click 4 money

Wednesday, February 17, 2010

Selamat tinggal!


Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


Ummi Nazeera

Ummi Nazeera ttinggalkan tanah air hari ini untuk melanjutkan pelajaran ke Melbourne, Australia

TENGAH hari ini, Ummi Nazeera terbang ke Melbourne, Australia untuk melanjutkan pengajian ijazah Komunikasi Massa. Cerita yang dikongsi hari ini semua berlaku secara kebetulan dan tanpa dirancang ketika bertemu Ummi Nazeera, 19, di premis beli belah, Avenue K (berdekatan dengan KLCC) minggu lalu.

Ketika itu, pelakon yang mendapat jolokan Cik Muda di kalangan pembantu rumahnya itu sedang sibuk membantu abangnya, Ahmad Nazreem menguruskan pembukaan butik miliknya, Musa Boutique & Cafe Isnin lalu. Mahu atau tidak, Ummi terpaksa akur dengan situasi bertembung dengan Hip sekali gus untuk diwawancara.


Difahamkan memang dirinya diburu media bagi bertanyakan perkembangan terbarunya. Bagaimanapun, jelas Ummi dia bukan mahu mengelak untuk ditemu bual. Cuma dia agak sibuk membuat persiapan untuk melanjutkan pengajiannya, lalu dia selesa mendiamkan diri.

“Ummi memohon maaf kepada rakan media yang berhasrat mahu menemu bual. Promosi filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie pun Ummi tak sempat lakukan. Lagi pun, Ummi hanya mahu melanjutkan pelajaran dan hal ini sama sekali tiada kaitan dengan kerjaya seni. Apa pun, doakan kejayaan Ummi di sana ya,” katanya dalam nada tenang.

Jangankan mahu ditemu bual, hendak menjemput Ummi ke sesi fotografi pun cuba dielaknya. Gambar yang diabadikan ini pun atas ihsan abang tersayangnya yang sudi mengirimkan beberapa keping gambar Ummi ke kotak e-mel Hip. Kata Bukan berniat mahu menghampakan permintaan media cuma semuanya berbalik kepada soal masa.

GAYA Ummi Nazeera

Menurut Ummi pemergiannya ke sana ditemani mama tersayang, Datuk Maziah Musa untuk beberapa tempoh waktu sehingga dia dapat membiasakan diri di sana. Ummi menyambung pengajian di Royal Melbourne Institute Of Technology untuk tempoh empat tahun.

“Dulu Ummi pernah merancang untuk melanjutkan pengajian di New York tapi memandangkan abang Ummi tak dapat ikut, maka Ummi terpaksa melupakan hasrat itu. Lagipun, keluarga pun tak berani melepaskan Ummi pergi berseorangan.

“Akhirnya, Australia yang dipilih. Lagi pun di sana, ramai kawan sekolah Ummi tinggal di sana. Malah ada di antara mereka yang sanggup mendahulukan duit untuk membayar deposit rumah sewa. Abang Ummi pun akan bergilir-gilir dengan mama untuk menemani Ummi,” katanya yang akan genap 20 tahun pada 20 Ogos nanti.

Ketika artikel ini ditulis, Ummi mengakui mula rasa berat hati untuk meninggalkan keluarga dan rakan di Malaysia. Tapi demi meneruskan kelangsungan cita-citanya yang sudah lama terpendam, Ummi harus mengucapkan selamat tinggal dengan hati terbuka.

“Pada mulanya, memang Ummi mahu memilih bidang perniagaan tapi akhirnya selepas membuat pertimbangan nyata, Ummi rasa bidang pemasaran dan komunikasi lebih menjadi keutamaan. Lagipun, Ummi boleh berkongsi ilmu dan pengalaman perihal perniagaan dengan mama.

“Insya-Allah, ada rezeki memang Ummi menanam impian untuk bergelar ahli perniagaan seperti mama. Perniagaan apa itu, biarlah rahsia dulu. Selama empat tahun di sana, Ummi akan mengambil pengajian asas selama setahun dan selebihnya untuk peringkat ijazah,” katanya sambil memberitahu selepas empat tahun kemudian usianya akan menginjak 23 tahun.

Tiada niat tinggalkan dunia seni

SELAMA Ummi menerjah persada seni, umum tahu hasratnya bergelar pelakon sebenarnya mendapat tentangan keluarga terutama mamanya. Lalu, tidak hairan apabila timbul cerita melanjutkan pengajian ini sebagai isyarat mengiyakan kisah itu kononnya Ummi akan meninggalkan dunia seni.

Kata Ummi, istilah itu tidak pernah ada dalam kamus hidupnya biarpun pelakon ini mengambil keputusan melanjutkan pelajaran sedang namanya mula memuncak gara-gara populariti drama Nur Kasih yang disiarkan di TV3 tahun lalu. Kepada peminat setia Ummi, jangan bimbang kerana dia masih cintakan dunia seni.

“Ummi tak pernah terfikir pun untuk bersara daripada bidang seni. Ikutkan ada dua filem Ummi yang sedang menanti tayangan iaitu Hantu Mak Limah Balik Rumah dan Hikayat Merong Mahawangsa. Insya-Allah, Mei atau Jun ini Ummi akan kembali ke Malaysia.

“Dalam bulan itu, Ummi perlu melunaskan proses memasukkan suara untuk filem Hantu Mak Limah Balik Rumah yang diarahkan Mamat Khalid. Pada masa yang sama, Ummi juga akan memberi sokongan kepada abang Ummi bersempena persembahan fesyen butiknya,” katanya sambil tersenyum.

Sebolehnya temu bual ini tidak mahu langsung mengimbas kisah panas dan kontroversi yang melandanya tahun lalu. Umum tahu apa yang dimaksudkan Hip. Lalu atas dasar menghormati permintaan Ummi supaya luka lama tidak berdarah kembali, Hip akur.

“Semua itu sudah menjadi sejarah dalam hidup Ummi. Tak perlulah Ummi mengenang kembali perkara yang sudah berlalu. Ummi pun malas nak membangkitkan perkara lama. Apa yang lebih penting ialah kehidupan pada mendatang. Perjalanan Ummi sebagai pelajar pun baru saja bermula,” katanya ringkas.

INFO: Ummi Nazeera

  • Nama Penuh: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin.
  • Tarikh Lahir: 20 Ogos 1990.
  • Asal: Kuala Lumpur.
  • Keluarga: Bongsu daripada dua beradik.
  • Filem: Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Hantu Mak Limah Balik Rumah dan Hikayat Merong Mahawangsa.
  • Drama: Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din, Awan Dania, Klon Teja, Kejar dan Nur Kasih.
  • No comments:

    Post a Comment

    click2..

    sponsor links

    Fitness pro’s deluxe form kit
    Read this book
    www.fitnessbusinessforms.com

    Fat Loss Action Blueprint
    See To Believe
    www.fatlossactionblueprint.com/

    Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
    Tried And Tested
    www.nailtechsuccess.com