click 4 money

Sunday, April 11, 2010

Profesional Fasha

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN

TAMPIL sebagai pelacur kelas atasan dalam Spa Qistina bakal menambah persepsi negatif masyarakat terhadap aktres jelita, Fasha Sandha yang tidak pernah sunyi dengan kontroversi.

pix_middle

Diketepikan segala rasa takut kerana yang lebih penting baginya adalah memuaskan hati sendiri, pengarah dan penerbit.


“Saya sedar persepsi masyarakat terhadap diri ini tidak berapa elok. Terlalu banyak cerita tidak manis diperkata selama ini. Dan, bila lakonkan watak Kiera sebagai pelacur yang memporak-perandakan rumah tangga Qistina, akan buat orang fikir lagi buruk. Tidak mustahil ada beranggapan saya jahat seperti Kiera.


“Mohon saya jangan buat penilaian seperti itu kerana ia hanya lakonan dan kehendak skrip. Dalam kerjaya, saya perlu maju dengan mencuba pelbagai watak. Kalau fikir apa orang nak cakap, saya kena bawa watak baik saja. Sudahnya kerja saya klise dan stereotype.


“Jujur, saya tidak suka dikaitkan dengan kontroversi tapi apa boleh buat, bila berada dalam bidang ini saya tidak boleh lari. Sebaik manapun artis itu, pasti terpalit juga dengan cerita kurang enak.

“Dulu saya mudah melenting dan memberontak bila orang tuduh perkara yang saya tidak buat, tetapi kini saya semakin matang dan faham ini adalah harga yang perlu dibayar bila jadi artis.


“Saya akui saya banyak buat silap pada zaman remaja dan terima kasih kepada peminat kerana sedarkan saya. Saya mahu tutup buku lama dan mulakan hidup baru.


“Saya mahu jadi Fasha Sandha yang baru dan 2010 permulaan bagus buat saya,” katanya yang genap usia 26 tahun tanggal 28 Mac lalu.


Mengulas lanjut watak Kiera, Fasha berkata, watak itu bukan saja berat, bahkan menuntutnya banyak bermain dengan emosi. Luaran nampak sangat baik, namun wanita itu sebenarnya sangat licik dan sanggup melakukan apa saja demi melunaskan dendam kesumatnya.


“Kiera nekad menghancurkan kebahagiaan Qistina kerana hidupnya dirosakkan oleh seorang ahli keluarga Qistina. Insan tidak bertanggungjawab itu menjadikannya pelacur ketika Kiera menuntut di luar negara.


“Ada babak panas antara saya dan Ijoy Azhari. Saya kekok melakonkan babak ini kerana bimbangkan persepsi penonton kerana ia cukup untuk buat orang benci watak Kiera selain takut mengguris hati isteri Ijoy.


“Dua kali penggambaran diulang kerana saya nampak tidak cukup berani. Selepas Ijoy jelaskan saya tidak perlu risau kerana isterinya faham ini adalah kerja dan tuntutan skrip, baru saya boleh buat,” katanya.

Mengulas perkembangan terkini, Fasha terikat dengan penggambaran Dia Atilia untuk Astro Prima arahan Adam Hamid. Kali ini bintang filem Empat Madu arahan Razak Mohaideen ini menjayakan watak tomboi yang kemudian berubah menjadi feminin seperti lakonan Kajol dalam Kuch Kuch Hota Hai.


“Saya mula berlakon ketika berusia 19 tahun. Ketika itu saya terima semua tawaran untuk kelangsungan hidup. Biarpun tidak suka dengan watak diberi, saya tetap ambil. Kini tiba masanya saya utamakan kualiti dan lebih memilih skrip.


“Saya tidak nafikan lakonan saya dulu macam kayu. Lima tahun pertama dalam industri adalah proses latihan dan pembelajaran. Terus-terang, saya malu melihat lakonan saya, lebih-lebih lagi kemunculan sulung dalam Black Maria.


“Yang boleh saya katakan, tahun ini saya baru lulus berlakon. Sebelum ini saya tidak kaji karakter dan jika dibuat semula, mungkin lakonan saya lebih baik daripada dulu. Paling dikesalkan, saya banyak dapat watak berat tapi tidak gunakan peluang itu sebaik-baiknya.


“Mulai sekarang saya akan lebih serius,” katanya yang mendambakan watak ‘superwoman’ dan mahu melakukan aksi lagak ngeri sendiri.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com