click 4 money

Showing posts with label gosip panas. Show all posts
Showing posts with label gosip panas. Show all posts

Saturday, June 19, 2010

Pelakon, isteri bercengkerama di lokasi drama

NAK kata tiada otak, Tuhan dah kurniakan akal fikiran yang baik hingga dia ni jadi pelakon yang hebat. Tapi pasangan suami isteri yang menjadi artis ni memang dah melampau. Ada ke patut lokasi penggambaran yang membabitkan si suami itu dijadikan tempat bermadu kasih dan buat benda tu... Oopss... sensitif nak sebut. Tahulah awak tu suami isteri, memang halal tetapi janganlah buat tempat terbuka, patut-patutlah...


Mana perginya perasaan malu? Dulu, masa belum kahwin depan khalayak ramai `berpeluk sakan' sampai lupa diri umpama dunia ni tiada orang lain, sekarang dah kahwin pun masih berperangai tak senonoh. Patutlah kena marah dengan produser dan pengarah, rupa-rupanya dia buat hal di lokasi penggambaran.

Bila orang tanya, kenapa kena marah, tak sedia pula nak beritahu perkara sebenar. Tapi kalau dah betul, nak cerita apa lagi, kan? Nak cerita drama `adegan ranjang' depan orang dan akhirnya kena halau dari lokasi! Sendiri malulah nanti... Raja dengar pelakon popular ni kena marah oleh pengurusan produksi sebab apabila orang lain tengah shooting telefilem di tempat lain, tapi lokasinya sebuah rumah, manakala si pelakon dan isterinya ‘bercengkarama’ di ruang tamu rumah berkenaan, hanya bertutup bantal kusyen. Masya-Allah... Kalau ya pun air naik kepala dan nafsu dah membuak-buak, tunggulah sampai balik rumah. Dah macam tiada hari esok. Pelik betul manusia macam ni!

Raja tahu cerita ini sebab ia diberitahu sendiri oleh kru yang berada di lokasi penggambaran terbabit. Mereka ternampak sendiri adegan panas depan mata si suami dan isteri itu. Si pelakon dan isterinya boleh buat muka selamba dengan wajah tak bersalah saja. Ingat tutup dengan alas kusyen tu orang tak nampak ke?

Memang kecoh, tapi mereka tu sekurang-kurangnya masih ada hati perut dan tak nak berterus-terang sebab nak jaga air muka si pelakon dan isterinya. Tapi si pelakon tu fikir ke sebelum buat hal? Entahlah pelakon ni memang selalu buat hal sejak dulu lagi. Bila wartawan hentam, tahu pula marahkan wartawan tapi kelakuan awak tu jagalah sikit. Sayang pada bakat, tapi perangai mengalahkan jin tanah, tak guna juga...

Entahlah, pening kepala Raja memikirkan artis zaman sekarang, macam-macam hal. Apa yang Raja jentik ni bukan sebab Raja menyampah pada pelakon tu, tetapi Raja dan keluarga antara peminat setianya. Suka tengok lakonannya yang bersahaja dan mengusik jiwa, malah pernah menang anugerah. Kepada pelakon itu, fikir-fikirkanlah...

Noh Hujan tak mahu minta maaf!

SEBELUM Zubir mula mengomel mengenai perangai kebanyakan artis dan selebriti kita yang semakin menjengkelkan, Zubir ingin bercerita sedikit mengenai Konsert Melodi Cinta Rossa yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam minggu lalu.




Memang superb dan terhibur habis pada malam itu, rasanya inilah konsert solo artis Indonesia paling berjaya setakat ini! Tahniah Zubir ucapkan kepada penganjurnya, limaduabelas musik dan Marctensia, layanan yang diberikan kepada wakil media massa juga amat memuaskan hati!

Memang meremang bulu roma mendengar muzik persembahan Yovie Widyanto Orchestra & Jay Subyakto yang terdiri daripada hampir 50 pemuzik profesional. Ditambah dengan kehadiran Koir Permata Seni dan Permata Seni Muzik Tunas Budaya, melengkapkan penguasaan vokal Rossa di pentas, sekali gus menjadikan persembahannya begitu unik dan tidak puas menonton konsert yang berlangsung selama dua jam itu! Zubir terfikir, jika artis luar seperti Rossa boleh membuat persembahan hebat seperti itu, kenapa tidak artis Malaysia? Kita juga mempunyai ramai penyanyi yang berbakat besar cuma tidak diberi peluang. Sebaik selesai menonton showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur sehari kemudian yang dihadiri 700 peminat di satu tempat sempit, apa kata kita usahakan supaya Faizal, Anuar Zain dan Datuk Siti Nurhaliza, bergabung buat konsert gergasi di Stadium Putra! Jadi, kepada pihak berkenaan, renung-renungkanlah saranan ini.

Oh ya, sebenarnya minggu ini Zubir ingin menyambung cerita lagi mengenai isu autograf ‘Awak Busuk’ daripada Noh Hujan kepada peminatnya yang juga seorang pelajar wanita universiti tempatan.

Menerusi B*Pop siaran 23 Mei lalu, seorang pelajar universiti, Zee mendakwa menjadi mangsa kebiadapan Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 25, pada hari kejadian 29 April lalu menerusi sebuah majlis anjuran Fakulti Seni Reka dan Bentuk kursus Diploma Teknologi Fotografi di universitinya.

“Noh bersikap biadap melayan kerenah pelajar yang ingin mendapatkan tanda tangannya. Namun, autograf yang kami peroleh daripada Noh hanya tertera perkataan yang ditulisnya `Awak Busuk'! Sepatutnya Noh menulis namanya atau menurunkan tanda tangan jika peminat meminta autograf, bukan tulis `Awak Busuk'! Mungkin ini adalah autograf terbaik daripadanya! Saya harap artis lain tidak mencontohi sikap Noh Hujan.
“Justeru, saya Zee mewakili pelajar wanita dari universiti berkenaan, berharap Noh Hujan meminta maaf secara terbuka kepada pihak kami atas apa yang diucap dan dilakukannya terhadap warga kampus. Mungkin ini adalah kali pertama dan terakhir kami menjemput Noh ke universiti ini," kata Zee dalam temu bual bersama B*Pop dan kru Melodi TV3.

Ekoran itu, Zubir meminta bantuan Alibi Music mengatur pertemuan bersama Noh untuk menjawab tuduhan berkenaan, sekali gus mendengar permohonan maaf daripadanya, tapi pengurusan Noh memberi alasan, vokalis berkenaan terlalu sibuk sehingga akhir Jun ini. Pun begitu, Noh ada memberi kenyataan kepada lama web hiburan, gua.com.my berhubung isu ‘Awak Busuk’.

“Saya tak layan isu ini. Saya memang bergurau dengan orang macam itu. Saya pernah tulis lagi teruk dari itu. Kalau tak suka, cakap. Saya boleh tulis yang lain,” ujar Noh ketika ditemui di sesi rakaman Muzik-Muzik baru-baru ini.

“Saya boleh minta maaf, tapi itupun sebelum dia keluar dekat TV. Perkara ini boleh dibawa berbincang. Dah buat komen macam itu, tak kan saya nak minta maaf. Jika mereka datang jumpa saya, saya akan minta maaf, tapi mereka tak datang sendiri jumpa saya ,” tegasnya yang nekad tidak akan meminta maaf kepada pelajar terbabit.

“Saya bukan ahli politik yang nak memenangi hati orang, saya hanya ahli muzik yang nak main muzik. Ada media yang dah keluarkan cerita ini dan hentam saya tanpa tanya saya terlebih dulu. Itu yang saya malas nak bagi komen,” katanya kepada gua.com.my, baru-baru ini.

Bagi Zubir, kenyataan Noh bukannya boleh menyelesaikan masalah, sebaliknya membuatkan orang luar lagi membenci artis kita. Apalah salahnya Noh mengalah dan meminta maaf kepada peminatnya yang juga pelajar kampus itu. Entahlah, Zubir malaslah nak komen panjang lebar, masing-masing dah boleh berfikir, sendiri mau ingatlah!

Artis popular mabuk sakan dipapah ke hotel!

HIPOKRIT! Itulah yang berlaku kepada seorang artis wanita yang popular ini. Dia pernah berjanji dengan rakan wartawan, tak mahu mabuk-mabuk lagi dan bersosial hingga ke pagi di pusat hiburan. Dia mendakwa, ingin menjadi artis yang baik, zaman kontroversi dah berlalu. Tambah artis itu lagi, tumpuannya sekarang ialah terhadap kerjaya dan memelihara hubungan baiknya dengan teman lelakinya, anak seorang tokoh korporat berstatus VIP!

Tapi, itu hanyalah janji-janji manis artis popular itu di hadapan wartawan. Bagi Zubir, artis sanggup bersumpah untuk menidakkan kebenaran, padahal kebenaran sudah di depan mata, cuma tidak ada CCTV yang merakam kerakusan artis berkenaan melakukan aktiviti tidak bermoral yang boleh dikategorikan sebagai keterlaluan!

Menurut cerita sumber yang mempunyai kenalan di kalangan pengawal peribadi, artis berkenaan sudah tiga minggu tidak pulang ke rumah, sebaliknya sudah hampir tiga minggu menetap di suite mewah di sebuah hotel bertaraf lima bintang di kawasan segi tiga emas, Kuala Lumpur bersama teman lelakinya itu! Apa lagi aktiviti mereka apabila duduk berdua-duaan dalam bilik hotel, takkan main play station? Suatu malam kira-kira jam 3 pagi, artis berkenaan dan teman lelakinya yang baru pulang dari sebuah pusat hiburan, mabuk tahap maksimum ketika mereka sampai di hadapan lobi hotel berkenaan. Untuk menutup aib, kira-kira 10 pengawal peribadi teman lelakinya menutup laluan keluar masuk ke lobi berkenaan apabila artis popular bersama teman lelakinya keluar dari kereta mewah, terpaksa dipapah beramai-ramai menyelinap masuk ke dalam hotel.

Kedua-duanya terus dipapah sehingga masuk ke dalam lif menuju ke bilik penginapan mereka di tingkat paling atas hotel berkenaan. Selepas aktiviti memapah itu selesai, barulah beberapa tetamu hotel yang baru pulang, dibenarkan memasuki premis lobi hotel berkenaan.

Moral kisah ini, artis wanita itu memang hipokrit tahap gaban!

Monday, June 14, 2010

Ibu Bising Almy Selalu Bergambar Dengan Fizz




Kebetulan berjumpa pasangan kekasih comel ini selepas majlis pelancaran Anugerah Skrin baru-baru ini, GUA dan para media lain tak melepaskan peluang untuk mendapatkan gambar Fizz Fairuz dan Almy Nadia.

Tapi masing-masing mengelak. Lama juga kami memujuk sebelum akhirnya mereka bersetuju.

"Mak dia dah bising sebab kita kerap sangat bergambar bersama," kata pelakon berusia 30 tahun itu.

"Iya-lah dia pun masih anak orang lagi. Kalau paksaan (ambil gambar), takpe. Tapi kalau sukarela tu, tak boleh," selorohnya.

Kalau dah macam tu, bila lagi Fizz nak masuk meminang? "Kita berilah peluang pada dia untuk bekerja dulu. Dia nak berlakon, jadi artis. Kita bagi ruang pada dia," jawabnya sambil diperhatikan Almy yang tersenyum saja.

"Dia belum puas lagi. Dia belum enjoy lagi dengan hidup dia. Dia nak belajar, nak cari duit, nak luahkan hasrat seninya. Saya okay je. Saya tak halang. Kalau dah diikat, susah untuk dia nak bergerak."

Kalau nak tunggu sampai dia puas, berapa lama tu? "Sampai dia rasa puas. Dia kan masih orang baru dalam industri ini."

Almy, 23, yang selama ini mendiamkan diri, apabila ditanya tentang penerimaan keluarganya terhadap Fizz - sebelum ini ibu Fizz pernah katakan amat menyukai Almy - menjawab, "Keluarga saya okay, boleh menerimanya. Dia seorang yang kelakar, pandai mengambil hati."

Mengenai kenyataan Fizz yang ibunya bising kerana mereka kerap bergambar bersama, jelas Almy, "Takde yang ibu kata tak boleh, cuma jangan berlebih."

