click 4 money

Monday, March 15, 2010

Saya minta maaf

AMMAR mengaku bersikap kurang ajar.


AMMAR mengaku bersikap kurang ajar.
PELAKON baru, Ammar Alfian Aziz, akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada wartawan akibat keterlanjuran meluahkan kata-kata yang disifatkan kurang ajar dalam laman sosial Facebook.

Dengan bantuan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), pada 12 Mac lalu Ammar mengaku, dirinya masih begitu baru dalam dunia seni, sehinggakan tidak mampu menilai perlakuan yang dianggap melampau mahupun sebaliknya.

"Hari ini, saya memohon maaf kepada wartawan yang tersinggung dengan kata-kata kesat saya. Saya juga berharap orang ramai tidak mempersoalkan keikhlasan saya membuat permohonan maaf. "Saya juga berjanji pada Seniman dan wartawan, perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Saya mengaku saya memerlukan wartawan. Saya juga masih begitu baru dan masih mahu untuk terus belajar," katanya di hadapan kira-kira 50 wartawan hiburan di Bilik Kelantan, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Hadir sama pada majlis sidang akhbar berkenaan ialah Presiden Seniman, Harun Salim Bachik; Timbalannya, Shahriza Mahmud; Setiausaha Kehormat, Yusof Kelana; Ketua Biro Seniman Muda, Zed Zaidi; dan Ketua Biro Perundangan, Pemantauan dan Aduan, Jehan Miskin.

Katanya, ketika dia menulis di laman berkenaan, dia berada dalam keadaan marah dan luahan yang antara lain mengandungi perkataan ‘bodoh’ dan ‘bunuh’ bukan ditujukan kepada semua wartawan, tetapi sebaliknya kepada individu yang terbabit saja.

Namun, selepas isu keangkuhannya mula tersebar di media massa, Ammar mendapat teguran daripada Seniman yang akhirnya menyedarkan bakat baru itu untuk mengakui kesilapan dilakukan.
Kontroversi bermula pada majlis tayangan media filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie lakonan kekasihnya, Puteri Sarah Liyana bersama Nabil, yang berlangsung pada 2 Februari lalu. Pada majlis itu, difahamkan Ammar mendakwa dikasari jurugambar, yang kemudian membawa kepada tersiarnya gosip mengatakan dia dan Sarah meninggalkan majlis lebih awal setelah berlakunya selisih faham.

Ruangan gosip juga mengatakan, Ammar meninggalkan majlis kerana cemburu melihat kekasihnya bergambar dengan Nabil.

"Saya tidak cemburu dan saya tidak pergi dari majlis itu dalam keadaan marah. Saya menghormati Sarah sebagaimana dia menghormati kerja saya. Malah, saya dan Nabil juga masih boleh gelakkan perkara itu.

“Jadi, cerita sebegitu tidak sepatutnya berlaku. Seharusnya, tanyalah pada saya dulu sebelum cerita itu dikeluarkan. Jadi, saya luahkan perasaan saya itu di laman Facebook.

"Berkenaan perkataan "bunuh" itu pula, saya tidak mempunyai sebarang niat untuk membunuh sesiapa. Cuma orang gila saja yang melakukan perkara begitu," ujarnya membela diri.

Ditanya mengapa dia mengambil waktu agak lama untuk tampil memohon maaf, Ammar berkata, selain daripada sibuk dengan kerjayanya serta berasakan ketika itu dia berada di pihak yang benar, dia juga memerlukan masa sebelum benar-benar bersedia untuk muncul berdepan dengan wartawan

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com