click 4 money

Wednesday, March 10, 2010

Nikah 14 Mac di Makkah

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

TATKALA mengerjakan umrah di Kota Makkah pada 2008, terdetik di hati Umi Khalsum Rahmad Ali (Umie Aida), sekiranya dia bertemu jodoh, biarlah ia berlaku di Tanah Suci itu. Umie ingin Masjidil Haram menjadi saksi dua hati yang saling kasih mengasihi disatukan agar rumah tangga yang dibina sentiasa dalam peliharaan Allah s.w.t sehingga ke akhir hayat.

Kini doanya dimakbulkan Allah. Pada usia 37 tahun, dia bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang amat memahami jiwanya iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47. Paling membahagiakan Umie, lelaki itu juga dapat menerima dua anak angkatnya, Mohd Daniel Abdullah, 17, dan Mohd Zulhelmy Jamaluddin, 16, seperti anak kandung.


Pasangan itu bertunang pada majlis meriah September 2009 dan malam kelmarin, jari Umie mula berinai. Apa yang mengharukan Umie dan Khairuddin akan melangsungkan pernikahan di Masjidil Haram pada 14 Mac ini, selepas Subuh. Umie berkata, akad nikah itu akan dijalankan oleh rakyat Malaysia yang menetap di sana berwali abangnya, Ahmad Riduan Rahmad, dan disaksikan ahli keluarga dan rakan terdekat yang akan turut serta dalam rombongan seramai 20 orang. Mereka akan bertolak ke sana pada 11 Mac ini dan kembali ke tanah air pada 18 Mac. "Apabila kami sepakat untuk mendirikan mahligai bahagia, saya menyuarakan hasrat hati kepada Abang (panggilan untuk Khairuddin) untuk melangsungkan pernikahan di Makkah dan dia bersetuju. Bagaimanapun keluarga Abang tidak dapat menyertai rombongan pernikahan ini kerana emaknya tidak sihat.


"Semua ahli keluarga saya akan dibawa ke sana kecuali dua anak saya kerana masalah pasport. Saya terkilan kerana mereka tidak dapat menyaksikan saat manis itu namun mereka akan mendoakan dari jauh agar semuanya selamat. "Saya juga memilih tarikh 14 Mac kerana ia hari jadi kakak saya, Erma Fatima. Ia sebagai hadiah kepadanya kerana sudi menerima adik ipar. Bolehlah kami meraikan hari jadinya dan ulang tahun perkahwinan saya bersama-sama. Erma baru tahu mengenai tarikh pernikahan itu kelmarin dan cukup terharu. "Saya memilih Makkah untuk disatukan kerana ia tempat paling suci dan menjadi impian setiap insan untuk ke sana. Malah saya reda andai menemui ajal di sana. Tetapi itu semua urusan Allah. Kami sudah mendapatkan keizinan untuk bernikah dalam Masjidil Haram dan akan dilangsungkan dalam masa yang cepat supaya tidak mengganggu jemaah lain. "Sebelah malam akan diadakan jamuan untuk rombongan yang datang bersama saya di Zam Zam Tower," katanya.


Tambah Umie, ikutkan hati dia hanya mahu mengadakan yang wajib saja iaitu akad nikah tanpa kenduri dan majlis persandingan. "Saya mahukan majlis perkahwinan ringkas, cukup hanya dengan majlis akad nikah di Masjidil Haram dan tidak mahu disandingkan. Itulah impian sebenar saya, tetapi demi menghormati permintaan keluarga saya dan Abang, majlis resepsi akan diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya pada 28 Mac ini.


"Sepatutnya saya mahu melangsungkan perkahwinan pada hari Maulidur Rasul lalu, namun ditunda ke bulan ini kerana Erma sibuk dengan pementasan teater Antara... di Istana Budaya.

"Perkahwinan ini tiada barang hantaran kerana ia remeh dan saya tidak mahu memeningkan kepala. Abang akan menyarungkan cincin pernikahan dan menyerahkan mas kahwin mengikut jumlah yang ditetapkan di Makkah. Mas kahwin itu dalam dirham, tetapi saya tidak tahu lagi berapa jumlahnya. Wang hantaran memang ada, tetapi biarlah saya saja yang tahu.


"Pada hari pernikahan itu nanti saya akan memakai telekung rekaan Jovian Mandagie. Dia juga perancang majlis resepsi saya di Kuala Lumpur yang bertemakan taman Inggeris dengan rona putih dan hijau," katanya.


Pada majlis itu kelak, Umie akan menggayakan persalinan pengantin berkebaya labuh rona merah cili dengan fabrik sutera net bersulam manik Itali dan renda kristal. Tetamu istimewa pada hari itu Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.


"Insya-Allah selepas majlis resepsi kami akan berbulan madu di Eropah. Selepas berkahwin, saya akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa kerana Abang tidak menghalang. Tetapi pemilihan watak kena bersesuaian status isteri.


"Soal anak pula, tentu ingin segera menimang cahaya mata kerana faktor usia saya sekarang. Dapat seorang pun jadilah," katanya.


Umie ditemui pada majlis berinai yang diadakan di kediamannya di Mont Kiara, Isnin lalu. Pakar berinai dari Pulau Pinang, Ariff Abu Samah diterbangkan khas untuk menyempurnakan majlis itu. Hadir sama pada majlis yang ringkas tetapi meriah itu, kaum keluarga, rakan rapatnya seperti Erra Fazira, Zahida Rafiq, Datin Ziela Jalil, Anne Abdullah dan Nabila Huda serta keluarga sebelah Khairuddin.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com