Adakah ini disebabkan gosip sebelum ini yang mengatakan mereka sudah putus cinta? "Mulut manusia kan, kita tak tahu macam mana. Tak boleh nilai orang dari luar. Di luar tu cantik tapi di dalam... Jadi, kita mesti lebih berhati-hati."

Dedah Almy, kehadiran mereka di majlis hari ini secara kebetulan. Sudah dua minggu mereka tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan penggambaran. Almy dengan drama RTM, 'Hati Lia' sementara Fizz dengan drama Astro, 'Labu Labi'.

Kongsinya, walaupun lama tidak berjumpa tetapi mereka kerap berhubung melalui SMS dan MMS.

"It's all about trust. Saya percaya yang kami mempunyai hubungan yang kukuh dan kami sama-sama jujur. Kalau tak jujur, hubungan kami tak kekal sampai tiga tahun."

Amaran Fasha Pada Tiz: Don't Mess With Me Ya







Sekali lagi, dunia Twitter menjadi medan perang pilihan Fasha Sandha. Tetapi kali ini lawannya bukanlah Nora Danish, tetapi seorang aktres yang tak kurang jelitanya, Tiz Zaqyah.

Jadi, apa ceritanya kali ini? Takde angin, takde ribut, takkan tiba-tiba nak 'berperang' pulak? Ceritanya, Tiz ni, kononnya, 'syok' kat Jejai, buah hati Fasha, sampai siap menelefonnya pada pukul 4 pagi.

Sedikit 'backstory' buat mereka yang masih 'blur'. Tiga minggu lalu, di ruangan pojok Metro Ahad, telah disiarkan kisah tentang seorang pelakon wanita popular yang telah mengajak kekasih kawannya tidur. Artis cantik ini, meskipun tidak didedahkan identitinya, telah digambarkan penulis sebagai "memiliki ciri-ciri menantu pilihan" dek kerana sering bawa watak gadis baik.

Namun itu semua hanya watak yang dilakonkan saja. Realiti sebenarnya, seperti yang diceritakan dalam artikel itu, dia "sama seperti anak gadis sosial lain, dia yang dibesarkan di bandar besar sering menghabiskan masa di kelab dan tidak kekok menogok arak."

Baru-baru ini, dia, dikatakan dalam keadaan mabuk, telah menelefon teman lelaki rakan baiknya, seorang pelakon wanita popular, memintanya untuk datang menemaninya, hinggakan mengajak lelaki itu bermalam dengannya.

Jika sesiapa yang terbaca gosip tersebut gagal untuk meneka siapa gerangan artis wanita yang diperkatakan itu, mereka pastinya sudah mendapat jawapan kepada soalan cepumas itu jika sempat turut serta dalam forum CARI pada 9 Jun lalu. Di bawah 'thread' 'Artis wanita yang cuba menggoda kekasih Fasha Sandha dan Almy Nadia', seorang forumer telah mendedahkan identiti individu itu sebagai Tiz.

Berbalik kepada cerita Fasha, dek kerana geram sangat dengan tindakan pelakon muda yang mula dikenali ramai melalui drama bersiri 'Nur Kasih' itu, Fasha telah ke Twitter-nya untuk menyelar tindakannya serta memberi amaran keras agar jangan di kacau haknya.

Berikut disertakan empat 'posting' Twitter Fasha, semuanya dibuat pada 9 Jun lalu. Memang menarik untuk dibaca. Selain daripada memberi pendedahan - jika apa yang ditulis itu benar - kepada siapa Tiz disebalik watak Nur Amina, yang turut menarik perhatian adalah pengakuan Fasha tentang status Jejai di dalam hidupnya.

Hari yang indah..My love just made a confession ths morning. Eventhough its was lil hurt, but I can forgive him. The best part was, perempuan tu called my love at 4am. I found out about it last month n I asked her. Then perempuan tu bagi alasan to me that she called on behalf of someone else. Finally my love told me the truth, that she called to ajak lepak with her in subang. To that lady, u better watch out, don't mess with me ya. I got all the prove in the world. Dulu u dah call bf almy nadia pukul 3pg, n semua org production tau. Jgn sampai aku n almy reveal everything!

Yup, desperate gila. Dulu masa almy cerita I dengar je.. Bila kena kat batang hidung sendiri baru I tau. Dia ingat semua org nak dia kot. So pathetic RT @Natasya Syaa: @NurFashaSandha eeeuuuuu mmg x th malu punya pompuan...apelah call guy at 3 to 4 am n ajak lepak, aiyooooo desperate ea..

I tak sangka, selalu nak ajak I keluar with her, rupanya ada intention nak try my bf. Not only that, dia tu dari dulu memang kaki club, tapi ada pulak isu kononnya I ni yg ajar dia buat itu ini. I ramai saksi that she was the one yg selalu sangat beriya iya ajak ajak I lepak with her. Crazy lady. RT @SitiTakhirah: @nurfashasandha good choice. hope that woman finds her own life.

I yang ajar dia pergi club??? Excuse me... Ramai saksi2 yg tau..., siapa yg selalu ajak siapa. Dia tu bukan budak kecik. Memang dia dah dewasa. Kenapa pulak I nak ajar dia pergi club? Sebelum I kenal dia, mmg dia dah kenal..apa itu club. Sekian,terima kasih. RT @nurazreena: @NurFashaSamdha Sapa laa orang tu. @TizTIzTiz ke? Sebab dulu penah dengar gosip u yang ajaq dia clubbing semua.

Saturday, May 29, 2010

Rozita Izlyn tukar karier

SS rasa generasi sebelum ini mesti kenal dengan penyanyi Rozita Izlyn. Walaupun orangnya kurang popular, lagunya Dunia Kita Berbeza terus melekat di hati SS sampai sekarang. Suaranya sedap dan lantang ketika menyanyikan lagu itu buatkan hati terbuai bila mendengarnya. Wah, layan perasaan pula SS.
Boleh dikatakan lagu-lagu yang dihasilkan pada zaman itu sedap-sedap belaka dan cepat menangkap di hati. Bukan macam lagu-lagu artis sekarang, apabila dengar sekali saja dah jemu nak mengulanginya. Namun SS suka juga layan lagu Shahir AF8, Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang konsepnya ala-ala rock dulu-dulu.


Berbalik pada tujuan sebenar, seingat SS Rozita hanya muncul dengan beberapa album sebelum mendiamkan diri daripada dunia seni. Persaingan hebat dalam nyanyian menyaksikan dia terpaksa beri laluan kepada muka baru. Namun Rozita dikhabarkan masih menyanyi dalam majlis-majlis tertentu. Tambah pula dia ada kualiti sebagai penghibur kerana boleh sampaikan pelbagai jenis lagu. Dengarnya selepas berkahwin Rozita lebih banyak tumpukan perhatian kepada rumahtangga dan anak-anak. Bagaimanapun, satu sumber menyampaikan cerita melihat Rozita hadir ke bengkel penulisan skrip yang diadakan di Finas. Bengkel anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) ini bermula pada Isnin dan berakhir semalam. Bengkel ini bukan dibuat secara percuma dan Rozita sanggup keluarkan wang untuk mendapat ilmu. Sumber yang juga peminat Rozita ini kata, dia lihat Rozita gigih mendengar dan belajar ilmu diperturunkan pengarah jemputan. Nampak jelas penyanyi berasal dari Shah Alam ini mahu menimba ilmu dalam lakonan dan mungkin akan mengembangkan bakat sebagai penulis skrip pula. SS ambil kesempatan ucapkan selamat berjaya buat Rozita dan pelajar-pelajar yang mengikuti bengkel itu. Harap-harap nanti mereka dapat hasilkan skrip yang baik dan membuka minda penontonnya, bukannya balik-balik cerita yang sama saja. Daripada SS tengok drama yang jalan ceritanya lebih kurang saja, baiklah layan perlawanan bola sepak.

Sunday, May 23, 2010

Padah mula menimpa

Oleh NAZARALI SAERIL dan FIRDAUS SAHAT

KUALA LUMPUR: Kualiti lakonan tidak seberapa tetapi segelintir pelakon wanita muda generasi baru didakwa tidak malu-malu ‘menjual’ tubuh gebu dan gaya seksi mereka demi meraih populariti serta glamor dalam dunia hiburan.

LANA NORDIN.
LANA NORDIN.

YASMIN KHANIF. YASMIN KHANIF. ADELINE TSEN. ADELINE TSEN.

YASMIN KHANIF.


Hakikat ini turut diakui Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim yang merumuskan kelompok artis wanita generasi baru ini hanya menjadikan dunia hiburan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan populariti selain kehidupan mewah.

“Pada pendapat saya, bagi golongan ini dalam hati mereka hanya 60 peratus mahu menyertai dunia hiburan manakala 40 peratus lagi hanya ingin popular dan kehidupan mewah.


“Daripada segi lakonan memang teruk, apatah lagi hanya berlakon dalam satu dua drama atau filem, tapi mereka popular kerana kesediaan mendedahkan ‘aset’ tidak kira di mana, termasuk ketika menghadiri majlis kecil,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat London.

Pemantauan Metro Ahad di beberapa laman sembang, forum dan blog hiburan tempatan yang popular di Internet pula mendapati di sebalik populariti diinginkan, padah menimpa kelompok artis ini apabila peminat yang meluat mula melontarkan kata-kata keji terhadap mereka.

Antara yang menjadi sasaran ialah Lana Nordin yang dilabelkan sebagai Pamela Anderson Malaysia manakala Yasmin Khanif digelar ‘jalang’ berdasarkan filem lakonannya yang menggunakan gelaran itu sebagai judul. Turut menjadi mangsa ialah Adeline Tsen yang kini popular melalui drama muzikal Hotel Mania.

Apa komen ketiga-tiga artis ini? Ikuti penjelasan dan luahan hati mereka terhadap segala dakwaan yang dilemparkan:


LANA NORDIN, 31:

(Pelakon Gol & Gincu, Remp-it dan Gentayangan)



“RAMAI mengaitkan cara pemakaian saya seharian dengan dunia lakonan. Saya tidak nafikan saya agak seksi dengan pakaian santai ketika di luar set penggambaran, namun ia hanya untuk keselesaan diri.

Saya tidak berniat mencetuskan kontroversi. Di set penggambaran saya pelakon, tetapi di luar saya orang biasa. Jadi, saya bebas menentukan penampilan diri asalkan tidak terlalu menjolok mata.

Kerana itu saya beranggapan tidak timbul soal saya ‘jual’ tubuh dengan berpakaian seksi semata-mata untuk popular. Jika bercerita mengenai adegan ‘panas’ dalam filem dan drama, ia dilakukan untuk menjiwai watak semata-mata.

Tidak kira watak apa sekalipun, sebagai pelakon saya perlu melakukan yang terbaik. Apa yang saya lakukan hanya untuk memenuhi tuntutan kerja.

Dalam filem Remp-it misalnya, saya memegang watak tambahan sebabak saja dan watak itu memperlihatkan adegan panas saya membuka tuala mandi untuk adegan ranjang. Mungkin penonton beranggapan saya berbogel dan mencetuskan kontroversi.

Hakikatnya tidak. Ketika menanggalkan tuala mandi, saya masih memakai baju dan seluar. Namun kepakaran jurukamera dan teknik penggambaran digunakan membuat babak itu kelihatan realistik.

Bagi mereka yang tidak memahami dunia lakonan dan teknik di sebalik tabir, memang mudah menuduh serta membuat andaian saya hanya menjual tubuh dengan pelbagai adegan panas.

Bagi saya, tidak kira besar atau kecil, yang penting watak itu diingati. Yang penting saya sedar dan tahu apa yang saya lakukan walaupun pada mata kasar penonton lakonan saya kelihatan ‘panas’.

Dalam filem Gentayangan pula, saya turut melakonkan beberapa watak panas kerana membabitkan adegan seks. Meskipun ia belum ditayangkan, saya ingin menjelaskan bahawa adegan panas itu hasil ‘camera trick’.

Jadi, saya berpendapat mereka yang berkata mengenai itu tidak faham dunia lakonan. Kita bukan di Hollywood. Jadi, sensitiviti masyarakat masih dipelihara. Apapun, mulut orang kita tidak boleh tutup. Walaupun pelbagai komen dan andaian diberi, saya tahu apa yang saya lakukan.”


