yang lebih baik serta menjamin masa depannya.

Anak sulung daripada tiga beradik ini berkata, meskipun baru tiga tahun menceburi bidang seni, dia tidak boleh berada di situ sampai bila-bila. Tiada jaminan yang hakiki, katanya. Dia juga menjelaskan terpaksa meninggalkan bidang seni untuk membuat perkara yang lebih disukainya.

"Saya akan berusaha memenuhi segala impian sebelum berumah tangga. Kalau diizinkan Allah S.W.T saya berhasrat menamatkan zaman bujang tiga tahun lagi. Jadi sebelum jodoh itu sampai, saya mahu menikmati kebebasan kerjaya ini.

"Tahu sajalah apabila sudah bersuami, tempat saya adalah bersamanya. Kalau dia memberi kebebasan pun, sejauh mana sangatlah saya boleh pergi. Selepas sembuh luka di hati sekarang, saya berkawan dengan seseorang, tetapi masih pada peringkat mengenali hati budi.
"Dia sekarang menuntut di luar negara. Jadi sementara menunggu keputusan yang pasti, biarlah saya melaksanakan cita-cita saya dulu," katanya.

Bagaimanapun, ke mana hala tujunya selepas ini, Sherry masih enggan memberitahu. Katanya, selepas semuanya sah, barulah dia akan beritahu.

"Sebenarnya saya hendak bersara bukan kerana berlakon tidak boleh hidup senang, tapi mahu beralih angin kepada bidang yang saya lebih gemari. Kalau ada peluang membaiki taraf hidup, kenapa saya hendak biarkan saja ketika masih sihat?" katanya.

Selama tiga tahun menjadi anak seni, Sherry akui gembira kerana dapat menimba pengalaman baru dan berjumpa ramai kawan baru. Malah dalam industri ini juga cintanya pernah bersemi dengan pelakon Ashraf Muslim malangnya hubungan mereka hancur berkecai.

Sebelum berlakon, Sherry pernah berkhidmat sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS). Lima tahun terbang ke serata dunia, jiwa dan raganya sudah sebati dengan pekerjaan itu, namun keadaan memaksanya meninggalkan pekerjaan yang sangat dicintainya itu.

"Selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya terus diterima jadi pramugari. Pun begitu, selepas lima tahun bekerja kontrak saya dengan MAS tamat. Kalau mahu sambung perkhidmatan, saya perlu temu duga sekali lagi .

"Sebagai kakitangan MAS banyak kemudahan disediakan termasuk peluang membawa keluarga melancong ke luar negara. Namun, kita hanya merancang tapi Allah menentukan. Saya tidak jadi sambung kontrak.

"Lalu saya cuba mencari kerja lain kerana menganggur lama, wang tabungan pun kian susut. Saya juga minat menyanyi dan pergi uji bakat dengan KRU, tetapi malangnya nasib tidak ada. Di KRU saya mula kenal Rizal (pelakon Jelatang). Pada masa sama juga saya berkenalan dengan Ashraf.

"Apabila gagal dalam uji bakat itu, Rizal mencadangkan saya mencuba nasib sebagai pelakon. Drama pertama lakonan saya, Dunia Baru. Dari situ bermulanya kerjaya baru saya sebagai pelakon.

"Pada awalnya susah hendak memulakan sesuatu yang baru, tetapi dengan sokongan kawan-kawan, dapat juga sesuaikan diri. Ingatkan berlakon senang. Sebelum ini saya bayangkan di set penggambaran hanya ada lampu dan kamera, rupanya lebih daripada itu.

"Pengalaman sebagai pramugari tidak sama apabila saya berlakon kerana berlakon terlalu banyak dugaan. Dengan berlakon saya jadi lebih kuat dan matang. Saya berjumpa dengan pelbagai rupa dan ragam manusia. Tahap kesabaran kena tinggi. Ketika jadi pramugari saya masih muda dan tugas pun tidaklah sesukar mana. Kalau ada pun, cabaran melayan penumpang, tetapi hanyalah beberapa jam saja bersama mereka.

"Selepas dua tahun berlakon, MAS panggil saya semula tapi waktu itu saya semakin suka berlakon dan Ashraf pun turut memberikan sokongan, lalu tawaran itu ditolak," katanya.

Sherry berkata, dengan peningkatan usia dia perlu ada kerjaya tetap atau dalam erti kata lain dia ingin mulakan hidup baru. Dia mahu tinggalkan kenangan yang selama ini membelenggu dirinya.

"Berpisah dengan Ashraf amat menyedihkan. Dulu saya tak boleh sebut langsung namanya tapi saya bertanya kepada diri saya sendiri, sampai bila saya hendak meratap dan menangis? Orang dah tidak sudi dan anggap saja tiada jodoh antara kami. Lama juga untuk saya bangkit semula dan kini alhamdulillah saya sudah boleh melupakan segala kenangan bersamanya.

"Selepas kami berpisah, pernah sekali kami bertembung pada AJL24 (Anugerah Juara Lagu 24), awal tahun ini. Dia tegur saya bertanya sama ada sihat atau tidak. Memang kelu lidah saya waktu itu.

"Tentu nanti saya akan rindu kawan-kawan kerana tiada masa lagi untuk bertemu mereka seperti sekarang. Mesti saya juga rindu untuk ke lokasi penggambaran.

"Apapun saya tidak akan melupakan segala yang dikecapi dalam bidang seni. Siapa tahu, satu hari nanti saya, akan berlakon semula. Mungkin ketika itu saya hanya layak pegang watak ibu agaknya," katanya manja.

