click 4 money

Wednesday, March 10, 2010

Jawablah!: Ellie gagal kawal emosi

Oleh Farihad Shalla Mahmud

Erma tegas mempertahankan hak sebagai penerbit dan penulis skrip teater Antara...

SELAMA ini dia lebih senang berdiam diri. Kalaupun bersuara, biasanya ayat yang dilafazkan lebih banyak berlapik. Seboleh mungkin, Erma Fatima tidak mahu ada pihak yang terluka dengan kata-kata yang terkeluar dari mulutnya.

Namun seperti judul lagu yang pernah dinyanyikan kumpulan Exist bertajuk Diammu Gunung Berapi, begitulah gelodak rasa yang bersarang dalam hati pengarah sensasi ini. Niat awalnya untuk menyalurkan mesej dakwah menerusi teater ... Antara yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya 26 Februari lalu dicemari dengan dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku apabila pengarah awal teater itu, Ellie Suriati menarik diri ekoran tidak puas hati dengan tindakan Erma mengganggu kerjanya.

Akibatnya berlaku perang mulut membabitkan dua aktres yang diakui masing-masing hebat dalam pentas lakonan. Paling banyak mengeluarkan kenyataan sudah tentulah Ellie yang cukup kecewa dan tertekan serta menyifatkan dirinya dianiaya sahabat sendiri.


Berpegang pada kata-kata kesabaran seseorang itu ada hadnya, akhirnya Erma meluahkan juga apa yang terbuku di hati. Sambil menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai dugaan untuknya sempena kedatangan tahun baru, Erma yang benar-benar terluka dengan kenyataan yang dikeluarkan Ellie sebelum ini menegaskan sudah serik untuk bekerjasama dan pintu kemaafan untuk pelakon itu sudah tertutup buatnya.

Hip: Mengapa setiap kali Erma muncul dengan produksi baru, pasti ada saja kontroversi berlaku?

Erma: Saya tidak pernah mencipta kontroversi tapi apa yang berlaku baru-baru ini begitu mengecewakan dan menyedihkan. Kekecewaan yang saya alami ini sama dengan apa yang pernah menimpa saya sewaktu menghasilkan filem Embun. Saya ingatkan apabila mendiamkan diri dan membiarkan dia mengeluarkan kenyataan, kemelut ini akan berakhir. Namun sebaliknya pula yang berlaku apabila semakin saya diam, kepala saya semakin dipijak-pijak. Saya berdiam diri kerana waktu itu sedang menerbitkan sebuah teater dakwah dan saya tidak mahu komen saya nanti mengganggu perjalanan teater yang hanya mempunyai masa tiga hari untuk dipentaskan. Pada saya biarlah teater itu selesai terlebih dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh melukakan hati mana-mana pihak. Saya tahu dia ada hantar kiriman SMS kepada media semata-mata untuk menggembar-gemburkan kontroversi ini.

Hip: Tentu ramai yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku antara Erma dan Ellie dan benarkah Erma mengganggu kerja Ellie sehingga dia mengambil keputusan untuk menarik diri dari teater itu.

Erma:
Apabila saya memilih dia mengarahkan teater ini bermakna saya memang meletakkan seluruh kepercayaan terhadapnya. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia tidak menjalankan tanggungjawabnya seperti yang diamanahkan. Sepanjang latihan, saya tidak pernah ganggu kerjanya. Jadi apabila saya datang ke set untuk melihat bloking, saya terkejut kerana dia lebih menumpukan kepada gerak tarian manakala dari aspek latihan lakonan, tidak begitu dititikberatkan. Dia patutnya tahu bahawa bloking penting dalam pementasan teater terutama apabila teater itu akan dipentaskan di Istana Budaya. Disebabkan tempoh pementasan semakin hampir sedangkan banyak perkara yang belum lancar, saya pun ambil alih tugasnya. Disebabkan itu dia jadi berang dan menarik diri dari produksi itu. Sebenarnya kalimah mahu menarik diri itu memang menjadi mainan bibirnya. Kalau tak puas hati apabila kehendaknya tidak dipenuhi, dia mengugut menarik diri. Peliknya, dia tetap tercongok di lokasi walaupun sebelum ini mengatakan mahu menarik diri dari menjadi pengarah teater ...Antara.

Hip: Kalau begitu perangai Ellie, mengapa anda memilihnya sebagai pengarah teater ini?

Erma: Saya akui kesilapan saya kerana memilihnya sebagai pengarah. Sewaktu menawarkan dia untuk mengarahkan teater ini, memang dia ada meluahkan perasaan bimbang. Namun saya memujuknya dengan mengatakan sampai bila harus bimbang atau takut? Selama dua hari dua malam kami duduk bersama, menyemak skrip. Tak sangka pula rupa-rupanya dia seperti tidak boleh mengawal emosi sendiri apabila duduk di kerusi pengarah. Yang membuatkan saya marah adalah apabila dia mengatakan skrip saya ini melanggar akidah dan disebabkan itulah dia menarik diri. Kononnya dia mahu menyelamatkan saya. Mujurlah Jakim ada mengeluarkan kenyataan di akhbar mengatakan teater ini lulus untuk tontonan dan tidak ada babak memesongkan akidah. Saya nak bertanyakan padanya, kalau betul dia mendakwa skrip saya memesongkan akidah, kenapa masa duduk dengan saya dua hari dua malam menelaah skrip itu, tak pula dia mengatakan sedemikian.

Hip: Kontroversi ini sebenarnya akan lebih memihak kepada Ellie kerana Erma dilihat sebagai punca, disebabkan terlalu cerewet.

Erma:
Itu memang pasti dan ramai menyalahkan saya kerana menyangkakan saya cerewet dan cuba merampas kuasa yang diserahkan sendiri. Tapi saya tahu apa yang saya lakukan. Ini bukan soal merampas kuasa tetapi ini karya saya. Sebagai penulis skrip dan penerbit, apa yang saya mahukan adalah mesej teater ini sampai kepada penonton. Itu saja. Ini tidak, dia menjadikan teater ini lebih rumit. Bayangkan patutkah dia menyuruh pelakon berdialog sambil berpusing-pusing badan. Ini teater biasa, bukannya teater eksperimen untuk dia melakukan seperti itu. Apabila ditegur, dia tak boleh terima. Malah ada aduan yang saya terima mengatakan dia bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak mesra dengan produksi, sedangkan saya lebih menerapkan unsur kekeluargaan dengan krew produksi yang lain.

Hip: Adakah ini bermakna selepas insiden ini Ellie Suriati sudah tidak ada tempat dalam produksi milik Erma?

Erma:
Terus terang, saya tak akan bekerjasama dengannya lagi dan saya tidak dapat memaafkan apa yang dilakukan pada saya. Sebelum ini, setiap kali perselisihan faham, dia meminta maaf dan saya memaafkannya. Cukuplah, selama dua bulan saya bersabar dengan kerenahnya. Kalau pun selepas ini saya mahu mencari pengarah untuk mengarahkan produk saya, biarlah dia nanti seorang yang boleh mengawal emosi dan boleh bertolak ansur.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com