click 4 money

Wednesday, February 17, 2010

Selesa di belakang tabir

MENURUT kalendar Cina, Tahun Harimau kali ini diharap mendatangkan lebih tuah, keceriaan serta kemakmuran yang melimpah-ruah.

Bagaimanapun, pelakon dan produser Nancie Foo serta keluarganya tidak dapat meraikan Tahun Baru Cina secara besar-besaran kerana mereka sekeluarga akan berpisah dengan anak sulung, Wong Ai Dee, 17, yang bakal melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia.


"Ai Dee akan menyambung pengajian peringkat prauniversiti di sana. Saya sendiri akan pergi menghantarnya ke sana. Sedih juga terpaksa berpisah dengannya tapi demi masa depan, biarlah dia belajar berdikari. Jadi sambutan Tahun Baru Cina kali ini hanya sempat kami sambut secara sederhana bersama kaum keluarga yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur," kata Nancie.


Sejak bergelar isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata yang semuanya perempuan, Nancie lebih selesa bekerja di belakang tabir meskipun banyak tawaran berlakon. Dua lagi anaknya, Wong Ai Vee, 15, dan Wong Ai Lee, 9, masih lagi belajar di Kuala Lumpur.


"Walaupun ada pembantu rumah, saya tidak sanggup berjauhan dengan mereka. Ada tawaran berlakon tapi saya bimbang tidak boleh beri komitmen kerana teringatkan anak. Ai Lee masih kecil dan perlukan saya. "Syarikat produksi saya yang dikongsi bersama Wani Wendy Wong, Produksi Seni 2020 banyak menerbitkan program berbahasa Cina dan terbaru program bercorak kembara, My Travelogde Sight. Penggambaran dilakukan di Eropah yang mengambil masa tiga bulan dan dihoskan Wani. "Sepatutnya saya ikut sama sebagai artis jemputan tapi tak dapat kerana tidak boleh tinggalkan anak terlalu lama. Boleh dikatakan selepas kelahiran anak sulung, saya jarang muncul di TV. "Ai Vee dan Ai Lee memang mengikut jejak saya minat berlakon. Walaupun mereka anak saya dan boleh berlakon dengan produksi sendiri, tapi saya mahu mereka berdikari dan merasai susah payah untuk menjadi pelakon. Oleh itu, saya hantar mereka menjalani uji bakat anjuran Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Antara yang menjadi juri uji bakat itu ialah Hans Isaac.


"Mereka lulus uji bakat itu. Kemudian baru Hans tahu mereka anak saya dan Hans beritahu dia luluskan mereka bukan kerana mereka anak saya tapi kerana Ai Vee dan Ai Lee memang berbakat. Saya selalu beritahu mereka, tiada jalan pintas untuk berjaya," kata Nancie yang kali terakhir berlakon dalam filem Operasi Cegah Jenayah (OCJ). Sempena sambutan Tahun Harimau ini, Produksi Seni 2020 menerbitkan program bercorak permainan, Hunian Gameshow menampilkan Winnie Kok dan Mr Os sebagai pengacara. Peserta terdiri daripada Angeline Tan, Carine Choong, Simon Yip, James Wong, Feon Lai dan Wincci Soo. Ia ke udara Ahad lalu dan diulang siar hari ini (16 Februari), jam 11 pagi di TV2. Program itu ada tiga segmen menarik. Pertama, treasure hunt, kedua menari tarian buluh dan ketiga, meniup paip suntik. Turut diterbitkan, Roaring Feng Shui yang dikendalikan Tan Paik See. Tetamu undangan ialah Master Lim, Hoo Fong Chin, Felina Cheah, Brenda Chiah dan Wani. Tarikh siarannya pada 13 Februari lalu dan diulang siar hari ini (16 Februari), jam 10 pagi di TV2. Ia berkisar kepada pengenalan konsep fengshui termasuk asal usul kewujudan ilmu fengshui, selain paparan pengenalan 12 lambang zodiak pada Tahun Harimau.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com