Profil
NAMA: Syarizad Ibrahim
TARIKH LAHIR: 3 April 1983
TEMPAT LAHIR: Petaling Jaya
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada tiga beradik
KERJAYA: Pelakon dan model
DRAMA: Dunia Baru musim ke-2, Cinta Tak Bertepi, Jelatang, Elly, Dunia Baru ke-3, Akademi Polis, Gaia, Lara Rindu Mahsuri, Renjis , Che Ah Che Nin, Kapoww, Caparella, Cinta Untuk Ain, Cinta Biru Laguna
FILEM: Maut

SOLEKAN DAN DANDANAN: Ros Suci (012-9021217)
PAKAIAN: Butik Cosry, Jalan Telawi, Bangsar (Khairil - 017-6310102)

Wednesday, April 21, 2010

Rakaman terakhir Jangan Tidur Lagi

SS rasa, pemergian vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau Achik yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, petang Sabtu lalu nyata memberi kejutan kepada ramai rakan artis dan peminat.
Mengikut berita daripada rakan SS, beberapa jam sebelum kemalangan berlaku,Achik menunjukkan reaksi terlalu gembira ketika menjayakan program Gah 1 di Angkasapuri, Kuala Lumpur.


Namun, tiga minggu sebelum Achik bertemu ajal, penyanyi popular menerusi lagu Paling Comel duet bersama Siti Nordiana atau Nana ini terlebih dulu hadir sebagai tetamu program Jangan Tidur Lagi terbitan TV3.


Produser, Hamsiah Biri, berkata sepatutnya episod yang menampilkan Achik bersama Nana dan Munir Phye Ballaz sebagai tetamu itu ke udara pada jam 11 malam ini (Rabu) tetapi ia ditangguh pada minggu depan demi menghormati anggota keluarga Achik yang masih kesedihan.


“Rakaman program ini berlangsung pada 30 Mac lalu di Studio ntv7, Glenmarie Shah Alam, Selangor. Ketika itu, program ini tidak mempunyai topik khusus kepada Achik, sebaliknya pengacara Saiful Apek hanya bersembang dan bertanyakan perkembangan terkini.


“Saya sudah lama tidak bertemu Achik dan ketika rakaman berlangsung, saya melihat Achik seperti segan bertentang mata dengan Nana.


“Apek sempat juga mengusik Achik mengenai gosip dia dengan Nana dikatakan pernah bercinta sebelum ini. Begitu juga, apabila Achik menyanyi kembali lagu duet baru bersama Nana, dia ditanya, apakah orang rumah tidak cemburu,?” katanya.


SS percaya walaupun Apek mengusik Achik dan Nana dengan soalan begitu, sebaliknya ia bukan dengan tujuan bukanbukan sekadar memeriahkan suasana.


SS harap balu Achik tidak berkecil hati kerana semuanya bukan rahsia kerana mereka sudah macam keluarga.

Hamsiah juga berkata, untuk siaran bersama Achik minggu depan, program ini akan membuat imbasan semula mengenai perjalanan seni Achik ketika bergelar penyanyi termasuk berita pengebumiannya.


Namun, program selama sejam ini masih terus bersiaran pada malam ini bersama pengacara Adlin Aman Ramlie yang menemubual anggota kumpulan Jinbara.


Bagi peminat Achik, SS harap mereka dapat bersabar untuk menyaksikan episod istimewa Jangan Tidur Lagi pada minggu depan. SS percaya biarpun Achik sudah tiada, lagulagunya tetap segar di ingatan peminat sampai bila-bila

Teka-teki nasib Julia

DENDAM tak sudah. Walaupun sudah berpisah dengan suami, Dafi (Fazreen Rafi), Julia (Farahdhiya Mohd Amin) terus mengganggu hidup bekas suaminya itu yang sudah bertemu pengganti, Maya (Tiz Zaqyah).

pix_middle
Keadaan tambah kecoh apabila kemunculan Julia itu bersama kanak-kanak. Dafi tidak tahu ketika mereka berpisah, Julia berbadan dua dan kanak-kanak itu adalah anak mereka.

Sejak musim pertama Spa Q bersiaran, Farahdhiya pegang watak hitam bernama Fatin. Dia mengganggu rumah tangga Qistina (ketika itu dilakonkan Norish Karman) sehingga mahligai yang dibina berantakan. Akhirnya dia mati dibunuh.

Wataknya dijelmakan kembali dalam Spa Q musim dua sebagai kembar Fatin bernama Julia. Watak itu terus dikembangkan dengan peranan yang lebih jahat dalam musim ketiga yang kini dikenali sebagai Spa Qistina. Fasha Sandha turut berlakon dalam drama itu sebagai pelacur kelas atasan untuk membalas dendam.

Spa Qistina sudah sampai ke penghujungnya baru-baru ini. Julia ditikam, tetapi tiada siapa yang tahu apakah kesudahan nasibnya. Adakah angkara isteri ‘sugar daddynya’, Maya atau Mak Lang (Liza Abdullah). Mereka bertiga mempunyai motif kuat untuk melenyapkan Julia dari hidup mereka. Drama itu disiarkan di saluran Tayangan Hebat (953 dan 952) di Astro.
Dalam satu fotografi membabitkan tiga bintang Spa Qistina ini, Farahdhiya mengakui dia sendiri ingin tahu nasib Julia seterusnya. Apakah dia mati atau hanya cedera dan siapakah yang menikamnya?

“Belum tahu lagi sama ada Spa Qistina akan bersambung atau tidak. Penghujungnya tergantung dan penonton mesti hendak tahu apa yang terjadi kepada semua watak itu,” katanya.

Dengan mengekalkan watak Farahdhiya dalam ketiga-tiga musim drama itu, ia turut memperatkan lagi hubungan persahabatannya dengan Fazreen kerana setiap kali berlakon bersama mesti mereka menjadi suami isteri.