YASMIN KHANIF, 22:

(Pelakon Jalang, Aalia, Rafael, Kasut Emas)



“FILEM Jalang memberi impak besar kepada saya. Lagipun, ia lakonan pertama saya dalam dunia seni dan filem itu menjadi isu hangat satu masa dulu.

Ramai mengaitkan saya ‘menjual’ tubuh menerusi filem itu disebabkan beberapa adegan ‘panas’ dan watak saya yang menggoda.

Saya pelakon baru dan masih mentah. Saya hanya melakonkan watak diberi dan mengikut arahan pengarah sebagaimana dalam skrip. Tidak pernah terbayang ia bakal mencetuskan kontroversi.

Kalau watak itu diberi kepada orang lain, pasti mereka juga menerimanya kerana ia peluang untuk bergelar pelakon dan mencari rezeki dalam dunia seni.

Bagaimanapun, jangan tuduh saya jalang kerana filem lakonan saya. Saya hanya ‘jalang’ di dalam filem tetapi tidak di luar. Yang pasti, watak itu memberi impak kepada penonton meskipun mereka memandang negatif kepada saya.

Saya sedar ramai beranggapan saya tidak berbakat dalam lakonan. Malah, tidak kurang juga menganggap saya ‘menjual’ tubuh sebagai batu loncatan untuk mengejar populariti.

Namun, jujur saya katakan saya tidak berpuas hati dengan lakonan dalam filem itu. Tetapi, ia mengajar saya banyak perkara mengenai dunia lakonan.

Walaupun ‘jalang’ mendapat kritikan hebat, watak yang saya bawa boleh dikira berkesan. Sekurang-kurangnya usaha menyampaikan nasihat dan mendidik penonton berjaya.

Saya tidak nafikan kecantikan seseorang pelakon menjadi kelebihan, namun tidak semua pelakon cantik dan kacak kerana yang lebih penting ialah bakat kami. Jadi, soal ‘jual’ tubuh seharusnya tidak menjadi isu kerana kami hanya melakukan tuntutan kerja.


ADELINE TSEN, 24:

(Pelakon drama Hotel Mania)



“TUBUH badan menarik dan rupa cantik tidak dinafikan adalah pakej bagi artis wanita, khasnya di kalangan generasi baru. Saya tidak nafikan pernah berpakaian seksi tetapi ia bukan untuk menjaja diri disebabkan mahu mengejar populariti, sebaliknya lebih kepada tugasan.

Contohnya, babak saya berpakaian mandi dalam filem Senario: Beach Boys serta sebagai gadis litar dalam Rempit V3 serta beberapa majlis lain. Itu semua untuk memenuhi keperluan skrip dan mengikut jalan cerita.

Walaupun bukan Islam, saya tetap menjaga batas susila kerana keluarga melarang saya melakukan adegan keterlaluan dan mereka awal-awal lagi meminta saya menolak tawaran yang memerlukan saya bergaya terlalu seksi atau melakonkan watak melampau seperti dirogol.

Seksi juga sebenarnya subjektif dan mungkin ada peminat menganggap seseorang artis ‘menjual’ tubuh dengan berpakaian atau beraksi melampau.

Ada juga pihak tertentu mahu saya berpakaian seksi untuk menunjukkan aset yang ada, kononnya ia baik untuk kerjaya, namun saya menolak melakukannya kerana beranggapan ada perkara yang boleh dan tidak untuk dilakukan.

Mungkin ada yang pernah melihat saya bergambar seksi dalam sesi fotografi. Bagaimanapun, saya anggap ia tidak melampau kerana tidak terang-terangan menunjukkan tubuh dan dalam masa sama saya masih menutup bahagian tertentu dengan pakaian.

Selain itu, ia tidak dilakukan setiap masa, sebaliknya hanya sekali-sekala mengikut kesesuaian. Saya tetap percaya bahawa penjagaan tubuh adalah perkara penting tetapi dalam masa sama, bakat juga memberi kita kelebihan utama dalam dunia hiburan tanah air.

Saya sedar, tiada gunanya ‘berperang’ untuk menjual tubuh masing-masing sedangkan lakonan tidak seberapa. Saya masih belajar dan mahu menimba sebanyak mungkin ilmu lakonan kerana serius dalam bidang ini dan tidak mahu berjaya kerana ‘menjual’ tubuh.”

Saturday, May 15, 2010

Artis miang, gedik terlampau!

BANYAK penyanyi lelaki dan wanita baru muncul sekarang sehinggakan kalau sebut nama mereka, SS belum tentu kenal. Kalau dah pihak media sendiri tak kenal, apatah lagilah dengan peminat di luar sana. Lainlah kalau sebut nama Yuna, satu Malaysia tahu siapa dia. Mungkin kerana persaingan hebat itu menyebabkan ada di antara mereka mencari jalan mudah untuk dikenali, seperti seorang artis wanita ini.
SS dengar dia terlalu terdesak untuk mengecap nikmat glamor sehinggakan sanggup berbuat apa saja asalkan namanya dikenali ramai. Jika dilihat namanya memang hijau sebagai artis kerana hanya menghasilkan single, bukannya album penuh. Kerana itu, dia merancang pelbagai cara termasuk menerusi cara yang kurang bermoral sebagai batu loncatan untuk mencipta publisiti.


Tidak dinafikan, penyanyi baru ini mempunyai pakej juga kerana tarikan yang ada padanya membuatkan ramai lelaki cair. Jadi dia mula masuk jarum dengan mendampingi penyanyi lelaki yang boleh dikatakan ada nama. Tujuannya tak lain tak bukan supaya mereka membantunya agar cepat dikenali dan yang keduanya untuk menimbulkan gosip supaya namanya menjadi sebutan. Kalau setakat nak berkawan tak kisahlah, tapi kalau dah 'mengendeng' dekat badan artis lelaki, apa kes pula? Dalam masa sama, dia juga dikatakan bermata keranjang kerana cepat jatuh cinta dengan artis baru yang kacak. Pantang nampak artis kacak, dia mulalah menunjukkan sikapnya yang menggoda itu. Siapa yang tak lemah kalau perempuan gedik mulakan dulu? Memang kes haru kerana selalunya lelaki yang goda perempuan. Nak buat macam mana kerana zaman dah berubah sekarang. Mungkin juga artis ini merasakan tak salah berbuat demikian asalkan namanya dikenali ramai. Tapi itu bukanlah cara orang yang bertamadun.


Bagaimanapun, SS terkejut apabila diberitahu yang artis itu sebenarnya berstatus isteri orang! Cuma dia sendiri yang enggan mendedahkan perkara sebenar apabila ditanyakan rakan. Agaknya dia bimbang sahamnya jatuh nanti. Yang paling mengerikan, SS mendapat tahu seorang artis lelaki yang rapat dengan artis ini pernah terima mesej berunsur ugutan. Pada SS perkara ini tak sepatutnya berlaku kerana pihak yang mengugut perlulah siasat dulu cerita sebenarnya. Janganlah membuat tuduhan melulu begitu saja kerana SS tak mahu peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam dunia seni tanah air satu ketika dulu berulang kembali.

Thursday, April 29, 2010

Suruh kawan goda suami

SEADANYA, kalau boleh biarlah si suami selalu menjadi hak kita seorang. Makan minumnya biarlah kita yang jaga. Begitu juga dengan tidur baringnya, biarlah kita yang melayannya. Tak sanggup SS nak berkongsi kasih dengan sesiapa.

Kawan SS, si Tipah Lentik tu bukan saja tak sanggup berkongsi suami, malah kawan hendak pinjam baju pun, dia tak bagi. Sanggup dia bertengkar dengan kawan baiknya itu. Tetapi cerita yang baru SS dengar ini membuatkan SS terlopong sekejap. Hendak percaya ke tidak. Bagaimanapun, melihatkan senario hari ini di mana wang beraja di mata dan di hati, apa pun boleh terjadi. Memang SS terkejut yang amat sangat selepas mendengar cerita yang pelik tetapi benar ini. Ke manakah perginya akal orang sekarang? Rakan SS ini bukanlah orang yang sempurna sangat. Dia juga manusia biasa yang kerap kali melakukan kesilapan tetapi dia memang tak boleh terima dengan apa yang dia nampak depan matanya. Pasangan suami isteri ini baru berkahwin di mana si isteri, seorang artis. Si suami pula orang biasa saja. Orang kata darah manis baru bergelar pengantin, jadi ke mana pergi mesti berdua termasuklah ke pusat karaoke. Memang tidak salah kita ke pusat karaoke kerana rakan SS pun ramai ke sana untuk melapangkan fikiran yang kusut. Sekarang pun dah banyak pusat karaoke dibuka untuk keluarga. Ada juga pusat karaoke yang menyediakan ruang untuk mengadakan majlis hari jadi dan sebagainya.


Bagaimanapun, cara artis itu dan suaminya menghiburkan hati di pusat karaoke itu amat berlainan dan istimewa sedikit daripada biasa. Mereka bukan pergi berdua tetapi artis itu turut mengajak beberapa rakan wanitanya sekali. Itu tak mengapa lagi kerana kata orang, 'the more the merrier'. Cuma yang peliknya, artis itu dengan tidak semena-mena meminta seorang kawannya melayan suaminya di depan matanya. Tak tahulah SS dia ikut mazhab mana. Maksud SS, dia minta kawan-kawannya senggol-sengolan, malah bercumbu dengan suaminya itu! Mulanya kawan itu segan-segan hendak menggatal dengan suami kawan sendiri tapi selepas artis itu sendiri beriya-iya sangat beri galakan, mereka pun apa lagi, joget sakanlah. Orang dah bagi lampu hijau, apa lagi kan? Tak tahulah pulak SS apa reaksi suami artis itu, sukalah agaknya kerana lelaki mana yang sanggup tolak 'rezeki'.


SS harap artis itu sedar apa yang dilakukannya. Kalau memang niat dia mahu suaminya terhibur malam itu, takkan tak ada cara lain. Buatlah kejutan beli kek 20 tingkat ke atau tabur selori bunga ros dalam bilik karaoke itu atau kalau tidak, hadiahkan jam tangan paling mahal di dunia. Entah apa muslihat dia sanggup buat begitu. Dunia, dunia

Monday, April 26, 2010

Farid Kamil, Diana Danielle sah pasangan kekasih!

Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my


Pengarah, pelakon letak tangan di bahu aktres remaja bertemu janji sehari selepas ABPBH 2009

APALAH nak jadi dengan sikap dan nilai moral segelintir artis yang semakin merudum sejak kebelakangan ini. Selain disabitkan dengan pelbagai kesalahan jenayah, golongan selebriti ini kerap menyalahkan media massa apabila pekung mereka dibongkar

Apabila sudah tak tahu di mana nak sembunyikan muka, mereka terus menuduh wartawan tidak beretika. Pada hal perbuatan negatif diri sendiri yang mengundang aib! Namun, dalam perkembangan lain, Zubir tertarik dengan laporan akhbar baru-baru ini yang mengatakan juara One In A Million musim kedua (OIAM2), Norayu Damit atau Ayu yang sebelum ini menghilangkan diri hampir 10 bulan, tiba-tiba muncul menjayakan konsert amal Kau Di Hatiku anjuran Adibah Noor Entertainment, dikatakan sanggup melarikan diri sambil berkaki ayam apabila menyedari wartawan sudah sedia menunggu di belakang pentas untuk menemubualnya!

Sebelum ini tersebar desas-desus, kononnya Ayu bernikah dengan seorang duda beranak dua dari Sauk, Kuala Kangsar, Perak. Khabarnya suami Ayu berumur lingkungan awal 20-an dan pernah bekerja di Bangi, Selangor. Namun, yang menjadi persoalannya, kenapa majlis pernikahan Ayu dibuat secara tertutup walhal dia penyanyi yang agak popular? Kini, khabarnya Ayu sudah pun bergelar seorang ibu.

