click 4 money

Wednesday, February 17, 2010

Dengarnya... Hans Isaac semakin ligat

Oleh Normah Becok


HANS terima banyak tawaran sepanjang tahun ini.

TEMAN sepejabat Cik Normah yang bertemu Hans Isaac minggu lalu ada memberitahu bukan main sibuk sungguh pelakon kacak itu sepanjang tahun ini. Selain dapat berlakon filem Filipina berjudul Miss You Like Crazy, pemilik syarikat Tall Order Productions Sdn Bhd ini akan kembali ke pentas teater lagi tahun ini.

Menariknya filem itu akan ditayangkan pada 24 Februari ini serentak dengan beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat dan Kanada. Murah sungguh rezeki Hans. Cik Normah tumpang senang. Cuma tunggu bila saja Hans akan menamatkan zaman bujang.

Selain itu, teater muzikal Cuci yang mendapat kejayaan membanggakan tahun lalu akan dipentaskan sekali lagi pada tahun ini. Tak silap Cik Normah, masih menggunakan lokasi yang sama di Istana Budaya. Malah pementasan teater itu juga akan dibawa ke Singapura seperti teater Impak Maksima.


Malahan bulan depan, Hans juga akan kembali mengarah sebuah filem romantik komedi. Ketika ini, difahamkan beberapa orang pelakon wanita sudah menjadi pilihan Hans untuk berganding dengannya dalam filem itu. Tahun ini juga, Hans akan menerbitkan pementasan teater Lat The Musical yang memberi penghargaan kepada kartunis terkenal itu.

Hujung tahun ini, sebuah projek yang boleh dianggap gergasi bakal diarahkan Hans. Filem epik itu diberi judul Rejang. Nampaknya sekarang sudah menjadi musim penerbit dan pengarah menghasilkan filem epik. Sebelum ini kita ada Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios. Malah ketika ini juga, KRU turut menghasilkan drama epik berjudul Arjuna bagi siaran TV3.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com