“Sudah tiga kali saya ‘menikah’ dengan Fazreen dalam televisyen disaksikan penonton iaitu dalam Spa Q, Andai Itu Takdir Cinta dan terbaru menerusi drama bersiri Aalia. Kerana kerap diberi watak suami isteri, hubungan kami di luar lokasi sudah macam adik-beradik.

“Aalia mula bersiaran di Astro Prima pada 26 April ini. Drama itu diterbitkan sebanyak 68 episod, arahan pengarah dari India, Anurag Vaishnav.

“Dalam Aalia pun saya pegang watak jahat bernama Yati yang meninggalkan suaminya, Shahril (Fazreen). Kemudian Shahril berkahwin dengan Aalia (Zaryn Min). Kala Shahril dan Aalia diulit bahagia, Yati hadir menggugat bahagia pasangan suami isteri itu.

“Kebanyakan watak diberi semua jahat dan saya tidak kisah jika watak itu benar-benar sesuai dengan saya. Apa salahnya selalu diberi watak jahat asalkan saya dapat melakonkannya dengan baik?

“Saya juga tidak kisah digandingkan dengan sesiapa pun asalkan sama-sama boleh memberikan lakonan terbaik. Sejak awal tahun ini, saya sibuk berlakon sampai tiada masa buat perkara lain. Hendak keluar dengan kawan-kawan pun tak sempat.

“Ada masa terluang sehari dua ini, saya gunakan untuk berehat, mengadakan sesi fotografi dengan media dan membeli-belah barangan keperluan peribadi.

“Dengan Zizie Ezzette pun dah lama tak keluar. Selepas dia berkahwin, baru dua kali kami keluar makan bersama itu pun di rumah kawan baik kami yang seorang lagi. Kami masih berkawan, tetapi saya faham situasinya sudah lain kerana dia kini isteri orang,” katanya.

Dalam sehari dua ini Farahdhiya yang mula dikenali sebagai penyanyi melalui lagu Bertakhta Di Hati, akan ke lokasi drama 13 episod, Suri Bakawali, terbitan MIG Productions Sdn Bhd. Penggambaran dibuat sekitar Kuala Lumpur. Bagi mereka yang merindui suaranya, Farahdhiya baru saja menyiapkan single Renyai ciptaan Tam Spider dan dihantar ke stesen radio untuk diputarkan.

Bagi Tiz Zaqyah, 22, yang melonjak naik melalui drama Nur Kasih dan baru saja menang Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) pada 4 April lalu, sebenarnya adalah pilihan ketiga untuk melakonkan watak Maya dalam Spa Qistina. Pada mulanya watak itu ditawarkan kepada Nora Danish, tetapi apabila Nora tarik diri, ditawarkan pula kepada Ummie Nazeera dan Ummi juga tidak dapat menjayakan watak itu.

Kata Tiz Zaqyah, dia tidak ambil hati kerana sejak mula pun memang dia yang ditawarkan watak itu. Bagaimanapun, waktu itu dia sibuk dengan projek lain.

“Mungkin sudah rezeki saya, maka watak Maya menjadi hak saya juga akhirnya selepas ditawarkan kepada dua pelakon lain. Sukar menolak tawaran berlakon dalam Spa Qistina kerana drama itu sudah ada jenama yang kuat. Penonton sudah kenal dengan setiap watak dalam drama itu.

“Berlakon dalam Spa Qistina memberi pengalaman baru kepada saya kerana kali pertama melakukan babak bergaduh. Susahnya hendak menjayakan watak pergaduhan Maya dengan Julia.

“Farahdhiya senior saya, takkan sewenang-wenangnya hendak memperlakukannya sesuka hati, tetapi Farahdhiya memberi semangat dan dia kata buat seperti bergaduh betul dengan minta saya menendangnya. Dia mahu kami menjayakan watak itu dengan berkesan.

“Seronok berlakon drama ini kerana banyak permainan dalaman dan pergolakan yang timbul dalam setiap watak. Bukan saja penonton, saya pun hendak tahu apa terjadi pada watak Julia yang ditikam. Siapa yang menikamnya dan adakah dia hanya tercedera atau terbunuh,” katanya.

Selepas penat berlakon dalam Spa Qistina, Tiz Zaqyah kini berehat sebulan untuk bersama keluarga. Lakonannya kini dapat disaksikan melalui Samarinda di TV3, Asmaradana.

“Penat berlakon dan saya perlukan masa untuk bersantai seketika. Ada juga tawaran baru, tetapi biarlah dulu. Saya pun muda lagi jadi tidak perlulah terburu-buru. Banyak masa lagi untuk menggilap bakat yang ada dan menilai setiap tawaran dihulurkan.

“Walaupun dihambat kontroversi, saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Saya tidak perlu takut pada bayang-bayang sendiri. Saya tidak mencari populariti, tetapi ia datang sendiri seiring kerjaya diceburi.

“Cukuplah keluarga mengetahui siapa diri saya yang sebenar. Tiada rasa kesal memilih untuk menjadi anak seni jika itu sudah rezeki saya. Apapun, saya juga manusia biasa inginkan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Fasha pula diberi peranan Freida, gadis terpelajar yang berdendam dengan keluarga Qistina (Nanu Baharudin). Lalu dia mengambil keputusan untuk memporak-perandakan keluarga wanita itu.

“Freida nampak baik, tetapi hatinya sangat jahat. Dia orang senang apabila dalam akaunnya ada RM1.5 juta. Oleh itu motifnya bukan untuk mendapatkan wang, tetapi membalas dendam.

