click 4 money

Sunday, April 11, 2010

Undur bukan riak

http://farm4.static.flickr.com/3042/2391761545_54d2ab91b4.jpg

DATUK Siti Nurhaliza membuktikan dia tetap popular. Tiga belas kali sebagai Penyanyi Wanita Popular dan kali ke-7 sebagai Bintang Paling Popular apabila 225,300 peminat mengundinya untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Ahad lalu.

Menyifatkan kemenangannya bagai cenderahati daripada peminat yang tidak henti-henti menyokongnya, Siti sempat menegaskan beberapa kali, anugerah kali ini yang terindah dalam hidupnya.


Selain mengumumkan pembabitannya di ABPBH ini buat kali terakhir, Siti mengungkap dengan ikhlas bahawa sokongan peminatnya selama ini sudah terbukti untuknya.


Justeru, tiada apa lagi yang perlu diragui kerana sesungguhnya pengikut pesona penyanyi yang kini popular dengan lagu Tanpamu bersama Krisdayanti ini tidak sekali berbelah bagi.


“Siti tidak mahu ada yang menganggap keputusan menarik diri daripada ABPBH sebagai pembuka ruang kepada artis lain. Itu sudah riak dan merasakan diri hebat. Sebaliknya keputusan Siti semata-mata kerana mahu berehat dan hadir sebagai penonton selepas ini.

“Anugerah ini adalah pengalaman paling indah dalam hidup saya. Trofi ini turut meraikan ulang tahun ke-15 Siti sebagai anak seni.


“Tiada siapa dapat merasakan perasaan Siti ketika ini. Tidak sesiapa juga dapat menggambarkan rasa terharu dan gembiranya Siti kerana mempunyai sekelompok penyokong yang tidak pernah kenal erti jemu atau bosan.


“Bayangkanlah, letak saja nama Siti di putaran kontroversi atau terjerumus ke kancah kemerosotan, mereka (peminat) masih kekal di sini dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi,” katanya yang membawa pulang hadiah bernilai RM328,000 termasuk sebuah kereta Nissan X-Trail.


Meninjau anugerah yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands itu pada skala lebih luas dan tidak lagi meletak fokus kepada pemenang utamanya, ABPBH kali ini mampu diangkat sebagai yang terbaik dari perspektif persembahannya.


Konsep kolaborasi bintang popular bagai sudah sinonim dengan penganjurannya, sekali lagi ia terbukti dengan keseluruhan persembahan hingga mengikat penonton untuk terus melekat ke akhir siaran meskipun ia melepasi jadual asalnya.


Pertembungan Faizal Tahir dan Bunkface untuk Revolusi berjaya menyuntik kemeriahan pembuka tirai. Belum lagi One Nation Emcee bersama Datuk M Daud Kilau menerusi Raja Gelek yang gamat jadinya. Manakala lagu Menggegar Dunia dendangan Adam dan Stacy juga mampu memancing perhatian dengan kelincahan gerak tari mereka.


Azlan & The Typewriter jelas memukau dengan lontaran vokal tersendiri serta paduan muzik yang kemas menerusi Syair Si Pari-Pari.

Emosi penonton bagai diragut tatkala kumpulan Rabbani bersama Munif (Hijjaz) dan Nazrey Johani mendendangkan lagu keramat, Kau Pergi Jua bagi mengimbau pemergian Allahyarham Ustaz Asri. Malah ada segelintir teman artis dan penonton mengalirkan air mata kala visual Asri dipaparkan di layar besar pentas.


Kelainan dan istimewanya ABPBH kali ini adalah tiga persembahan yang penuh karakter, warna dan tenaga, terutama persembahan Alyah dan Dayang Nurfaizah ketika segmen dedikasi buat Datuk Khatijah Ibrahim yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Lagu Ku Pendam Sebuah Duka dan Doa Buat Kekasih dinyanyikan penuh penghayatan.


Meskipun kurang daripada aspek vokal, wajah cantik dan gaya remaja barisan generasi muda seperti Marsha, Diana Danielle, Ainul Aishah dan Farlyana tetap mencuri perhatian menerusi lagu kumpulan popular 1990-an, Feminin iaitu Kini.


Ternyata, vokal Farlyana jauh berkesan dan sedia untuk menggilap bakatnya sebagai penyanyi. Manakala Dafi, Akim, Aril dan Hafiz mengambil alih pentas dengan lagu popular KRU, Fanatik dan Awas.


Persembahan penutup daripada Awie dan Wings bersama Jaclyn Victor serta pemenang Artis Baru Lelaki Popular, Black terus memaku penonton di kerusi. Paduan variasi vokal ini disatukan menerusi lagu Sejati, Peronda Jaket Biru dan Opera Hidup.


Keseluruhannya, ABPBH 2009 punya sentuhan sendiri yang menghidupkan setiap persembahan. Walaupun rata-rata keputusannya bagai dijangka, namun sedikit kekurangan yang mungkin mencacatkan kemeriahannya adalah barisan penyampai yang tidak serasi dan meleret.


Sekali lagi pengacaranya, Sharifah Shahirah dan Raja Azura berjaya memberi impak yang berkesan dan meriah.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com