click 4 money

Saturday, February 20, 2010

Mahu heret Hairie ke mahkamah

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my

BARISAN pengarah, penerbit dan pelakon filem 2 Alam.

Penerbit tidak mahu kenyataan aktor itu jejas kewibawaan label Dr Rozmey

JIKA ada masalah yang timbul dalam produksi filem 2 Alam, ia tiada kena-mengena dengan tenaga produksi filem itu, tetapi sebaliknya berpunca daripada individu itu sendiri.

Kenyataan itu dikeluarkan penerbit filem itu, Datuk Dr Che Rozmey Che Din ketika sidang media tamat penggambaran filem yang terpalit dengan sedikit kontroversi baru-baru ini.


Kontroversi timbul apabila salah seorang pengarah 2 Alam iaitu Hairie Othman dikatakan tidak mempunyai bakat mengarah sehingga kerja pengarahannya terpaksa diselesaikan pengarah kedua iaitu Zarith Z Lokman atau Ed Zarith.

Berikutan itu, Hairie tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke set ataupun terbabit dengan kerja penyuntingan. Hairie bagaimanapun menyangkal tuduhan berkenaan dan tampil membuat kenyataan dakwaan tidak boleh mengarah tidak benar sama sekali. Pelakon filem Puteri Impian itu mendakwa dia berjaya menyudahkan kesemua kerja pengarahan, malah berjaya menyiapkannya lebih awal daripada dijadualkan tetapi masih belum menerima baki bayaran hingga menyebabkan dia terpaksa membuat laporan polis.

Dalam kenyataan itu, Hairie menyebut nama seorang lagi penerbit iaitu Imran Ismail sebagai orang yang cuba melaga-lagakan hubungan baiknya dengan Dr Rozmey.

Hairie

Imran yang turut hadir pada sidang media itu berkata, buat masa ini, dia belum terfikir mengambil tindakan ke atas Hairie. Namun sekiranya kenyataan Hairie boleh menjejaskan label Dr Rozmey dan integriti, dia tidak akan teragak-agak membawa kes itu ke muka pengadilan.

Imran bagaimanapun enggan menceritakan lebih lanjut tetapi kenyataannya menimbulkan tanda tanya. Katanya, dia membuat kesilapan besar apabila menolong orang yang tidak sepatutnya.

“Setakat ini kami belum terfikir untuk saman. Selagi tindakannya tidak menjejaskan label Dr Rozmey, kami akan berdiam diri. Bagaimanapun, sekiranya kenyataan Hairi boleh menjejaskan reputasi dan integriti, kami akan memberinya tempoh dua minggu sebelum tindakan saman dikenakan ke atasnya.

“Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa di sini. Biarlah kami yang tahu apa yang berlaku, tetapi cukup jika saya katakan kami terlebih bayar, tetapi dia tidak datang ketika proses penyuntingan,” katanya.

Imran juga menolak desas-desus yang timbul kononnya 2 Alam masih lagi belum siap walaupun bakal memasuki panggung Mei ini. Beliau yang juga penerbit filem Jalang berkata, kedua-dua blok filem itu sudah pun siap. Dia berkata buktinya, mereka terpaksa menyunting 320 minit rakaman yang sudah dibuat kepada 90 minit saja.

2 Alam mampu kutip RM12 juta

SEMENTARA itu, pada sidang media tamat penggambaran 2 Alam, Dr Rozmey iaitu pendatang baru dalam dunia penerbitan filem tempatan dengan yakin berkata, 2 Alam akan mencatat kutipan sebanyak RM12 juta sekali gus mencetuskan fenomena baru kepada dunia filem tempatan.

Sasaran itu kedengaran sedikit mengarut apatah lagi jika mengkaji kembali sejarah kutipan tertinggi filem tempatan. Kutipan paling tinggi pernah diraih adalah sekitar RM6 juta hingga RM7 juta. Bagaimanapun, Dr Rozmey dengan serius berkata, beliau yakin kerana kredibilitinya sudah terbukti dengan kejayaan produk pelangsingan Jus Mate 5.

“Bagi penerbit lain mungkin sasaran RM12 juta tinggi tetapi tidak kepada Dr Rozmey. Kita perlu berani beri kelainan, kita perlu mempunyai cita-cita yang besar untuk mendapatkan hasil yang besar. Saya sudah membuktikannya menerusi produk kesihatan, Dr Rozmey. Produk saya berjaya dengan drastik, cepat dan pantas. Ketika kemelesetan ekonomi, produk Dr Rozmey melonjak naik.

“Saya terus memacu label ini untuk satu pencapaian gemilang. Ini bukan seronok-seronok ataupun omong kosong kerana saya sudah pun menjadi ikon idola rakyat Malaysia. Saya amat berkeyakinan tinggi 2 Alam mampu mengutip RM12 juta kerana filem ini bukan dibuat main-main. Anda boleh melihat hasil kerja, teknik kamera dan lakonan semuanya bagus,” katanya yang menyangkal menghidangkan beberapa aksi panas untuk memancing penonton ke panggung.

Kata Rozmey lagi, dia tidak pernah menghalang pekerjanya daripada berkarya. Dia memberikan mereka kebebasan untuk berkarya tanpa mencampuri sebarang urusan dalam filem itu.

“Saya tidak pernah menghalang pengarah untuk berkarya. Saya lihat semua yang terbabit dalam filem ini berpuas hati dengan jalinan kerjasama ini, pelakon yang terbabit jujur untuk berkarya. Mereka juga tidak ada masalah ketakutan tidak dibayar, jika ada masalah yang timbul bukanlah berpunca daripada dR Movie tetapi ia lebih kepada peribadi,” katanya yang akan menerbitkan sebuah lagi filem berkisar mengenai sukan tomoi.

Aaron banyak bermain emosi

BAGI pelakon utamanya, Aaron Aziz yang bergelar Haji Ishak, wataknya di dalam 2 Alam sesuatu yang luar biasa. Selama ini dia sering disogokkan dengan watak sama yang kisahnya berkisar mengenai cinta. Tetapi kali ini dia lebih banyak bermain dengan emosi dalaman kerana tugasnya sebagai seorang tukang mandi mayat yang terpaksa memandikan rakan baiknya sendiri.

“Saya menerima tawaran ini kerana wataknya berbeza daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini. Saya memegang watak seseorang yang tidak mementingkan duniawi. Dalam 2 Alam saya perlu banyak bermain dengan emosi apabila berdepan dengan kematian seorang rakan yang bertukar jantina,” katanya lagi.

Filem 2 Alam mengisahkan mengenai Amy, seorang artis popular yang menghabiskan sisa hidupnya dalam dunia glamor dan dilimpahi populariti hebat. Walaupun begitu, dia gagal mengawal emosi dan tekanan maha hebat yang dihadapinya apabila kisah dia menukar jantina daripada seorang lelaki kepada perempuan di luar negara sebelum menjadi popular tersebar di internet dan media. Keadaan bertambah rumit apabila wujud konflik dengan teman lelakinya, Juan Agustin seorang penyanyi rock terkenal yang mencipta nama di Hong Kong. Amy kemudian mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Selain Aaron , filem ini turut dibintangi pendatang baru dari Singapura, Suhaillah Salam yang membawa watak Adam dan Amy, Faizal Hussein, Rosnah Johari, Sabree Fadzil, Royady Madada, Kuswadinata dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment

click2..

sponsor links

Fitness pro’s deluxe form kit
Read this book
www.fitnessbusinessforms.com

Fat Loss Action Blueprint
See To Believe
www.fatlossactionblueprint.com/

Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
Tried And Tested
www.nailtechsuccess.com