Justeru, mungkin Ayu lari kerana tak mahu bertemu wartawan yang pasti mengajukan persoalan itu kepadanya. Tapi, apabila melarikan diri, jelas menampakkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

Berterus-teranglah Ayu kerana ada kalanya kebenaran memang pahit untuk ditelan. Sebenarnya, Zubir sendiri sudah melalui pengalaman artis melarikan diri daripada wartawan atau main ‘kejar-kejar’ dengan pihak media. Harap-harap Zubir tak perlu mengejar Ayu di belakang pentas Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) apabila dia dilaporkan akan muncul membuat persembahan 2 Mei ini.
Terlanjur jauh bercerita hari ini, Zubir sebenarnya ingin berkongsi khabar gembira mengenai pasangan artis popular yang sedang garing dan ranum di pasaran ketika ini - Farid Kamil dan Diana Danielle yang dicanang sedang menyemai benih cinta.

Namun, sehingga hari ini belum keluar sebarang kenyataan rasmi daripada mereka. Sebenarnya memang tak perlu tunggu mereka mengaku pun. Ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, masing-masing bijak membawa diri. Kedua-duanya tidak duduk rapat, tetapi tidaklah pula berjauhan sangat. Masih boleh berbual sesama sendiri.

Pun begitu, sehari selepas berlangsungnya ABPBH 2009, ada peminat terserempak dengan Farid dan Diana keluar dating di Ampang Point! Apa lagi, perkhabaran gembira itu terus dilaporkan kepada Zubir apabila peminat berkenaan dapat melihat dengan jelas Farid meletakkan tangannya di bahu Diana dan mereka berjalan beriringan penuh romantis umpama pasangan kekasih yang tidak dapat dipisahkan lagi!

Farid dilaporkan mengenakan kemeja, manakala Diana kemeja-T putih dan jeans. Waktu itu sekitar jam 6 petang hingga 7 malam berhampiran sebuah kedai jam di aras paling bawah pusat beli belah berkenaan. Namun, apabila Farid menyedari gelagat mereka diperhatikan, dia pun cepat-cepat melepaskan tangannya daripada bahu Diana! Alahai, malu-malu pula.

Zubir terus mendapatkan komen Diana berhubung perkara itu.
“Memang saya bersama Farid ketika itu. Farid menemani saya beli barang-barang keperluan dapur. Saya tak perlu berselindung apa-apa,” kata Diana berterus-terang.

Namun, sebaik saja ditanya adakah dia dan Farid sedang dilamun cinta, Diana tidak mampu memberikan sebarang jawapan, sebaliknya menyerahkan kepada peminat membuat penilaian. Diana mungkin kehilangan kata-kata apabila diajak berbicara soal hati dan perasaannya terhadap Farid, namun dengan sedikit pengakuan daripadanya, sudah cukup membuktikan memang wujud perasaan cinta antara mereka.

Seperkara lagi, sekiranya perbincangan berjalan lancar, peminat mungkin berpeluang melihat mereka bergandingan sebagai pasangan kekasih menerusi drama bersiri terbaru terbitan Global Station Sdn Bhd milik Datin Zaiton Mohamad Jiwa. Khabarnya judul drama itu Kahwin Lari, oopss!

ZUBIR: Harap dapat bertemu Krisdayanti (KD) pada AIM17, nak dengar sendiri pengakuan mengenai ‘kekasih gelapnya’, Raul Lemos

Wednesday, April 21, 2010

Jawablah!: 'Bila kami bergaduh?'

QUE HAIDAR dan Linda Jasmine pada majlis Anugerah Bintang Popular 2009 di Arena of Stars, Genting Highlands.

QUE HAIDAR dan Linda Jasmine pada majlis Anugerah Bintang Popular 2009 di Arena of Stars, Genting Highlands.

MENERUSI ruangan Dengarnya... kelolaan Normah Becok yang disiarkan semalam, ada sebuah artikel yang menceritakan mengenai drama sebabak yang dilakonkan pasangan suami isteri terkenal, Que Haidar dan Linda Jasmine. Berdasarkan cerita yang dilaporkan ruangan yang cukup sensasi itu, drama yang dimaksudkan bukanlah drama sebenar yang mempunyai pengarah. Sebaliknya, pasangan ini dikatakan bergaduh di dalam kereta berdekatan sebuah pusat beli belah terkemuka di pinggir ibu kota.

Apabila dua selebriti terkenal bertekak di tempat terbuka seperti itu tentunya ia menjadi perhatian banyak pihak. Jika benarlah Que dan isterinya mempunyai masalah ketika itu, adalah lebih baik mereka menyelesaikannya di dalam rumah dan bukannya di khalayak ramai seperti yang berlaku. Tak pasal-pasal, tindakan mereka itu menjadi buah mulut orang.

Bagaimanapun, ketika dihubungi si empunya diri, Que menolak dakwaan yang dia dan isterinya bergaduh seperti yang ditulis di dalam artikel itu. Sebaliknya, kata pemenang kategori Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 ini, apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham semata-mata. Tegas Que, dia dan isteri masih boleh berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan yang boleh mencemarkan imej dan reputasi mereka sendiri. Menerusi perbualan itu, pemilik nama penuh Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ini turut menjawab pelbagai persoalan yang diajukan bermula dengan perihal rumah tangganya hinggalah kepada prestasi pelajar AF8 yang dikatakan lemah sehingga membuatkan program realiti musim terbaru itu hambar serta tidak menjadi bualan.

Hip: Benarkah Que dan isteri bergaduh di kawasan terbuka seperti yang didakwa dalam artikel terbabit?

Que:
Bergaduh? Bila? Sebenarnya kami tak bergaduh seperti yang ditulis dalam artikel itu. Tapi saya tak nafikan yang memang berlaku satu insiden membabitkan kami berdua. Mungkin ada yang nampak kami suami isteri seperti sedang bergaduh tetapi hakikat sebenar yang berlaku adalah berlakunya kehilangan telefon. Bayangkan, situasi pada masa itu memang agak menekan.

Sudahlah Linda kehilangan telefon kemudian pada masa yang sama, bapa mentua pula mahu menghubungi kami. Apabila berada di dalam keadaan kelam kabut seperti itu, tentunya sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kami. Hari pula hujan, jadi keadaan pun menjadi tegang. Tapi itu bukanlah bermakna kami bergaduh. Kami masih boleh menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Buat apa nak buat perkara yang memang boleh menjejaskan reputasi kami berdua.
Hip: Tapi situasi itu dilihat seolah-olah Que menjadi mangsa kegarangan Linda. Pendek kata Que seperti kena Queen Control. Komen sikit?

Que:
Dalam hal ini, ia tidak ada kaitan dengan soal kena kawal atau tidak dengan Linda. Biasalah dalam perkahwinan, pasti ada ketika berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Antara kami, saling hormat menghormati. Saya hormat Linda, dia hormat saya sebagai suami. Lagipun dia menerima saya seadanya dan begitu juga saya. Kalau ada yang melihat Linda lebih garang, itu memang karakter dia dan karakter itu memang sudah lama saya kenali. Begitu juga dengan saya yang sememangnya mempunyai perwatakan yang berbeza dengan Linda. Dia nampak garang manakala saya pula lebih bersikap lucu. Apa yang penting, kami saling bersefahaman dan saling bertolak ansur demi kerukunan rumah tangga.

Hip: Baru-baru ini, ramai yang mengkritik penampilan Linda dalam majlis kerana dia sering kelihatan seksi. Sebagai suami apa komen Que?

Que:
Saya sebenarnya lebih terbuka dalam soal penampilan Linda. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pakaian Linda sebenarnya saya yang pilih. Malah dia juga turut merujuk kepada saya dalam soal berpakaian. Bagi saya, ada perkara yang lebih besar yang boleh dikritik dan bukannya pakaian isteri saya saja. Kalau soal aurat yang hendak diperkatakan, baik mereka melihat perkara ini secara keseluruhan dan bukannya perkara mikro seperti ini. Setiap orang mempunyai pendirian yang berbeza dalam apa juga situasi. Jadi saya harap semua pihak memahaminya dan tidak memperbesarkan lagi isu ini.

Hip: Sebagai tenaga pengajar AF8, apa komen Que apabila ada yang mengatakan pelajar musim ini tidak berkualiti menyebabkan program itu sendiri kurang menjadi bualan ramai?

Que:
Saban tahun, kita sebenarnya menghadapi masalah yang sama. Bagi saya, apa yang berlaku adalah kebanyakan pelajar yang terpilih berdepan dengan situasi baru. Ada di antara mereka yang tidak pernah naik pentas, tidak biasa membuat persembahan di tempat terbuka dan ada juga yang hanya menyanyi di bilik air. Malah pengalaman baru mereka menjejakkan kaki ke ibu kota juga membuatkan mereka kelihatan agak kekok sekali gus menjejaskan persembahan mereka. Berilah mereka peluang untuk menonjolkan bakat mereka. Proses ini memang mengambil masa yang agak lama. Namun saya tak nafikan yang ada di antara mereka menunjukkan perkembangan yang positif setiap minggu dan tak kurang juga yang konsisten.

Hip: Sudah lama Que tidak muncul dengan produk baru, apakah ini bermakna desas-desus yang mengatakan Que akan bersara itu benar?

Que:
Bukan hendak bersara, sebaliknya saya kini lebih selektif dalam memilih watak. Kalau sebelum ini saya sedaya upaya membuktikan yang saya boleh berlakon dan sudahpun terbukti hasilnya, jadi kali ini saya mahu memberi kepelbagaian dalam karier lakonan saya. Saya teringin berlakon dalam sebuah filem yang menitik beratkan soal seni seperti filem Pasir Berbisik. Saya mahukan sesuatu yang lebih bermakna dalam portfolio kerjaya saya.Mungkin ada yang beranggapan filem seperti ini kurang nilai komersial. Tetapi sebagai pelakon, itulah yang saya dambakan. Rasa lebih puas dan kemampuan lebih teruji apabila membabitkan diri dengan filem seperti itu

Hanya kawan!

Dira Abu Zahar

Oleh Zaidi Mohamad

zaidim@bharian.com.my

Dira nafi Zahiril, aktor yang sedang mengukir nama dalam bidang lakonan punca perceraiannya dengan Ash, pada 8 April lalu

LUMRAH dalam perkahwinan yang berakhir dengan perceraian, selain disabitkan dengan kurang persefahaman atau tiada jodoh, faktor orang ketiga juga sering dijadikan punca. Perkara yang sama juga terjadi dalam rumah tangga finalis Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Dira Abu Zahar, 26, dengan suaminya, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau Ash

Perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan lagi dan disahkan bercerai pada 8 April lalu di Mahkamah Syariah, Kajang. Dalam kemelut itu, nama Pelakon Lelaki Harapan Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22, Zahiril Adzim turut sama terpalik kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan Dira. Malah sebelum Dira, Zahiril pernah juga dikaitkan dengan Natasha Liana Hudson selepas pelakon dan model itu menjanda. Sebagai membuktikan apa yang diperkatakan orang itu sebagai gosip, Hip undang Dira dan Zahiril bersatu dalam persalinan Anizam Yusof yang baru saja memenangi kategori Pakaian Terbaik Selebriti Wanita di ABPBH 2009 lalu. Ternyata pelawaan itu disambut baik. Mereka begitu selamba dan profesional walaupun ada ketikanya gerak tubuh bagaikan berkata barangkali ada sesuatu dalam hubungan itu.

Andai ditanya, sejauh mana hubungan mereka, jawapan yang terpacul daripada mulut masing-masing ialah ‘rapat gila’. Persamaan kedua-duanya yang dilabel sebagai kaki melatah ternyata mewarnai sesi fotografi ini apabila mereka sering mengusik sesama sendiri. Mereka sedar ada yang mengandaikan rona cinta semakin mekar tetapi yang jelas hubungan mereka tidak lebih daripada rakan seperjuangan yang sentiasa menyokong.

Hingga pada saat akhir Dira memerlukan teman kala menghadiri ABPBH 2009, Zahiril yang kebetulan tidak terikat dengan sebarang komitmen kerja sudi menemaninya atas dasar memberi sokongan moral. Malah kerana hal itu juga kononnya wujud cerita bahawa Ash sudah naik berang dan mahu bersemuka dengan Zahiril di Genting Highlands. Secara kebetulan Ash juga terbabit membuat persembahan malam itu bersama Azlan & The Typewriter.

