click 4 money

Thursday, March 11, 2010

'Cukuplah kuota 4 anak'

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

PENGALAMAN getir bersabung nyawa ketika melahirkan anak kembarnya, Muhammad Ariel (Ariel) dan Siti Nour Kaseh (Kaseh), 8 bulan, tanggal 23 Julai tahun lalu masih bermain diingatannya sampai hari ini.

PENYAYANG...Ziana bersama pasangan kembarnya Ariel dan Kaseh
PENYAYANG...Ziana bersama pasangan kembarnya Ariel dan Kaseh
sebelum - selepas
PENAMPILAN PERTAMA...Ziana muncul kali pertama dalam majlis ulangtahun Murai.com pada Januari lalu. JELITA...Ziana kembali mendapat berat badan ideal selepas bersalin.


PENAMPILAN PERTAMA...Ziana muncul kali pertama dalam majlis ulangtahun Murai.com pada Januari lalu.
Malah, kata penyanyi popular, Ziana Zain, 42, sambil menitiskan air mata, dia serik dengan pengalaman perit melahirkan anak kembar. Akuinya, mungkin ramai tidak percaya dia pertaruhkan nyawanya melahirkan mereka apabila tumpah darah dengan banyak hingga dimasukkan darah sebanyak 10 pain.


Ziana juga terpaksa keluar masuk hospital selama empat bulan selepas melahirkan Ariel dan Kaseh. Doktor mengatakan Ziana memerlukan masa enam bulan untuk pulih sepenuhnya. Pengalaman itu membuatkan Ziana bercadang tidak mengandung lagi selepas ini.


“Cukuplah dengan kuota empat anak yang kami ada. Ia memang pengalaman paling getir dalam hidup saya. Sebenarnya, saya takut jika ajal sampai ketika itu, saya tidak sempat membesarkan anak kembar ini.

“Mungkin orang fikir, seronok apabila dapat anak kembar, tetapi sebenarnya risikonya cukup besar. Apapun, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana memanjangkan umur saya,” katanya.

Berkongsi cerita membesarkan anak kembarnya itu, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain mengakui ia bukanlah perkara mudah untuk dilakukan. Maklumlah, dia bukan saja bergelar isteri dan ibu kepada empat anak, tetapi pada masa sama berkecimpung dalam bidang seni.


“Saya hanya sempat menyusukan anak kembar saya ini dengan susu badan ketika dalam tempoh berpantang saja. Selepas itu, saya terpaksa campur dengan susu formula sehinggalah sekarang.

“Selalunya, Ariel yang terjaga dan menangis hendak menyusu pada waktu malam. Selepas Ariel tidur, giliran Kaseh pula hendak menyusu dan ia sambung menyambung. Kaseh lebih ‘cool’ berbanding Ariel yang nampaknya suka berdukung dan berbuai dalam buaian.


“Bagi saya, dapat tidur nyenyak selama lima jam sehari pun sudah memadai,” katanya ketika ditemui di sidang media sebagai duta SlimWorld 2010 sekali gus memperkenalkan anak kembarnya, baru-baru ini.

Kata Ziana, dia bersyukur kerana ada ibu yang banyak membantu meringankan beban yang tergalas di bahunya itu.

Ziana akan menghantar anak kembarnya dan pembantu ke rumah ibu bapanya apabila terbabit dengan aktiviti seni.

“Saya juga akan pastikan tetap meluangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari untuk tengok anak di rumah ibu bapa saya. Saya tak nak orang kata saya abaikan anak pula kerana sibuk cari duit.

“Sesibuk manapun dengan urusan rumah tangga dan aktiviti seni, saya tetap mengutamakan kesihatan terlebih dulu. Apa yang penting, saya masih ingat pesanan doktor supaya menjaga pemakanan dan tidak boleh berada dalam tekanan.

“Kini, paras tekanan darah saya sudah kembali normal. Begitu juga berat badan sudah kembali ideal iaitu sebanyak 50 kilogram berbanding 80 kilogram ketika mengandung sebelum ini,” katanya.

