click 4 money

Thursday, February 18, 2010

Tiada tekanan

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my



Dari Era ke XFM, cabarannya tetap sama

DITANYA apa perasaannya ditukarkan dari EraFM ke saluran radio X-FM yang khusus untuk pendengar remaja dan belia, Nana mengakui tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.

Sesiapa pun kalau berada di tempatnya, pasti akan berasa terkejut, hampir hilang semangat kerana sudah selesa bekerja di tempat lama. Namun ia sekejap saja. Atas semangat menyahut cabaran, Nana berfikir positif untuk terus menggalas tanggungjawab yang diberikannya.


Nana menjadi penyampai radio Era selama lima tahun. Kini selepas setahun, Nana sudah mula dapat membiasakan diri menjadi penyampai dari XFM sejak 16 November 2008.

"Memang pada mulanya, Nana akui kecewa kerana 'perjuangan' Nana bersama radio Era masih belum selesai. Maksudnya, Nana belum mencapai sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan.

"Pada masa sama, timbul rasa takut pun ada untuk beralih angin kerana bimbang dengan harapan tinggi daripada syarikat dan pendengar.


"Tetapi selagi Nana diperlukan untuk tugasan ini, Nana tak kisah untuk terus menaburkan bakti dalam dunia penyiaran radio. Kepercayaan yang diberi bukti pihak majikan masih memerlukan peranan Nana untuk sama-sama menaikkan nama stesen radio XFM," katanya.

Menurutnya, menerusi XFM, dia menjadi 'diri sendiri' dan lebih kreatif kerana sasaran pendengar stesen radio ini ternyata sangat berbeza. "Tiada tekanan dan Nana gembira dapat meneruskan kesinambungan di XFM," katanya.

Mengenai pencalonannya di ABPBH 2009 buat kali keenam, Nana menyifatkan kejayaannya berada di Top 5 kategori Penyampai Radio Wanita Popular sedikit berbeza kerana dia dicalonkan sebagai mewakili stesen radio XFM.

"Nana bersyukur masih ada yang sudi mengundi. Tercalon juga kali ini dan melihatkan kepada persaingan rata-ratanya semua orang yang sama. Nana tidak berharap terlalu tinggi untuk menang tapi bangga terus memeriahkan ABPBH tahun ini," katanya penuh semangat.

Nana juga sempat memberitahu hasratnya untuk menyanyi. Dia pernah muncul dengan single berjudul Katakan.

Katanya, bidang nyanyian belum berkubur dan kalau ada rezeki mahu muncul sekurang-kurangnya dengan sebuah lagu pada tahun ini.

"Teringin juga nak buat kemunculan semula. Suami pun tanya tidak mahukah menyanyi. Kebelakangan ini, ada tawaran yang mahu Nana membuat persembahan. Nana akan menyanyi selepas ini tapi belum ada perancangan terperinci.

Tapi dalam kepala ini, ada juga rasa nak muncul dengan lagu baru," katanya sambil mempromosikan untuk mendengar frekuensi XFM yang memutarkan lagu tempatan sepenuhnya.

Bukan merancang

Bercakap dengan kehidupan sehariannya sejak bergelar isteri, Nana mengakui kehidupannya selepas berumahtangga menjadi lengkap dengan kehadiran cahaya mata. Malahan, suaminya, Mohamed Raqeem Brian Abdullah atau Brian juga sudah mula bercakap mengenai perlunya anak dalam kehidupan mereka.

"Kami sama-sama terbuka hati untuk memiliki zuriat ketika dalam perjalanan menaiki teksi untuk ke lapangan terbang pada November lalu. Ketika itu, kami hendak bercuti sambil menonton konsert Pearl Jam di Melbourne, Australia.

"Dalam perjalanan itu, pemandu teksi memberi nasihat kepada kami, janganlah terlalu merancang (memiliki anak). Sebenarnya kami tidak merancang. Kami berusaha juga. Itu sebabnya, Nana sedih membaca berita pasal buang bayi sedangkan Nana sendiri beriya-iya sangat mahukan anak.

"Nana secara jujur meletakkan harapan agar tahun ini dikurniakan zuriat," katanya dalam pertemuan dengan Hip baru-baru ini.

Bebanan tugas dan tanggungjawab juga membuatkan Nana mengakui, mereka sebenarnya belum bercuti berbulan madu dengan sempurna.

"Kalau jadi seperti dirancang, mungkin sekitar pada atau April ini, kami akan berbulan madu juga. Ikut pilihan sendiri, Nana membayangkan pulau sebagai destinasi impian. Tak kiralah pulau di dalam negeri atau luar negara," katanya yang mengendalikan segmen Jam X dari jam 4 petang hingga 8 malam.

Dari sudut lain, terpancar wajah kebahagiaan Nana. Ketika disolek jurusolek kegemarannya, Famee dengan potongan rambut pendeknya, Nana terus rancak bercerita mengenai kehidupan rumah tangganya yang dibina pada 6 Jun 2008.

"Sesibuk manapun, kami masih ada waktu bersama terutama di hujung minggu. Kalau bekerja, Nana masuk syif petang, dia (Brian) pagi. Jumpa pun di pejabat (AMP Radio Networks, Bukit Jalil) saja.

"Setiap Ahad, kebiasaannya kami akan ke rumah emaknya di Puchong berdekatan dengan rumah kami. Dia memang seorang yang mementingkan kekeluargaan," katanya.

Penghargaan

  • Solekan: Famee (012-2280178)
  • Busana dan aksesori: Anizam Yusof, 0193042077, (http://anizamyusoftherhucouture.blogspot.com)

    INFO: Nana
  • Nama Penuh: Nurul Hana Che Mahazan
  • Tarikh Lahir: 1 Julai 1983
  • Asal: Muar, Johor
  • Zodiak: Cancer
  • Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
  • Pendidikan: Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat, Cosmopoint
  • Profesion: Penyampai radio Era dan pengacara Brek! di Astro Ria, Galaksi (TV9) dan pelakon.
  • Filem: Maut dan Gangster.
  • No comments:

    Post a Comment

    click2..

    sponsor links

    Fitness pro’s deluxe form kit
    Read this book
    www.fitnessbusinessforms.com

    Fat Loss Action Blueprint
    See To Believe
    www.fatlossactionblueprint.com/

    Marketing Secrets Of Successful Nail Technicians.
    Tried And Tested
    www.nailtechsuccess.com