“Saya sudah terangkan kepada dia (Ash) mengenai hal sebenar antara saya dengan Zahiril. Tapi jika dia memikirkan yang sebaliknya, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya tiada kuasa dan tidak mempunyai hak untuk mengawal pemikirannya sekalipun saya pernah sehidup dengannya sebagai suami isteri sebelum ini,” ungkap Dira di awal bicara mengenai emosi bekas suaminya itu.
Menurut Dira, sebagai manusia biasa, dia tidak menjangka atau jauh sekali merancang perpisahan antaranya dengan bekas suami. Malah kenangan sewaktu berada di bilik mahkamah ketika kes perceraian dibicarakan masih terbayang apabila talak yang sudah lama jatuh itu disahkan akhirnya. Cuma kini yang perlu diutamakan ialah keperluan anak, Tengku Anggun Deandra yang menjadi bukti kepada usia tiga tahun perkahwinan mereka pernah termeterai.

“Anak di bawah jagaan saya, tetapi dia (Ash) tidak perlu mempersoalkan atau bertanyakan haknya sebagai bapa. Saya tidak akan menyekat haknya bertemu anak kami pada bila-bila masa yang perlu. Malah setiap kali keluar rumah mencari rezeki, saya perlu terus kuat semangat meneruskan hidup demi survival diri dan anak. Anak juga nyawa saya.

“Kalau nak ikutkan perasaan hati yang berkecamuk, boleh jadi kacau bilau juga rasanya. Cuma bila saya sibukkan diri dengan kerja dan alhamdulillah sedikit sebanyak masalah itu dilupakan sementara waktu. Mujur juga ada kawan yang memberikan sokongan moral sekali gus dapat menghilangkan tekanan,” katanya sambil memberitahu dia menerima dengan hati terbuka andai jodoh dengan Ash bertaut kembali.

Mereka mula rapat ketika sama-sama terbabit dalam drama Merah Putih di TV3. Selepas itu mereka digandingkan lagi dalam telefilem Seratus Hari Jadi. Seterusnya, Zahiril mempelawa Dira berlakon teater termasuk teater Tanda. Mereka berdua masing-masing mengambil berat dan tahu.

“Kasihan juga dia yang dituduh sebagai punca perceraian saya. Andai suatu hari nanti saya ditakdirkan bersatu dengan Ash lagi, saya tetap tidak akan mengabaikan kawan termasuk Zahiril. Tiada terma atau istilah saya akan melupakan kawan. Saya dan Zahiril berkongsi pandangan yang sama termasuklah hal berkaitan peribadi.

“Saya senang hati berkawan dengannya. Dia tidak menyusahkan dan memeningkan kepala. Sebagai kawan, perasaan sayang itu tidak lebih daripada persahabatan.

Mungkin kerana usia yang dekat, kami senang bercerita. Malah saya sering menasihati dia mengenai wanita pilihannya. Dengan apa yang terjadi, saya juga tidak pantas mencari pengganti dalam masa terdekat. Lagi pun siapa nak dekat saya?” katanya yang masih sibuk di lokasi penggambaran drama epik fantasi Arjuna arahan Helmi Halim di TV3 dan drama epik Akinabalu untuk slot Suatu Ketika, Astro Citra.

Bukan Dira di hati Zahiril

Dira, Ash dan anak mereka, Angun

SEMENTARA itu, Zahiril pula berkata, dia kini sedang mengenali hati seseorang. Bagaimanapun, wanita yang dimaksudkannya bukan Dira sebaliknya hanya gadis biasa yang tidak langsung terbabit dalam dunia seni. Jadi pengakuan Zahiril secara jelas menidakkan gosip dengan Dira.

“Lalu, kalau ada yang masih beranggapan saya menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Dira dan Ash, saya minta tunjukkan bukti. Tiada apa yang nak disembunyikan dan kami memang rapat hanya sebagai kawan. Cuma saya sedar menjadi figura awam ini, pasti ada mulut yang terus bersuara. Saya pun tahu memang ada yang mengatakan kami bercinta.

“Hakikatnya orang di luar sana hanya menjatuhkan hukum dan tidak tahu situasi sebenar yang terjadi. Saya dengan Dira serasi dalam soal kerja. Akrab kami hingga masing-masing begitu lancang bercakap dan ‘memaki hamun’ sesama sendiri untuk menegakkan pendirian. Sebelum ini ketika kecoh rumah tangganya berantakan, saya tahu tapi malas nak ambil pot lebih-lebih.

“Yang jelas, dia mempunyai bakat besar dalam seni. Maka sebab itu, saya tarik dia menyertai teater di bawah bumbung Rumah Anak Teater. Saya perkenalkan dia kepada Namron. Dia jenis pelakon komersial tetapi boleh terbabit dalam kerja indie yang berbajet rendah ini,” katanya yang tengah bercuti seketika daripada terikat dengan komitmen seni.

Mengenai Ash, Zahiril memberitahu sebelum ini dia tidak mempunyai masalah dengannya. Cuma sekarang dengan apa yang terjadi, Zahiril seperti mangsa keadaan yang berdepan dengan situasi yang dilihat merumitkan. Kata Zahiril, mungkin Ash yang ada masalah dengannya.

“Saya memahami situasi Ash yang patah hati. Jadi saya tidak mahu bersemuka dengannya kerana bimbang akan terjadi tindakan di luar kawalan. Saya okey dengannya tapi kalau sebaliknya saya tak pasti pula,” katanya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Zahiril akan terbabit dengan penggambaran filem ketiganya, Tolong Awekku Pontianak arahan James Lee bulan depan. Filem itu dilakonkannya selepas Kami The Movie dan Karaoke. Kerana filem itu juga, difahamkan dia kecewa kerana terpaksa menolak tawaran sebuah drama akibat pertembungan tarikh gara-gara ditunda penggambarannya.

“Alhamdulillah, rezeki saya berlakon masih ada. Ada kerja yang saya lakukan sebab mahu mencari duit demi menampung kehidupan tetapi ada juga tawaran yang saya terima demi keghairahan dalam dunia seni iaitu dengan memilih karakter yang besar dan benar-benar menguji.

“Insya-Allah dalam masa yang sama, saya juga dalam perbincangan dengan syarikat penerbitan, Oxygen Media untuk menulis buku antologi puisi pada tahun ini. Puisi itu ditulis saya dan akan dikumpulkan. Ada puisi yang dimaksudkan saya sudah masukkan di dalam blog dan ada juga yang berada di dalam simpanan,” katanya sambil berharap gosip ini tidak akan dikeruhkan lagi.

Sunday, April 18, 2010

Alkisah: Pelakon lelaki kikis duit teman wanita



APALAH nak jadi dengan pelakon lelaki seorang ni. Perangainya mengalahkan `jembalang' tanah. Nak kata berlakon hebat sangat, rasanya tidak malah sekarang sudah jarang melihat kelibatnya di kaca TV. Kalau berlakon filem, jauh sekalilah. Peliklah juga, tetapi risik punya risik, Raja tahulah sebab musababnya.


Dia ni seorang yang berlagak, bongkak dan perasan bagus. Memang tak kuasalah orang produksi melayannya. Ramai lagi pelakon lelaki yang kacak dan bagus boleh diketengahkan, tak rugi pun tak ambil `mamat perasan bagus' ni berlakon

Seorang teman sudah buka cerita, dia memang bengang habis dengan pelakon perasan bagus ni. Selain suka tukar teman wanita, si pelakon pernah membuntingkan anak dara orang. Kecoh jugalah ketika itu, apabila keluarga teman wanitanya masuk campur dan minta si pelakon bertanggungjawab. Kecut perut jugalah keadaannya dan memaksa keluarganya yang bukan calang-calang orang campur tangan. Si pelakon ni memang anak emak, jadi ibunya sudah meletakkan `helah' supaya si gadis menggugurkan kandungan terlebih dulu sebelum menyatukan mereka.

Si gadis ni terpedaya dan ikut saja kemahuan keluarga si pelakon, sudahnya selepas menggugurkan kandungan, mereka lepas tangan. Malah, asyik dia mengelak nak jumpa gadis itu dan keluarganya. Kesian si gadis dan keluarganya, kena tipu hidup-hidup. Mujurlah keluarga gadis itu tidak menyimpan dendam, kalau orang lain mungkin dah koma si pelakon dikerjakan seperti seorang penyanyi lama dulu. Gara-gara mempermainkan anak gadis orang, si penyanyi dilanyak cukup-cukup hingga koma berbulan-bulan di hospital.

Terbaru, khabarnya seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mencari si pelakon ini. Ini disebabkan si pelakon sudah merosakkan anak daranya. Bukan saja body dan maruah tergadai, malah duit dalam akuan anak datuk berkenaan licin dikerjakan si pelakon. Bukan sedikit tau, khabarnya berpuluh-puluh ribu juga. Datuk berkenaan naik angin dan khabarnya mahu mengupah samseng melayakkan si pelakon yang kurang ajar itu.

Yalah... hati mana yang tak panas, anak gadis berusia awal 20-an diajar benda bukan-bukan hingga terjebak dengan aktiviti sosial. Duit pula habis dikebas, sudahnya esok lusa gadis itu ditinggalkan terkontang kanting. Si pelakon bukan hidup bujang lagi, sudah ada isteri dan anak. Memang malang nasib isterinya, terlalu percayakan suami tetapi di belakang, suami main kayu sepuluh. Sebab apa Raja cakap kayu sepuluh, sebab si pelakon memang suka bertukar teman wanita. Bukan gadis anak Datuk itu saja teman wanitanya, tapi ada ramai lagi gadis tertipu dengan mulut manisnya yang pandai berkata-kata meskipun wajahnya bukanlah kacak pun. Entahlah dunia, dunia...

Alkisah: Remaja hina Din Beramboi

pix_gal0
DUNIA dah akhir zaman agaknya. Semakin ramai remaja tidak lagi menghormati orang tua, malah orang yang sudah meninggal dunia pun boleh dihina dan dimaki hamun sesuka hati. Raja benar-benar `terpukul’ dan sedih apabila mendapat tahu seorang remaja berusia 14 tahun mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap arwah Din Beramboi sesudah pelawak itu meninggal dunia pada Jumaat minggu lalu.

Apa salah arwah agaknya sampai remaja lelaki dari Kuantan, Pahang itu sanggup mengeluarkan ayat `Al-F***’ untuk Din Beramboi’ menerusi laman Facebooknya. Memang melampau budak kepala suku ni! Mungkin bukan Raja saja yang marah dan sakit hati, malah keluarga, sahabat dan peminat arwah lebih terhiris hati mendengar budak hingusan ni mencarut.
Bagi Raja, remaja yang menggunakan nama Rafiqin Darwisy ni memang kurang ajar. Nama saja cantik tapi perangai mengalahkan anak jin, anak syaitan! Apa jenis manusia ni agaknya? Entahlah, buat malu mak bapa dia saja, dah tentu bila jadi macam ni, orang luar akan menyalahkan mak bapa tak pandai nak ajar anak. Sedangkan mak bapa dah bagi ilmu agama yang cukup, cuma budak ni saja yang tak makan diajar. Kalaulah bertemu Raja, memang Raja cili mulut sampai bisu...

Yang peliknya, budak ‘sengal’ ni langsung tak rasa bersalah bila kena tarbiah dan nasihat dengan blogger, malah bertambah angkuh mengatakan dirinya malaikat yang diupah Tuhan untuk mengutuk Din yang ..... (kata kesat). Kalau ya pun kau marah dengan gurauan arwah Din yang kita tahu agak kasar tapi arwah bukan mengata kau, bukan bergurau dengan kau. Apa hal yang kau nak emosional lebih-lebih ni?

Raja rasa budak ni hanya inginkan perhatian, tak kisah apabila kesudahannya kena carut atau maki hamun berbakul dengan blogger lain. Itu mungkin memberi kepuasan pada dia agaknya. Ataupun, budak ni memang dah ‘wayar putus’ seurat, tu yang boleh hentam, maki orang dah meninggal dunia.

Apapun, Raja harap budak ni cepat insaf dan ibu bapanya turut sedar kesilapan yang dilakukan anaknya itu. tegurlah remaja ini. jangan nanti lama kelamaan biadapnya mungkin makin menjadi-jadi...
Ini bukan soal remeh, ini soal maruah orang yang sudah meninggal dunia. Tak fikirkah apa perasaan isteri dan anak-anak arwah serta saudara maranya yang lain? Raja nak tanya Rafiqin Darwisy, apa perasaannya jika suatu hari nanti ibu bapanya pula dimaki dan dihina dengan perkataan kesat selepas meninggal dunia? Apa kau rasa?