“Mulanya, saya keberatan pegang peranan Freida bimbang dikatakan orang saya perempuan macam itu.

“Tetapi dalam soal kerja, saya perlu profesional dan berani membawa apa saja watak. Alhamdulillah jika pada 2009 saya melalui tempoh yang agak sukar, tetapi tahun ini saya diterima semula peminat. Ada saja tawaran berlakon,” katanya.

Tanpa berselindung, Fasha mengakui memang ada babak panas yang terpaksa dilakonkannya untuk menghangatkan drama ini.

“Saya tidak begitu selesa melakonkan babak itu sehingga ada sebahagian daripadanya terpaksa dibuat semula terutama ketika saya menggoda Ijoi. Sehingga Ijoi beritahu saya yang isterinya Shira tahu ia hanya lakonan baru saya boleh tumpukan perhatian,” katanya.


PROFIL

NAMA SEBENAR: Siti Zaqyah Razak
NAMA KOMERSIAL: Tiz Zaqyah
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada dua beradik
KARIER: Pelakon
DRAMA: Antaranya, Impian Ilyana II, Impian Sunsilk, Spa Q 3, Nur Kasih, Asmaradana


NAMA: Farahdhiya Mohd Amin
TARIKH LAHIR: 28 April 1984
TEMPAT LAHIR: Sarzana, Itali
STATUS: Bujang
KELUARGA: Bongsu daripada empat beradik (termasuk dua adik-beradik berlainan bapa)
KERJAYA: Penyanyi, pengacara dan pelakon
ALBUM: Bertakhta Di Hati (2005) dan Yang Ku Puja (2006)
DRAMA/SITKOM: Spanar Jaya, Senario Raya, Mencari Arah Kiblat, Kau Curi Cinta Ku, Ku Milik Mu, Spa Q, Kejar
PROGRAM TV: Jaguh Futsal (RTM), Discovery

Dengarnya...: Aizat berehat sehingga Mei

SEBENARNYA mengikut perancangan awal, Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 2009, Aizat sepatutnya mengeluarkan album keduanya pada Februari lalu. Namun dek kesibukannya terhadap komitmen seni, semuanya tertunda. Maka dengan itu, Cik Normah dapat tahu Aizat sudah mula berehat mulai bulan ini hingga Mei depan.

Keputusan Aizat berehat itu atas alasan untuk memberi tumpuan kepada proses menghasilkan albumnya itu. Nak tak nak, Aizat memang perlu juga melunaskan rakaman albumnya itu sebelum Jun. Insya-Allah, album itu dijangka berada di pasaran Jun ini.

Ketika ini, Aizat hanya meneruskan undangan persembahan dan aktiviti seni termasuk sesi fotografi yang sudah diberi pengesahan awal. Difahamkan banyak juga undangan membuat persembahan terpaksa ditolak pihak Aizat. Selepas ABPBH 2009, sebagai Aizat hanya memberi tumpuan promosi kepada Anugerah Industri Muzik ke-17. Dalam pada itu, Cik Normah juga diberitahu Aizat masih bergerak secara solo dan band yang dianggotainya kebelakangan ini hanyalah sekadar pemuzik iringan. Cik Normah harap peminat Aizat tak salah sangka. Band terbabit hanya sekadar mengiringi persembahan Aizat saja.

Cik Normah faham sebagai anak muda yang mempunyai semangat yang tinggi, Aizat lebih selesa menyanyi secara live tanpa penggunaan minus one. Jadi kemunculan pemuzik pengiring itu menambah kehangatan kepada apa yang ingin ditonjolkan Aizat.

'Tiada niat beri harapan palsu'



Norman bela pelajar AF8, anggap mereka lebih baik berbanding musim terdahulu

BIARPUN program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) kurang menjadi bualan, pengetuanya, Norman Abdul Halim pula berpendapat pelajarnya berbakat dan mempunyai potensi untuk melangkah lebih jauh dalam bidang nyanyian

Norman juga tidak bersetuju dengan pelbagai laporan di akhbar mahupun laman blog yang mengutuk serta mengkritik hebat pelajar-pelajarnya. Sebagai pengetua, Norman berpendapat pelajar musim ini lebih baik serta menonjol berbanding musim terdahulu. Norman yang ditemui pada malam Debaran AF8 berkata, dia tidak berniat untuk memberikan harapan palsu kepada pelajarnya sebaliknya sebagai seorang yang sudah lama berada dalam industri, dia tahu siapa yang boleh menyanyi dan tidak.

“Saya melihat kualiti pelajar musim ini lebih baik daripada musim dulu. Mereka lebih menonjol berbanding senior mereka. Malah ada yang terus ditawar merakamkan lagu sebaik saja tersingkir daripada program ini.

“Saya juga melihat pelajar saya menunjukkan peningkatan yang mendadak. Mereka berjaya mengikis perasaan takut ketika di pentas. Saya bukan nak membela mereka kerana saya tahu mana yang bagus dan mana pula yang lemah. Saya percaya, peserta AF musim kelapan akan bertahan lebih lama dalam industri. Sebagai orang yang sudah lama dalam industri, saya tahu yang mana berbakat dan mana yang tidak,” katanya selesai program Debaran AF8.

Pada program Debaran AF8 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Ahad lalu, tiada pelajar yang disingkirkan.
Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, ia adalah sebahagian daripada perjalanan AF. Justeru ia tiada kena mengena dengan undian yang kononnya semakin berkurangan sebaliknya kata Azlin, biarpun program itu dikatakan tidak sehebat dulu namun ia tetap mencatatkan peningkatan sebanyak 14 peratus.

