click 4 money

Saturday, February 20, 2010

Dengarnya... Artis pening kekasih ugut bunuh diri

Oleh Normah Becok

AHAD lalu, ketika sedang bersantai dengan Lara Kirana Manja di Pavilion sambil menikmati minum petang, kami banyak berborak mengenai pelbagai kisah sehinggalah kepada gosip dunia hiburan. Cik Normah rasa kalau jumpa Lara dan tak bergosip memang tak sah.

Cik Normah pun apabila kering cerita menarik untuk dikongsi, memang Lara antara ‘lubuk’ rujukan untuk bertanya khabar baru mengenai dunia hiburan. Cik Normah pendekkan cerita pertemuan kami. Okeylah, cerita yang ingin dikongsi Cik Normah ini mengenai pasangan kekasih sesama artis yang disifatkan begitu serasi.

Mereka sama cantik, sama padan. Namun, dalam meniti kehidupan bersama, lumrah hidup, mereka tak lepas diuji. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita manusia biasa. Sekali pandang, memang mereka nampak bahagia. Jelas dalam kenyataan mereka di dalam akhbar, majalah atau laman sesawang, soal kahwin itu bukan satu paksaan.

Tapi cerita lain pula yang diberitahu Lara, rupa-rupanya pelakon wanita yang bercinta dengan pelakon itu masih lagi tebal dengan sikapnya seperti dulu. Menurut Lara, pelakon wanita itu gemar menggugut untuk membunuh diri sekiranya pelakon lelaki itu tidak memberi perhatian lebih kepadanya.


Hai, takkan pelakon wanita itu masih tak okey lagi jiwanya. Tergamak menggugut sampai ke tahap itu sekali. Sebelum ini pun pernah timbul cerita kononnya, pelakon itu mempunyai masalah jiwa. Tapi khabar terbaru, Cik Normah dengar pelakon wanita itu sudah pulih sedikit demi sedikit.

Pelakon wanita itu harus ingat, kalau dia masih lagi dengan sikap lamanya, silap hari bulan kekasihnya boleh meninggalkannya begitu saja. Tambah pula Cik Normah dengar pelakon lelaki itu memang anak emak dan sangat mementingkan keluarganya lebih daripada segala-galanya.

Seboleh-bolehnya, Cik Normah harap hubungan mereka kekal hingga ke jenjang pelamin. Bukan berniat nak mendoakan yang bukan-bukan. Tapi kalau masih berperangai lamanya, siapa tahu hubungan itu akan berakhir. Kena ingat, pelakon lelaki ini pula makin popular, mesti ramai yang mahu mendekatinya.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com