Di kesempatan ini, Raja nak ucapkan takziah pada keluarga arwah Din. Raja turut simpati mendengar berita rumah mereka di Sungai Buaya, Rawang, Selangor dipecah masuk pencuri selepas tiga hari arwah meninggal dunia.

Hai, sampai hati mereka meragut kenangan yang ditinggalkan arwah untuk isteri dan anak-anaknya. Manusia semakin kejam, kan?

Al-fatihah buat arwah Din, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin...

Gosip cinta mengarut!: Syamsul tolak dakwaan hatinya dipermainkan Scha

MENJELANG 2010, anak teruna pasangan Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail - Syamsul, 26, terus menjadi kebanggaan keluarga Skop Production apabila dia tampil dengan filem terbaru arahannya, Evolusi KL Drift 2 (EKLD2), sekali gus mencatat sejarah apabila menjadi filem termahal terbitan Skop setakat ini dengan kos pembikinan mencecah RM2.5 juta!

Pastinya menjelang 25 Mac ini, jantung Syamsul semakin kuat berdebar menanti reaksi penonton apabila EKLD2 lakonan bersama Scha Alyahya, Farid Kamil, Remy Ishak, Aaron Aziz dan Shaheizy Sam mula menjengah pawagam.

Pun begitu, apabila diamati barisan filem arahan Syamsul sebelum ini sehingga yang terbaru EKLD2, dia turut memegang watak utama. Benar, semua filem berkenaan terbitan syarikat keluarganya sendiri, justeru terpulanglah kepadanya untuk mencorak karya berkenaan asal saja ia meledak di pawagam. Namun, tindakan Syamsul bergelar pengarah dan teraju utama, boleh diibaratkan sebagai ‘artis gila kuasa’, apa komennya? “Apa salah saya mengasah bakat dalam produksi sendiri? Selagi filem arahan saya mendapat sambutan dan ayah pula memberi kepercayaan, saya akan teruskan. Lagipun saya percaya pada bakat. Kalau tak ada bakat, saya tak mahu berlakon, buat malu saja,” katanya.

Apabila bercakap mengenai bakat dan populariti, rasanya Syamsul belum mencapai kedua-duanya. Sebagai bukti, empat watak dalam EKLD2 yang dibawakan Scha Alyahya, Farid Kamil, Aaron Aziz dan Remy Ishak, semuanya tercalon menerusi kategori masing-masing dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 yang akan berlangsung pada 4 April ini.

Kata Syamsul, bakat dan populariti adalah dua perkara berbeza. Namun, dia menganggap kedua-duanya amat penting dalam karier seseorang artis itu.

“Bakat adalah anugerah Tuhan, manakala populariti datang dengan sendiri. Lagipun populariti memerlukan masa. Bagi saya, buktikan dulu hasil kerja kita kepada peminat, baru populariti datang. Tak dinafikan, bakat dan populariti berjalan seiring dan sama penting,” jelas Syamsul.
Terdengar desas-desus, ketika pembikinan EKLD2, Syamsul pernah mendekati Scha, namun bekas kekasih Fahrin Ahmad itu umpama jinak-jinak merpati, apabila ingin ‘ditangkap’ ia terbang, sekali gus ada dakwaan memberitahu, Syamsul kecewa apabila berasakan dirinya dipermainkan Scha.

“Mengarut! Ketika penggambaran EKLD2, Scha masih bercinta dengan Fahrin (Ahmad). Saya tak pernah ‘tersangkut’ dengan Scha! Saya dan Scha sekadar berkawan baik apabila sama-sama berlakon, kami mencari keserasian. Kalau boleh, saya tak mahu lagi bercinta sesama artis. Pengalaman lalu banyak memberi pengajaran, banyak dugaannya,” akuinya berterus-terang.

Justeru, ketika ini Syamsul dilaporkan masih berkawan rapat dengan seorang pelajar, Nabila Fatima, 18, apabila perhubungan itu dikatakan mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

“Persahabatan kami terjalin atas perkenalan keluarga masing-masing. Biarlah keadaan menentukannya, saya reda. Namun, fokus saya ketika ini adalah terhadap kerjaya,” kata Syamsul yang bakal muncul dengan satu lagi filem arahannya, Khurafat, dalam genre seram yang bakal ditayangkan penghujung tahun ini.

Selain itu, beliau juga kini dalam proses perbincangan untuk menghasilkan filem genre romantik-komedi, Aku Bukan Tomboy (working title) yang berkemungkinan beliau juga berganding sekali lagi dengan Scha.

Selain itu, terdengar juga ura-ura persahabatan Syamsul dengan Farid Kamil agak dingin, gara-gara kononnya Syamsul sukar menerima kenyataan, Farid ketika ini sedang menjalin hubungan serius dengan bekas kekasihnya, Diana Danielle. Sejauh mana kesahihannya?

“Saya tak ada masalah dengan Farid (Kamil). Ia sekadar khabar angin yang tak berasas. Bagi saya, desas-desus ini timbul apabila Farid dilaporkan bercinta dengan Diana (Danielle). Farid nak berkawan atau bercinta dengan Diana, itu hak masing-masing. Saya tak ada kena mengena. Buku lama saya dah tutup. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang, saya lebih tenang,” kata Syamsul yang juga penyampai trofi pada malam ABPBH 2009.

Scha akui Awal penuhi kriteria lelaki idaman

SEMENTARA itu, Scha yang juga finalis Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2009, dilaporkan terus selesa apabila semakin banyak undian diterimanya. Tambahan pula, drama bersiri popular Astro Ria, Awan Dania 2 sedang ligat berputar di kaca TV. Pada masa sama, filem terbaru lakonan Scha, EKLD2 akan menemui penonton 25 Mac ini, sekali gus memberi kelebihannya kepadanya meraih undian lebih tinggi pada saat akhir.

Pun begitu, dalam kerancakan menanti malam gilang gemilang ABPBH 2009 di Genting Highlands apabila Scha juga diberi peluang sebagai penyampai trofi berpasangan dengan cinta barunya, Awal Ashaari, dia terpalit situasi kurang enak. Tidak semena-mena, nama Scha turut terheret dalam kancah kontroversi antara kawan baiknya, Linda Onn bersama bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad di mahkamah.

Difahamkan, Linda Onn menerusi peguamnya mengaitkan nama Scha dalam situasi dirinya bersama Fahrin yang kini sedang berdepan dengan kes saman fitnah. Khabarnya, sebaik saja Scha mengetahui berita itu, beberapa hari dia tidak berhubung dengan Linda, kononnya dia amat kecewa dengan tindakan penyampai radio SuriaFM itu yang tergamak mengheret namanya ke mahkamah. Sejauh mana kebenarannya?

“Terus-terang, saya memang terasa hati dengan situasi itu, bukan kecewa... Saya hanya mendapat tahu nama saya dikaitkan dalam kes Linda (Onn) dan Fahrin (Ahmad) selepas membaca berita di akhbar. Ada juga peminat Linda yang menyalahkan saya, kononnya saya ‘cuci tangan’ apabila tidak mahu terheret sama ke mahkamah.

“Padahal, perbalahan hanya berlaku antara Linda dan Fahrin, tapi saya pula terkena tempiasnya apabila peminat nampak saya berkawan baik dengan Linda sebelum kes saman menyaman ini tercetus.

“Sekarang nama saya sudah terheret sama. Apa lagi yang mampu saya lakukan? Justeru, saya biarkan situasi berkenaan berjalan begitu saja, tak ada apa lagi yang perlu dikesalkan. Kini, saya hanya tunggu tindakan selanjutnya daripada peguam yang mewakili Linda mahupun Fahrin. Sekiranya dipanggil ke mahkamah, saya sedia memberikan kerjasama,” jelasnya dalam nada sedikit kecewa.

Bagaimana hubungan baik Scha bersama Linda ketika ini, adakah dingin?
Kata Scha, dia sudah berkawan baik dengan Linda sebelum tercetusnya kes mahkamah ini lagi.

“Apa lagi yang mampu saya katakan? Sekarang ‘benda’ dah jadi, takkan saya nak anggap Linda musuh pula. Segala-galanya terpulang kepada nawaitu, niat saya berkawan dengan Linda, memang ikhlas, bukannya ada agenda tersembunyi atau berkomplot menjatuhkan mana-mana pihak,” katanya berterus-terang.

Seorang kawan baik seperti Linda, pasti tidak tergamak mengheret kawan sendiri ke perdebatan di mahkamah. Berdasarkan situasi ketika ini, menunjukkan Linda seolah-olah bukan teman sejati, sebaliknya didakwa cuba melepaskan diri sendiri. Apa komen Scha?

“Saya perlu melihat dari sudut positif. Seboleh-bolehnya saya tak mahu berprasangka buruk pada orang lain terutama Linda. Saya sekadar membantu Linda setakat yang terdaya saja. Yang lain-lain, saya serahkan pada ketentuan Tuhan. Saya reda dengan qada dan qadar. Insya-Allah kebenaran akan menyebelahi pihak yang benar,” jelas Scha yang sedikitpun tidak menyalahkan Linda dalam situasi berkenaan.

Beralih kepada cinta barunya yang kini menjalin hubungan serius dengan Awal Ashaari, Scha mengakui, pelakon, pengacara dan penyanyi itu memiliki kriteria yang dicarinya selama ini selepas hampir lima bulan menjalin persahabatan.

“Berilah saya peluang untuk lebih mengenali dirinya (Awal). Bagi saya, hubungan yang serius ketika ini tidak menjanjikan sebarang kepastian. Masih terlalu awal untuk melabel kami sebagai pasangan kekasih. Apa-apa saja boleh berlaku dalam perhubungan ini. Justeru, kami lebih selesa begini (berkawan rapat). Kami sekadar merancang yang terbaik dalam perhubungan, selebihnya berserah saja pada Tuhan,” kata Scha penuh makna.

Bagi tahun kedua, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) sekali lagi menunjukkan sokongan padu sektor korporat dalam memartabatkan industri hiburan tanah air dengan menjadi antara penaja utama ABPBH 2009 bersama nilai tajaan melebihi RM215,000!

Kereta Nissan X-Trail 2.0L bernilai RM130,000 menanti Bintang Paling Popular 2009, manakala Nissan Grand Livina 1.6L berharga RM86,000 diberikan kepada pembaca bertuah yang memberikan slogan paling kreatif menerusi borang undian ABPBH 2009 yang disiarkan menerusi Berita Harian dan Berita Minggu mulai 22 Januari hingga 19 Mac lalu

Sunday, April 11, 2010

Biar peminat menilai

KUALA LUMPUR: “Biar peminat menilai sendiri kerana mereka lebih bijak. Saya tidak mahu memberi sebarang komen,” kata pelakon, Fasha Sandha, 26, berhubung isu konfliknya dengan Nora Danish, 28, yang dikatakan kembali panas.

pix_middle

Segala-galanya bermula apabila Nora dikatakan menghantar mesej perkataan ‘boo boo boo’ menggunakan Twitter selepas Fasha di ‘boo’ penonton ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena Of Starz Genting Highlands, Ahad lalu.


Nora kemudian didakwa menghantar mesej provokatif dalam bahasa Inggeris yang antaranya berbunyi ‘Akui kesalahan yang awak lakukan dan minta maaf. Jangan jadi hipokrit. Orang ramai bukannya bodoh’.


Fasha membalas dengan menyampaikan mesej, juga dalam bahasa Inggeris dengan bertanya adakah dia hipokrit dan bertanya adakah Nora cukup sempurna. Fasha memberitahu dia percaya Nora tidak sempurna dan mempertikaikan sikap Nora yang membuat penilaian terhadap orang lain.


Episod ‘bidas membidas’ Fasha dengan Nora bermula dari Ahad hingga Rabu lalu sebelum Nora dikatakan menghentikan mesej yang ada kaitan dengan Fasha.

