click 4 money

Friday, March 5, 2010

Fahrin tangguh saman

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

FAHRIN menunjukkan kehandalannya membakar sate.

Pelbagai pihak nasihatkan supaya selesai kes di luar mahkamah

PELAKON dan personaliti TV, Fahrin Ahmad mengakui menangguhkan saman ke atas Linda Onn selepas mendengar nasihat dan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Tindakan sama dibuat selepas Linda mendakwa Fahrin pernah mengasari penyampai radio itu ketika mereka menjadi pasangan kekasih. Namun selepas hampir sebulan, belum nampak tanda-tanda yang menunjukkan Linda bakal diheret ke mahkamah.

"Sebenarnya saya mengambil kira pandangan pihak (persatuan) Seniman yang mengambil berat isu kami. Dan pihak Seniman memang mahukan kami menyelesaikannya di luar mahkamah.

“Justeru, selepas mendengar pandangan mereka, saya bersetuju untuk menangguhkan saman ke atas Linda dan menunggu maklum balasnya terhadap cadangan Seniman itu," ujarnya.

Memang sukar menjangka hati lelaki ini, tetapi dari riak wajahnya, dapat dirasakan bahawa apa yang berlaku semuanya bukan kerana terlalu mengikut kata hati.

"Sudah berkali-kali saya memberitahu bahawa apa yang berlaku (saman) adalah atas dasar profesionalisme dan mahu menjaga nama baik saya. Saya tak buat perkara ini kerana masalah peribadi.

"Dan kalau boleh, saya sendiri tak mahu isu ini diselesaikan di mahkamah. Apa yang saya harapkan adalah, Linda tampil meminta maaf. Saya mahu nama saya dibersihkan dari segala dakwaan yang boleh menjejaskan nama saya di mata klien, penaja dan masyarakat," katanya.

Parti raikan peminat

KEWUJUDAN laman sosial Facebook (FB) yang semakin berleluasa penggunaannya memberi peluang kepada golongan selebriti menggunakannya sebagai ruang untuk mendekatkan diri mereka dengan peminat.

Fahrin adalah antara artis yang menggunakan laman sosial itu untuk berkomunikasi bersama peminatnya. Sehingga kini jumlah peminat yang berjaya dikumpulkan menerusi laman web sosial itu berjumlah 123,000 orang dan angka itu amat menggembirakan Fahrin.

"Apabila ada FB, kita boleh berhubung bersama peminat dengan lebih ringkas dan mudah. Ia juga menjimatkan masa tanpa sebarang urusan surat menyurat.

"Saya sendiri akan melayan peminat dan mereka yang sudah biasa berkomunikasi dengan saya akan tahu cara saya. Tidak timbul isu orang lain yang mengemaskini akaun FB,” kata Fahrin yang menyemak FB miliknya setiap hari.

Menurutnya, selain menjadi penanda aras populariti seseorang artis, FB adalah cara paling berkesan untuk berinteraksi secara terbuka bersama peminat.

"Mereka bebas bertanyakan apa saja. Kalau ada luahan atau pandangan peribadi, mereka boleh tulis. Malah ada juga yang menggunakan ruang itu untuk memberi komentar terhadap apa yang berlaku kepada saya baik dari segi kerjaya mahupun peribadi. Ada juga yang meluahkan rasa cinta mereka dalam kotak pesanan," cerita Fahrin sambil tersenyum.

Namun, di sebalik keterbukaan terhadap penggunaan FB, dia kesal kerana ada pihak yang menyalahgunakan laman web sosial.

"Ada yang menulis status serta hal yang bukan-bukan. Memanglah FB adalah hak peribadi namun harus diingat, apa yang ditulis di FB adalah satu kenyataan dan jika tersilap langkah, apa yang ditulis boleh dijadikan bahan bukti apabila berlaku perkara tidak diingini.

"Jadi manfaatkan penggunaan FB dengan perkara berfaedah. Gunakan teknologi yang ada ke arah kebaikan," katanya.

Bagi membuktikan kata-katanya itu, finalis kategori Pelakon Lelaki TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 ini mengajak peminat yang mendaftar di bawah akaun FB miliknya untuk bersama-sama menjayakan jamuan Online Satay Party di Serai Satay Bar, Pavillion, Kuala Lumpur, hari ini.

Restoran milik Rina Abdullah itu akan menjadi lokasi untuk Fahrin meraikan 30 peminat bertuah yang dipilih berdasarkan ketepatan mereka menjawab soalan yang disediakan.

"Untuk menyertainya, peminat perlu menjawab tiga soalan mudah yang ada kaitan dengan Serai Satay Bar dan juga diri saya sendiri. Selain itu mereka juga harus mencipta slogan yang menarik," kata Fahrin.

Ditanya mengapa jumlah peminat yang terpilih hanyalah seramai 30 orang, Fahrin berkata faktor lokasi membuatkan dia terpaksa mengehadkan jumlah peminat.

"Lagipun ini Online Satay Party pertama saya. Insya-Allah selepas ini, akan diadakan di sebuah tempat yang lebih besar dan pada masa itu lebih ramai peminat akan dijemput,” ujarnya yang turut menunjukkan kehandalan membakar sate pada pagi itu.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com