click 4 money

Monday, March 1, 2010

Farid, Diana ada cinta?

BARU-BARU ini seorang pembaca setia ruangan ini menyampaikan satu cerita. Punyalah ceria suaranya bila dapat berbual dengan CAK. Katanya, dia menjadi saksi kemesraan pelakon kacak, Farid Kamil dan Diana Danielle di sebuah restoran popular.

Farid dan Diana bagaimanapun keluar lebih awal daripada rakan mereka yang lain. Kata penyampai cerita ini, mereka beredar dari situ dengan menaiki satu kereta. Hati kecil pemanggil ini kuat mengatakan ada jalinan perasaan istimewa antara Farid dan Diana, malah mereka bukan kawan biasa.


Sebelum ini pun CAK ada dengar macam-macam cerita mengenai keakraban Farid dan Diana, bahkan ada seorang beriya-iya menjelaskan pasangan pelakon itu bercinta. Itu belum campur lagi dengan cerita Diana memakai subang huruf FK.


Bila ditanya mengenai perkara itu, Farid menjelaskan tidak tahu menahu dan menegaskan dia Diana hanya berkawan. Biasanya kalau begitulah gayanya, pasti ada sesuatu yang disimpan dalam hati.


Pun begitu CAK tak mahu buat telahan awal. Mungkin satu hari nanti Farid dan Diana bersedia buka mulut untuk menceritakan perkara sebenar. Sementara itu biarlah mereka berahsia dan mengharungi hidup mengikut cara mereka.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com