Begitupun, berdasarkan mesej kepada rakan menggunakan medium sama, Fasha menyifatkan ‘perbalahan’ berkenaan sesuatu yang melucukan kerana dia tiada masa untuk bergaduh, apatah lagi dalam keadaan dia kini gembira.


Mengenai isu di ‘boo’ penonton, Fasha berkata, ia tidak meninggalkan kesan terhadap dirinya.


Katanya, dia tetap bersyukur kerana masih dicalonkan untuk Top 5 ABPBH 2009 kategori Artis Wanita Baru Popular dan Pelakon Drama TV Wanita Popular yang membuktikan dia masih ada pengikut.


“Saya tidak kecewa kerana hanya sebahagian kecil penonton berbuat begitu. Lagipun, ia bukan isu besar dan terlalu remeh untuk diperkatakan.


“Tidak timbul isu tak laku atau populariti jatuh sebab hingga kini saya masih sibuk dengan tawaran berlakon selain terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama Dia Atilla sebanyak 26 episod untuk Astro Prima, drama Duyung (20 episod) untuk slot Lagenda TV3 dan Cuci The Series (13 episod) di TV2.


Menurutnya, dia berterima kasih kepada keluarga, teman rapat dan peminat yang tidak putus-putus memberi semangat serta dorongan untuk terus bergiat aktif dalam industri seni.


“Masih ada yang sayang walaupun ada yang membenci,” katanya.

Ketika ditanya adakah ‘insiden’ itu berlaku kerana pelbagai kontroversi seperti dituduh sebagai perampas suami orang selain dilabel sebagai perosak rumah tangga yang menimpanya, Fasha tidak pasti, namun menyifatkan isu itu sudah basi, apatah lagi sehingga hari ini masih belum terbukti kesahihan fitnah yang dilemparkan.


“Peminat juga sudah pandai menilai. Apapun, kejadian itu tidak sedikit pun melemahkan semangat saya untuk terus bergiat aktif dalam bidang ini. Ia adalah sebahagian daripada asam garam dalam industri hiburan kita,” katanya.


Sementara itu penyanyi dan pelakon, Mawi, 29, yang turut di ‘boo’ pada anugerah berkenaan menyifatkan kejadian itu adalah sesuatu yang di luar jangkaannya, namun melihat ia daripada sudut positif.


“Saya sedar kehidupan artis tidak selalu berada di atas,” katanya.

Tuesday, March 30, 2010

Remy, Rozita tolak gosip

zubir@bharian.com.my


















GANDINGAN nama dua R - Rozita Che Wan, 37, dan Remy Ishak, 27, ini mempunyai aura yang sangat kuat dan tersendiri.

Rozita, sekalipun bukan lagi dalam usia 20-an dan agak berusia, namun dia masih ‘bergetah’. Status ibu tunggal menjadikan dia kegilaan ramai lelaki, selain buruan penerbit drama dan filem.

Remy pula, biarpun usia lakonan baru setahun jagung, drama Nur Kasih mampu mengubah nasibnya. Daripada seorang pemuda kampung, kini dia dilabel lelaki Melayu terakhir dalam industri filem. Baru putus cinta dan kini solo, menjadikan nama Remy terus hangat diperkatakan dan ramai yang ingin tahu siapa pengganti kekasihnya. Rozita dan Remy pertama kali digandingkan dalam fotografi bersama B*Pop apabila mereka belum pernah muncul berdua di mana-mana media cetak sebelum ini. Pun begitu, mereka pernah digandingkan menerusi drama siaran RTM, Cinta 3 Teruna suatu ketika dulu, namun selepas lebih dua tahun tidak bertentang mata, akhirnya sesi fotografi sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, menemukan pasangan ini!

Rozita mengakui, dia jarang menerima pelawaan apabila diminta bergandingan dengan mana-mana artis lelaki kerana lebih gemar bergambar solo atau sekurang-kurangnya berpasangan dengan adiknya, Ayu Raudhah. Tapi, sebaik saja dimaklumkan menerusi SMS, Rozita akan digandingkan dengan finalis Pelakon TV Lelaki Popular, Remy, dia terus membalas: “I like...”

Lebih menarik, pada hari fotografi berlangsung, kebetulan genap usia Rozita berganjak 37 tahun tanggal 9 Mac lalu.

Itu cerita Rozita. Bagi Remy pula, dia tidak pernah bertanya siapa yang bakal digandingkan dengannya, namun sebaik saja dimaklumkan akan berpasangan dengan Rozita, tiga hari sebelum fotografi, aktor berkulit sawo matang ini mengakui, dia tak lena tidur malam! Ternyata, Remy dan Rozita tidak kekok apabila diminta memberikan pose romantik di depan kamera. Yang jelas, kedua-duanya teruja apabila bertemu satu sama lain!
Kesempatan itu digunakan Remy untuk meraikan hari jadi Rozita sambil dikelilingi petugas Habib. Rozita yang juga Top 5 ABPBH 2009 kategori Pelakon TV Wanita Popular mengambil peluang berbelanja sakan di Habib apabila dua bentuk cincin berlian koleksi terbaru Habib menjadi pilihannya.

“Setiap kali hari jadi, saya memang gemar berbelanja, beli hadiah untuk diri sendiri. Namun, ulang tahun kali ini saya sangat teruja apabila Habib dan Remy buat kejutan untuk saya,” katanya.

Hadiah hari jadi daripada orang istimewa?

“Setakat dapat bunga pemberian peminat tu memanglah banyak, tapi kalau kategori hadiah istimewa pemberian seseorang, memang tak pernah ada. Kekasih pun tak jumpa-jumpa lagi sampai hari ini,” jelasnya lagi.

Apa pendapat Rozita mengenai Remy?

“Saya suka dengan personaliti Remy. Terus-terang, saya memang susah nak bergambar dengan lelaki. Saya very reserved. Tapi, untuk mempromosikan ABPBH 2009, saya rela langgar ‘pantang’,” katanya dalam nada gurauan.

Akui Rozita, gosip cintanya dengan seorang pemain bola sepak terkenal, sudah lama berkubur apabila menyifatkan hubungan mereka sekadar teman rapat semata-mata.

Namun, ada dakwaan, Rozita sering ‘bergayut’ di telefon berjam-jam dengan bintang sukan berkenaan, justeru masih ingin menafikan tidak wujud perasaan cinta?

“Saya akui perkara itu, saya gemar bercakap lama di telefon, kami susah nak jumpa, tapi itu tidak bermakna kami bercinta. Keluar dating berdua, tak pernah, tengok wayang jauh sekali, sekadar keluar makan beramai-ramai itu, pernahlah,” kata Rozita berterus-terang.

'Saya tak mahu ada kekasih'

Bagaimana pula dengan gosip terbaru yang mendakwa Rozita menjalin hubungan dengan seorang kerabat dari sebuah negeri berpengaruh? Khabarnya Rozita dan kerabat berkenaan pernah dilihat hadir bersama dalam satu majlis keramaian. Apa komen anda?

“Ada orang tengah yang memperkenalkan kami. Seperti biasa, saya tak boleh memberikan sebarang komitmen buat masa ini. Kami hanya berkawan, sekadar bertanya khabar menerusi telefon, tapi nak jumpa memang susah. Sebenarnya saya tak mahu ada kekasih. Saya ingin bebas, apa yang kita buat, tak perlu report duty. Lagipun belum pernah ada lelaki yang benar-benar buat saya gembira kecuali bekas suami. Justeru, lebih baik saya hidup sendiri,” tegas Rozita.

Terdengar desas-desus Rozita ingin memberikan titik noktah pada kerjaya lakonannya penghujung tahun ini dan bermula tahun depan dia akan mengusahakan perniagaan. Keputusan itu dibuat apabila dia dilaporkan tidak sanggup lagi berdepan dengan tohmahan dan gosip liar terhadapnya.

“Sekuat-kuat kita berdepan dengan pelbagai dugaan, tapi apabila sudah keterlaluan, saya tak sanggup lagi. Lagipun usia saya semakin meningkat, sudah sampai masanya saya mengundur diri. Justeru, sekiranya tiada aral, bermula tahun depan saya akan memulakan perniagaan bulu mata berjenama sendiri dan perniagaan lain yang dapat menampung masa depan. Saya akan selesaikan dulu kerja yang tertanggung,” kata Rozita yang mengakui jadual penggambarannya padat sehingga 20 Jun depan.

Rozita yang juga pelanggan tetap Habib, tidak mempunyai masalah memperagakan apa saja barang kemas yang diingininya pada hari itu termasuk tiara Laut Selatan. Jumlah keseluruhan koleksi Habib yang diperagakan Rozita mencecah hampir RM2 juta.

'Saya dan Tiz tak bercinta!'

Remy semakin panas kebelakangan ini apabila dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan aktres remaja, Tiz Zaqyah yang pernah bersamanya menjayakan Nur Kasih. Lebih menggemparkan apabila dia dituduh sebagai penyebab atau orang ketiga sehingga rumah tangga aktres terkenal, Maya Karin dan suaminya bergolak.

“Saya dan Tiz tak ada hubungan istimewa, hanya kenalan sebagai rakan artis apabila kami pernah berlakon di bawah produksi sama ketika menjayakan Nur Kasih. Begitu juga dengan Maya, selepas bergandingan menerusi teater Natrah dan filem Cun, kebetulan rumah tangganya bergolak. Justeru, tidak semena-mena saya terkena tempiasnya. Maka ada pihak yang menuduh saya sebagai orang ketiga.

“Saya sering mencari keserasian apabila bekerja, justeru saya akan selalu dilihat dengan aktres yang digandingkan. Tapi, keakraban yang wujud antara kami tidak lebih atas landasan kerja, jauh sekali mengambil kesempatan. Bagi saya, apa saja tuduhan yang dilemparkan, adalah ujian mental yang harus saya hadapi. Saya harap janganlah terus berprasangka buruk terhadap saya,” kata Remy tenang.

Namun, Remy mengakui pernah keluar berdua dengan Tiz, mereka berborak dua, tiga jam, tapi tidak bermaksud kedua-duanya sudah melewati fasa percintaan.

Remy juga dikatakan mempunyai ‘sindrom’ sukar menjawab panggilan telefon dan membalas kiriman SMS. Tabiat lamanya itu sampai sekarang dikatakan masih belum berubah sehingga mendatangkan kemarahan banyak pihak termasuk produser dan pihak wartawan.

“Saya tidak menafikan perkara itu, tapi apabila bekerja saya tak suka diganggu sehinggakan ibu sendiri pernah merungut apabila dia gagal menghubungi saya. Saya akui, dalam tuntutan kerja seperti saya, komunikasi amat penting. Tapi jadual kerja saya back to back, rezeki tak pernah putus, justeru saya harus memberikan tumpuan.

“Kini, saya sudah menemui jalan penyelesaiannya apabila kerjaya seni diurus Satu Entertainment, syarikat yang sama menguruskan kerjaya Maya. Insya-Allah selepas ini isu lama tak akan berulang lagi. Kepada pihak industri termasuk produser dan wakil media yang sukar menghubungi saya sebelum ini, saya mohon maaf. Saya tak pernah terlintas nak bangga diri apabila dilabel sudah popular,” katanya lagi.

Apabila melihat Rozita bergaya sakan dengan koleksi Seribu Bintang, Remy juga tidak mahu ketinggalan apabila dia mengenakan brooch berlian pasthy daripada koleksi Aura Habib, selain cincin nilam biru dan cincin garnet daripada koleksi lelaki Habib apabila jumlah keseluruhan yang diperagakan mencecah hampir RM100,000.

'Saya bukan artis terlampau'

BAGI Remy Ishak, sikapnya yang lebih suka berdiam diri apabila dikaitkan dengan kisah kontroversi dalam dunia hiburan, itu adalah yang terbaik buatnya daripada terus menjawab dan melayan laporan tidak benar. Terpulang apa kesimpulan yang mahu dibuat, namun baginya semua telahan negatif itu sebagai satu hal yang tidak memberatkan kotak fikirannya.

