click 4 money

Wednesday, February 17, 2010

Bangga cipta lagu pertama

ILHAM mencipta lagu, muncul pada saat dan situasi yang tidak terduga. Ia juga datang tanpa paksaan kerana muzik adalah karya seni yang harus terhasil berlandaskan kejujuran.

pix_middle
sebelum - selepas


Barangkali kejujuran coretan Alif Satar ketika menghasilkan lagu Katamu melayakkan lagu itu untuk berada dalam senarai lapan lagu yang dimuatkan dalam album pertamanya, Nakal.


Tambah membanggakan, lagu pertama dihasilkannya itu ditangani pula komposer berkaliber seperti Aubrey Suwito, maka terhasillah sebuah lagu cukup indah.
Namun, di sebalik maksud lagu itu ada rahsia yang tersembunyi kerana ia adalah sebuah karya yang ditujukan khas buat wanita yang bertakhta di hati Aliff ketika ini.


"Berlaku perselisihan faham antara saya dan teman wanita masa itu. Keesokan hari bangun saja dari tidur saya terus capai gitar dan memetik kod D, C dan E minor sehingga menjadi sebuah lagu.


"Katamu sebenarnya sebuah lagu cukup ringkas, tapi apabila Aubrey Suwito bertindak sebagai produser ia menggabungkan kepakarannya dalam menerapkan elemen segar, ditambah susunan muzik yang kemas lalu ia menjadi sebuah lagu yang cukup indah untuk dinikmati.

"Ini mungkin sekadar pendapat saya. Bagaimanapun, saya rasa berbangga dan terharu kerana Katamu adalah lagu pertama yang saya hasilkan, diberi kepercayaan pula untuk dimuatkan dalam album ini.


"Pastinya lebih bermakna apabila dapat bekerjasama dengan produser yang hebat seperti Aubrey. Saya benar-benar rasa terharu," katanya.


Turut terbabit dalam pembikinan album ini antaranya Aidit Alfian, Audi Mok, Panji, Farith, Jimie Sofaz dan Amylea.


"Melihatkan senarai nama semua komposer, saya amat berbangga dapat bekerjasama dengan mereka. Amylea, walaupun masih baru, saya melihatnya sebagai komposer muda yang punya identiti dan cita rasa muzik tersendiri.


"Jika terus diberi peluang dia mempunyai masa depan cerah dalam bidang ini," katanya.


Sebuah lagi lagu yang turut mendapat sentuhan Alif di dalam album ini adalah Cinta Tergadai yang dihasilkan bersama Farith. Manakala Jangan Nakal, Lagi Lagi Cinta dan Satu Garis antara lagu yang turut menjanjikan kepuasan.


Tidak hanya dikenali sebagai penyanyi, Aliff juga berkebolehan dalam bidang pengacaraan. Antara program yang pernah dijayakannya ialah Bintang Kecil, Oh La La dan terbaru ada tiga program sedang menantinya.


"Terbaru saya terbabit dalam Inspirasi Remaja, sebuah program untuk RTM yang setiap episod memaparkan hobi belia yang menjadi ikon dalam bidang berbeza-beza.


"Kemudian saya akan mengacarakan Siapa Pintar musim kedua, program Chup! dan siri Idola Kecil," katanya.


Ditanya, apakah selamanya mahu dikenali sebagai pengacara program kanak-kanak, Alif berkata, semua artis mengharapkan satu tawaran yang dapat mencabar kemampuan dan kewibawaan namun, dia tidak mahu terburu-buru.

Perubahan itu akan berlaku seiring peningkatan usia, tapi saya berasakan mengacara program kanak-kanak atau remaja ada kelebihan kerana golongan inilah yang mendengar album saya.


"Mungkin, untuk 20 tahun akan datang mereka masih setia mendengar lagu saya walaupun ketika itu mungkin cara penyampaian dan konsep yang diketengahkan sudah jauh berbeza," katanya.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com