Ziana mendirikan rumah tangga dengan Ketua Pramugara Sistem Penerbangan Malaysia, Armin Zaharin, 46, pada 2 Mei 1998. Sebelum kehadiran anak kembar, pasangan ini sudah mempunyai dua anak lelaki, Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7.

Mengenai rahsianya mengekalkan berat badan ideal, Ziana berkata, semuanya kerana sabar dan disiplin. Kalau tidak, mungkin dia tidak akan mendapat berat badan yang menjadi impian semua wanita.


“Saya mencontohi ibu bapa sendiri. Bapa juga berpesan supaya saya menjaga badan selagi masih hidup dan menghargai anugerah Allah itu. Selain itu, suami saya sendiri, Armin juga masih menjaga badan pada usianya 46 tahun. Kalau suami boleh kenapa saya tidak? “ katanya.


Ziana berkata, rezekinya juga semakin murah sejak melahirkan anak kembarnya itu. Penyanyi Puncak Kasih ini akan kembali menyemarakkan persada seni selepas kesihatannya stabil dan pulih sepenuhnya.

Katanya, dia sibuk dengan promosi produk SlimWorld dan sesi bertemu peminat. Selepas itu berkejar pula untuk buat program Mentor musim 4.


“Saya juga terbabit dengan pementasan teater kerohanian Antara...di Istana Budaya, baru-baru ini. Ketika mengandung, saya sempat berlakon dalam filem muzikal Magika arahan Edry Abd Halim dan terbitan KRU Studios.

“Selepas ini, saya akan muncul dalam pementasan Muzikal Gamat 2 terbitan CTRA Production. Teater muzikal arahan Zaifri Husin ini akan dipentaskan di Auditorium (Matic), Kuala Lumpur bermula 12 hingga 22 Mac ini,” katanya.

Ziana yang sudah hampir 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni berkata, dia bersyukur kerana mampu bertahan dalam bidang seni sampai hari ini. Semuanya berkat kerja keras dan disiplin menjadi amalannya sejak dulu.


“Berbanding rakan artis seperjuangan, saya bersyukur kerana masih berada dalam bidang seni sekalipun tidak ‘meletup’ seperti dulu,” katanya.

Tidak lengkap jika tidak menyentuh perkembangan kerjaya nyanyian Ziana ketika ini. Kata Ziana yang melonjak menerusi lagu Madah Berhelah dan Anggapanmu lagi, buat masa ini, dia mempertaruhkan single terbarunya sekali gus mengikut trend pasaran album sekarang.


“Single terbaru saya itu berjudul Pawana ciptaan komposer Sharon Paul. Proses rakamannya sudah siap sebelum saya melahirkan anak. Kini, saya juga sudah bebas daripada bernaung di bawah syarikat rakaman EMI,” katanya.

>Profil
NAMA PENUH: Siti Roziana Zain
TARIKH LAHIR: 2 Mei 1968
USIA: 42 tahun
ASAL: Kampung Simpang Merpati, Melaka.
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Armin Zaharin, 46
ANAK: Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7, pasangan kembar Muhammad Ariel (Ariel) dan Siti Nour Kaseh (Kaseh), 8 bulan.
KERJAYA: Penyanyi pelakon dan duta produk
ALBUM: Madah Berhelah (1991), Ziana Zain (1993), Setiaku Di Sini (1995), Puncak Kasih (1997), Ziana Zain (1998), Aku Cintakan Mu (2000) dan No. 1s Live (2003).
ALBUM KOMPILASI: Ziana Zain Unplugged (1996) dan The Best of Ziana Zain (1998). TEATER: Antara..., Muzikal Gamat 2
FILEM: Sembilu (1994), Sembilu 2 (1996), Maria Mariana (1997), Merah (1999), Maria Mariana 2 (1998), Sembilu 2005 (2005), Pontianak Menjerit (2005) dan Qabil Kushry Qabil Igam (2007) dan Magika (2010).
DUTA PRODUK: Omega, Slim World, Nutrimetics dan Vono.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com