"Jika yang diperkatakan itu tidak benar, rasanya tidak perlu saya bersuara dan memberi penjelasan. Semua itu cuma akan membuat orang akan terus tertanya. Lagi bercakap, lagi besar akan jadi sesuatu isu itu. Saya hanya mahu hidup seperti manusia biasa lain yang ada ruang privasi sendiri. Cuma itu... terlalu banyak diperkatakan mengenai saya, pernah saya tertanya sendiri apa lagi selepas ini? Saya tidak mampu memberi jawapan kepada setiap persoalan orang, jadi biarlah apa pun yang nak diperkatakan. Mungkin sudah tertulis saya sering menjadi mangsa keadaan," bicara Remy pada pertemuan lewat malam usai sesi tayangan perdana Evolusi KL Drift 2, baru-baru ini.

Jelas Remy, tuduhan mendakwa dia sebagai jejaka playboy selain dikaitkan menjadi punca kepada pergolakan kepada rumah tangga Maya Karin terlalu berat untuk diterima. Bantah anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka ini, atas alasan apa dia dikaitkan semua perkara itu? Sedangkan dia cuma ingin mengekalkan hubungan baik dengan aktres yang didampingi menerusi filem Anak Halal, Cun dan teater muzikal, Natrah.

"Apa motif mereka berkata-kata begitu? Tetapi itulah mulut orang. Semakin berjaya seseorang itu, pasti ada yang cuba menjatuhkan. Mungkin kerana ingin melihat saya jatuh, maka timbul semua kontroversi itu. Apakah kerana saya masih sendiri, semua yang tidak baik dikaitkan dengan saya. Bingung juga saya kerana apabila mempunyai kekasih, saya dikatakan sebagai kaki pukul pula," katanya bingung.

Akui Remy, dek kontroversi itu telefon bimbitnya dibanjiri panggilan media namun terpaksa diketepikan. Bukan mahu mengelak atau menolak publisiti, namun Remy memilih untuk memberi sepenuh perhatian kepada karier lakonan yang menjadi periuk nasinya. Kata Remy, kebelakangan ini jadual kerjanya terlalu padat membuatkan dirinya dalam situasi tertekan memenuhi semua permintaan media.

Terus diburu kesibukan di lokasi drama bersiri 26 episod, Arjuna untuk slot Aksi siaran TV3, Remy berkata, dia masih memerlukan platform untuk menggilap kemampuannya sekali gus muncul sebagai antara barisan aktor terbaik negara.

"Saya tidak mahu tamak. Cukup memberi tumpuan kepada satu penggambaran dalam satu tempoh masa. Tubuh saya tidak mampu lagi menerima tekanan. Ditambah dengan jadual yang bercanggah dengan beberapa acara dan siri promosi, saya cuba membahagikan masa untuk tidak mengecewakan permintaan ramai," kata finalis Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 ini.

Nasihat Remy kepada penggemar yang bakal menyaksikan lakonannya dalam Evolusi KL Drift 2, jangan berharap sesuatu yang luar biasa pada persembahannya untuk filem yang diarahkan pengarah muda, Syamsul Yusof itu. Remy akur masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki malah dia sendiri tidak berpuas hati dengan apa diberikan untuk filem berkenaan.

Info Rozita

NAMA PENUH: Rozita Che Wan
ASAL: Alor Setar, Kedah
TARIKH LAHIR: 9 Mac 1973
KELUARGA: Anak kedua daripada tujuh beradik
DRAMA: Sesuci Cinta Sofia, Jelatang, Susuk 2, Diari Ramadan Raffique, Ayyad, Kiah Perkasam dan Cikgu Kemisah Kirby
FILEM: Sepi, Sifu & Tonga, Misteri Balan Balan The Movie, Adik Manja Returns dan 4 Madu
KOMERSIAL: Egyption Potion dan L'oreal
DUTA: Rorine dan Avon Jewelleries

Info Remy

NAMA PENUH: Mohammad Zalimei Ishak
ASAL: Masjid Tanah, Melaka
TARIKH LAHIR: 11 April 1982
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
DRAMA: Sindarela, Awan Dania, Obsesi, Jalan Pintas Ke Neraka, Iktikaf, Nur Kasih dan Arjuna
FILEM: Anak Halal, Duhai Si Pari-Pari, Hooperz, Cun, Evolusi KL Drift 2, Akuarium Cinta dan Nur Kasih The Movie
TEATER: Natrah
KOMERSIAL: Kopi Radix dan 5M - Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pelancongan Kuala Lumpur

Saturday, March 20, 2010

Apa Ceritanya: 'Jodoh saya, Zamarul masih teguh'

Oleh Zubir Mohd Yunus

PELAKON popular, Diana Rafar, 28, mengakui rumah tangganya bersama suami, Zamarul Hisham, 39, yang juga aktor terkenal tidak pernah bergolak gara-gara penyebaran gambar suaminya bersama seorang artis kontroversi menerusi telefon bimbit selebriti berkenaan, sebaliknya beliau kesal dan mempersoalkan apa motif sebenar artis itu memuat turun gambar dia bersama suaminya.


“Eloklah ditanya kepada artis kontroversi itu sendiri apa motif sebenar dia memuat turun gambarnya bersama suami saya ke dalam telefon bimbitnya. Apabila tersebar gosip seumpamanya di B*Pop Ahad lalu, artis kontroversi itu banyak kali mengirimkan SMS kepada saya memohon maaf sekiranya dia mengganggu perasaan saya.

“Namun, saya malas nak melayan SMS itu kerana bagi saya sedikit pun tidak pernah menyimpan perasaan marah, dendam atau sakit hati terhadap artis berkenaan. Isu gambar itu sebenarnya tidak pernah menggugat keharmonian rumah tangga saya bersama suami, malah beranggapan perkara ini terlalu remeh. Saya juga keberatan melayan pertanyaan banyak pihak kerana ia hanya membuang masa saja. “Tambahan pula rumah tangga kami kekal bahagia sekali pun diuji dengan perkara seumpama ini. Yang penting, hubungan saya dan Zamarul berjalan seperti biasa, namun saya malas nak menyebut nama artis kontroversi itu kerana Zamarul dan artis berkenaan masih berlakon sama menerusi drama Atilia. Saya tak mahu Zamarul hilang fokus terhadap lakonannya,” kata Diana yang ditemubual menerusi telefon, Isnin lalu.

Terdahulu, pada ruangan pojok, Teropong dalam B*Pop terbitan 7 Mac lalu dengan judul ‘Rumah tangga Diana Rafar, Zamarul bergolak?’, melaporkan pasangan Diana dan Zamarul baru-baru ini dikatakan diuji badai perkahwinan apabila beberapa rakan artis berjaya melihat foto Zamarul bersama seorang artis kontroversi menerusi telefon artis berkenaan, sekali gus menjadi punca Zamarul naik angin seterusnya memarahi artis itu di lokasi penggambaran.

Difahamkan, gambar itu sekadar props drama lakonan mereka, namun artis berkenaan memuat turun gambarnya bersama Zamarul ke dalam telefon bimbitnya selepas memperoleh daripada krew produksi. Mengenali Zamarul, dia memang tak suka bergambar dengan artis perempuan kecuali untuk tujuan kerja, justeru apabila dia dimaklumkan gambarnya dimuat turun dalam telefon bimbit artis berkenaan, dia memang bengang `tahap dewa', lagipun foto itu dimuat turun tanpa kebenarannya!

Pada masa sama, beberapa rakan artis lain turut bertanyakan hal berkenaan kepada Diana, namun Diana tidak melenting kerana amat memahami kerjaya suaminya itu yang sentiasa berpasangan dengan ramai artis cantik dalam setiap drama lakonannya.
“Zamarul sering berpasangan dengan ramai artis cantik. Saya memang amat memahami perkara itu. Justeru, tidak pernah timbul isu saya cemburu apabila melihat gambar Zamarul bersama artis lain,” kata Diana lagi.

Diana dan Zamarul mendirikan perkahwinan pada 16 Mei tahun lalu. Sepanjang perkahwinan, rumah tangga mereka tidak pernah berdepan sebarang masalah termasuk kewujudan orang ketiga. Justeru, apabila tersebar gambar Zamarul bersama artis kontroversi itu, bagi Diana, isu berkenaan tidak wajar dikaitkan dengan dirinya kerana ia hanya membabitkan perbalahan suaminya bersama artis kontroversi itu . Perkara ini berlaku kira-kira dua minggu lalu.

'Sedikit pun saya tak cemburu'

“Saya tak marah sikit pun, tapi saya sakit hati apabila ada pihak yang menuduh saya marah gara-gara penyebaran gambar itu! Apabila saya memaklumkan kepada Zamarul, saya melihat gambarnya bersama artis kontroversi itu dalam telefon, pada awalnya dia pelik dan terkejut. Zamarul menafikan, dia pernah bergambar bersama artis kontroversi itu di dalam telefon bimbit artis berkenaan.

“Semasa kejadian, kononnya Zamarul memarahi artis kontroversi itu di lokasi penggambaran, saya tak tahu apa-apa cerita. Saya hanya terima panggilan telefon daripada seseorang yang berada di lokasi, memaklumkan Zamarul sedang naik angin dan memarahi artis kontroversi itu. Zamarul mempersoalkan, kenapa artis itu sanggup ambil gambar props mereka dan memuat turun ke dalam telefon bimbitnya sehingga orang lain boleh melihatnya?

“Tidak lama kemudian, artis kontroversi itu ada mengirimkan SMS kepada saya. Katanya, ‘Apa you buat sis, sampai I and your husband bergaduh besar dekat set?’ Saya pula timbul rasa pelik dan musykil, kenapa saya harus dipersalahkan? Apa kena mengena dengan saya, sedangkan gambar itu foto dia bersama Zamarul?

“Namun, sebelum artis berkenaan mengirimkan SMS, dia ada telefon saya. Katanya kalau dia ada menyinggung perasaan saya, dia minta maaf. Kemudian dia bertanya lagi, sama ada saya cemburu ke dia ambil gambar bersama Zamarul? Saya hanya ketawa besar dan memberitahunya, sedikit pun saya tak cemburu,” katanya lagi.

Suami pujuk jangan risau

Daripada sumber di lokasi penggambaran drama Atilia, Diana memaklumkan dia diberitahu bahawa Zamarul mengamuk besar dengan artis kontroversi itu di lokasi! Sebaik mendapat maklumat itu, Diana terus mengirimkan SMS kepada Zamarul bertanya kenapa perlu ada pergaduhan, tapi tiada balasan.

Namun, apabila Diana dapat bercakap dengan Zamarul, suaminya mengakui memang ada berlaku sedikit perbalahan antara dia dan artis kontroversi itu. Pun begitu, Zamarul minta Diana jangan risau kerana semua perkara sudah selesai. Tapi, Diana masih ingin mengetahui apa punca sebenar Zamarul sangat marah dengan artis berkenaan.

Diana memberitahu, Zamarul menjelaskan, dia ada prinsip, kenapa artis kontroversi itu memuat turun gambar mereka ke dalam telefon bimbit tanpa keizinannya, sekali gus dapat dilihat oleh masyarakat termasuk isterinya?

“Zamarul memberitahu saya, artis kontroversi itu tidak menghormati prinsip dirinya. Itu saja yang Zamarul ceritakan kepada saya, selebihnya sumber di lokasi Atilia yang banyak bercerita kepada saya,” jelas Diana lagi.

Diana juga mengakui, hubungannya dengan artis kontroversi itu sebelum ini baik, tambahan pula dia sering membeli pelbagai produk kecantikan di spa milik Diana iaitu Dlugeno Spa di Shah Alam, Selangor.

Zamarul marah artis itu

SEMENTARA itu, kenyataan Zamarul kepada sebuah tabloid harian Selasa lalu, mengakui dia memarahi artis kontroversi itu kerana memuat turun gambar mereka berdua ketika terbabit dalam penggambaran drama Atilia.

“Rumah tangga saya dengan Diana aman. Kami juga tidak bergaduh atau bergolak seperti yang didakwa. Sebenarnya saya marah artis kontroversi itu kerana dia memuat turun gambar kami berdua di dalam satu forum.

“Prinsip saya, saya memang tidak gemar gambar saya dimuat turun di mana-mana.
“Jadi saya bertemu dengan artis kontroversi itu dan meminta dia untuk tidak lagi memuat turun gambar kami. Masalah saya dengan artis kontroversi selepas itu selesai,” kata Zamarul kepada tabloid berkenaan terbitan 9 Mac lalu

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com