click 4 money

Wednesday, February 17, 2010

Dengarnya... Meluat pelakon gatal di lokasi

Oleh Normah Becok

SEBELUM Cik Normah memulakan coretan ini, Cik Normah yakin pasti ada ramai pembaca ruangan ini sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina yang disambut Ahad lalu.

Cerita yang Cik Normah nak kongsi mengenai seorang pelakon wanita yang agak suam-suam kuku. Malah pelakon yang dimaksudkan ini pernah menyertai sebuah pertandingan nyanyian. Nasibnya dalam bidang seni belum menampakkan tuah, sesekali kisahnya ditulis terutama mengenai kisah putus cintanya dengan seorang pelakon.

Baiklah, Cik Normah berterus terang saja. Situasi yang membabitkan pelakon ini terjadi di sebuah lokasi penggambaran. Cik Normah tak nak sebut di mana lokasinya sebab nanti engkau orang semua boleh teka dengan mudah. Sebaiknya, Cik Normah membiarkan ia terus menjadi tanda tanya.


Pelakon yang Cik Normah maksudkan ini berkelakuan gedik dan menggelitis semacam di lokasi penggambaran. Hello, ingatlah anda berlakon untuk mencari rezeki bukan untuk berpeleseran macam orang yang gatal. Apa nak jadi pun Cik Normah tak tahu dengan pelakon ini.

Bayangkan pelakon senior yang turut berlakon dalam produksi terbabit pun geleng kepala dan meluat melihat aksinya itu. Apatah lagi pihak produksi yang sah-sah ada di lokasi penggambaran. Cik Normah pun kurang pasti kenapa pelakon itu diundang berlakon, barangkali dia baik dengan pengarah telefilem itu kot.

Cik Normah tak persoalkan pun kenapa dia ditawarkan berlakon. Tapi kalau dapat peluang berlakon itu, bagilah contoh yang baik. Ini tidak, kalau 24 jam sepanjang di lokasi asyik nak melawa dan menggatal, apa kes. Tak kuasa Cik Normah nak membebel lagi.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com