click 4 money

Saturday, February 20, 2010

Belangsungkawa: Pak Chat serasi lagu nasyid

Oleh Zaidi Mohamed
zaidim@bharian.com.my

Ahmadi Hassan

Belangsungkawa Ahmadi Hassan (1947 - 2010)
Hasil kerja seninya melebar hingga ke Mesir dan negara Arab

TUHAN lebih menyayanginya kerana beliau pergi terlebih dulu menyahut seruan Ilahi. Situasi itu merujuk kepada pelopor lagu nasyid 80-an, Ahmadi Hassan, 63, meninggal dunia di Hospital Pusat Pakar Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 17 Februari lalu kira-kira jam 5.30 petang.

Allahyarham yang mesra dengan panggilan Pak Chat kembali ke rahmatullah kerana sakit buah pinggang. Ahmadi yang dilahirkan dengan nama sebenar Ahmad Hassan dimasukkan ke hospital itu selepas kedua-dua buah pinggangnya mengecut.


Terdahulu jenazah di bawa balik ke rumahnya di Kampung Merbak Sempak, Sungai Buloh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung itu. Allahyarham berasal dari Padang Menora, Seberang Perai, Pulau Pinang meninggalkan tujuh anak menerusi dua perkahwinannya serta lima cucu.

Mengimbas peribadi Ahmadi yang lahir pada 17 Jun 1947, Allahyarham berpisah dengan isteri pertamanya, Hasnah Abu pada 1985 dan berkahwin lain dengan isteri sekarang, Samsiah Hamdan. Permulaan kerjaya seninya mula memuncak pada 70-an menerusi watak Pak Chat yang dipegangnya dalam drama radio 70-an, Fajar Di Bumi Permata.

Nama Pak Chat itu kekal sehingga hari ini dan menjadi sinonim dengan dirinya. Kali terakhir Pak Chat muncul dengan album nasyid ialah menerusi album Bahagia Berkasih yang diterbitkan Masa Entertainment & Production dan diedarkan Metro Muzik Enteprise. Album itu bergenre world music Arab sepenuhnya.

Usaha Pak Chat merakamkan album itu membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai Album Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik edisi ke-14 (AIM14). Dalam album itu, Pak Chat memuatkan lima lagu baru bersama empat lagu lama yang pernah dirakamkan sebelum ini.

Dalam temu bual yang pernah dilakukan dengannya, Ahmadi pernah berkata, sebelum ini dia memang banyak menghasilkan album pelbagai genre, tetapi pengkhususan konsepnya tidak tertumpu kepada nasyid semata-mata, tetapi lebih kepada kepelbagaian jenis muzik.

"Entah kenapa dalam banyak lagu yang dimuatkan ini, nasyid yang lebih menaikkan nama saya. Memikirkan hal inilah, saya akhirnya mengambil keputusan menghasilkan album penuh nasyid.

“Sebelum ini saya pernah menghasilkan album berbahasa Melayu, selain album berbahasa Arab kerana ia lebih serasi dengan cita rasa dan jiwa saya. Jadi tak hairan lagu nasyid begitu dekat dengan saya," katanya mengenai album yang memulakan peringkat praproduksi sejak 2001.

Ironinya, Allahyarham mula dikenali dengan lagu irama Hindustan melalui album pertamanya, Pesanan Ayah terbitan syarikat M Sharif Skop pada 1974. Antara lagu yang pernah mendapat sambutan peminatnya ketika itu ialah Kuntum Kasih Terkulai Layu, Godaan Dunia dan Boleh Kata Boleh.

Sementara, komposer yang pernah menghasilkan lagu kepada Ahmadi ialah Ahmad Shariff, Akhbar Nawab, Omar Nawab dan Mahmud Amran. Beliau juga pernah menghasilkan album Samrah Ya Samrah terbitan Yahya Mouqi di Kaherah, Mesir untuk pasaran negara Arab dan Afrika.

"Saya tumpang gembira melihat irama nasyid mampu menyerlah dan bersaing dengan muzik moden lain. Walaupun saya tidak terbabit secara langsung, usaha yang dirintis sekian lama itu menampakkan hasil positif.

"Ingatan saya kepada artis nasyid masa kini supaya jangan cepat putus asa dengan perjuangan mereka. Jalan sudah terbuka dan perlu disambung dengan yakin," katanya sambil mengharapkan irama nasyid akan terus berkumandang di persada muzik tanah air.

Sebelum bersara sementara dari dunia seni, Pak Chat pernah mengarahkan filem Penghujung Malam lakonan Khalid Salleh, Noorkumalasari, Melissa Saila, Ira Indira, Yusni Jaafar dan Zainal Din Zainal. Filem itu direalisasikan menerusi syarikat miliknya, Asasi Production.

Namun selepas filem yang dihasilkan dengan kos RM400,000 itu kurang berjaya di pasaran, Pak Chat seperti serik menerbitkan filem dan lebih menumpukan kepada perniagaan komersial lain menerusi syarikat berkenaan. Jasanya akan terus dikenang sampai bila-bila. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com