“Soal tiadanya penyingkiran pada minggu kelima ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana dari dulu lagi memang perjalanan AF begini. AF sentiasa tidak lari dari gimik bukannya kerana kita tidak mendapat undian yang mencukupi menyebabkan kita menangguhkan penyingkiran pada minggu ini,” katanya.

Pada program Debaran AF8, tiga pelajar yang mendapat undian terbawah di awal program ialah Nadia Emilia Roselan (Nad), Muhd Shahril Firdaus Eli (Daus) dan Emirza Azwan Zulazrin Chew atau (Iwan). Bagaimanapun apabila pengacaranya Sarimah Ibrahim mengumumkan bahawa undian ditutup ketika program hampir berakhir, keputusan tiga peserta yang berada di tangga terbawah mula berganjak.

Kali ini mangsanya adalah wanita, Nad masih kekal di bawah manakala dua lagi rakan yang mengalami nasib sama sepertinya ialah Nadiawaty Ainul Basir (Ain) dan Zafarina Jamhari (Farina). Nasib Farina, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata yang berasal dari Bintulu, Sarawak itu ternyata baik apabila dia terselamat daripada disingkirkan pada minggu itu.

Farina yang menyanyikan lagu Mana Mungkin daripada Dayang Nurfaizah hanya meraih sebanyak 11.27 peratus undian. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana mendapat belas kasihan berikutan persembahan pada malam konsert, Sabtu lalu menunjukkan peningkatan yang baik.

“Prestasi Nad dan Farina memang berada di dalam perhatian saya. Mereka memang wajar dikritik, namun semalam mereka menonjolkan persembahan yang terbaik. Bagaimanapun, pelajar AF8 harus diberikan pujian kerana mereka bukan saja boleh menyanyi tetapi pada masa sama perlu berlakon dan menari.

“Tugasan mereka itu bukan mudah dan saya percaya penyanyi profesional pun belum tentu mampu untuk menyanyi, berlakon dan menari pada waktu yang sama. Mereka juga perlu diuji dengan pelbagai genre lagu terlebih dulu sebelum menentukan lagu genre apa sesuai untuk mereka. Kebanyakan pelajar masih muda, mereka tak tahu genre apa yang sesuai dengan jiwa mereka. Ada yang berkata mereka sukakan pop tetapi apabila kita melihat pilihan lagu, mereka sebenarnya tidak sebegitu.

“Justeru, kita akan mengajar mereka arah tuju muzik yang sesuai untuk mereka. Saya tahu mereka boleh lakukan dan berharap mereka terus diberikan peluang,” katanya.

Pada persembahan minggu kelima, Daus yang mendendangkan lagu daripada Adam berjudul Benar Benar mendapat undian paling tinggi iaitu 13.84 diikuti dengan Maulana yang menyanyikan lagu kumpulan Tilu, Ku Bukan Aku yang berjaya mencatat 13.65 undi. Seterusnya Shahir sebanyak 12.82, diikuti dengan Iwan, 12.42 peratus undian. Bagi peserta wanita pula Adira mencatat undian tertinggi dengan 12.54, diikuti Nad sebanyak 11.99 dan Ain, 11.47.

Jawablah!: 'Bila kami bergaduh?'

QUE HAIDAR dan Linda Jasmine pada majlis Anugerah Bintang Popular 2009 di Arena of Stars, Genting Highlands.

QUE HAIDAR dan Linda Jasmine pada majlis Anugerah Bintang Popular 2009 di Arena of Stars, Genting Highlands.

MENERUSI ruangan Dengarnya... kelolaan Normah Becok yang disiarkan semalam, ada sebuah artikel yang menceritakan mengenai drama sebabak yang dilakonkan pasangan suami isteri terkenal, Que Haidar dan Linda Jasmine. Berdasarkan cerita yang dilaporkan ruangan yang cukup sensasi itu, drama yang dimaksudkan bukanlah drama sebenar yang mempunyai pengarah. Sebaliknya, pasangan ini dikatakan bergaduh di dalam kereta berdekatan sebuah pusat beli belah terkemuka di pinggir ibu kota.

Apabila dua selebriti terkenal bertekak di tempat terbuka seperti itu tentunya ia menjadi perhatian banyak pihak. Jika benarlah Que dan isterinya mempunyai masalah ketika itu, adalah lebih baik mereka menyelesaikannya di dalam rumah dan bukannya di khalayak ramai seperti yang berlaku. Tak pasal-pasal, tindakan mereka itu menjadi buah mulut orang.

Bagaimanapun, ketika dihubungi si empunya diri, Que menolak dakwaan yang dia dan isterinya bergaduh seperti yang ditulis di dalam artikel itu. Sebaliknya, kata pemenang kategori Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 ini, apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham semata-mata. Tegas Que, dia dan isteri masih boleh berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan yang boleh mencemarkan imej dan reputasi mereka sendiri. Menerusi perbualan itu, pemilik nama penuh Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ini turut menjawab pelbagai persoalan yang diajukan bermula dengan perihal rumah tangganya hinggalah kepada prestasi pelajar AF8 yang dikatakan lemah sehingga membuatkan program realiti musim terbaru itu hambar serta tidak menjadi bualan.

Hip: Benarkah Que dan isteri bergaduh di kawasan terbuka seperti yang didakwa dalam artikel terbabit?

Que:
Bergaduh? Bila? Sebenarnya kami tak bergaduh seperti yang ditulis dalam artikel itu. Tapi saya tak nafikan yang memang berlaku satu insiden membabitkan kami berdua. Mungkin ada yang nampak kami suami isteri seperti sedang bergaduh tetapi hakikat sebenar yang berlaku adalah berlakunya kehilangan telefon. Bayangkan, situasi pada masa itu memang agak menekan.

