click 4 money

Friday, March 5, 2010

Dengarnya... Dayang Nurfaizah keluarkan modal sendiri

Oleh Normah Becok

Dayang Nurfaizah

CIK Normah suka juga tengok gaya dan persembahan Dayang Nurfaizah. Dia antara penyanyi yang Cik Normah anggap mampu bertahan agak lama, walaupun ramai lagi penyanyi baru muncul setiap tahun.

Selain itu, Dayang Nurfaizah sentiasa memperbaiki persembahannya. Malahan semakin matang dari segi imej dan penampilan. Jarang Cik Normah dengar gossip yang tak sedap didengar pasal Dayang Nurfaizah.

Selepas tamat kontrak bersama syarikat rakaman NSR, Cik Normah dengar, kini Dayang mengorak langkah dalam dunia seni tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Terbaru, dia cuba mengumpul dan merakamkan lagu baru menggunakan modal sendiri, sebelum ia diterbitkan dalam bentuk album.

Album itu dikatakan akan memuatkan enam atau tujuh lagu. Kali ini Dayang ingin mengumpulkan lagu terbaik buat peminatnya. Cik Normah dengar cerita, Dayang tidak menghimpunkan banyak lagu dalam sebuah album, kerana tidak semua akan didengar peminat.

Lagipun, jika sebuah album itu hanya memuatkan enam atau tujuh lagu, bolehlah ia dijual dengan harga yang lebih murah. Apabila harga tidak membebankan, peminat pun tidak berfikir panjang untuk mendapatkannya.

Pada showcasenya bersama penyanyi Indonesia, Marcell, di Hard Rock Cafe, 7 Mac ini, Dayang dikatakan bakal menyanyikan sebahagian lagu barunya itu nanti. Sebaliknya, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Yasin itu akan dialunkan Dayang apabila dia tampil menghiburkan tetamu dalam majlis makan malam amal yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Aids Malaysia di Ona Bangsar Ballroom, Bangsar Seafood Garden Restaurant, Bangsar, pada 28 Mac ini.

Cik Normah sendiri tidak sabar hendak mendengar lagu baru Dayang. Kiranya, lama juga penyanyi ini tidak muncul dengan album studio. Kalau tidak silap Cik Normah, album studionya yang terakhir ialah Dayang 2007.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com