click 4 money

Saturday, June 19, 2010

Nora Danish mahu buka restoran


Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Pelakon jelita enggan lagi komen mengenai gosip berkaitan cinta bekas suaminya dengan pelakon filem


SUDAH dua tahun perpisahannya dengan Rizal Ashram Ramli berlaku namun tempoh panjang itu seakan belum mampu membebaskan Nora Danish daripada terus dikaitkan dengan lelaki itu.

Setiap kali kisah mengenai bekas suaminya diperkatakan, pasti nama Nora akan turut sama terpalit membuatkan dia rimas dan bingung.

Bagi pemilik nama lengkap, Nora Mohd Danish Hanif, 28, seboleh mungkin dia enggan lagi menjawab apa saja persoalan mengenai kisah peribadi bekas suaminya. Kata Nora, mengelak bukan bermakna dia memusuhi Rizal atau luka perpisahan mereka dulu masih mengalir kerana jujurnya sudah lama dia menutup semua memori pahit itu.

Jelas Nora, hubungannya dengan lelaki yang mesra disapa Jejai itu juga berjalan baik. Tidak mungkin dia membenci Rizal kerana lelaki itu ialah bapa kepada anak tunggalnya, Putera Rayqal Ramli, 16 bulan.

Sebaliknya, kata Nora, dia perlu meletakkan noktah untuk menghentikan segala rentetan cerita yang tidak lagi mempunyai kaitan dengan dirinya. Ia termasuklah hubungan bekas suaminya itu dengan aktres popular.

“Saya berkeras untuk tidak melayan lagi segala soalan berkaitan bekas suami. Bukan saya berdendam atas apa berlaku, cuma saya tiada lagi hak untuk terus memberi komen.
“Kami masing-masing mempunyai haluan hidup sendiri, jadi saya akur apa juga keputusan dan pendirian Jejai. Itu hak dia.

“Sebagai bekas isteri, saya tetap menghormatinya kerana dia seorang lelaki yang baik. Malah, saya tidak pernah menyalahkannya atas perpisahan kami kerana masing-masing ada berbuat silap. Tetapi saya perlu lakukan sesuatu supaya tidak terus dikaitkan dengan perhubungan baru Jejai. Siapa juga pilihan dia, itu hak peribadinya dan saya tidak wajar dikaitkan,” kata Nora cuba membebaskan diri daripada isu sensasi yang tidak berkesudahan.

Pelakon yang sedang popular dengan drama bersiri, Arjuna di TV3 itu berkata, kegagalan perkahwinan pertama tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta baru.

Nora juga berkata, dia sudah lama memerdekakan dirinya daripada dijajah luka semalam. Cuma mungkin suratan takdir belum menemukannya dengan lelaki terbaik dan kata Nora, semua itu tidak pernah membuatnya berputus asa.

“Hati saya sudah keras dan tidak lagi takut untuk memulakan hubungan baru. Dulu mungkin tidak banyak perkara perlu dipertimbangkan kerana saya masih sendiri.

“Tetapi hari ini, setiap apa juga keputusan saya harus mengutamakan anak dan kerana itu, saya menjadi lebih berhati-hati dalam memilih lelaki,” katanya.
Dengan apa yang dimilikinya sekarang, Nora juga berkata, dia tidak berdepan sebarang tekanan sekali pun meniti hidup sebagai ibu tunggal cukup menguji.

Akui Nora, kehadiran Rayqal melengkapkan dirinya sebagai seorang wanita membuatkan dia tidak lagi gusar memikirkan soal perkahwinan atau membina keluarga.

“Apa yang bermain di fikiran ketika ini adalah memantapkan karier, selain berusaha merealisasikan impian untuk membina jaringan perniagaan sebelum usia menganjak 30 tahun.

“Saya berminat untuk membuka semula restoran kerana sudah ada pengalaman. Emak pernah 10 tahun berniaga makan tetapi apabila saya berkahwin, operasi restoran itu ditutup.

“Saya tidak sunyi hidup sendiri. Saya bahagia begini malah bersyukur kerana semuanya diatur Tuhan dengan begitu baik. Jadi untuk apa saya mengeluh kerana setiap dugaan membantu mematangkan diri saya dalam membuat keputusan,” katanya.

Mahu lari daripada watak Puteri

SINONIM dengan watak Puteri yang dilakoninya selama empat tahun membuatkan Nora sukar untuk lari daripada watak keanak-anakan.
Bagi Nora sendiri, dia tidak pernah bosan memegang watak baik kerana peranan sebegitu membuatkan dirinya semakin dekat dengan peminat.

Sebagai pelakon, Nora berharap diberi peluang untuk mempelbagaikan watak sekali gus mewarnai karakter dalam resume lakonannya. Bagaimanapun, Nora bersyukur kerana sejak kembali aktif selepas melahirkan Rayqal, penerbit sudah mula berani menyerahkan watak yang sedikit berbeza.

Percubaan pertama dalam Jangan Pandang Belakang Congkak 2, disusuli Arjuna memberi kepuasan kepada Nora kerana kedua-dua produksi itu menyerlahkan dimensi baru lakonannya.

“Siapa yang tidak mahu keluar daripada kebiasaan watak yang dibawa tetapi apa daya saya apabila pengarah belum memberi kepercayaan?

Membawa watak baik juga menuntut saya supaya kreatif kerana perlu mempelbagaikan persembahan untuk kelainan. Intonasi suara juga memainkan peranan dan saya kena matang supaya tidak terperangkap dalam karakter serupa,” katanya.

Melihat 2010 sebagai tahun yang menebarkan rezeki berganda untuk aktiviti seninya, Nora bersyukur kerana diberi peluang mencuba bakat dalam bidang pengacaraan.

Dua program Bolly 10 di Astro B4U dan I-Glam (TV9) memperluaskan bakat pengacaraan Nora, malah akuinya lagi, dia kini teruja menanti tawaran untuk melangkah ke pentas teater.

Namun kata Nora, sebagai permulaan dia belum bersedia menerima tawaran membintangi pementasan muzikal kerana akur, bakatnya tidak terarah kepada dunia nyanyian.

“Saya mahu mencuba peranan kecil dulu untuk melihat kemampuan, sebelum berlakon watak berat kerana ingin mencari pengalaman menjalani rutin teater. Biarpun kerja keras ini menuntut komitmen besar tetapi saya tidak pernah mengeluh. Semua ini adalah rezeki selain membuka mata lebih banyak pihak yang sebelum ini skeptikal dengan kemampuan saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com