Sudahlah Linda kehilangan telefon kemudian pada masa yang sama, bapa mentua pula mahu menghubungi kami. Apabila berada di dalam keadaan kelam kabut seperti itu, tentunya sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kami. Hari pula hujan, jadi keadaan pun menjadi tegang. Tapi itu bukanlah bermakna kami bergaduh. Kami masih boleh menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Buat apa nak buat perkara yang memang boleh menjejaskan reputasi kami berdua.
Hip: Tapi situasi itu dilihat seolah-olah Que menjadi mangsa kegarangan Linda. Pendek kata Que seperti kena Queen Control. Komen sikit?

Que:
Dalam hal ini, ia tidak ada kaitan dengan soal kena kawal atau tidak dengan Linda. Biasalah dalam perkahwinan, pasti ada ketika berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Antara kami, saling hormat menghormati. Saya hormat Linda, dia hormat saya sebagai suami. Lagipun dia menerima saya seadanya dan begitu juga saya. Kalau ada yang melihat Linda lebih garang, itu memang karakter dia dan karakter itu memang sudah lama saya kenali. Begitu juga dengan saya yang sememangnya mempunyai perwatakan yang berbeza dengan Linda. Dia nampak garang manakala saya pula lebih bersikap lucu. Apa yang penting, kami saling bersefahaman dan saling bertolak ansur demi kerukunan rumah tangga.

Hip: Baru-baru ini, ramai yang mengkritik penampilan Linda dalam majlis kerana dia sering kelihatan seksi. Sebagai suami apa komen Que?

Que:
Saya sebenarnya lebih terbuka dalam soal penampilan Linda. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pakaian Linda sebenarnya saya yang pilih. Malah dia juga turut merujuk kepada saya dalam soal berpakaian. Bagi saya, ada perkara yang lebih besar yang boleh dikritik dan bukannya pakaian isteri saya saja. Kalau soal aurat yang hendak diperkatakan, baik mereka melihat perkara ini secara keseluruhan dan bukannya perkara mikro seperti ini. Setiap orang mempunyai pendirian yang berbeza dalam apa juga situasi. Jadi saya harap semua pihak memahaminya dan tidak memperbesarkan lagi isu ini.

Hip: Sebagai tenaga pengajar AF8, apa komen Que apabila ada yang mengatakan pelajar musim ini tidak berkualiti menyebabkan program itu sendiri kurang menjadi bualan ramai?

Que:
Saban tahun, kita sebenarnya menghadapi masalah yang sama. Bagi saya, apa yang berlaku adalah kebanyakan pelajar yang terpilih berdepan dengan situasi baru. Ada di antara mereka yang tidak pernah naik pentas, tidak biasa membuat persembahan di tempat terbuka dan ada juga yang hanya menyanyi di bilik air. Malah pengalaman baru mereka menjejakkan kaki ke ibu kota juga membuatkan mereka kelihatan agak kekok sekali gus menjejaskan persembahan mereka. Berilah mereka peluang untuk menonjolkan bakat mereka. Proses ini memang mengambil masa yang agak lama. Namun saya tak nafikan yang ada di antara mereka menunjukkan perkembangan yang positif setiap minggu dan tak kurang juga yang konsisten.

Hip: Sudah lama Que tidak muncul dengan produk baru, apakah ini bermakna desas-desus yang mengatakan Que akan bersara itu benar?

Que:
Bukan hendak bersara, sebaliknya saya kini lebih selektif dalam memilih watak. Kalau sebelum ini saya sedaya upaya membuktikan yang saya boleh berlakon dan sudahpun terbukti hasilnya, jadi kali ini saya mahu memberi kepelbagaian dalam karier lakonan saya. Saya teringin berlakon dalam sebuah filem yang menitik beratkan soal seni seperti filem Pasir Berbisik. Saya mahukan sesuatu yang lebih bermakna dalam portfolio kerjaya saya.Mungkin ada yang beranggapan filem seperti ini kurang nilai komersial. Tetapi sebagai pelakon, itulah yang saya dambakan. Rasa lebih puas dan kemampuan lebih teruji apabila membabitkan diri dengan filem seperti itu

Hanya kawan!

Dira Abu Zahar

Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bharian.com.my

Dira nafi Zahiril, aktor yang sedang mengukir nama dalam bidang lakonan punca perceraiannya dengan Ash, pada 8 April lalu

LUMRAH dalam perkahwinan yang berakhir dengan perceraian, selain disabitkan dengan kurang persefahaman atau tiada jodoh, faktor orang ketiga juga sering dijadikan punca. Perkara yang sama juga terjadi dalam rumah tangga finalis Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Dira Abu Zahar, 26, dengan suaminya, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau Ash

Perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan lagi dan disahkan bercerai pada 8 April lalu di Mahkamah Syariah, Kajang. Dalam kemelut itu, nama Pelakon Lelaki Harapan Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22, Zahiril Adzim turut sama terpalik kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan Dira. Malah sebelum Dira, Zahiril pernah juga dikaitkan dengan Natasha Liana Hudson selepas pelakon dan model itu menjanda. Sebagai membuktikan apa yang diperkatakan orang itu sebagai gosip, Hip undang Dira dan Zahiril bersatu dalam persalinan Anizam Yusof yang baru saja memenangi kategori Pakaian Terbaik Selebriti Wanita di ABPBH 2009 lalu. Ternyata pelawaan itu disambut baik. Mereka begitu selamba dan profesional walaupun ada ketikanya gerak tubuh bagaikan berkata barangkali ada sesuatu dalam hubungan itu.

Andai ditanya, sejauh mana hubungan mereka, jawapan yang terpacul daripada mulut masing-masing ialah ‘rapat gila’. Persamaan kedua-duanya yang dilabel sebagai kaki melatah ternyata mewarnai sesi fotografi ini apabila mereka sering mengusik sesama sendiri. Mereka sedar ada yang mengandaikan rona cinta semakin mekar tetapi yang jelas hubungan mereka tidak lebih daripada rakan seperjuangan yang sentiasa menyokong.

Hingga pada saat akhir Dira memerlukan teman kala menghadiri ABPBH 2009, Zahiril yang kebetulan tidak terikat dengan sebarang komitmen kerja sudi menemaninya atas dasar memberi sokongan moral. Malah kerana hal itu juga kononnya wujud cerita bahawa Ash sudah naik berang dan mahu bersemuka dengan Zahiril di Genting Highlands. Secara kebetulan Ash juga terbabit membuat persembahan malam itu bersama Azlan & The Typewriter.

“Saya sudah terangkan kepada dia (Ash) mengenai hal sebenar antara saya dengan Zahiril. Tapi jika dia memikirkan yang sebaliknya, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya tiada kuasa dan tidak mempunyai hak untuk mengawal pemikirannya sekalipun saya pernah sehidup dengannya sebagai suami isteri sebelum ini,” ungkap Dira di awal bicara mengenai emosi bekas suaminya itu.
Menurut Dira, sebagai manusia biasa, dia tidak menjangka atau jauh sekali merancang perpisahan antaranya dengan bekas suami. Malah kenangan sewaktu berada di bilik mahkamah ketika kes perceraian dibicarakan masih terbayang apabila talak yang sudah lama jatuh itu disahkan akhirnya. Cuma kini yang perlu diutamakan ialah keperluan anak, Tengku Anggun Deandra yang menjadi bukti kepada usia tiga tahun perkahwinan mereka pernah termeterai.

“Anak di bawah jagaan saya, tetapi dia (Ash) tidak perlu mempersoalkan atau bertanyakan haknya sebagai bapa. Saya tidak akan menyekat haknya bertemu anak kami pada bila-bila masa yang perlu. Malah setiap kali keluar rumah mencari rezeki, saya perlu terus kuat semangat meneruskan hidup demi survival diri dan anak. Anak juga nyawa saya.

“Kalau nak ikutkan perasaan hati yang berkecamuk, boleh jadi kacau bilau juga rasanya. Cuma bila saya sibukkan diri dengan kerja dan alhamdulillah sedikit sebanyak masalah itu dilupakan sementara waktu. Mujur juga ada kawan yang memberikan sokongan moral sekali gus dapat menghilangkan tekanan,” katanya sambil memberitahu dia menerima dengan hati terbuka andai jodoh dengan Ash bertaut kembali.

Mereka mula rapat ketika sama-sama terbabit dalam drama Merah Putih di TV3. Selepas itu mereka digandingkan lagi dalam telefilem Seratus Hari Jadi. Seterusnya, Zahiril mempelawa Dira berlakon teater termasuk teater Tanda. Mereka berdua masing-masing mengambil berat dan tahu.

“Kasihan juga dia yang dituduh sebagai punca perceraian saya. Andai suatu hari nanti saya ditakdirkan bersatu dengan Ash lagi, saya tetap tidak akan mengabaikan kawan termasuk Zahiril. Tiada terma atau istilah saya akan melupakan kawan. Saya dan Zahiril berkongsi pandangan yang sama termasuklah hal berkaitan peribadi.

“Saya senang hati berkawan dengannya. Dia tidak menyusahkan dan memeningkan kepala. Sebagai kawan, perasaan sayang itu tidak lebih daripada persahabatan.

Mungkin kerana usia yang dekat, kami senang bercerita. Malah saya sering menasihati dia mengenai wanita pilihannya. Dengan apa yang terjadi, saya juga tidak pantas mencari pengganti dalam masa terdekat. Lagi pun siapa nak dekat saya?” katanya yang masih sibuk di lokasi penggambaran drama epik fantasi Arjuna arahan Helmi Halim di TV3 dan drama epik Akinabalu untuk slot Suatu Ketika, Astro Citra.

Bukan Dira di hati Zahiril

Dira, Ash dan anak mereka, Angun

SEMENTARA itu, Zahiril pula berkata, dia kini sedang mengenali hati seseorang. Bagaimanapun, wanita yang dimaksudkannya bukan Dira sebaliknya hanya gadis biasa yang tidak langsung terbabit dalam dunia seni. Jadi pengakuan Zahiril secara jelas menidakkan gosip dengan Dira.

“Lalu, kalau ada yang masih beranggapan saya menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Dira dan Ash, saya minta tunjukkan bukti. Tiada apa yang nak disembunyikan dan kami memang rapat hanya sebagai kawan. Cuma saya sedar menjadi figura awam ini, pasti ada mulut yang terus bersuara. Saya pun tahu memang ada yang mengatakan kami bercinta.

“Hakikatnya orang di luar sana hanya menjatuhkan hukum dan tidak tahu situasi sebenar yang terjadi. Saya dengan Dira serasi dalam soal kerja. Akrab kami hingga masing-masing begitu lancang bercakap dan ‘memaki hamun’ sesama sendiri untuk menegakkan pendirian. Sebelum ini ketika kecoh rumah tangganya berantakan, saya tahu tapi malas nak ambil pot lebih-lebih.

“Yang jelas, dia mempunyai bakat besar dalam seni. Maka sebab itu, saya tarik dia menyertai teater di bawah bumbung Rumah Anak Teater. Saya perkenalkan dia kepada Namron. Dia jenis pelakon komersial tetapi boleh terbabit dalam kerja indie yang berbajet rendah ini,” katanya yang tengah bercuti seketika daripada terikat dengan komitmen seni.

Mengenai Ash, Zahiril memberitahu sebelum ini dia tidak mempunyai masalah dengannya. Cuma sekarang dengan apa yang terjadi, Zahiril seperti mangsa keadaan yang berdepan dengan situasi yang dilihat merumitkan. Kata Zahiril, mungkin Ash yang ada masalah dengannya.

“Saya memahami situasi Ash yang patah hati. Jadi saya tidak mahu bersemuka dengannya kerana bimbang akan terjadi tindakan di luar kawalan. Saya okey dengannya tapi kalau sebaliknya saya tak pasti pula,” katanya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Zahiril akan terbabit dengan penggambaran filem ketiganya, Tolong Awekku Pontianak arahan James Lee bulan depan. Filem itu dilakonkannya selepas Kami The Movie dan Karaoke. Kerana filem itu juga, difahamkan dia kecewa kerana terpaksa menolak tawaran sebuah drama akibat pertembungan tarikh gara-gara ditunda penggambarannya.

“Alhamdulillah, rezeki saya berlakon masih ada. Ada kerja yang saya lakukan sebab mahu mencari duit demi menampung kehidupan tetapi ada juga tawaran yang saya terima demi keghairahan dalam dunia seni iaitu dengan memilih karakter yang besar dan benar-benar menguji.

“Insya-Allah dalam masa yang sama, saya juga dalam perbincangan dengan syarikat penerbitan, Oxygen Media untuk menulis buku antologi puisi pada tahun ini. Puisi itu ditulis saya dan akan dikumpulkan. Ada puisi yang dimaksudkan saya sudah masukkan di dalam blog dan ada juga yang berada di dalam simpanan,” katanya sambil berharap gosip ini tidak akan dikeruhkan lagi.

Sunday, April 18, 2010

Jenazah Achik Spin selamat dikebumikan

SEREMBAN: Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, kira-kira jam 1 tengah hari ini.

Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mentuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di sini kira-kira jam 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir.


Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.


Suasana sedih dan sepi menyelubungi rumah mentua Allahyarham yang dihadiri lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.


Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Hattan, Siti Nordiana atau Nana, Tomok dan Lan Kristal.

Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu 'Janji Kita' terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, terbabas lalu terbakar dan meletup di KM14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini kira-kira jam 6.15 petang semalam.


Isteri Allahyarham, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkata setengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon meminta beliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana.


"Bagaimanpun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yang menyatakan suami saya meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedih yang sungguh mengejutkan," katanya.


Katanya minggu lalu beliau sekeluarga pindah di sebelah rumah emaknya selepas seminggu sebelum itu Allahyarham beriya-iya mengemas rumah itu termasuk mengecatnya.


Katanya, ini akan memudahkan ibu mentuanya untuk 'melihat' isteri dan anaknya Sofia, 3 tahun dan Safia, 10 bulan," katanya.


Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliau berjumpa Allahyarham dua minggu lalu di rumah salah seorang adiknya.


"Allahyarham nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima daripada 10 adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham) meninggal dua tahun lalu," katanya. Sementara itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.

Katanya Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa.


Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada jam 5.30 petang semalam sebab keretanya jauh sedikit.....tahu-tahu jam 6 petang dia sudah meninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nana lihat anaknya panggil ayah," katanya.


Hattan berkata, ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi dan aktif.


"Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini," katanya.


Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik.


"Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun," katanya yang seangkatan dengan Allahyarham.


Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham.


"Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordiana melalui khidmat pesanan ringkas," katanya.-Bernama

Ryzal Marzuki teman Lelaki Nurul

Akhirnya selepas pujukan Nurul (bekas isteri Ajai) akaui Ryzal Marzuki adalah lelaki yang berjaya memikat hatinya..hu hu.. bertuah si Ryzal. Khabarnya Ryzal Marzuki adalah seorang yg berkejaya dalam bidang kewangan..keja bank la coz..hu hu.

Namun, selepas pujukan demi pujukan, akhirnya Nurul mengalah dan akhirnya dia mengakui, jejaka bernama Ryzal Marzuki merupakan arjuna yang berjaya memanah tepat pada hatinya.

“Ya, dia lelaki istimewa dalam hidup saya sekarang. Saya tidak menafikan saya bahagia dengan kehidupan saya kini,” jelas wanita berusia 32 tahun ini sambil tersipu malu disaksikan Ryzal di sisi. – utusan online

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Read more: http://www.ohbayu.com/keputusan-penuh-anugerah-bintang-popular-berita-harian-2

Berikut adalah keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 yang dibawakan secara langsung kepada anda kat TV3 kelmarin, Kami di ohbayu ucapkan tahniah kepada artis2 yang dapat menjulang anugerah kejayaan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 korang nak lihat keputusan penuh dengan

1. Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Haji Nawawi

2. Anugerah Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

4. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

5. Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – Bunkface

6. Artis Komedi Lelaki Popular – Nabil Raja Lawak

7. Artis Komedi Wanita PopularNorkhiriah

8. Artis Baru Lelaki Popular – Black

9. Artis Baru Wanita Popular – Yuna

10. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak

11. Pelakon TV Wanita Popular – Tiz Zaqyah

12. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani

13. Penyanyi Lelaki Popular – Aizat

14. Penyanyi Wanita Popular – Dato’ Siti Nurhaliza

15. Pelakon Filem Lelaki PopularQue Haidar

16. Pelakon Filem Wanita Popular – Liyana Jasmay

(Anugerah Khas) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Khatijah Ibrahim

Bintang Paling Popular – Dato’ Siti Nurhaliza (225,300 Undi!)

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com